Terima kasih atas keprihatinan rakan blogger sekalian .. Pelbagai nasihat dan cadangan diberikan kepada aku .. Aku harap segala padangan ini dapat dikongsi bersama rakan yang lain seperti UJANG dan PEMBACA WACANA yang mana mereka sama bakal bergelar ayah (insyaAllah.. doakan kami ) dan juga ramai lagi rakan blogger yang sedang mengandung ( doakan kesejahteraan mereka yer ) ..
Mula mula aku nak bagitau , aku ceritakan segala di dalam blog ini adalah isihati aku dan bukannya sbb nak berlagak atau nak riak .. Mintak dijauhkan perasaan itu , Ya Allah .. Aku sedar risiko bila bercerita dalam blog ini .. Serius aku katakan ada yang tak suka .. Betul ! Jangan terkejut ..
Dulu masa mula mula aku berblog , ada sekumpulan geng geng yang bengang dengan entri aku dan wife ( ada isu blog masa tu dan dah disettlekan tapi tetap dipanjangkan oleh 'mereka' ) , siap tulis doa yang cukup menyayat hati seorang wanita jika membacanya dan ianya ditulis sendiri oleh seorang wanita yang cukup angkuh dengan kejayaanya sebagai seorang ibu ..Baru ada sorang anak tu.. Dah cukup riak .. Astagfirullah al a'zim.. Aku tak tau dah mana dia g.. tutup blog atau dah jadi blogger popular kot ?
Ok tinggalkan yang itu.. Berkenaan dengan isu aurat isteri ... Buat pengetahuan , aku seorang yang cukup cemburu .. Cemburu aku ni boleh menjadikan aku seperti HULK bila datang .. Haa.. jgn tak tau .. Bila bab aurat ni , kalau baju jarang pon aku dah hangin ni kan pulak bab nak kena bukak baju ??
Buat pengetahuan , Dr.Hamid Arshat sangat pentingkan semua ni.. Dari mula masuk ke kliniknya , hinggalah ke pembantunya , semuanya wanita kecuali yang melibatkan lelaki, dia ada seorang pakar lelaki ..
Dan wife aku juga seorang yang sangat pentingkan auratnya .. Kenapa kami ke sana ? Setelah bertanyakan rakan rakan yang pernah ke sana ( adik ipar aku sendiri ke sana ) ,mereka kata Dr.Hamid sangat peka dlm isu ini dan juga pakar dalam memberi khidmat nasihat ..
Kami sendiri pon dah berbincang , bersalin nanti akan ke hospital kerajaan atau ke klinik yang mana doktornya adalah wanita .. Kami fikir semua ..
Dan seperkara lagi ! Ini cumalah antara ikhtiar kami .. Ada juga rakan kami yang pergi berubat dengan Dr.Hamid tapi berjaya.. Jangan lupa , kita mampu berusaha.. segalanya adalah kuasa Allah.. Banyakkan berdoa dan jangan putus asa.. Aku sendiri pon tak tau untung nasib aku.. Apa yang boleh aku buat cumalah berkongsi segala cerita dengan rakan rakan .. Jangan lupa , ini blog.. Bukan sekadar menulis cerita gossip artis atau mengutip duit iklan saja ..

