BEN ASHAARI



 

Bila tanya mereka yang baru buat blog ni , kenapa mereka buat blog ? Boleh dikatakan majoriti nak merasa duit dari dunia maya ni ! Sebab dengar cerita ada yang sampai puluh ribu kan ? Hanya dengan buat blog je .. Hanya dengan merapu je dalam blog .. Dah dapat duit banyak ..

Maka ramailah buat blog dan beria meminta dalam paksa pembaca klik iklan mereka dengan harapan , duit dalam akaun mereka terisi ..kan kan ?

Tak semudah itu kawan .. tak semudah itu .. Kalau harap duit dari “ kau klik aku , aku klik kau atau kau tolong klikkan aku nanti aku tolong klikkan kau bila aku ingat “ , mmg kesudahannya , hujung tahun blog jadi bersawang la atau jadi blogger lanun ! Blogger lanun ni , bagi aku blogger yang suka serang blogger lain atas niat nak provoke dan cari gaduh .. Dan dia dapat pendapatan dari situ iaitu dosa ..

Jadi dari mana sebenarnya pendapatan blogger ni ? Korang akan tahu bila korang mula mengerti apa itu sebenarnya dunia maya ini .. Banyakkan membaca dan bertanya soalan soalan yg bijak untuk ditanya ..

Serius , seronok tapi penat ! Sangat penat .. cam aku .. orang dah tidur , aku sibuk dok buat kerja sedangkan kat luar tu , hujaaann.. Seronok laaaaa tidurrr .. tapi demi keluarga , dan ingin buktikan bahawa tak semestinya dengan makan gaji saja boleh hidup , aku kuatkan semangat ! Yearrghh …

Esok leh g tengok wayang .. lalalalala .. Argh .. ada satu lagi job kena buat lak.. haish ..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

 

Sebuah filem baharu, Fetih 1453 yang mengisahkan penaklukan tentera kerajaan Uthmaniyah ke atas kota Constantinople pada abad ke-15 mendapat sambutan hebat di Turki.

Kira-kira 3.4 juta orang telah menonton filem tersebut sejak ia ditayangkan pada 16 Februari lalu.

Filem Fetih 1453 itu menelan kos AS$17 juta (RM51.4 juta).

Menurut agensi yang mengumpulkan jumlah kutipan tiket, Box Office Turkey, seramai 3.4 juta orang telah menyaksikan filem tersebut dalam tempoh dua minggu pertama ia ditayangkan.

Agensi itu meramalkan filem tersebut akan memecahkan rekod penonton yang dicatatkan oleh beberapa filem lain di negara ini.

"Ia bukan kali pertama filem yang bertemakan penaklukan Constantinople ditayangkan tetapi Fetih 1453 ialah filem pertama yang menjalani penggambaran di Turki dengan bajet besar," kata seorang kakitangan di pejabat akhbar filem tersebut, Filiz Ocal.

Filem arahan Faruk Aksoy itu mengisahkan penaklukan kota Constantinople oleh tentera pimpinan Sultan Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dengan menewaskan tentera empayar kerajaan Kristian Byzantine.

Pada permulaan filem yang berdurasi 160 minit itu, tertera hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa Constantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya ialah sebaik-baik tentera.

Constantinople kini dikenali sebagai Istanbul – KOSMO

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

FACEBOOK oh FACEBOOK .. kewujudan kamu mmg memberi warna warni atas  dunia manusia .. Macam macam ragam , gaya , karenah , perangai manusia telah kamu rakamkan dan mereka tidak kisah langsung mengenainya .. Malah ada yang berbangga sehinggalah ianya disalahguna. Ahakss ..

Tadi la kan .. nak dijadikan cerita laaaa .. Aku g laa makan burger kat Mcdonalds dengan awek aku .. wife aku la tu.. aiyo.. terjojol saja bijik mata tu .. hiskh..

Sedang nak masuk ke dalam restoran tu , ternampak dua awek comel nih ( bagi aku semua comel.. Ciptaan Allah .. sapa kita nak kata tak cun kan ? ) berjalan sambil pegang aiskrim yg aku rasa mmg diaorang baru je beli kat McD tu .

Tetiba diorang berenti dan salah seorang keluarkan handphone dan terus dua dua berposing sambil gigit aiskim tu kemudian ketawa. Hahahha.. Mesti korang leh teka kan apa yang berlaku seterusnya..

Itu yang biasa berlaku la.. Terus upload ke FB .. dan penyakit ni , serius dan menular ke aku gak ! Hampeh …

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Waahh … berasap wife aku baca ! Baru baik demam terus fikir nak menikah baru ? Amboi… ke situ terus eh ? Dasar LELAKI !! Asik nak menikah yg baru jer !!

Hahaha .. rileks laa … LELAKI tidak akan menangis di depan pasangannya kerana mereka ego !  Kan ? Kenyataan kedua pulak , mereka simpan untuk bakal pasangannya yang baru .. Haa , yg ni kalau ditembak , pasti marah aar puak LELAKI ! Ingat gatal sangat ke semua LELAKI ni ??? Haa .. skit skit nak menikah baru .. tak pun , asik nak tukar gf jer .. Haaa ..

Kalau gitu , nape nak ego dengan pasangannya sendiri kan ? Rendahkan la sedikit ego tu. Agar lebih terbuka perhubungan pasangan tu. Lebih mudah nak berkomunikasi .. Tak de la nanti g cari orang lain untuk meluahkan perasaan tu .. kan kan ?

Jadi , kenyataan di atas yang aku reka tu , punya dua maksud yang berbeza tetapi membawa satu erti iaitu LELAKI ni EGOnya tinggi. Tak guna punya ! Jangan lupa yer , Nabi Muhammad s.a.w pun ke dapur untuk bantu isterinya masak .. 

Simbolik… Fikir fikirkan ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

 

Ko berenti kerja eh ? Skang ni dok cari makan dengan blog je la eh ? Eh .. boleh ke hidup ?? Confident ke ?

image

Aiyo  .. Bukan sekali .. bukan 2 kali .. Banyak kali dah aku dengar dan menariknya , ianya datang dari mereka yg satu ‘color’ dengan aku saja ! Yg bukan color aku , mereka senyum sbb mereka tau , dengan kayu pon boleh dijadikan punca rezeki .

Aku tak perlu cakap panjang. Aku tahu korang boleh fikir .. Aku dah puas fikir . Aku hidup sekali dan tak nak mati kerana tekanan jiwa  sbb kerja !  Weekkkk !

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes