Alhamdulillah.. 10,000 jugak akhirnya .. hurm... tapi kenapa aku tak gembira ??? Hurm.... Tak kisah la.. terima kasih buat semua rakan rakan tak kira pembaca atau pon blogger sendiri atas sokongan korang selama ini kepada BEN ASHAARI BLOG .. Tanpa korang semua , blog ni takde apa makna tapi aku tetap membebel gak ..
Aisey.. ramai dok tunggu 10k rupanya.. hahaha... Tqq.. sama sama excited eh ..
Faham ? Faham la kan.. tapi tak semua orang faham ... memula aku ingat ada kumpulan hip hop baru nak tubuh ke ? Bila aku baca dan eja betul betul ..dari depan ke belakang.. dari belakang ke depan , baru aku tau !! Stylo siuttt.. pergh..
Dye .. dia kan ? Aq tu aku kan ? dowh tu doh kan ? Yang berasal dari bodoh kan ? Aiseyman... Dulu masa aku kecik kecik.. mmg dok cakap tang belakang tu ada 'doh' .. pastu jadi 'dol' ... skang 'bai' ... macam macam.. tapi kalau makcik makcik la kan ( bukan semua yer ) , mesti ada 'yang' ... abis ngan laki orang pon dia 'yang' kan .. grrr..
Dalam blog , kalau nak bagi semua orang baca blog kita tu , bahasa kenala standard .. samada english atau bahasa melayu.. Nak gabungkan pon , nasib la.. jadi rojak mamak atau pasemboq je a kan ? Tapi sebaiknya , pilih antara satu .. Pembaca suka baca blog yang mudah .. Kalau diorng baca sampai berkerut dahi , maka pening la dia kan ?
Penggunaan 'dowh' atau 'doe' .. aku perasan pon ada yang antar email kat aku yang mana penghujung ayatnya ada dowh ! Aiseyman ... yang bagi tu masih lagi kanak kanak rebina dowh ! hahahaha... tapi tak la aku marah .. biar je la..
Maka hati hati dalam penulisan kita.. Aku pon baru sedar , anak jiran aku darjah 5 dok baca blog aku gak.. Cuba aku tulis dowh dowh dye dye .. gitu.. tak ke nanti dia cakap kat mak dia , abang ben tu tak lulus bm ke ?? Sapa malu ?? Mak aku gakkk !
Hurm... tensen kan ? keje dalam opis tapi dalam tu ada 'penyangak' .. Berpura pura baik tapi dalam diam rupanya syaitan bertopengkan manusia ..
Amat bahaya orang begini.. Tersengih depan kita .. Memanggil dengan panggil manja kononnya sangat sporting tapi dalam diam dok menyucuk orang atasan ..
Tu belum lagi ada spesis sanggup menggunakan 'pihak ketiga' untuk menundukkan orang atasan agar mengikut kata kata dia.. Haih.. dah tak takut dosa ke ?
Masih wujud.. Berhati hatilah .. terutama mereka yang ada musuh dalam selimut.. Senantiasa perkukuhkan diri tu dengan mengamalkan surah surah yang diajar oleh rasulullah s.a.w untuk mengelakkan dari terkena buatan orang yang dengkikan kita ..
Hurm...wujud lagi ! Jangan ingat dalam filem David Teo je ada ..
Rasanya kali pertama aku tengok muka Heliza Helmi ni kat AF kan ? Orang kata suara dia lemak lemak cam Siti Nurhaliza kan ? Aku terlupa dah masa tu.. Sbb tak minat sangat AF masa tu... Yelah , rancangan tu terlampau 'drama' sangat.. Naik menyampah gitu ..
Pastu ramai cakap pasal kecomelan HELIZA .. Hurm.. dan aku tak amik port dah langsung pasal mana mana peserta AF .. Biarlah mereka dengan rezeki mereka , kan ?
Tapi hari Sabtu hari tu , merubah segala pandangan aku mengenai HELIZA.. Gathering di Times Square bersama SAHABAT BLOGGER dulu yang mana HELIZA datang sebagai tetamu jemputan mengundang tsunami sebentar di SB menyebabkan aku sendiri pon nak tau 'aura' Heliza itu , lalu aku hadir ke majlis pelancaran single dia ..
Ya ... mmg sedap suara dia ... dan lagu terbaru dia CUMA aku , menjadi peneman aku sepanjang perjalanan dari CHERAS- PUTRAJAYA-CHERAS yang mana aku asik ulang dengan satu lagu tu sahaja !!! Gabungan rentak ala ala raggae berjaya mencuri hati aku tu.. Aku mmg gemarkan lagu berentak raggae kerana santai ...
Mmg terbaik ! Buat HELIZA HELMI , semoga anda berjaya dalam karier anda ! Teruskan usaha .. Semoga Allah memberkati usaha anda , sekeluarga ...