Serius aku setuju sangat terutama buat mereka yg gemar melemparkan fitnah tp sembunyikan identiti !
Tapi biarlah adil yer …
Published with Blogger-droid v2.0.10
Serius aku setuju sangat terutama buat mereka yg gemar melemparkan fitnah tp sembunyikan identiti !
Tapi biarlah adil yer …
Bayangkan aku balik dari mesyuarat penduduk jam 12 tgh malam dgn seharian tak tidur .. Qhaliff yg sedang tidur tu ,terjaga dan tak nak tidur hingga hampir kul 4 pagi !!! Kul 6 nak bgn gi keje dah !
Aku ok lagi ..Mak dia haaa.. Kul 5 nak bgn siapkan semua menda ..
Tau apa dia ? Main ! Hingga kena paksa laaa dgn aku .. Last last buat cara kejam .. Peluk dia hingga dia nangis ! Menjadi 5 minit jer ..
Pastu sambung main sorg sorg .. Aku tak berani la nk biarkan .. Pasang video klip zikir di hp aku ,baru dia start ngantuk dan akhirnya tertidur !
Nak sambung tidur kat umah mak aku kang !! Qhaliff ?? Dok tdo lagi tuuuuu..
Untuk kali ke dua aku hadiri mesyuarat penduduk di taman perumahan aku ni . Dan satu satunya isu yang membuatkan aku tidur tak tenang ialah isu keselamatan !
Menurut ‘tok penghulu’ , dari sumber tertentu berkemungkinan penyamun kembali aktif setelah sekian lama menghilangkan diri ! Dan cara mereka amatlah pantas dan kejam !
Antara waktu mereka akan buat kerja , disebelah awal pagi yakni jam 4-6 pagi dan 5-7 petang ! Waktu balik kerja ? Yup… mereka akan serbu dengan parang , menurutnya ..
Kalau sebelah pagi tu , katanya mereka akan gunakan pukau .. Hurmmm…. Geleng kepala je aku .. Kawasan kejiranan aku ni dah la sunyi sbb baru lagi .. Maka ada yang cadangkan wujudkan pengawal keselamatan untuk mengawal keselamatan di sebelah malam .. Cuma kena keluar la duit skit ..
Aku ok je.. Takde masalah bab duit cuma mungkin akan jadi leceh terutama orang luar yang nak datang ke taman ni .. Yelah , nak kena daftar bagai laa .. Tapi demi keselamatan , kena la terima kan ?
Aku malas nak menuding jari bab bab gini.. Yelah , sapa yang patut dipersalahkan .. Pihak mana yang patut bertanggungjawab.Yang penting , tanggungjawab penduduk tu ! Perlu sepakat demi kesejahteraan dan keamanan !
Hurm.. Parang ? Haih.. Bila teringatkan kes blogger BeautifulNara tu , mmg mengerunkan aku .. Yelah , kalau kita sorang tak pe la gak. Ni ngan anak bini lagi .. Kalau anak dara tu ? Hurmmm ..
Semoga Allah lindungi kita semua dari segala malapetaka dan mereka yang berniat jahat ! Hati hati kawan terutama bila nak masuk rumah tu.. Pastikan tiada yang mengekori anda ..
Ikut perangai aku sblm ditegur dgn ustaz ! Kiri !! Sedang ajar dia pegang makanan tangan kanan tp suka benar nak ke kiri gak ..
Heehehe ..terima kasih Harmoni dan kengkawan semua .. Dapatkan di pasaran agar ruangan DUNIA BLOGGER di majalah ini terus hidup .. Mana tau peluang korang lak pasni kan ?