Kelab blogger ini khas buat blogger untuk mereka ping entri terbaru dan juga pembaca pembaca blog .. Usia kelab ni pon sama je usia blog aku.. hehehe.. kira bayang bayang dia la ..
Nak join ?? Jom .. > SINI
Kelab blogger ini khas buat blogger untuk mereka ping entri terbaru dan juga pembaca pembaca blog .. Usia kelab ni pon sama je usia blog aku.. hehehe.. kira bayang bayang dia la ..
Nak join ?? Jom .. > SINI
Hampir 10 ribu Follower.. Satu jumlah yang tinggi bagi aku .. Aku tak jangkakan semua ini langsung .. Aku dah kawin .. Dah berumur .. Tiada sebarang status selebriti mahupun menampilkan sebarang aset yang memudahkan aku naik dalam dunia blog..
Jadi 10 ribu Follower adalah satu jumlah yang amat tinggi untuk dikumpul dalam tempoh 1 tahun .. Satu kepuasan ... Pada mula berblog dulu , aku nak dapat 1 follower pon susah .. Yelah , mereka follow sbb mereka suka .. Tiada kepuasan langsung bila memaksa ..
Hurm... "Berhenti makan bila sedap " .. Aku teringat bekas pemain bolasepak Perancis dan Manchester United iaitu Eric Cantona .. Beliau bersara dalam dunia bolasepak sewaktu berada dikemuncak .. Sememangnya dia menjadi lagenda terutama dalam kelab Manchester United .. Lihat pada Maradona .. Beliau mmg lagenda tapi dia bersara dalam keadaan yang memalukan.. Kes dadah !
Tapi paling aku kagum ialah Zinedine Zidane .. Mmg buat aku gigit jari setiap kali lihat kebijaksanaan dia mengawal bola.. tapi tu la... Kedua dua mereka ni tercalar rekod akibat ketidaksabaran mereka... Maksud aku , gagal kawal geram diorg la.. heheh ..
Jadi , aku terfikir.. kalau aku tutup blog skang , pon best gak kan ? Hahaha.. yela.. sementara berada diatas.. nanti bila dah jatuh , sahih ramai gelak punya .. Maklumlah , ramai dok tunggu je aku jatuh.. eceh... kan kan ?
Entah la... Aku terfikir nak buat satu blog anynomous.. tanpa muka.. nak mula dari bawah balik..tp lebih pada luahan perasaan .. amacam ? OK tak ?
Rancangan SITI ari tu menemubual Tun Mahathir .. Menarik ? Menariknya bagi aku cumalah Tun Mahathir .. Lain ? Biasa jer .. Cuma bagi aku , Siti perlulah lebih banyak buat kerja rumah sebelum menemubual Tun .. Nampak agak gugup dan soalannya pulak lebih layak disoal pada ibu bapa yang hantar anak mereka ke tadika..
Aku bukan nak merendahkan Siti cuma dia patut sedar sapa yang sedang dia temubual itu.. Patutnya dia amik kesempatan dengan menanyakan soalan soalan yang lebih berkualiti dan bermotivitasi .. Satu kerugian ..
Tun seorang yang bijak bagi aku.. Ilmu dan pengalamanannya mmg tiada tandingannya.. Rugi jika tidak 'dikorek' ... Antara yang menarik ialah 'berhenti makan ketika sedap' .. Biasanya berhenti makan sebelum kenyang kan ? Hehe.. tapi kebelakangan ini , makanan mmg sedap sedap belaka.. Betul .. kena berhenti makan ketika rasa sedap dah .. huhu..
Buat Siti ... Tahniah.. rancangan Siti mampu pergi lebih jauh cuma kena banyakkan lagi ilmu di dada agar tidak gugup bila berhadapan dengan mereka yang lebih tinggi ilmu dan pengalaman hidup ..
Lewat lagi ? Tak mungkin .. aku naik cam biasa.. Peliknya LRT ni kosong .. Tapi bila sampai kat bandar tasik Selatan , penuh la .. tapi aku dapat duduk .. Er .. nak kasi orang lain duduk ? gulp ...
Pelik ... ari tu kata member tu eksiden .. tapi kenapa aku nampak dia punya twitter ada update ? Hurmm apa kes sebenarnya ? Nak pk bukan bukan ? Perlu ke ? hurmm...
Entah la.. kadang kadang perangai orang bercinta ni mmg pelik .. Segalanya yang mustahil boleh jadi kenyataan .. Tapi kalau ke arah yang positif tu ok la kan ..
Esok .. 14hb.. Kempen pasal anti sambutan hari kekasih sedang hangat dilakukan .. Hurm.. Ada yang bercadang nak sambut ke ? Dah fikir masak masak ? Toksah la... ingat ingat sikit .. Kita hidup ni bila bila boleh kembali ke padaNya ..
Aku rasa dunia kita ni pon makin panas dengan dosa dosa manusia .. termasuk aku... huhu .. Sama sama la kita fikirkan semula ...