Haaa... ini adalah senarai blogger blogger yang sedang meningkat naik... Apkah rahsia diorng eh ???
Pergh... tetiba bz !!! Grrrr ..
Haaa... ini adalah senarai blogger blogger yang sedang meningkat naik... Apkah rahsia diorng eh ???
Pergh... tetiba bz !!! Grrrr ..
TUTUP SUDAH !
Atas permintaan rakan-rakan blogger ... aku kembalikan segmen suai kenal mengikut FOLLOWERS .. bukan nak kategorikan blog tapi senang gini.. kang kalau ikut tahun , ada gak yang 'tinteng' aku haa..
OK.. tamo cerita panjang .. Ini sekadar segmen suai kenal antara blogger.. bukan nak g kutuk mengutuk atau mencari blog atau blogger cun atau kacak belaka.. okeh ?
Untuk sertai , sila buat satu entri khas :
Tu jer .. mudah ? malas nak berjela jela .. Tutup ? Malam ni.. okeh ? Segera !
BARCELONA: Google hari ini menyatakan pihaknya 'amat, amat bangga' dengan aktivis siber, Wael Ghonim, seorang eksekutif muda di Google yang muncul sebagai pencetus utama gerakan pembaharuan di Mesir, kata Ketua Eksekutif Google, Eric Schmidt.
Ghonim, yang mengetuai bahagian pemasaran Google untuk rantau Asia Barat dan Utara Afrika, menjadikan akaun Facebook miliknya untuk menaikkan semangat dan gerakan penentangan rakyat terhadap regim Presiden Hosni Mubarak.
Eksekutif berusia 30 itu juga tampil di kaca televisyen dalam satu temubual yang penuh beremosi selepas dia dibebaskan daripada tahanan polis selama 12 hari sebaik demonsrasi jalanan tercetus di Mesir.
“Kami amat amat bangga dengan apa yang dilakukan Wael Ghonim di Mesir," kata Schmidt dalam satu majlis meraikan pengamal industri telefon bimbit di Barcelona.
“Mereka kini boleh menggunakan teknologi baru termasuk Facebook, Twitter dan media sosial lain sebagai landasan menyuarakan rasa hati rakyat.
"Dan ini salah satu contoh terbaik mengenai ketelusan. Kami mengucapkan mereka agar berjaya.
"Saya sudah bercakap dengannya (Ghonim) dan kami amat, amat berbangga dengannya," katanya.
Dalam temubual bersama stesen CBS “60 Minutes” yang disiarkan Ahad lalu, Ghonim berkata gerakan penunjuk persaaan yang membawa kepada kejatuhan Mubarak mungkin tidak akan menjadi kenyataan tanpa wujudnya rangkaian laman sosial.
“Sekiranya tiada rangkaian laman sosial, ia tidak akan tercetus," katanya.
“Ini kerana apa yang berlaku sebelum revolusi adalah perkara yang amat kritikal. Tanpa Facebook, tanpa Twitter, tanpa Google, tanpa You Tube, ini tentu tidak akan berlaku,” katanya. - AFP
Sampai jugak ke opis tanpa warna merah tercatit .. Hehe.. azam baru yang lama .. Mengekalkan rekod kehadiran.. Kalau lewat pon , aku akan salahkan lrt.. tak kira tak kira ..
Dari stsn Lrt tu , aku kena berjalan kaki terus ke PWTC .. kena lintas jalan yang boleh dikatakan agak sesak dengan kereta .. Eceh.. kononnya la sesak .. tak de maknanya !
Aku pon cam biasa , tengok kiri.. tengok kanan.. tengok kanan nampak awek.. tak nampak kereta lak .. Jom jalan sekali .. Hahaha.. Ada sapa nak tumpangkan aku malam ni ? Sah kena halau dek wife .. Haha.. Guwauuuuu laa... aisey..
Sambung.. tengok kiri...tengok kanan.. line clear ! 'Along' pon takde ! Leh lintas ... Tinggal satu lagi lorong.. usha kiri.. Ok.. lepas kereta ni , aku leh jalan memandangkan kereta yang sedang menuju ke arah aku tu agak perlahan ..
Tiba tiba kereta tu lagi laju ..Huh ! Apakah dia buta lelaki sekacak aku ini sedang melintas ??? Grr.. Nak je aku tunjuk 'jari tengah' kat dia ... tapi memandangkan ada awek berhampiran dengan aku , kensel.. Aku tadahkan kedua dua telapak tangan aku .. doakan dia terbabas di longkang kecil depan rumah dia .. Haaa.. padan muka diaa .. ECeh..tak baik tauuu.. Aku tipu je bab doa tu.. jangan doakan sesuatu yang tak baik untuk mereka ... Kita doakan je kesejahteraan mereka.. Biarlah yang buruk itu , Allah tentukan ..
Baik tak aku ? Ok.. sambung.. selepas tu .. aku hanya mampu mengeleng kepala aku .. Terpaksa aku berlari anak tadi sbb kereta tu laju tetiba.. Geram sudah pasti.. Nasib baik tak tersungkur.. Kalau tersungkur tadi ???
" Bosss .. saya mc.. jatuh tadi "