
Aku tak pasti la orang lain tapi aku , walaupun dah jaga Qhaliff selama 3 bulan sendirian ( sebelah siang la maksud aku ) , adakalanya cuak bila layan karenah Qhaliff ..
Adakala aku faham adakalanya , boleh mendatangkan tekanan jiwa sekejap. Yelah , menangis tanpa henti .. Padahal kita tau dah puncanya tapi terlupa !
Qhaliff , tadi menangis dan tak nak berpisah .. Punca ? Aku tak tau memula tapi dari mata dia , aku dapat tangkap dia mengantuk .. Sebab makin lama makin mengecil mata dia .. hee ..
Tapi masalahnya ialah dia tk nak tidur ! Nak ajak main .. camana tu ? Nak tk nak , strategi pemusnah digunakan .. Walaupun dalam keadaan darurat , terpaksa gak gunakan ..
Dan dia tertidur akhirnya .. Camana aku buat ? Cara klasik iaitu , bagi je susu.. hehehe .. senang ..
Suami yang tk sabar , kena tenangkan diri bila jaga bayi ni.. Mereka tk tu apa apa langsung ! Hanya tau ketawa , senyum dan menangis .. Tak guna nak marah kat mereka ni . Kalau marah gak , ternyata anda seorang manusia yang tidak berakal langsung !