Jangan tengok aku !! Jangan tengok Ujang9897 tu !! Jangan tengok Broframestone !! Jangan bandingkan kitorang sebabnya sah aku menang.. hahahaha.. Guwau jer.. kitorang mmg perang dalam twitter sehingga ke blog.. hahaha..
Ok ok.. serius ! Lelaki badan tegap bukanlah berbadan ketul ketul tu haa.. Tegap.. berdiri dengan segak serta punya bentuk badan yang mantap gitu.. Aku bukan cerita pasal aku ok ! Jangan salah faham .. Sila elakkan berfikiran begitu ..
Kebanyakkan perempuan yang aku kenal dulu dulu , mereka suka lelaki yang berbadan tegap sbb rasa selamat .. Jangan la kira ada silat atau tandori payat tu haaa.. Skang ni kita tengok fizikal dulu .. Aku tak maksudkan tinggi atau rendah tapi sebaliknya tegap atau tidak !
Tak susah sebenarnya nak dpt badan tegap ni.. Banyakkan bersenam.. tak semestinya masuk gym tu haa baru nak tegap.. Salah tu.. Kalau rajin bersukan , pasti akan dapat badan yang tegap punya..
Cuba bayangkan jika lelaki yang abiskan masa dengan ' mencekik ' 24 jam .. Rasanya perempuan tengok lelaki cam tu tak 'selera' kan ?
Lelaki di Malaysia terutama yang dah meningkat usia atas 30an , kena rajin bersenam ... jangan pk dah kawin , anak dah ada maka tak perlu jaga badan dah .. Kalau si suami nak tengok isterinya cun senantiasa , pastinya si isteri nak tengok suaminya begitu jugak kan ? kan kan ?