Adusss .. Dia fikir semua orang Malaysia ni bodoh benar ke ???
Tapi ada gak yang tertipu eh ?
Published with Blogger-droid v2.0.9
Adusss .. Dia fikir semua orang Malaysia ni bodoh benar ke ???
Tapi ada gak yang tertipu eh ?
Hehe.. main sorang sorang , boring .. Kena ada partner , baru 'masyukkk..' ..Hahaha ..

Perghh .. 10 minit nak siapkan dia ! Mandi , dah pandai dah nak rendam kepala ala ala nak basuh rambut bahagian belakang kepala tu haa .. Amboi amboi.. Demanding skang wooo ..
Bila dah siap mandi .. Nak pakaikan baju .. Tang ni mmg berperang dengan dia .. Aku pusingkan dia.. Dia pusing balik .. Apa saja yang ada dekat ngan dia , semua dijadikan alasan untuk dia pusingkan badan dia ! Grrr .. Bercinta tul aku nak siapkan dia ..
Sakit pinggang ? Confirm laaa .. Kalau tak nak kasi dia bergerak , aku letak je barang atas badan dia.. Haa .. Baru dia statik jap .. Tapi tak lama laa.. Barang tu mesti tah kemana jatuh lak ..
Yang pasti .. aku berpeluh macam g gym semata-mata nak siapkan dia ! Bila dah siap .. baru legaaaaaa … Baru 7 bulan ! Setahun ? Atau dah boleh berlari ??? Ada gak makin semput aku .. huhu..
“Aeon Co Ltd mengumumkan pembelian 100 peratus saham Carrefour Malaysia daripada Magnificient Diagraph Sdn Bhd dan Carrefour Malaysia Sdn Bhd. Ia dibeli pada harga EUR 147 juta.” –Hmetro..
Mula mula .. Logonya .. Apakah akan bertukar ? Jeng jeng jeng .. Tak kisah la berubah atau tak logonya tapi yang penting ialah kualiti ‘persembahan’ mereka . Apakah berubah atau kekal seperti sedia ada ?
Kalau kat Carrefour Alamanda , aku nampak dah ada perubahan dari sudut susun aturnya . Malah hari tu siap ada research oleh staff mereka yang mana mereka menemuduga pelanggan yang ada kat sana . Bagus la kan ? Leh luah perasaan gitu .. hehe ..
Harapnya pasni , Carrefour bukan saja bertambah cun atau kemas tetapi harga barang pun , murah sedikit dari sedia ada .. Heheh .. Baik murah sedikit dari mahal pastu takde orang beli kan ? Tak rugi pon.. hehe ..
Berubah atau tidak , kita tunggu segalanya selesai.. Baru leh komen , kan ? Dan aku mmg buat masa ini pelanggan setia Carrefour walaupun aku ada kritik mereka terutama cashier yang serupa ‘Walking Dead’ …

Ooooo .. Lena dia tidur ehh ? Dari kul 12 tadi dia tidur .. Dapat susu ibu , lena terus .. Sebelum tu , liat benar nak tidur dia yer .. Bila dia tak dapat tidur , dia kaco aku haaa ..
Bayangkan tadi dia tengok tv , aku tertidur .. Dia guling guling kat aku pastu dia singgah kat tepi aku ..Dia tak leh g mana dah .. Sebab aku kepung dengan bantal .. Huhu..
Dia bosan .. Aku tertidur tapi tak lena .. Tau apa dia buat ? Dia cubit lengan aku ! Cubit okeh ! Bukan gigit atau pun sembur ! Tapi cubit haaa.. Bukan sekali , bukan dua kali .. Selagi aku tak jaga ,dia buat !
Bila bukak mata .. aku pandang dia .. Dia pandang aku .. Seolah macam nak berkata ..
“ Daddy ni tak reti reti nak jaga ke ? Boring tau tak .. Ada ke suruh layan kartun dari tadi .. Adoii.. Jom la g main bowling ke.. Snooker ke.. Atau layan gym pon okeh .. “
Gitu la rupa dia .. Skang dia tidur.. Masih lagi tidur .. Apakah perlu aku cubit pp dia lak ? Muhahahahha ..