BEN ASHAARI



 

IMG_20120927_151337

Nak susuuuu .. nak susuuuuu … nak susuuuu ..

Muka kesian duk tunggu susu dipanaskan .. hehehe .. Sian dia kan ? Daddy jadi kelam kabut .. Tak sanggup tengok muka 10 sen dia tu haa .. huhu..

Bila dah dapat ?

IMG_20120927_154809

Tinggalkan daddy sorang sorang eh ? Tak pe tak pee .. daddy leh layan blog dan twitter .. Nanti bangun kita g jogging eh .. hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Perghh .. bengong.. hahaha.. Boleh test lak gitu ? Sapa lagi mantap dari sudut material … hehe.. Aku tengok video ni mlm semalam dan mmg respek skit laaa kat IPHONE 5 yang menang besar .. Tapi aku tetap tak guna IPHONE 5 sbb aku sokong produk Asia .. Jangan sebut bab os atau menda lain yer . Kalau ada yang bagus dari Asia , aku akan guna .. Haaa .. Kalau bergantung dengan US , dorang  berlagak giler .. Macam Windows semua tu laaa.. Kena beli ori lesen laa .. Contoh je la .. Tak suruh pon mengiyakan ..

Ok , ada 3 test yang dia buat .. Test pertama .. sama kuat .. Tapi test kedua .. jeng jeng jeng ..

image

Manakala IPHONE 5 cuma mengalami kecederaan ringan di bahagian tepi. Skrin , masih comel .. Ala, skrin dia kecik skit dari S3 .. Tu pasal la kot kuat … Lalalalla ..

image

Dan ada test test berikutnya yang mana , IPHONE 5 tetap mantap di bahagian skrinnya . Dan S3 , berderai ! Tak peeee .. Berderai pon ok… Tak lama lagi keluar S4 .. hehehe .. confirm mantap serupa pakai cermin besi .. hehehe .. Tak pun , guna la cover .. kan kan ?

Apa pun , bagi aku ni sekadar ujian kelasakan hp tu jer .. Mana lagi bagus , terpulang pada citarasa masing masing .. Aku tetap dengan HTC OnE X .. Er tapi macam terpikat kat Samsung Note 2 jeeee .. hahaha .. Mengamuk wife ..

Tengok kat http://youtu.be/6M5q5TRuAsY ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Sebuah filem animasi Afrika Selatan yang mmg best untuk ditonton bersama anak anak ..

Aku saja nak buat koleksi filem filem animasi ni .. Yelah , nanti Qhaliff dah bijak skit leh layan ngan bapak dia ni kan .. Maklumlah , sama sama lepak rumah .. Hehe..

Best ke ? Aku yang meminati kartun begini sejak layan LION KING .. Dulu minat yang aksi aksi cam Thundercats , Voltron dan sebagainya .. Tapi bila dah terjebak ngan LION KING , filem filem binatang ni mmg menarik jiwa aku .. Tu tak termasuk Toys Story dan sebagainya.

Filem animasi Zambezia ni mmg punya pengajaran sebenarnya. Paling mudah , bila bersatu kita mampu lakukan apa saja dan tolong menolong dalam masyarakat .. Haaa .. Hidup tamo sombong okeh ! Tu moral dalam filem ni ..

Nak download kat mana ? Cer cari di TeamHanna atau Berdesup ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Minggu depan , Qhaliff dah 6 bulan .. Patutlah aktif semacam jer .. Sekejap benar masa berlalu kan ?

 

IMAG3777

Ini sedikit artikal dari BABYCENTER MALAYSIA :

Menjelajahi dengan menggunakan tangan

Apabila bayi anda berusia kira-kira enam bulan (kadangkala lebih lambat dari ini), kemahiran mengawal gerak tangan bagi bayi anda telah berkembang secukupnya untuk membolehkan dia menarik objek kepadanya. Apabila bayi anda sudah pandai meragut alat mainan, dia akan mula mengasahkan kemahiran memindahkan alat mainan dari satu tangan ke tangan yang lain secara berulang-ulang kali. Juga, bayi anda akan mendapati bahawa melepas dan menjatuhkan sesuatu objek sama seronok dengan mengutipnya kembali. Apabila bayi anda memahami konsep sebab dan akibat, dunia bayi anda menjadi lebih menarik baginya… dan dunia anda akan menjadi semakin semak dan tidak teratur.

