Baru balik dari hospital.. Jiran mintak tolong hantar ke hopital gara gara keracunan makanan . Tapi aku tak sempat nak antar sbb jiran sorang lagi dah antar.. Aku terlewat skit sbb mandi dulu .. Huhu .. Yelah , kasi segar . Kang tak pasal pasal , dua dua masuk spital lak gara gara dok mamun lagi dalam kereta ..
Lepas mandi , aku terus pecut ke hospital .Diorang dah sampai . Tak jauh pun dari rumah aku. Dalam 10 minit je .. Sesampai sana , giliran aku lak ‘bertugas’ sbb jiran tadi tu ada hal nak diselesaikan . Aku ‘ okeh’ jer..

Cam biasa .. G hospital kerajaan .. Sempat la ‘nasi lemak kopi o’ jap .. Maknanya sementara tunggu giliran , berborak borak la jap ngan jiran yang keracunan tu ..
Sepengetahuan aku dah 3-4 hari gak la dia dok sakit perut berak berak gara gara makan nasi lemak dara yang dibelinya di tempat peveretnya tu .. hehehe .. Katanya mungkin sbb sambal mentah yang dimakannya dengan jumlah yang banyak ..
Hurmm .. Sian gak .. Dia dah ke klinik swasta .. Tapi tak sembuh lagi. Hingga pagi tadi , sewaktu aku nak amik ais batu yang aku beli makan tadi tertinggal dalam kereta , ‘tok penghulu’ ajak aku g hantar jiran tadi ke hospital .. Dah tak tahan la tu ..
Skang , dia tahan jap. ‘Masuk’ air .. Tunggu dia call untuk aku g jemput dia balik . Wife dia dalam pantang .. Sian lak ..
Hurm.. Risau benar nak makan kat luar ni .. Jap , korang paham tak cerita aku ni ? Aku rasa cam berbelit je ? Aku kata dah .. aku mamun lagi ni ..
Ahaaa .. Mat Gebu sudah amuk sekali lagi .. Buat mereka yang tak kenal sapa Mat Gebu ni , sila rujuk rss DAPUR TANPA SEMPADAN kat atas tu haaa ..
Dan malam ni , aku membantu rakan rakan dari UKM untuk projek tugasan mereka yang berkaitan dengan plagiat .. Hehehe .. Kena pulak pada masanya yer ? Huhu ..

Alhamdulillah .. Sejak jadi blogger ni , dapat gak ‘berbakti’ pada orang .. huhu .. Terasa dihargai gak laa .. hehehe .. Bukan nakkan pujian tetapi terasa la ‘kerjaya’ kita ni sedikit sebanyak mampu memberi perkhidmatan pada mereka yang tak tiada kaitan dengan hidup kita..
Terima kasih pada korang juga ..
Bukan semua la tapi terlalu banyak yang pandang remeh bila berjanji .. Takat aku berjanji hal berniaga dengan bangsa lain , alhamdulillah .. walaupun tak dapat nak tunaikan , mereka akan maklumkan pada kita ..
Tapi ni dah kali ke 3 dengan bangsa aku yang berlain orang .. Hampeh ! Tak dapat nak tunaikan , dia biarkan kita terpinga pinga menunggu ! Apa gila !! Ingat kita ketagih sangat ke ‘khidmat’ mereka !
Aku bukan nak perlecehkan bangsa aku sendiri .. Tapi aku tau korang pon sedia maklum dengan pepatah ‘ janji melayu ‘ kan ? Kalau tak , takkan leh wujud kan pepatah tu ?
Hurmm.. Tah laa.. Ni kali ke 2 aku nak guna khidmat ‘maid’ yang mana dah berjanji 2 minggu lepas nak guna jam 12 .. Sampai skang lom datang.. Yang dulu , janji kul 11 pagi .. kul 5 petang dia nak hantar ! Pelbagai alasan bodoh diberinya ..
Entah laa.. Janji ditepati la konon ..




