Baru-baru ni , ada la meeting dengan penduduk taman perumahan aku mengenai cukai pintu yang tinggi tuu haa .. Nak mintak MP Sepang kurangkan la. Maklumlah , yang duduk situ .. nampak je kaya tapi .. haaa.. sambung sendiri ..
Selepas meeting , pi la lepak minum sat .. Dalam dok lepak tu , terbukak laaa cerita scary the movie punya laa .. Dengarnya scary la tapi baru aku , penyamun yang pecah rumah tu lagi scary !! Maklumlah , hantu ni menyakat je .. tu pun kalau mulut kita cabul .. Yang manusia serupa hantu ni , bukan sakat jer.. haaa.. lebih dari tu mampu buat ! Grrr ..
Ok , cerita ni dicerita sendiri oleh anggota polis yang meronda kawasan perumahan aku tinggal ni sekitar 3-4 pagi ! Menurut kawan yang cerita ni , dalam masa tersebut berkali gak la diorang terserempak dengan ‘4 beranak’ ni dan yang anak kecik tu .. pegang anak patung !! Jeng jeng jenggg …
Tapi , diorang tak ganggu la.. sekadar tonjolkan diri berdekatan kawasan bukit tu pastu hilang ..
Bila sorang kawan tu bukak cerita .. maka yang lain pon mula bercerita .. Tu diaaaaaaa … Aku nak cerita kat korang pun , berdiri bulu romaaa .. Tak yah la nooo .. nanti kang ada yang histeria ..
Takutkan Allah lagi bagus ..

















