Tak boleh puasa di bulan Ramadan kerana gastrik atau gerd !
Tetap beraktiviti
Alhamdulillah.. dah masuk Ramadan ke 5. Setakat aku bersahur seperti tahun tahun lepas. Dah stop ambil nasi , kopi , susu , makanan makanan ultra proses yang mana dulu adalah kegemaran aku , 4 tahun. Bukan mudah tapi itulah. Bila Allah turunkan ujian, masa tu baru sedar. Rupa rupanya gaya hidup aku dulu sangatlah tidak sihat. Duit ada tapi abis ke doktor jer. Huhuh.. Termasuklah anak anak juga. Salah aku. Aku yang ajar mereka.
Bila dah faham camana nak jaga diri dan keluarga , nak ubah tu bukanlah mudah. Ambil masa dan mencabar. Aku faham.. ramai nak ubah tapi banyak faktor yang menghalang. Ada yang dah mula tapi separuh jalan. Ada yang belum mula , dah gagal. Hurm..
Aku senantiasa kongsikan tips dan pengalaman aku di media sosial. Bukan nak tunjuk pandai atau nak mengajar tapi sekadar nak membantu berdasarkan pengalaman sendiri. Benda gini kena cuba buat baru tau. Aku tahu... ramai takut nak cuba cuba memandangkan diorang ada Anxiety. Cara terbaik ialah berhenti semua dan mulakan dari bawah !
Macam aku buat.. aku berhenti ambil gula putih terlebih dahulu. Kemudian berhenti makanan ultra proses seperti burger , hotdog , nugget , mee segera yang mana semua ni dulu adalah makanan kegemaran. Pastu aku berhenti tepung gandum. Fuh , ni memang mencabar. Roti canai bro ! Hahaha.. Roti putih disalut coklat ! Aiyok... pastu cicah ngan kopi 3 in 1. Nayaaa badan.
Dan paling mencabar berhenti makan nasi. Kenapa nasi ?? Nasi tak bersalah ! Kan ? Aku tahu.. panjang nak hurai bab nasi ni tapi cukuplah aku katakan nasi zaman sekarang berbeza dengan nasi zaman dulu. Kualiti dan khasiat ke laut dalam kecuali beras mahal. Nah... nampak perbezaan ? Makan secara sederhana ? Hahaha.. Baik tak payah makan. Boleh je pun hidup. Fokus pada lauk pauk.
Aku tahu.. ramai je tak setuju part nasi tapi syukur Alhamdulillah , selesa perut aku tanpa nasi. Aku bukan anti karbohidrat tapi aku cuma tak mampu beli beras mahal untuk dinikmati. Anak anak dan isteri, diorang makan tapi sangat sederhana. Itulah yang sepatutnya aku buat dulu tapi sayangnya dah terlambat. Perut dah tak sihat. Jadi aku elakkan.
Bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti Gastrik dan Gerd ni , diorang hanya perlu tahu apa yang perlu dielakkan dan dimasukkan terlebih dahulu ke dalam perut ketika sahur dan berbuka. Bagi aku , sebaiknya elakkanlah masukkan karbohidrat . Minum dulu air suam panas atau air halia untuk tenangkan usus dan perut sebelum nak makan.
Lepas makan.. banyakkan bergerak. Tidur awal... bangun awal ! Belajar kawal pernafasan.



0 comments