Fasih dengan tangan kiri (kidal) atau kanan?

Masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada bayi anda akan lebih gemar menggunakan tangan kanan atau kiri (kidal). Pada tahap ini, kebanyakan bayi kelihatan gemar menggunakan sebelah tangannya dahulu dan kemudian bertukar menggunakan tangan yang lagi satu. Kecenderungan menggunakan tangan kiri atau kanan sebenarnya tidak boleh ditentukan sehingga dia berumur dua atau tiga tahun.

Belajar bergolek

Pada usia ini, kebanyakan bayi telah belajar bergolek ke setiap arah, dan ini adalah satu pencapaian dalam perkembangnya yang mungkin menghiburkan anda dan juga bayi anda. Walaupun bayi anda amat seronok untuk bergolek, ianya boleh menyebabkan kebimbangan bagi diri anda. Letakkan tangan atas badan bayi anda semasa menukar lampinnya, dan jangan sekali-kali meninggalkan bayi anda berseorangan atas katil atau mana-mana tempat tinggi. Jika anda menggunakan meja untuk menyalin pakaian bayi selama ini, sekarang ini adalah lebih baik bagi anda menyalin pakaiannya di atas lantai saja.

Bayi anda walaupun kecil suka bersosial

Pada usia ini, bayi anda bukan hanya membenarkan perhatian daripada orang lain, malah, mereka juga akan selalu menggalakkannya. Walaupun tidak lama lagi anda mungkin menyedari bahawa bayi anda sudah mula menunjukkan sifat takutkan orang yang tidak dikenali, namun, bayi berusia enam bulan masih lagi bersikap tidak memilih: sesiapa sahaja yang mendekati bayi anda dengan muka mesra atau tersenyum akan menggembirakan bayi anda dan akan terus menjadi kawannya. Tetapi, janganlah bimbang – dia masih memerlukan dan mendambakan perhatian penuh daripada anda.


Bayi anda juga akan menyedari bahawa semua kelakuannya, sama ada yang disukai anda, maupun yang tidak disukai, semuanya diperhatikan oleh anda, jadi bermula dari sekarang (dan bagi tahun-tahun yang akan datang) bayi anda akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian anda. Pada masa ini, segala yang dilakukan oleh bayi anda semuanya menimbulkan keseronokan bagi anda, tetapi semakin dia membesar, semakin nakallah perangainya semata-mata untuk mendapat reaksi daripada anda. Cuma, jangan lupa untuk memberi reaksi yang hebat apabila dia melakukan sesuatu yang sesuai dan digemari anda.

Ada satu perkara yang menjadi semakin jelas: bayi anda akan mula mempelbagaikan taktiknya untuk mendapatkan perhatian, selain dari menangis. Jadi, janganlah hairan jika bayi anda berusaha seberapa boleh untuk mendapatkan perhatian anda, sama ada menggeliat-geliatkan badan, membuat pelbagai bunyi-bunyian atau yang lain. Dalam masa tiga bulan yang akan datang, bayi anda akan memperoleh cara yang tersendiri dan unik untuk memberitahu anda apa yang dia sedang fikirkan, mahukan dan perlukan.

Main mainan jenis bergilir-gilir

Bayi berusia enam bulan gemar bermain mainan bergilir-gilir, terutamanya yang melibatkan bunyi dan bahasa. Sekali-sekala, biarkan bayi anda mengambil giliran dahulu dalam mainan, dan tirulah sebutan yang dibuat olehnya. Bila tiba giliran anda memulakan mainan, cara terbaik untuk mengajar anak anda – dan membuat dia ketawa pada masa yang sama – adalah dengan membuat bunyi-bunyi haiwan ("kuek-kuek," "bow-wow" dan sebagainya).

Bayi anda yang suka membebel

Apabila bayi anda berusia enam bulan, dia akan melihat dan mendengar apa yang ada dalam persekitarannya hampir sama sebagaimana anda mengalaminya. Kebolehan komunikasinya juga berkembang dengan pantas, meliputi jeritan keriangan, bunyi-bunyi keseronokan, bunyi seperti opera mengubah oktaf dan mengagah.

