Sebelum aku ada blog lagi , inilah cara aku ! Jadi jangan kata aku bila dah 'naik' berlagak ! Takde kaitan ..
KAWAN .. Ada dua jenis .. satu sokong , dan satu lagi membangkang .. Kawan yang menyokong ni pulak , ada dua jenis lagi .. Satu , I SOKONG SAJA ! Yang kedua , menilai dan menyokong ..
Yang MEMBANGKANG pulak , ada dua .. Menilai dan baru bangkang kemudian beri buah fikiran .. Yang ni bagus .. Dan satu lagi , MEMBANGKANG TANPA USUL PERIKSA dan TIADA LANGSUNG BERI BUAH FIKIRAN .. Apatah lagi semangat !
Aku punya 3 akaun FACEBOOK .. Aku kawan dengan sesiapa saja .. Aku add atau aku accept ! Tanpa bertanya ASL .. AGE , SEX dan LOCATION .. Terus accept.. Dua dari tu , dah lebih 5 ribu kawan .. Hanya seciput je aku kenal dan pernah jumpa.. Takde masalah pon bagi aku ..
Aku pernah join contest online .. Di situ aku nampak sapa yang sokong dan sapa yang tidak .. Yang tidak ni , kalau duduk diam tak pe.. tapi kalau terang terang saja seolah nak bagi jatuh semangat atau sengaja mencari pasal , tanpa banyak cerita aku UNFRIEND ..
Kenapa ? Aku bukan spesis nak menaip untuk menerangkan segala isu .. sedangkan dah berkali kali diterangkan .. namun entah mungkin ego sangat tetap nak cari pasal maka UNFRIEND saja jawapannya ..
Berdosa memutuskan persahabatan .. Ya , tapi aku lagi rela melakukannya dari makan daging saudara di akhirat kelak dengan mengutuk mengeji di belakangnya ..
Ya , mmg ramai dah aku UNFRIEND.. Satu kebebasan bagi aku dan dia. Dia pon tak perlu tau aktiviti aku dan aku pon begitu juga .. Mudah je kan ?
Aku hanya mahukan sokongan dan tunjuk ajar dari rakan rakan .. Aku tak mahu pujian.. Aku tak mahu kejian .. Jauh sekali menjatuhkan semangat aku ..
Sebarang nasihat dan tunjuk ajar dari rakan FACEBOOK aku terima malah dari sanalah aku mula naik dan menerima tunjuk ajar .. Untuk apa nak besar kepala kan ?
Serius aku katakan , aku hanya menerima kawan yang bergelar kawan .. Saling bantu membantu tanpa kira waktu .. Suka duka sama sama di situ ..
UNFRIEND bukan bererti BENCI tapi mengelakkan persengketaan ..