
Jommmm Qhaliff .. kita ke Kelantan jumpa Tok Ma ….

Jommmm Qhaliff .. kita ke Kelantan jumpa Tok Ma ….
Sian dak nih aihhh .. G mana mana , confirm kena ‘rampas’ dari aku punya . Pastu dari tangan ke tangan laaa Qhaliff ni ‘terbang’. Dalam diam , mata mak ayah dok perati jer dia . hehe . Risau , tetap ada .. Bukan takut kena culik .. tapi kena perhati .. Malang tak berbau ..
Esok , nak bertolak ke Kelantan lak selepas subuh .. Tok Ma rindu dah sangat kat dia .. Huhu .. Sambung kena gomol lagi la dia .. hehe ..
Takde sapa nak gomol aku ke ?
Yang seronok raya , pastinya kanak-kanak. Yang dewasa cam aku ni , seronoknya bila dapat berhimpun dengan sanak saudara dan berbual pelbagai topik .. Dan pasti ada yang bengang sbb ada yang saja mencucuk atau tunjuk bagus. Tapi itulah yang bestnya berhimpun reramai ni .. Macam macam warna perangai ada .. Terasa beza dah dulu dan sekarang . Yup , pengalaman mematangkan kita.

TV lak , serius .. aku tak terliur nak duduk depan tv langsung . Mungkin kerana terlalu banyak rancangan yang dirakam terlebih dahulu hingga hilang seri Aidilfitri atau dah banyak sangat rancangan raya di pelbagai rangkaian television.
Tapi yang pasti , bunyi mercun mmg mengembalikan nostalgia raya aku .. Hehe … Atau sebenarnya , aku dah semakin tua nak layan raya raya ni .. Sekadar seronok bila ramai ahli keluarga berhimpun ..
Mesti seronok balik raya di kampung yang benar benar bersuasana kampung kan ?

DARI BEN ASHAARI DAN SEKELUARGA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Tak kisah la daddy .. Qhaliff on jer pon .. Yang penting , kita nikmati hari raya ni .. Tapi ...
Jom balik kampung ..