"Mama .. tok bela kuda tu , leh makan ker ? "
Bayangkan kalau takde zoo dah ..
Published with Blogger-droid v2.0.6
"Mama .. tok bela kuda tu , leh makan ker ? "
Bayangkan kalau takde zoo dah ..
Ke ladang getah mana tahhhh .. Tujuan asal nak ke rumah kawan blogger yg terletak berhampiran Hospital Machang .. tau tau .. tu diaaaaa ..
Cukur abis botak tak silap selepas buat cukul jambul .. Ni dah masuk 4 bulan lebih .. Rambut lebat kalah rambut aku ni haa .. Ekekeke .. Aku mmg laa .. Gugur dah rambut .. huhu ..
Rasa macam kasi botak jer .. Tapi aku laa .. hehehe ..
Ni sapa punya besday ni ? Awak baru 4 bulan ++ Qhaliff oiii .. Cam biasa , kalau dia dah mula masukkan jari dalam mulut tu , tu tanda dia dah mula bosan . Kalau tak amik tindakan segera untuk pulang , siap sedialah untuk mendengar suaranya !
Tapi itu hanya berlaku selepas 1 jam lebih .. Kira dia ‘bagi muka’ dulu laa .. Kalau tak ? Hehehe … Anda menyesal !
“ Boleh ke kau sara keluarga kau dengan blog ni ? “
Bila aku menyatakan hasrat aku menjadi blogger sepenuh masa , ada yang tergaru garu kepala. Betul ke tindakan mamat ni ? Giler ke apa ? Berapa sangat la pendapatan dari blog ni ?
Bukan nak bercakap riak atau angkuh tapi bak kata orang bijak pandai , rezeki ni ada di mana mana . Kalau takde tangan , kaki ada .. Kalau takde kaki dan tangan , selagi ada akal selagi itu kita boleh usaha. Janganlah ingat kena ada kepakaran serta kudrat saja baru boleh mendatangkan rezeki . Kena usaha , doa dan tawakal. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk.Kita tak tau camana bentuk rezeki kita tapi apa yang kita tau , kita perlu mintak dari-NYA !
Banyak contoh yang aku nampak depan mata aku . Jiran aku yang membesarkan anak anaknya hanya dengan menyara nasi lemak ! Siap dapat renovate rumah lagi wooo .. Tu pon dia tak cadang nak perbesarkan lagi bisnisnya. Cukuplah makan anak beranak ..
Sebenarnya rezeki yang Allah dah sediakan untuk kita ni mencukupi tapi ada yang tamak haloba. Dari halal dan berkat , dia nk jugak amik yang haram tanpa fikir baik dan buruk pada keturunan dia ..
Sapa tak nak kaya kan ? Tapi yg penting kita bahagia dengan apa yg kita ada .. Kalau nak kaut segalanya , satu dunia ni pon takkan cukup ..
Dengan akal kurniaan Allah , kita mampu hidup selagi kita nak hidup !