"Kaaaakkkk .. jgn tutup pintu tuuuuu .. "
Ada sorang kakitangan KBS kebetulan masuk ke surau utk bersolat ..
Malangnya , pintu dah ditutup ..
Aku nekad ...
" Kakkkk .. kakkk .. tolong bukak pintu ni ... "
Published with Blogger-droid v2.0.4
"Kaaaakkkk .. jgn tutup pintu tuuuuu .. "
Ada sorang kakitangan KBS kebetulan masuk ke surau utk bersolat ..
Malangnya , pintu dah ditutup ..
Aku nekad ...
" Kakkkk .. kakkk .. tolong bukak pintu ni ... "
Aku terperangkap dalam surau nehh !! Nak cepat ,jd lambat lakk .. Tak leh nak keluar sbb pintu automatik .. kena guna pas .. Masuk tadi , boleh la pulak tanpa pass ..
Erk .. ada orang kat bhgn wanita .. td jengok , mcm takde .. gulp .. sat nak pengsan ..
Haih .. zaman ni , macam zaman filem koboi ! Macam macam ada kes jenayah yang dilakukan tanpa rasa bersalah kecuali bila dah dijatuhkan hukuman ..
“ Anda digantung sampai mati ! “
Dan berteriaklah mereka kerana menyesal ! Tapi sebelum buat tu , tak terasa ke bersalah bila nak buat jenayah tu eh ? Oh , mungkin dia terasa akan terlepas la kot .. Mungkin la .. tapi peratusan nak lepas tu , mungkin kecil tapi kalau jenayah yang dilakukannya besar dan berat.. baik lari la ke hujung dunia. Kalau duduk dalam Malaysia ni , mmg tak lepas laa ..
Aku terfikir la .. camana mereka yg bunuh orang tu .. Takde perasaan ke ? Apakah diorang sangka diorang dalam dunia perfileman ? Lepas bunuh tu akan ada pengarah jerit ,
“ CUTTTTTTTT” ??
Senang benar mereka membunuh orang.. Giler senang ! Aku nak pijak lipas yang aku geli pon , pk banyak kali.. Apa apa halau dulu .. kalau nampak lagi , baru kill n die ! Huhu..
“ Empat pelajar kolej swasta didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan membunuh seorang pensyarah dan bapanya.
Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20, Mohamad Sharafe Matt Noh, 19, Azizi Aizat Ibrahim, 20, dan Muhamad Safwan Muhamad, 20, didakwa secara bersama melakukan kesalahan itu terhadap Zara Eleena Omar Peter, 23, di rumah nombor 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, kira-kira 1.30 pagi hingga 2.30 pagi pada 9 Mac lalu.
Mereka juga didakwa melakukan kesalahan sama terhadap Omar Peter Abdullah, 56, di tempat yang sama pada kira-kira 11.30 malam, 8 Mac hingga 1.30 pagi, 9 Mac.
Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. “- Bharian.
Pergh .. Masak laaa … Tu la , buat kerja tak pikir .. Haa.. skaang , mengigil memanjang la dalam penjara tu .. Camana tu ?
Berlaku satu kejadian kat aku tadi waktu aku nak isi minyak kereta di stesen minyak Shell , Presint 8. Macam aku pernah tulis di status FB aku berbunyi gini ha .. “ Hari ni majoriti rakyat Malaysia belajar beratur.. Kenapa ? Hari ni hari gaji SeMalaysia ! “ .. Faham faham la kan ? ..
Ada sebuah lot untuk isi minyak kosong dan aku menuju ke arahnya. Tiba-tiba datang sebijik motor yang entah mana dia celah , terus masuk tanpa rasa bersalah ,tanpa pandang kiri kanan pastu terus g ke kaunter lalu bayar .. Dari pemakaiannya , aku tau la jenis camana orang ni .. Aku pon keje gomen gak dulu ..
Pastu , ‘pakcik’ tu gerak .. Aku nak celah masuk , tetiba masuk lak sebijik motor yang mana pakaian mereka , spesis ! Hampeh !! Aku tak citer banyak , aku hon dan angkat tangan kat dia .. Dalam hati aku mencarut menambahkan lagi dosa aku hari ini .
Bila mengenangkan ‘spesis-spesis’ ni ,aku teringat pengalaman aku bekerja di dua kementerian besar Malaysia ni ha.. Mula mula aku masuk , aku cuma berstatus kontrak dan aku sedar hakikat tu dan aku hormati mereka yang jauh lebih berpangkat dari aku dan muda dari aku. Aku kena terima dan jangan la nak berlagak walaupun kita ni jauh lebih berpengalaman dari mereka.
Teringat sorang kawan aku berkata pada aku ..
“ Ben , kau tak payah la beria buat kerja tu. Diorang nak , diorang datang la amik sendiri file ngan surat ni. Tak yah susah susah nak g antar kat diorang.. “
Aku terkedu. Nape dia kata gitu ? Sedangkan aku tau tu tugas aku dan aku tau tugas hantar surat tu , kerja dia ! Tapi dia tak nak buat ! Waduuh .. tunjuk hebat sangatkah mereka ni ?
Makin lama aku di situ , baru aku tau kenapa dan mengapa semua ini berlaku .. EGO !! EGO mmg senantiasa berada dalam diri penjawat awam ni .. Maaf aku cakap la yer .. Ini kenyataan . Cuma segelintir saja yang bagus dan sedar diri .. Yang lain ? Hurm..
Tindakan ? Bukan mudah nak amik tindakan terhadap penjawat awam yang punya masalah disiplin ni . Sangat merumitkan .. Lama lama , lantak kamu laaa .. Gaji kamu tu , kamu bagi keluarga kamu makan. Jadi sendiri fikir la.
Masalahnya , mereka ini menyebabkan pihak lain tidak dapat buat kerja dengan lebih efisien dan terpaksa buat kerja mereka lak ! Kalau malas , berenti je kerja ! Atau nak berlagak jadi pegawai , sambung la belajar ! Bukan takde peluang pon nak sambung belajar. Ada jer.. Tapi tak nak la pulak . Yang pandai , boikot dan memberontak dalam diam. Akhirnya , orang awam gak yang susah .. Yelah , kalau kerja tak jalan ,camana urusan nak settle kan ?
Maaf la yer kawan kawan. Aku bukan mengkiritik tapi inilah kenyataannya . Bukan semua tapi segelintir inilah merosakkan nama penjawat awam yang lain .
Gambar di atas cuma perumpamaan ..
Masalah jugak kadang kadang bila anak anak kita dah diajar berdikari sejak kecil . Bukan apa , nanti semua nak buat sendiri hinggakan boleh membelakangkan ibu bapa mereka sendiri !
Kesannya , kita boleh nampak sekarang . Mereka sangka dengan mampu berdikari ( kononnya) , mereka boleh buat apa saja tanpa rujuk mak ayah..
Tu pasal ramai yg jadi ‘mengarut ‘ sekarang ni ..