Hurmmmm.. siap menari lagi lepas mandi .. Alhamdulillah .. lega tgk dia dah ok..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Hurmmmm.. siap menari lagi lepas mandi .. Alhamdulillah .. lega tgk dia dah ok..
Wahhh.. sihat dia bila nampak kolam.. heeee .. Demam makin kebah.. Dan dah dgr dia mula dok 'hek' .. 'hek' .. sambil angkat kakinya..
Aku , rasa nak demam lak ..
Hurmm.. cirit birit dah ok skit .. Demam lak .. Mungkin sbb penat sangat kot.. Hurmm .. Sian ..
Tak tidur nyenyak semalam…
-iklan-
Sebelum anda mengambil keputusan untuk kurus. Perlu diingatkan, kurus dalam masa yang singkat tidak menjamin kesihatan anda! Jadi, PILIHLAH KURUS SECARA SIHAT DENGAN SHAKLEE.
Kuruskan Badan dengan 3 langkah Mudah?
1. DETOX
adalah untuk menyingkirkan toksin berlebihan yang terkumpul dalam badan. Tanpa mengeluarkan toksin yang terlampau banyak di dalam badan, badan sukar menyerap nutrient dari makanan seharian dan supplemen.
2. BAKAR
adalah memecahkan lemak yang berlebihan di dalam badan. Herblax atau Alfalfa pula berfungsi sebagai medium pengangkutan untuk membawa keluar daripada badan. Oleh itu, konsep Bakar dan Buang Shaklee ini secara umum memang berkesan untuk menurunkan berat badan.
3. PROTEIN
penting untuk pelihara otot dalam badan. Perasan atau tidak, ada orang yang berat badannya turun tetapi badan dia masih flabby (menggeleber)? Berat yang turun tu bukan kerana kurang lemak tapi dia kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak.
LIHAT TESTIMONI !! Anda pasti teruja!
Hubungi (Murni 0193190733) untuk konsultansi
** Ni link untuk "LIHAT TESTIMONI"
http://sayangkunurhana.blogspot.com/2013/11/testimoni-set-kurus-shaklee.htm
Qhaliff cirit birit .. Setiap 2-3 jam pasti akan berak. Punca tak tau lagi .. Aku roger wife suruh pulang terus selepas kerja. Ikutkan dia , dia nak singgah pasar malam untuk beli sedikit barang untuk dimasak , awal esok pagi. Tak berani sangat dah nak makan kat luar sekarang ni .. macam macam penyakit ada dah ..
Selepas Maghrib , terus keluar ke Alamanda. Destinasi , ke Klinik Maria. Alhamdulillah , tak ramai orang kat situ. Jadi , tak perlu tunggu lama utk giliran berjumpa doktor.
Nama Qhaliff dipanggil. Masuk dan dirawat doktor. Alahai , baiknya doktor ! Sangat lembut dengan Qhaliff.. Setiap perbuatan dia , dia mintak maaf pada Qhaliff andai terkasar .. Huhu..
Doktor kata Qhaliff takde apa apa.. Mungkin virus sbb dia suka masukkan jari atau kutip menda lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.. Tu je.. Perut tak kembung , demam pun tiada .. Alhamdulillah.

Keluar dari klinik , terus ke Aeon . Nak beli barang sedikit dan air minuman untuk Qhaliff.. Mesti dahaga mamat ni .. Huhu .. Sian dia.. Tak bermaya. Penat berak …
Selepas beli barang , wife teringin nak makan aiskim McD. Ok je aku.. Gi la tapau. Aku dukung Qhaliff yang semakin mengantuk dan mula mamai. Berat badannya , 2 kali ganda bila dia mengantuk. Dia lepaskan badannya..
Ramainya orang beratur. Wife beratur panjang .. Hurmm.. Mengandung .. Senyum je aku. Takkan takde orang perasan kot ? Tak pe la.. Mungkin tak kot .. Berbaju gelap .. Jubah. Ok la..
Tiba-tiba aku perasan Qhaliff semacam je .. Aku check lampin dia. Dia berak dah .. Siann dia.. Aku call wife untuk batalkan niat membeli burger dan aiskrim.
Wife datang kat aku. Aku ajak gi basuh. Qhaliff takkan selesa begitu apatah lagi kalau dia dah nak tertidur. Wife kata dia terlupa nak bawak lampin sbb tak plan nak lama kat luar. Aku suruh dia gi beli kat Aeon memandangkan Aeon tak jauh dari situ. Aku dukung Qhaliff.. Wife tak boleh dukung dia sbb ari tu doktor dah larang dia dukung .. Uri rendah.. hurmm..
Aku dukung.. Terasa sakit dibelakang badan aku. Aku kena bergerak untuk hilangkan rasa sakit tu .. Aku tengok wife. Dia sedang beratur.. Semakin sakit belakang aku. Macam nak jerit je.. Urat belikat okeh !! Sakit wooo ..
Tak lama kemudian , wife datang .. Aku tanya dia … Takde orang kasi dia potong line ke ? Jawabnya hanyalah budak budak Arab tu je yang suruh dia beratur di depan mereka .. Yang lain , tak perasan kot.. Huhu..
Kemudian , terus ke tandas untuk cuci.. Dan di tandas , Qhaliff tersedar dan segar semula .. Lega sungguh aku ! Tak perlu dukung dan letak dalam troli..
Hurmm… terdetik dalam hati aku , rakyat Malaysia semakin pentingkan dirikah ? Disebabkan keadaan sekarang ini , menyebabkan masing masing berhati hati ? Hurmm…
Aku tak nafikan , masih ada yang prihatin .. Tapi jumlahnya amatlah kecik .. Dan mereka yang prihatin ini biasanya mesti punya ada pengalaman seperti aku ..
Aku up status di TimeLine FB aku untuk bertanya hal ini .. Banyak komen yang aku terima .. Menarik ! Aku kongsikan bersama korang eh ?
Selagi tak kena kat batang hidung … selagi itulah ada yang tak sedar diri .. kan ?