
Kereta baru masuk sebulan usia tapi pakai dah macam bertahun ..huhu .. Sana sini leh jumpa kesan jari jemari Salleh Qhaliff..
Seminggu sekali basuh kereta ! Basuh sendiri ? Menambahkan lagi kekotoran ada laaa ..
Published with Blogger-droid v2.0.10

Kereta baru masuk sebulan usia tapi pakai dah macam bertahun ..huhu .. Sana sini leh jumpa kesan jari jemari Salleh Qhaliff..
Seminggu sekali basuh kereta ! Basuh sendiri ? Menambahkan lagi kekotoran ada laaa ..

Suhu badan naik ..Gi klinik kat Cheras .. Sewaktu nak masuk tadi , ada sorang lelaki duk atas motor.. Muda dan kurus gitu..
Nampak dia bergegas masuk ke dlm klinik.Aku rasa mesti dia pembantu klinik berdasarkan gaya dia.
Daftar dan dipanggil masuk .. Sekali lelaki tu dok atas kerusi doktor ! Hahaha .. Amik koooo …
Suhu Qhaliff .. 38.. sila makan ubat ..
Ok ..mmg ikut daddy ! Dah sibuk pegang raket la pulak ..adehh .. Jangan mimpi nak rampas ! Rampas kalu , sila pujuk yer ..
Nak tgok sendiri ? Haaa .. klik la SINI .. aku tak upload ke youtube.. malas…
Alhamdulillah .. segalanya dah berlalu .. Terima kasih pada pihak Hospital Putrajaya atas segala bantuan yang diberikan walaupun ada sedikit kelemahan. Tapi tak pe.. Tiada yang sempurna kan ? Lebih lebih lagi jika percuma .. heee..
Tapi yang tak bestnya kan .. sewaktu aku nak gi amik wife tadi .. Ikut Lebuh Sentosa .. Haaa.. Kat sini ada satu jin bertandang ! Jin mata satu buat laporan sapa yang memandu lebih dari had tak kira la laju ke tak asalkan lebih dari had yang mengarut itu ..
Masa aku masuk kat simpang tu , ada amaran dah ! Zon Jin Bermata Satu ! Grrr.. Aku tertanya gak .. Papan tanda yang sebesar tu , pelancong asing faham ke maknanya sbb ianya dinyatakan dalam bahasa Melayu.. Hurmm ..
Aku perlahankan kereta .. Aku pandu di sebelah kiri sekali dengan kelajuan antara 60-80kmj gitu.. Perlahan dah tuu .. Tiba tiba , ternampak jin tu ! Aku pandang meter kelajuan kereta aku pandu tu .. Bawah 80kmj !
Berkelip la jugak !!! Adoiiii .. Dia kelip mata kat aku ke ? Atau kereta sebelah mahupun seberang ??? Letih aku camni ! Dah 3 saman AES .. Nak kena naik mahkamah la cam ni.. Aku tak mampu bayar saman .. Aku kan tak kerja … heeee …
Gambar dan cerita asal dari Sinar Harian. Rujuk SINI ..
Hurm.. kalau selalu balik Kelantan , lori balak atau lori lori seangkatan dengannya pasti mencuakkan aku. Kenapa ? Tuuu.. aku paling takut jika aku berada disebelahnya dan muatannya terlucut ! Perghhh …lunyai aku !
Setiap kali aku potong lori lori begini , aku akan pecut kaw kaw punya laa.. Kalau boleh aku nak je keluarkan kaki dan tolak sekali kasi laju ! Hehehe ..
Rasanya ada kes dah yang mana mangsanya mati akibat terhempap balak tu .. hurmmm .. sian .. Malang mmg tak berbau .. Apa nak buatkan ? Kehidupan mesti diteruskan ..