BEN ASHAARI



 

image

Keyword yg senantiasa melekat kat blog aku . Hurm.. Tak faham ke ? Maksudnya , ada laaa orang mencari menda gini kat internet ni. Tak tau la lelaki ke perempuan .. Zaman ni zaman kuda pon nak jadi keldai dan ada manusia bizi nak jadi keldai ! Keldai dadah !

Hari tu ada la aku tertonton satu rancangan kat tv yang mana artis jemputan dia tu sedang mengandung. Best partnya , bila dia kata ..

“ Perempuan mengandung , walaupun mengandung kena jaga penampilan. Kena nampak cantik gak di mata suami . Jadi kenalah selalu berhias diri “ ..

Lebih kurang gitu laa walaupun bukan 100% tapi itulah rumusannya .. Bila tengok dia berpakaian gitu , maka tak hairanlah keyword sebegitu rupa boleh muncul !

Memang ramai aku nampak perempuan mengandung ni , berpakaian ketat . Apakah itu satu keperluan ? Doktor suruh pakai ketat ketat ? Atau pereka fesyen ? Ada yang bangga tunjuk perut dan pusatnya yang ketara nampak tu.. Maaf cakap la yer , itu tak sepatutnya berlaku.

Sepatutnya bila mengandung ni , perbanyakkan lagi amalan sebab baby akan belajar sifat sifat dari ibunya sedikit sebanyak. Mereka nampak dan rasa segala perbuatan ibu mereka. Fakta dari mana ? G la cari sendiri .. Banyakkan membaca dari mendengar saja.

Jagalah maruah suami bila mengandung. Jangan ingat takde yang berselera pada perempuan mengandung ni . Cantik , biarlah dirumah . Luar rumah tu , tak perlu. Hak suami.  Kalau suami tak kisah , awak kena kisah sbb awak ada agama dan keimanan awak pada agama.

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

image

Gambar dari Hmetro

Mungkin tak kena balik kat ‘korang’ yang buat kerja kerja menyusahkan orang ramai ni tapi Allah Maha Adil.. Bayangkan jika kena pada orang yang ‘korang’ sayang satu hari nanti. Kena pada anak dara korang , ibu atau anak cucu korang nanti ? Fikir ke tak ? Aku rasa masa korang buat kerja ni , korang tak fikir kan ? Janji hasutan syaitan tu berjaya dilaksanakan dengan cemerlangnya .

Dalam hidup kita ni , semua orang susah. Tapi Allah dah ajar cara bagaimana nak keluar dari susah ni . Cuba bagitau kenapa hidup sampai melarat gini ? Sampai meragut , merompak , menyamun ? Bila dapat duit tu apa yg korang buat ? Beli kereta ? G haji ? Sedekah ? Buat rumah untuk orang tua ? Atau paling tidak pon , buat kenduri kesyukuran ? Tak punya kan ? Sebab korang tau duit tu duit haram dari kerja haram .. takkan nak guna kan ?

Kawan , Allah dah tetap syurga dan neraka buat kita … Tak perlu tunggu mati , atas dunia ni pon Allah dah boleh bagi ‘azab neraka’Nya. Cuma masanya dah tiba atau belum saja . Bawak bawak kita bertaubat ..

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

image

 

Semalam , ada satu event besar melibatkan PM , Ulama serta penulis maya. Aku tertarik dengan kata-kata seorang ulama ( tak ingat sapa nama ) yg mana membuatkan aku tersenyum. Lama dah aku keutarakan mengenainya tapi ada yang ‘tak berminat’ ..

“ Penulis maya ni kena bersatu .. “

Bersatu ni , tak semestinya menubuhkan persatuan kemudian pilih sapa kepala sapa badan kemudian kena ikut segala peraturan tapi sebaliknya bagi aku la kan , penulis maya ni kena tau apa sebenarnya isu isu yang patut ditulis dalam artikalnya dan bukannya isu isu menjatuhkan antara satu sama lain lebih lebih lagi isu yang mengarut dan takde langsung kepentingannya ! Dari situ baru boleh nampak kekuatan penulis maya ni apatah lagi bila ‘bersuara’ .

Bagi aku la , untuk bercerita mengenai kehidupan kita dalam blog takde salahnya tapi sesekali dengan mengeluarkan pendapat sendiri mengenai sesuatu isu atau perkara sedikit sebanyak membuka mata pembaca blog kita. Yelah , kadang kadang mereka ingat kita ni dok memanjang buat lawak atau serius je kan ? Dengan mengeluarkan pendapat tersendiri , baru mereka nampak sapa penulis tu sebenarnya.