Pada usia ini, lebih kurang separuh daripada bayi akan mengagah, dengan mengulangi satu suku kata seperti "ba," "ma," "ga," atau mengulangi beberapa gabungan konsonan dan vokal. Ada juga bayi yang menambah satu atau dua suku kata yang lain, menjadikan bunyinya lebih kompleks.

Anda boleh memberikan galakan kepada bayi anda dengan mengagah bersama-sama dengannya dan membuatkan ini satu permainan ("Biri-biri berbunyi, 'baaa,'" atau "Kambing berbunyi, 'maaa,'" dan sebagainya) atau memberi perhatian rapi kepada apa yang diperkatakan seakan-akan anda faham semua yang dikatakannya dan mendapati semuanya amat menarik.

Bayi anda boleh juga mengenalpasti nada dan suara yang berbeza dan sekarang mungkin akan menangis apabila anda bercakap kasar dengannya.

Satu cara yang pasti membuatkan bayi anda gembira adalah dengan mengisi gelas tiga suku penuh dan menggunakan straw untuk meniup-niup buih. Bukan saja bunyi tetapi gambaran itu juga akan membuatkan dia ketawa.

Merangsang derianya

Bayi anda menggunakan semua derianya untuk mengeksplorasi dan mempelajari tentang dunianya. Pastikan dia mempunyai banyak barang-barang yang selamat di sekitarnya untuk disentuh, dimain-main dengan mulut dan dimanipulasikan. Dia akan gembira memicit bola getah lembut, menepuk kepingan bulu tiruan, menggigit gegelang gigi yang dingin dan mendengar bunyi loceng dalam anak patung lembut berbentuk haiwan.

Gembira semasa mendengar cerita

Membaca kepada bayi anda kini akan merupakan aktiviti yang berjaya sebab dia akan terhibur melihat gambar-gambar yang terang sambil bergelung dalam pangkuan anda. Tidak kira berapa umur anak anda, sudah tentu membaca memberikan peluang untuk memeluk dan bersosial sesama yang bermanfaat kepada bayi dan ibu bapa.

-TAMAT-

 

Wow.. semua yang dinyatakan , mmg berlaku pada Qhaliff termasuk menjerit kuat kuat !! Adoiii .. Selagi tak bagi respon , selagi tu dia menjerit !!

Bila baca info begini ternyata banyak yang amat berguna ! Huhuh. ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Alhamdulillah ..

Susu Qhaliff mmg tak mencukupi untuk dibuat stok simpanan. Apa yang ada , cukup untuk hari tu saja. 

Semalam , sepatutnya ada satu projek luar untuk aku buat . Pening camana nak standby susu Qhaliff , kurang kurang 7 botol untuk sepanjang hari yang mana aku plan nak tinggalkan Qhaliff kat umah mak aku .

Wife dah plan jika terpaksa , sediakan susu formula jer.. Dah tak de pilihan memandangkan dia pun kena hadiri kursus jangka pendek di kawasan berhampiran.

Mungkin rezeki kali ni milik Qhaliff , projek aku tu batal dan ini bermakna aku duduk je kat rumah bersama Qhaliff.. Secara tidak langsung , bekalan susu mmg memadai untuk sampai tengahari jer dan wife balik waktu lunch untuk bagi bekalan seterusnya. Kira dia g pam kat tempat dia tu la.. Curik curik masa gitu .. Jadi untuk hari Rabu , mmg cukup cukup untuk Qhaliff sehingga petang .. Alhamdulillah ..

Dan , masalah tak selesai lagi. Semalam baki susu ada 2 auns jer. Pelbagai usaha dan cara dah dibuat. Namun tak banyak .. Aku redha jer ..

Entah camana , awal pagi tadi sebelum subuh , wife terjaga dan nak pam susu .. Sesungguhnya ALLAH Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani .. DIA bagi satu botol penuh untuk Qhaliff , sekali pam yang mana sangat sukar dapat .. Memang rezek Qhaliff sungguh. Pastu dapat lagi sedikit , menjadikan stok cukup untuk setengahari.

Dan seperti biasa , lunch dia balik dan bagi utk stok sebelah petang. huhu.. Aku pun legaa .. Kalu boleh tak nak bagi lagi susu formula hingga dia 2 tahun .. Kenapa tak nak bagi susu formula ? Search je jawapannya dalam blog aku ni ..

Dikala kita kesempitan , mohonlah pada ALLAH .. Sungguh sungguh minta padaNYA..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes