
Huh ! Gatal gusi ehh ? Suka gigit daddy n mummy ehhh .. Apasal baby suka gigit ni ? Ada yang kata , gatal gusi .. Ada yang kata , dia nak explore dengan ‘merasa’ .. Ada yang kata diaorg perasan diorang Edward Cullen .. Macam macam la orang kata .. Apa kata pakar ?
Tadaaaa .. Jawapan dari BABYCENTER MALAYSIA .. hehe .. Baca , jangan tak baca ..
Untuk kebanyakan bayi dan ibu bapa, ketibaan gigi pertama tidak menyeronokkan, dan ia boleh menjadi proses yang panjang. Simptom awalnya termasuk air liur meleleh yang berlebihan dan kesakitan yang agak teruk. Ini selalunya bermula selama sebulan atau dua bulan sebelum kemunculan gigi tersebut.
Anda mungkin terpaksa berjaga malam untuk menenangkan seorang kanak-kanak yang sedang menunggu giginya menembusi gusi. Untuk mengurangkan kesengsaraannya, bayi anda akan mula menggigit, tetapi bukan kerana marah atau bersikap ganas. Berikanlah sesuatu untuk digigitnya atau gosok gusinya dengan jari anda untuk membantunya mengurangkan kesakitan.
Gusi boleh menjadi bengkak apabila gigi hendak muncul dan ini akan menyebabkan pipi anak anda kelihatan lebih besar. Walaupun sesetengah ibu bapa mendakwa bahawa anak mereka akan demam atau cirit-birit semasa gigi hendak muncul, kebanyakan pakar setuju bahawa pertumbuhan gigi tidak mengakibatkan penyakit. Barangkali anak anda sedang menghidap demam selesema, flu atau ada masalah sakit perut, jadi bawalah dia berjumpa dengan doktor.
Untuk mereka yang bernasib baik, pertumbuhan gigi adalah proses pengubahsuaian mulut yang tidak menyakitkan. Satu minggu bayi anda tersengih tanpa gigi, dan minggu yang satu lagi ternampak puncak putih bergerigis pada permukaan gusinya. Raikanlah gigi pertamanya dengan menangkap banyak gambar, dan catatkan tarikh ketibaannya di dalam buku bayi anda.
Gigi tumbuh dengan berturut-turut, mula-mula yang di depan sebelah bawah, kemudian yang di tengah sebelah atas, diikuti yang di tepi dan belakang. Pertumbuhan gigi adalah mengikut keturunan, jadi jika anda mendapat gigi anda awal, barangkali anak anda akan sama juga.
Apakah perkembangan seterusnya?
Gigi bayi tidak akan tercabut sehingga gigi tetap anak anda sudah bersedia untuk tumbuh, iaitu sekitar usia enam tahun.
Bagaimana anda boleh membantu
Anda tidak dapat lakukan apa-apa untuk membuat gigi muncul, tetapi anda boleh menolong mengurangkan kesakitannya bila proses itu bermula. Pertama, beri anak anda sesuatu untuk dikunyah, seperti gegelang gigit yang disimpan dalam peti sejuk. Dia juga boleh mendapatkan sedikit kelegaan dari memakan makanan sejuk, seperti puri epal atau yogurt, terus dari peti sejuk.
Jika bayi anda benar-benar dalam kesakitan, anda boleh berikan paracetamol kanak-kanak dalam dos yang ditetapkan. Jika anak anda demam, atau tidak dapat ditenangkan, jumpa doktor anda – dia mungkin menghidap jangkitan telinga atau penyakit lain.
Apabila giginya sudah tumbuh, terpulanglah pada anda untuk memastikan kebersihannya. Untuk tahun yang pertama, anda tidak perlu betul-betul memberus giginya, tetapi cubalah bersihkannya sekurang-kurangnya sekali sehari, mungkin sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidurnya. Anak anda mungkin tidak suka berus dimasukkan ke dalam mulutnya, sebaliknya lapkan gusi dan giginya dengan mengunakan kain bersih sahaja.
Anda juga tidak harus menidurkan anak anda dengan botol susu. Susu tepung dan susu badan boleh mengumpul di dalam mulut bayi anda waktu tidur dan mengakibatkan penyakit yang dikenali sebagai kerosakan gigi botol bayi.
Semak dengan doktor atau doktor gigi sama ada anda perlu memberikan anak anda fluorida (titis pembasmi kaviti ini hanya diperlukan jika anda tinggal di kawasan yang sumber airnya tidak ditambahkan fluorida).
Pada sekitar usia 18 bulan, anak anda mungkin sudah bersedia untuk belajar memberus giginya sendiri. Anda harus menolong dan memeriksa sama ada dia telah memberus dengan berkesan untuk beberapa tahun lagi, tetapi ini adalah kebiasaan yang baik untuk dimulakan. Tunjukkan cara untuk menggerakkan berus pada giginya. Gunakan berus yang lembut dan setitik sahaja ubat gigi. Anda tidak perlu memberus mengikut sesuatu arah yang tertentu, hanya perlu keluarkan cebisan makanan dan bersihkan permukaan gigi dan gusi.
Jika anak anda tidak suka pada rasa ubat gigi, cubalah jenama yang lain, ataupun lupakannya sama sekali. Anda tidak memerlukan ubat gigi kecuali jika diet anak anda mengandungi banyak makanan bergula – yang anda harus elakkan juga. Jika dia ada menikmati gula-gula, misalnya semasa di majlis hari jadi, pastikan dia memberus giginya sejurus selepas makan, atau galakan dia mengakhiri hidangannya dengan makanan masin seperti sekeping keju.
Sekitar hari jadinya yang ketiga, buat temu janji dengan doktor gigi anda supaya anak anda dapat membiasakan diri dengan proses pemeriksaan gigi.
Bila anda harus bimbang
Bayi pramatang mungkin akan mendapat gigi mereka lewat beberapa bulan. Jika anda masih tidak nampak sebarang tanda kemunculan gigi pada penghujung tahun pertamanya, bangkitkan perkara ini semasa pemeriksaan doktor yang akan datang.
Jika anak anda ada semua tanda-tanda pertumbuhan gigi – air liur meleleh, gusi bengkak – tetapi kelihatan dalam kesakitan yang melampau (tangisan yang tidak dapat diredakan adalah petunjuk yang utama), jumpa doktor anda. Pertumbuhan gigi tidak harus menyiksakan seorang bayi.
TERIMA KASIH BABYCENTER !
Disebabkan dia lelong kerana nak bantu pesakit AIDS maka aku pon tolong war warkan .. Mana tau ada pembaca blog aku yang teringin tudung yang dibuat khas untuk Dato Siti Nurhaliza tu haaa .. Mana la tau kan ? Heheh ..
Dipetik dari MSTAR Online ni .. Pinjam sat noo.. Jangan saman lak ..
“ Siti akan melelongkan tudung yang digayakan semasa sidang media yang diadakan pada Rabu bersempena Makan Malam Tahajjud Cinta di Hotel Grand Hyatt pada 30 Januari depan untuk mengutip dana bagi membantu pesakit HIV/AIDS. “
Menurut artikal tu , Datuk Siti Nurhaliza Taruddin akan melelong dua pasang tudung miliknya rekaan jenama Fareeda pada malam Persembahan Makan Malam Amal Tahajjud Cinta bagi mengutip dana untuk dua buah pertubuhan kebajikan iaitu Yayasan AIDS Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia.
Tudung yang bakal digayakan pada persembahan itu nanti akan mendapat sentuhan Siti sendiri dari segi rekaan mengikut citarasanya dengan bantuan Fareeda.
Tempahan meja untuk persembahan itu nanti telah pun dibuka dan meja berharga RM35,000 bagi kategori Berlian, RM20,000 kategori Platinum dan RM10,000 kategori Emas.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jasmin Jalil di Yayasan AIDS Malaysia menerusi talian 03-4047 4311 atau e-mel jasmin@mac.org.my atau Johary Jalil 03-40474277 atau johary@mac.org.my.
Hasil kutipan daripada persembahan itu nanti akan disalurkan untuk pembangunan program-program pendidikan, pencegahan, rawatan, jagaan dan sokongan bagi membantu golongan penghidap HIV/AIDS di Malaysia termasuk pembinaan sebuah rumah perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak di Kelantan.
Persembahan Makan Malam Amal itu nanti turut mendapat tajaan penuh daripada jenama tudung Fareeda dan Hotel Grand Hyatt.
Apa lagi ! Booking la 8 table ! Satu table leh bagi aku .. hehehe ..
-IKLAN STICKY POST 24 JAM . eNTRI BARU DI BAWAH ENTRI INI-
Kena baca bahagian 1 dulu .. Klik SINI
Seperti kebanyakan orang Hisma pun pada mulanya tidak tau apa itu Perunding Kewangan atau Perunding Saham Amanah. Sebelum ni pun tidak pernah terlibat dalam bidang Kewangan apa lagi dana-dana kewangan.
Peranan Perunding Saham Amanah
Perunding saham amanah merupakan kerjaya professional dimana perunding merupakan perancang kewangan pelanggan. Setiap perunding di Agensi Atrium akan diberi pendedahan tentang dana dan strategi terbaik untuk maju dalam kerjaya.
Di Atrium setiap perunding akan di beri tunjuk ajar sehingga boleh bergerak sendiri.
Perunding akan di beri panduan bukan sahaja dari segi produk tapi bagaimana cara bercakap dan berpakaian dengan baik.
Pergaulan dan cara hidup akan berubah secara total ke arah yang lebih baik kerana anda akan berjumpa keluarga Atrium yang profesional.
Kelas dan tunjuk ajar sentiasa diberi oleh CEO Atrium Puan Hismazaitul
Bukan sahaja bekerja bersama malah seronok pun bersama. Atrium kini merupakan keluarga besar Hisma.
Kerjaya ini mendekatkan Hisma dengan pemimpin yang disegani. Kalau dulu Hisma lebih suka menjauhkan diri tapi kerjaya ini menonjolkan lagi daya keyakinan Hisma.
Hisma bersama pemimpin.
Gaya santai dan kasual ketika berhujung minggu.
Ataupun gaya korporat… Jika Hisma boleh, pasti anda pun boleh. Jom Sertai Atrium.
Hisma tidak lokek berkongsi ilmu.
Sebagai warga Atrium setiap sesuatu kemajuan dalam hidup anda akan dirai dan dihagai oleh Hisma…
Kepada yang ingin kenal dengan Puan Hisma , bolehlah datang ke Majlis SuaiKenal Atrium dan Previu pada 8/12/12 , pukul 11.45 am hingga 1 pm di Bangsar. Hisma akan berkongsi rahsia dengan terperinci !
Sila hubungi : 0123139044 /WhatsApp : 0102313904
FB Page : Atrium Consultants
Emel : hismazaitul@yahoo.com.my
SEGMEN .. Satu kenangan terindah buat aku kerana aku berjaya mengenali ramai blogger dalam dan luar negara ! Alhamdulillah , ada antara mereka dah jadi sahabat aku .. Sapa kata SEGMEN ni semata mata nak kejar trafik ? Segalanya terletak atas niat ..
Sejak Qhaliff hadir dalam hidup aku , SEGMEN terhenti seketika. Amat sukar untuk aku buat segmen kerana kesuntukan waktu .. Yelah , dengan usia dia yang terlalu mentah tu.. pastinya menagih masa aku untuk perhatikan dia 24 jam walaupun waktu tidur dia .. Bukan apa , nanti penyek kena hempap dek aku ni .. hehe .. Buas woo dia tidur .. Aku tak tidur buas.. Cute je aku tidur .. Ala ala rabbit gitu ..
Walaupun aku tak buat segmen , ada blogger yang masih meneruskan tradisi tu dengan cara tersendiri .. Baguslah kan .. Cuma ada yang dapat sambutan dan ada yang tidak langsung .. Apakah puncanya ?
Begitu juga dengan GIVEAWAY .. Hanya blog blog berpengaruh saja mampu buat GIVEAWAY .. Bagaimana pula dengan blog yang tidak berpengaruh ? Apakah rahsianya ?
Jawapan kepada kedua dua aktiviti blogger tu ialah POPULARITI .. Untuk buat kedua aktiviti ini , blogger harus punya populariti .. Populariti ni bukanlah macam artis popular tu haa ..
Cara untuk mendapatkan POPULARITI ni ada banyak .. Cara yang aku gunakan ialah dengan bekerjasama dengan blogger blogger lain .. Dari situ , masing masing akan dapat keuntungan seterusnya blogger yang terlibat sama , akan dapat juga sekiranya bijak mengambil peluang !
Bila bekerjasama , tak semestinya perlukan blogger yang popular atau top saja .. Mulakan dari kecilan .. Usaha perlu gigih . Aku sendiri pon bagai nak gila masa mula mula dulu.. 4-5 pagi siapkan segalanya ..
Memang penat .. Tapi jika ingin berjaya . perlu ada usaha .. Dan paling penting ialah , cari identiti sendiri .. Dan untuk GIVEAWAY , anda perlu ada pengaruh yang kuat untuk lakukannya .. Mulakan dari bawah .. Jika ingin berjaya dikenali laa .. Niat perlu betul ..
Jawapannya , masih relevan jika bijak dan kreatif !
SEKADAR PENDAPAT ..