Namun begitu , perlu tahu batasan menulis isu isu begini. Fakta kena betul , bukti kena ada , elakkan caci maki atau menjatuhkan maruah seseorang . Jangan lupa mengenai dosa dan pahala bila menulis .

Itu kan lebih bagus dari dok mengutuk orang sana sini kan ? Mereka yang suka buat isu isu begini , fikirkan kembali perjalanan anda sebagai seorang penulis maya.

Tak kira junior atau senior , kita punya akal dan asas pendidikan yang mengenai penulisan yang mana dah diajar dari sekolah rendah lagi.

Anda , adalah apa yang anda tulis !

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

 

image

“ Kenapa melayu tidak mengundi “. Satu lagi keyword yang menarik tersangkut di blog aku ari ni .. Hurm … kenapa yer ? Apakah aku tergolong diantara mereka yang tidak mengundi ?

 

Terus terang selama ini aku tidak berminat langsung untuk pergi membuang undi. Walaupun ada yang kata rugi sebab tak dapat duit selepas g mengundi tu , tapi bagi aku duit bukan segalanya. Boleh habis dalam sekelip mata je duit tu tapi undi aku tu kekal selama 5 tahun lamanya !

 

Kenapa aku tak pergi mengundi ? Cara pemikiran aku waktu tu , mmg belum matang apatah lagi tidak ada guideline untuk memilih calon yang sesuai dan paling penting boleh buat kerja.

 

Hurm … Dan untuk PRU 13 kali ni , insyaAllah aku akan pergi mengundi setelah membaca artikal Dr.Maza  .. Rujuk artikal TIPS MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA  ini . Harapnya dengan sedikit penjelasan dari ulama sebegini mampu membuka mata untuk memilih yang manakah patut diutamakan ..

 

Dipetik dari artikal Dr.Maza yang bertajuk  ADAKAH DOSA DAN PAHALA DALAM MENGUNDI PILIHANRAYA? .

Kita hendaklah sedar bahawa undian itu membawa maksud bersetuju memberikan mandat kepada seseorang bagi sesuatu kepimpinan. Maka, sebelum mandat tersebut hendak diberikan, wajib kita memastikan samada dia berkelayakan atau tidak. Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya)

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Memberikan undi kepada yang tidak berkelayakan adalah mengkhianati amanah.

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).

DRMAZA.COM

Buat mereka yang tidak berminat untuk mengambil tahu atau berniat tak nak g mengundi , fikirkan semula .. Bangsa lain sanggup berkerusi roda untuk pergi membuang undi untuk menunaikan tanggungjawab mereka . Kita ? Kau dan aku ? Yang masih muda ? Fikirkan untung nasib negara ini , agama dan anak cucu kita ..

 

Jangan pentingkan diri sendiri .. Aku tau ada yang tak puashati dengan sesetengah pemimpin. Tapi kembali melihat pada untung nasib negara kita yang terletak di tangan kita ..

 

Jangan menyesal di kemudian hari . Dan aku pasti ramai dah mula menyesal ! Pilihan , di tangan anda sendiri .. Baik buang undi dari buang air liur ! Tunaikan tanggungjawab anda..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Haa .. byk rumors kan ? Ada yang kata esok ! Tapi malangnya salah tekaan mereka .. Ada yang kata minggu depan ?? Apakah benar ? Aku rasa tak jugak kot. Biasanya kalau keputusan nak keluar , seminggu sebelum tu , dah diumumkan .. Jadi bila yer ?

image

Dari satu sumber (sini ) yg aku google dan aku rasa boleh dipercayai sbb datangnya dari jabatan kerajaan sendiri yakni awal bulan Mac 2012 . 

Tak pe la .. bila bila pon , tak yah kalut . Exam dah amik kan ? Jadi pasrah je la .. Lulus atau tidak , rancang semula kehidupan anda. Gagal tak bererti tamat hidup ddah kan ? Sekarang ni banyak dah IPTS .. cari je dan usaha .. Sama jeer .. Mahu atau tidak ..

Yang malas nak sambung tu , cari kerja dan kawin .. Selesai ! kan kan ? hehehe .. Haaa.. keputusan SPM 2011 pon akan keluar sejurus keputusan STPM ni keluar .. Jadi , bersabar la yer …

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes