Tujuan kita atas muka bumi ini hanyalah satu ... beribadat kepada Allah s.w.t .. Tiada yang lain selain itu saja .. Apa saja yang kita buat segalanya berniatkan kerana Allah ..
Tapi sebagai manusia yang serba kekurangan , kita lebih kerap leka dari mengingatiNYA .. Lalai dan cuai .. segala perintahNYA , kita engkar .. malah ada yang lakukan tanpa rasa bersalah lagi .. seolah olah kita akan hidup selamanya .. Paling teruk , ada siap boleh fikir , 'nanti aku tua , aku bertaubat la.. skang aku nak enjoy dulu ' ..
Hurm.. terkenangkan kawan aku yang terdampar di hospital akibat ketumbuhan dalam kepala tu , sedikit sebanyak menyedarkan aku betapa semalam kita sama sama bergelak ketawa tapi kita tak sedar sebenarnya bilakah ajal kita ? Sedap mengumpul dosa dari pahala dengan berfikiran lambat lagi kita akan mati !
Kawan aku tu , sama cam aku dulu .. Kitorang kerap sakit kepala dan akhirnya dua dua ada penyakit darah tinggi ! Huh.. Pada mulanya aku fikirkan dia stress sbb kerja tapi setelah rakan aku bagitau punca sebenar , barulah aku tau hakikatnya ..
Aku sendiri pon selalu sakit kepala .. kebelakangan ini saja dah kurang sedikit .. Aku malas nak fikir masalah dunia lebih lagi bab remeh temeh terutama bab blog ni ..
Aku sayangkan blog aku.. aku sayangkan rakan rakan blogger yang aku kenali .. Kita sama sama jaga dan semai .. Ingat , blog adalah satu jambatan penghubung yang amat pantas menyebarkan maklumat .. Kita gunakan dengan betul dan bijak .. Jangan salahgunakan sama sekali ...
Sebagai blogger , kita mati tinggalkan blog .. Apakah kandungannya yang akan dibaca oleh pembaca kita nanti ?