Ke ladang getah mana tahhhh .. Tujuan asal nak ke rumah kawan blogger yg terletak berhampiran Hospital Machang .. tau tau .. tu diaaaaa ..
Published with Blogger-droid v2.0.6
Ke ladang getah mana tahhhh .. Tujuan asal nak ke rumah kawan blogger yg terletak berhampiran Hospital Machang .. tau tau .. tu diaaaaa ..
Cukur abis botak tak silap selepas buat cukul jambul .. Ni dah masuk 4 bulan lebih .. Rambut lebat kalah rambut aku ni haa .. Ekekeke .. Aku mmg laa .. Gugur dah rambut .. huhu ..
Rasa macam kasi botak jer .. Tapi aku laa .. hehehe ..
Ni sapa punya besday ni ? Awak baru 4 bulan ++ Qhaliff oiii .. Cam biasa , kalau dia dah mula masukkan jari dalam mulut tu , tu tanda dia dah mula bosan . Kalau tak amik tindakan segera untuk pulang , siap sedialah untuk mendengar suaranya !
Tapi itu hanya berlaku selepas 1 jam lebih .. Kira dia ‘bagi muka’ dulu laa .. Kalau tak ? Hehehe … Anda menyesal !
“ Boleh ke kau sara keluarga kau dengan blog ni ? “
Bila aku menyatakan hasrat aku menjadi blogger sepenuh masa , ada yang tergaru garu kepala. Betul ke tindakan mamat ni ? Giler ke apa ? Berapa sangat la pendapatan dari blog ni ?
Bukan nak bercakap riak atau angkuh tapi bak kata orang bijak pandai , rezeki ni ada di mana mana . Kalau takde tangan , kaki ada .. Kalau takde kaki dan tangan , selagi ada akal selagi itu kita boleh usaha. Janganlah ingat kena ada kepakaran serta kudrat saja baru boleh mendatangkan rezeki . Kena usaha , doa dan tawakal. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk.Kita tak tau camana bentuk rezeki kita tapi apa yang kita tau , kita perlu mintak dari-NYA !
Banyak contoh yang aku nampak depan mata aku . Jiran aku yang membesarkan anak anaknya hanya dengan menyara nasi lemak ! Siap dapat renovate rumah lagi wooo .. Tu pon dia tak cadang nak perbesarkan lagi bisnisnya. Cukuplah makan anak beranak ..
Sebenarnya rezeki yang Allah dah sediakan untuk kita ni mencukupi tapi ada yang tamak haloba. Dari halal dan berkat , dia nk jugak amik yang haram tanpa fikir baik dan buruk pada keturunan dia ..
Sapa tak nak kaya kan ? Tapi yg penting kita bahagia dengan apa yg kita ada .. Kalau nak kaut segalanya , satu dunia ni pon takkan cukup ..
Dengan akal kurniaan Allah , kita mampu hidup selagi kita nak hidup !
Hurm .. terkedu gak bila membaca artikal berita DETIK CEMAS BAGI IBU DAN BAYI APABILA KERETA DILARIKAN di Yahoo ni .. Bukan apa , kadang kadang aku pun selalu gak lakukannya. Al-maklumlah , kita beranggapan negara kita selamat sejahtera di waktu siang di mana mana jua kita berada .. kan ?
Tapi penjenayah skang ni mana tau takut dah .. Main buat je kerja kotor mereka tu. Berjaya atau tidak , belakang kira. Yang penting , kerja tetap jalan !
Dan yang jadi mangsanya , seorang ibu dan bayi . Nak tuduh si bapa lalai , kita tak tau kan ? Sekadar kalau baca dalam akhbar ni , mmg la nampak si bapa tu yang bersalah tapi seperti yg kita sedia maklum , belum tentu cerita tu 100% tepat dan padat. Hehe..
Jadi kita amik positif , si penjenayah tu lebih pantas dan tangkas utk melakukan kerja haram mereka . Tak kira la sapa mangsa , yang penting mereka dapat rezeki haram untuk diisi ke dalam perut dan juga memuaskan nafsu mereka .
Dengan ini , aku mengambil ikhtibar dari kejadian yang aku baru baca itu untuk lebih berhati-hati terutamanya bila mengisi minyak ! Aku harap semua yang membaca entri ni , tolong ingatkan pemandu kereta yang kita naiki tu agar lebih berhati hati hati hati hati hati hati hatiiiiiiiiiiiiiiiii !!
“ Seorang ibu dan bayi lelaki berusia lima bulan ketakutan di malam raya apabila keretanya dilarikan oleh seorang pemuda berdekatan Kompleks Dato Kailan di sini, semalam.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa Nurul Izzah Khalid, 26, berkata suaminya Musyrif Abu Bakar, 29, menghentikan kereta di simpang jalan berdekatan kompleks berkenaan untuk membeli ubat untuk anaknya di farmasi.
"Kejadian itu berlaku dengan pantas. Suami saya keluar dari kereta dan belum sempat saya nak menekan punat kunci pintu itu, seorang lelaki naik dan tekan minyak," katanya ketika menceritakan saat-saat cemas ketika kejadian itu.
Nurul Izzah berkata pemuda berusia dalam lingkungan 20-an itu naik marah apabila beliau mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi suaminya, serta mengugut untuk membunuh beliau dan bayinya jika tidak memberi telefon itu kepadanya.
"Selama 10 minit berada dalam kereta itu, saya kata ambil sahaja kereta ini dan merayu supaya tidak mencederakan saya dan bayi. Dia terus berhenti dan menolak saya keluar, kira-kira 500m dari tempat kejadian" katanya di sini hari ini. “.
Ada seorang pembaca di artikal tu memberi idea yang bernas lagi berguna ..
“ TIPS UNTUK SUAMI yang suka henti kreta sekejap (hidup enjin) kerana ada isteri atau rakan di dalam : minta kedai assesories kereta pasang juga central lock di sebelah pintu penumpang hadapan. senang nak lock tanpa melunjurkan tangan terutama yang sedang timang anak. “.
Hurmmm .. Senang betul cara mereka mencari nafkah ..