Dulu aku berpegang , TRAFIK adalah PEMBACA .. Tapi aku terpaksa buang pegangan aku itu !! Kenapa ?? Kebelakangan ini , TRAFIK ada dua .. Satu , asli .. Dua , palsu ..
Asli ? Yang korang nampak setiap hari masuk.. dia baca .. kemudian dia keluar .. Sebelum dia keluar , ada diantara mereka ini meninggalkan komen.. Ada tak tinggal gak .. Jika entri kita itu menarik , dia akan tinggalkan jejak dengan klik LIKE di entri kita itu .. Itu pon jika kita pasang butang LIKE itu ..
Palsu ?? Aku rasa mereka yang terlibat ini tau akan apa maksud aku .. Mereka tak kisah bab ni asalkan niat mereka tercapai .. Aku tak nak pertikaikan bab ni.. Masing masing punya 'buku rekod' ..
Kelmarin aku ada buat satu entri berkenaan sebuah blog yang tinggi trafiknya .. Trafiknya ini adalah sangat asli .. Kenapa ? Mereka masuk dengan 'mencarinya' ! Apa yang mereka cari ? Infomasi yang berguna buat mereka dan keluarga mereka.. Pergh.. pahala sungguh untuk si blogger itu ..
Kemudian ada yang membandingkan blog yang aku kagumi itu dengan sebuah blog lain .. Blog tu lak , aku pernah masuk sekali saja.. Dan ianya menceritakan kisah dia dan cintanya .. Fikir sendiri la yer.. Aku tak nak komen ..
Infomasi .. sesebuah blog yang bagus akan menyelitkan infomasi .. Ibarat sebidang tanah yang kecik , jika kita bina rumah di atas tanah itu tanpa menginggalkan sedikit ruang langsung untuk menanam sayuran atau pokok untuk menyejukkan rumah , pasti tak best kan ?
Tak kisah la.. Hak masing masing .. aku tak nak dan tak berminak nak pertikaikan .. Ok .. skang ni aku nak bantu seorang rakan blogger yang mintak padangan aku bagaimana nak dapatkan pembaca yang setia di blog kita ..
Macam kita tau , pembaca setia ni ada dua .. Diam dan menunjukkan muka .. Macam aku pernah buat entri dalam blog ni dulu , paling penting adalah promosi .. Apakah itu promosi ??
" Hi , saya BEN ASHAARI ... '
Kat mana korang nak perkenalkan diri korang ? Tu korang kena ada perancangan .. Kena bijak tau di mana ada madu .. di mana ada lubuk , kat situ korang pergi .. Jangan malu tapi jangan perbodohkan diri ..
Kedua ..
" Inilah karya saya .. "
Apa yang korang bawak untuk dijual kepada pembaca yang pertama kali mengenali korang .. Ini sangat penting dalam mencuri hati mereka untuk pertama kali .. Kalau gagal pertama kali , kali kedua adalah penting .. Ingat , jangan jual karipap basi ! Bawak karipap yang segar dan panas .. Pastikan intinya bisa membeliakkan mata si pembeli ..
Ini adalah tips buat blogger yang berblog dengan entri peribadi .. Jika nak mudah , korang buat entri entri yang mana isunya pasti meletop hari ini dan keesokkan harinya .. Kat sini , korang kena bejalar bagaimana nak jadi broker saham .. Belajar menganalisa kehendak pembaca dan pengguna internet .. Jika kena , korang 'kaya' .. Tak kena hari ini , esok lusa mesti kena .. Takkan rugi punya .. Ini dipanggil entri berbentuk SEO ..
Kesimpulan .. Untuk mencuri hati pembaca , blog mesti menarik , entri mesti 'bijak' , promosi mesti kena masa , tempat dan keadaan .. Tak susahkan ? Susah ! Sbbnya , korang kena sabar .. Tang sabar inilah ramai gagal !
Selamat berusaha ...
Ini adalah ranking top 10 blog bahasa Malaysia berdasarkan maklumat daripada Alexa untuk trafik dari Malaysia.
- Denaihati (Global 30185, Malaysia 99)
- Ben Ashaari (Global 38229, Malaysia 189)
- Kujie (Global 50979, Malaysia 231)
- Puan Bee (Global 55094, Malaysia 232)
- Cik Epal (Global 47198, Malaysia 252)
- Wan Cikgu Muzik (Global 77159, Malaysia 259)
- blog.ariff (Global 60646, Malaysia 282)
- Faizal Fredley (Global 62683, Malaysia 332)
- Yanmie Online (Global 85571, Malaysia 364)
- ! Erti Kehidupan (Global 86433, Malaysia 374)
Sumber : Ariffshah
Dan satu lagi ... Atas usaha rakan blogger , Denaihati membuat satu projek 5 blog yang paling kerap dilawati 2011 , maka inilah keputusannya ..
5 blog paling kerap dilawati oleh rakan blogger, nak tengok update pertama sila ke @ link. 9 blog ini disenaraikan berdasarkan jumlah paling banyak dilawati mengikut pilihan 117 rakan blogger Malaysia dan Indonesia.
1. Benashaari.com (28)
2. Ariffshah.com (14) dan Kujie2.com (14)
3. Amanz.my (10) dan Redmummy.com(10)
4. Eyriqazz.com (9) dan Nisamenaip.blogspot.com (9)
5. Honeykoyuki.blogspot.com (8) dan Kupukupukecik.blogspot.com (8)
Sumber : Denaihati
Terima kasih Ariff dan Denaihati .. Setahun yang dulu , aku kerap lihat ranking rangking ni di blog blog otai .. Teringin aku nak berada di dalam ranking tu .. Huuhuh.. Alhamdulillah , tak lama kemudian , blog aku mula tersenarai.. Terasa sangat berbaloi walaupun tidak menjanjikan kekayaan tetapi bukti bahawa usaha membawa kejayaan ..
Aku boleh.. Korang lagi boleh !