Tak dinafikan bila dikritik , blogger akan patah semangat .. Baru nak bergerak , terus undur langkah .. Sebenarnya itu satu kesilapan .. Kesilapan yang kita buat ialah undur ataupun maju .. Sepatutnya berdiri tegak .. Senyum , tengok kiri dan kanan.. depan dan belakang .. barulah terus maju ..
Kenapa aku kata berdiri tegak bila dikritik ? Kita undur , kita salah .. kita maju , kita melawan ... Bila kita berdiri tegak , bermakna kita bersedia .. bersedia terhadap apa jua serangan selepas ini .. Dengan berdiri tegak juga kita menyediakan segala pertahanan .. Bersiap sedia !
Aku berkali kali di serang ... pelbagai tohmahan dilemparkan .. Aku tak undur .. Aku juga tidak maju ke hadapan .. Aku biarkan saja .. Aku perlahankan rentak ..Bagi mereka terus menyerang sehingga kelemahan mereka terdedah ! Pasti akan terdedah kerana mereka menyerang pada satu fakta saja.. Mereka tidak mengenali kita .. Jadi mereka akan mencari satu kesalahan yang terang terang depan mata mereka sedangkan kesalahan itu bakal menyelamatkan kita ..
Aku pernah diserang dengan panggilan GILA TRAFIK .. Ramai blogger mengatakan BEN ASHAARI GILA TRAFIK .. Sekarang aku membuktikan dengan GILA TRAFIK aku dikenali ... Apakah aku dikenali dengan blog aku cun ? Atau aku dikenali sebagai mentor blog ? Tidak.. aku dikenali dengan GILA TRAFIK .
Dalam usia blog yang terlalu mentah , aku dah berjaya punya lebih 150 ribu UV sebulan .. yang mana sepatutnya blog yang berusia lebih 3-4 tahun baru boleh mencapai angka tersebut ..
Dan aku buktinya .. Bukan aku seorang ! Seorang demi seorang blogger muncul di belakang aku .. Bukan riak.. aku buktikan , dengan kerjasama , ramai blogger boleh naik asalkan saling bantu membantu dan punya semangat yang kental ..
Apa jadi dengan mereka yang kuat mengkritik ?? Mereka masih bermain guli di tepi longkang ...