Kul 1 pagi dan dia masih liat nak tidur !! Yang dia buat , masukkan jari dlm mulut pastu calit kt muka aku ...
Nasib baik anak !!
Published with Blogger-droid v2.0.8
Kul 1 pagi dan dia masih liat nak tidur !! Yang dia buat , masukkan jari dlm mulut pastu calit kt muka aku ...
Nasib baik anak !!
Alhamdulillah .. dah selesai checkup untuk bulan ke 5 .. Qhaliff pon dah disuntik dan dia , cool jer .. hehe .. Tak nangis pon .. Best part , senyum la pulak nampak nurse .. Setiap kali nampak nurse mesti senyum .. Tapi pelik nape ngan ‘akak-akak’ kat bawah ni , confirm dia bermuka masam ??
Hahaaha .. pelik kan ? Dah 2 kali jumpa gitu gak .. Ngan nurse , dia ceria .. hehe .. Cuba akak akak ni pakai uniform nurse ! Haaa.. Confirm senyum punya laa ..
OK ok.. berbalik cerita Qhaliff .. Berat dia dari 6.7kg bulan lepas , mendapat teguran dari nurse sbb ‘ kurus’ .. Mungkin sbb SI , jadi berat tak bertambah sangat .. Tinggi dia bulan lepas , 65cm tak silap aku ..
Dan bulan ni , berat Qhaliff dah 7.2kg !! Amik kauuuu .. Patut aku sakit pinggang … Adeh .. Tinggi dia ? Dah 68cm .. Masa lahir dulu 58cm .. Haaa .. Gitulah adanya ..
Yang lain lain , alhamdulillah .. dia sehat .. Ada gak aku suruh wife tanya pasal pernafasan dia cam ada kahak kadang kadang ..Nurse kata tu bukan kahak tapi normal .. Lambat laun akan ilang sendiri .. InsyaAllah .. Aku harap pon takde apa apa la ..
Apa pun , terima kasih la buat rakan rakan yang sudi mendoakan kesejahteraan dia dan juga kami sekeluarga. Semoga Allah merahmati korang semua..
Dalam dia dok tgk kartun , dia terlena dgn sendirinya .. Kesan dari suntikan kah ? Tapi aku tak biarkan dia tidur gitu .. Wife amik dan susukan dia dan kasi terlena waktu menyusu badan tu .. Baru dapat lena skit dia .. huhu ..
Sian .. Memang sejak kecil lagi aku cukup takut berjalan di kawasan terbuka di kawasan flat atau pangsapuri .. Kenapa ? Baca keratan dari Kosmo ni ..
“ Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam selepas tiga hari bertarung nyawa akibat kecederaan parah di kepala kerana tertusuk buluh penyidai pakaian yang terjatuh dari sebuah rumah di Flat Sri Tanjung, Taman Kempas Permai di Johor.
Sebelum kejadian pada pukul 10.30 malam Ahad lalu, mangsa Muhammad Alias Che Samad, 4, bersama bapanya, Che Samad Che Omar (gambar kecil), 51, turun dari rumahnya di tingkat dua untuk pergi memanggil kakaknya yang berusia lapan tahun yang dikatakan bermain di taman permainan berdekatan rumah supaya pulang.
Bagaimanapun, ketika berada di tempat letak motosikal di tingkat bawah flat setinggi 17 tingkat berkenaan, secara tiba-tiba sebatang buluh penyidai pakaian milik sebuah keluarga yang tinggal di flat itu jatuh menimpa kepala Alias.
Buluh sepanjang dua meter tersebut tertusuk kepala mangsa. Tusukan itu sedalam kira-kira lima sentimeter.
Akibat tusukan itu Alias cedera parah dan koma sebelum anak bongsu daripada empat beradik itu disahkan meninggal dunia pada pukul 3 petang semalam di HSA di sini. “
Memang la ajal maut di tangan Tuhan tapi kita sebagai makhluknya juga diwajibkan berhati hati .. Selagi mana boleh elakkan , kita elakkan .. Sian kat adik Alias ( arwah ) ni .. Tak pasal pasal jadi mangsa ..
Apa yang aku risaukan kes kes gini la.. Byk kali dah berlaku .. Setakat buang benda dari tingkat atas tu , jangan cerita laaa .. Tak larat dah nak jerit .. Kalau terlebih jerit , bergaduh pulak ! Haaa ..
Buluh beb ! Buluh pacak kat kepala … Tak leh bayang kesakitannya ..
Takkan kot ? Hahahaha …


