Maaf .. kalau kat opis ni , entri aku banyak berkisarkan blog .. maklumlah , tak bergerak .. kalau bergerak , lain ceritanya.. tak caya , tengok esok.. hehe..
Apa yang mustahil tu ? BLOG .. Kali pertama aku buat blog , aku tak tau apa apa langsung .. Bukan la aku buta IT .. maksud aku ialah teknik nak tarik pembaca .. Aku terfikir kalau buat blog nanti , automatik orang akan masuk baca .. hehhe .. Yelah , macam FB tu .. orang akan add kita gitu la kan .. Tapi rupanya meleset .. meleset melecet .. huhu..
Nak dapat pembaca setia atau follower ? Mintak maaf la.. bukan senang .. Nasib baik aku ada FACEBOOK .. Pelan pelan aku promosi kat situ .. Alhamdulillah .. Ada la kawan kawan setia sudi mengunjungi blog aku ..
Iklan sesaat - EQ CLOSET
Bila tengok blog blog otai .. nampak follower diorg beribu ribu , mmg aku tergamam.. camana diorng boleh dapat gitu eh ? Ada yang cadang buat contest dan wajib jadi FOLLOWER .. ada yang buat I FOLLOW U , U DONT FOOL ME !! Haa.. macam macam cara laa..
Aku guna cara apa ? Hurm.. U wanna follow me ? Up to u ! hehe.. tapi aku hargai sangat pada mereka yang sudi follow aku tu .. Ibarat menyokong segala usaha aku .. Terima kasih .. Aku free nanti , aku cuba follow balik .. tiada jaminan di situ.. aku bukan free sangat ... hurm ..
Kemudian .. Bila diorng cerita blog boleh dapat duit beribu ribu lemon .. Huih.. sukar aku nak percayainya .. Mustahil aku leh dapat gitu.. Yelah , aku bukannya artis atau seorang yang dikenali ramai.. Jauh sekali nak masuk majalah .. Haih.. Tak kisahlah .. Aku cuba berharap sebulan dapat simpan RM100 dah la..setahun dapat la RM1200 .. hehe..tak yah tunggu duit bonus kan ?
Alhamdulillah .. Berkat usaha serta sokongan rakan rakan serta ehem.. orang rumah .. ni penting part ni .. kang ada yang merajuk.. tidur luar aku malam ni .. hahaha .. Part ni penting weh...kalau tiada sokongan , sahih bergaduh siang malam .. Ok sambung.. Haa.. kat mana tadi ? .. haaa.. sokongan yang tak berbelah bagi , akhirnya aku di sini .. Korang yang aku tak pernah kenal dan tak terfikir pon nak berkenalan , syukur diketemukan di dunia maya ini.. Sapa tau , insyaAllah boleh jumpa di dunia realiti , kan ?
Maka , dengan ini terbuktilah bahawa segala yang kita inginkan perlulah di mulakan dengan niat , disusuli dengan kerana Allah disertai dengan doa dan kemudiannya usaha ditambah dengan kemahuan ... dan sokongan rakan rakan serta yang tersayang amat penting bagi membantu untuk menaikkan semangat !
Akhir kata .. tiada yang mustahil .. segalanya bermula dengan angan angan ..