Ada yang bertanya ... usia blog aku ni .. dah berapa lama aku berblog .. Pengalaman .. Kenangan .. pahit manis ..
Ramai dah tau , aku mula berblog secara serius pada penghujung 2009 (okt ) .. dan genap cukup setahun bila (okt ) 2010 ... Muda lagi kan ? Haaa... tu la.. jgn dok inat aku otai atau sifu.. aku takde papa pon sebenarnya.. sama je level ngan korang semua ...
Aku mula rekodkan pengerakkan secara rasmi dengan menggunakan GOOGLE ANALYTICS pada awal bulan MAY 2010 dan hinggalah hujung tahun Disember 2010 , jumlah pengunjung yang direkodkan ialah ..
Dan rasanya pada penghujung tahun barulah peningkatan agak memberansangkan berlaku pada blog aku namun aku cuma meredakan segala 'kepanasan' blog aku serendah mungkin ..
Rekod untuk bulan Disember 2010 ..
Kenapa aku nak redakan 'kepanasan' ? Hurm... untuk mengelakkan berlaku segala fitnah... kejian.. caci maki pada mereka mereka yang tak bersalah .. Jadi , aku perlahankan pengerakkan aku ..
Hurm.. malas nak beri penjelasan lanjut sebab semua sedia maklum .. Blog aku bukanlah seperti blog blog yang lain yang mana mampu bercerita tentang segalanya seperti dunia hiburan , politik , isu semasa .. Al maklumlah , aku kan penjawat awam .. tak leh la gitu.. sesekali tu boleh la aku buat .. tu pun sekadar sipi sipi gitu je.. heheh..
Kesimpulannya ... blog aku ni masih muda ... hala tuju , masih belum dipastikan .. InsyaAllah mengekalkan selama mungkin .. dan cuba meningkatkan lagi pembacanya .. Segalanya adalah satu cabaran bagi aku ... Berjaya atau tidak , tunggu je hujung tahun ini .. Sama sama kita menyahut cabaran ini .. okeh ?