"SAYA SAYANG SAUDARA SEISLAM SAYA,SAYA CINTA RASULULLAH DAN SAYA TAK AKAN SAMBUT VALENTINE DAY"
Untuk lebih lanjut , sila rujuk > PILIHAN HATI
"SAYA SAYANG SAUDARA SEISLAM SAYA,SAYA CINTA RASULULLAH DAN SAYA TAK AKAN SAMBUT VALENTINE DAY"
Untuk lebih lanjut , sila rujuk > PILIHAN HATI
Aku tahu tahap geram yang dialami bro Eq dalam entri aku tadi tu .. Selepas turun dari ERL , aku terus call dia .. mesti dia nak luah sesuatu tu.. Geram terpendam boleh memusnahkan.. Kena luahkan baru rasa lega.. kalau tidak , si pendengki tu berjaya merosakkan emosi kita .. maksud aku tu , kita yang diserang itu .. haa..
Bro EQ , cerita kat aku segalanya .. Walaupun tak la selengkap mana tapi aku dah boleh memahami.. Hurm.. Pelik... Yang menyerangnya adalah orang yang dikenali dalam FACEBOOK dan juga blog .. Er , tak pelik sebenarnya sbb kita tak kenal pon orang yang add kita selama ni kecuali teman rapat atau adik beradik .. Malah adik beradik atau teman sekali pon boleh jadi musuh jika syaitan dah berjaya membisik segala hasutan di hatinya ... Hurm..
Bagaimana nak 'uruskan' hal begini ? Dia tanya aku boleh percayakan dengan orang orang dalam dunia maya ni .. Jawapan aku mudah ... Aku tak percayakan sesiapa pun.. Hari ini mereka adalah kawan.. Siapa tau esok lusa dia boleh jadi lawan kita ? Bayangkan jika mereka tau segala tentang peribadi kita ? Mereka adalah kawan terbaik tp jika menjadi lawan , merekalah lawan yang paling ketat !
Percaya boleh..tapi berpada pada .. Terus terang , dalam blog aku ni pon.. Maaf aku katakan , ramai yang komen.. Terima kasih... Tapi aku menilai setiap komen yang masuk tu.. Yang mana benar benar komen.. yang mana sekadar menjaga hati.. yang mana membodek .. yang mana punya 'niat tersembunyi' dan sebagainya .. Sebab tu aku amat jarang membalas komen.. Nak komen , silakan .. aku tak larang.. nak tinggalkan backlink pon , silakan .. aku tak kisah ..
Mmg terjadi pada aku... yang dulunya kawan rapat dalam blog sekarang inilah mereka pengkritik utama aku.. tapi aku tak layan.. Nak kritik ke apa , lantak .. jangan jangan usik aku.. Jangan main kasar .. tu jer aku mintak .. Sbb bagi aku , jika mereka kritik dalam blog mereka , nampak sangat mereka selalu masuk blog aku ni.. WOW .. i like.. mereka suka baca blog aku rupanya sedangkan aku tak masuk pon blog mereka.. Camana aku tau ? Aku pon ada 'mata-mata' ..
Hurm... sepatutnya kita contohi blogger blogger yang berjaya cam bro EQ tu.. aku kenal dia dari mula dia tensen amik master dan skang dah amik phd .. macam macam dah dia alami.. Sama gak aku .. Jadi apa yang dia dapat semalam adalah hak dia .. Tak perlu nak pertikaikan .. Baca kalau sudi , tak suka jgn tengok .. Mudah kan ? Kenapa nak berhasad dengki ? Kalau irihati dengan kejayaan dia , usaha la sendiri... majukan blog tu.. buktikan la kalau termampu ... bukan susah kan ?
Aku baru terima satu sms dari bro Eqbalzack .. Menurutnya ada makhluk asing semalam saja 'mencari pasal' dengan dia .. Hurm... Kes masuk suratkhabar gitu.. Hurm.. Jangan pelik.. adat ..
Bagi aku , bro Eq layak sbb dia dah lama dalam bidang ni .. Lagi pon dia berjaya dalam bidang yang dia ceburi .. Ini membuktikan bahawa sesiapa saja mampu buat dua kerja dalam satu masa dan kedua duanya berjaya .. Apa salahnya muka dia terpacak dalam tu kan ? Dah berblog lagi lama dari aku tuu.. jangan lupa tang tu ..
Yang menariknya , blogger baru lak tu berdengki dengan dia tu.. Hehe.. Tapi aku tak pelik la sikap blogger baru ni.. Pengalaman kehidupan masih mentah .. sebab tu suka menjolok orang lain ..
Toksah la gitu .. Amik yang positif pada seseorang blogger tu... Kalau ada negatif , buang la yang tu.. Ibarat makan buah durian la... Bau sedap... isi lazat .. walau ada ulat , pasti ada ulas yang membulat kan ? Makan tang tu dah la...
Pesanan buat semua rakan blogger termasuk aku , usaha tangga kejayaan .. Bijak , rajin , kreatif dan ramah .. Resepi utama dunia blog ... Dan sedikit nasib ..
Hurm... aku ingat lewat dah bangun ... Kelam kabut siap ... mandi pon cepat cepat tapi sempat la bershampoo , bercukur dan sebagainya la.. hehe..
Sekali aku tengok kat luar tu , gelap gelita jer ... Biar benar ?? Tengok jam.. Baru 6.30 !! Waah.. awalnyaaa ... Aku dah seminggu tak bersenam sebelah pagi .. Hehe.. saja.. rehatkan muscle...
Plan bulan ni nak amik suppliment .. Jenis Nitrotech keluaran Mucsletech.. Lepas ni jangan terkejut la kalau jumpa aku , aku besar 'pelik' jer .. hehehe..
Yang bikin panas ni ialah , komputer aku ni.. lembab semacam jer !! Nak bukak satu windows tu , mak aihhh ... Nak taip satu perkataan tu... hurmmm ..mmg saja pagi pagi mintak aku bersabar ..
Minggu ni mmg minggu dugaan.. serius.. mmg tekanan sajaaa ... grrr...
Ada cerita disebalik tabir .. aku tau ada yang post tah kat mana mana atau aku terlepas pandang .. Bagi yang mana dah buat , tapi tak tersenarai , jgn risau .. sila post url anda di ruangan komen sini.. aku masukkan gak.. jgn risau .. aku lom tahap kejam ala zionis tu.. ok ? Paste je .. ;)
Haa.. tadi aku pening gak.. dalam duk buat tu , banyak pulak yg tinggal komen di situ ... jadi jumlah blog tak cukup menyebabkan mereka yang buat tu fikir dah cukup 1,000 blog ..
Korang tau berapa yang ada tadi ??? 999 BLOG jer !!!! Tak cukup lagi satu !! Aku pening dahh .. mana nak cari lagi satu ??? Hahaha.. Aku berdoa agar ada yang paste last minit tadi..
Jeng jeng jeng .. Sekali ada !! hahahaha .. tu diaaa.. yang korang nampak kat BENASHARI2 tu laa senarai terkini .. Hehe.. Terima kash pada yang sudi join ! ...
Sekali lagi , yang tertinggal tu , tinggalkan link korang.. tapi pastikan dulu ada ke tak kat senarai sana tu .. ok ?