Apasal budak kalau budak 'sedang' berak , tak kasi kita gi kat dia ?? Bersungguh sungguh menghalang aku hampiri dia..
Hurm..jangankan nak gi dekat ..tgk pon tak kasi !! Hurmmm..
Hurmmmm … Gaji wife aku .. Gaji aku … Hurmm.. Camana nak kira ? Aku tak bergaji ni ..Hurmm.. Dah tu , yang menteri menteri ni .. org org kaya yang guna driver ni , isi minyak camana ? Kalau kena bagi Mykad ..detect , sah sah driver gaji kecik kan ? Eh , dasat mekanisma kalau berjaya dibuat ni …
Kelemahan ada . keuntungan pon ada.. Tapi harapnya , janganlah sasar pada rakyat jelata tertentu jer.. Camana pon nanti akan ada ‘ketidaktelusan’ akan berlaku ! Macam BRIM gak laa.. Tau tau , yang tak layak pon datang amik gak ! Hurmmm..
Aku , yang tak bekerja ni pon tak layak amik sebab gaji wife.. Acaner tu ?? Walhal gaji dia , tolak pi tolak mai .. tinggal habuk ! Nampak je besar tapi ??? Zaman ni wehhhh… RM100 serupa RM10 jer !


Hurm…bagus minyak ni.. Aku sendiri pakai bila kaki lenguh atau perut kembung.. Qhaliff dan Zahra , memang je selalu pakai selepas mandi atau kalau tak boleh tidur malam ..
Aku ada syorkan pada rakan rakan blogger aku. Awalnya agak payah gak la untuk terima memandangkan dah biasa dengan minyak yuyi tapi selepas aku suruh mereka try sebotol , mereka beli berbotol botol hingga stok aku sendiri pon abis !
Hurm.. aku tak jual minyak ni ! Kalau nak beli , boleh je rujuk page Batook Ori ni .. Ada ramai agen kat situ dan kalau rasa nak jadi agen pon boleh je.. Boleh tambah pendapatan.. InshaAllah laku terutama bila ada anak kecil ..
Nak beli ? Atau tengok sendiri apa khasiat minyak ni ? Sila ke page Batook Ori ni yer..
Sekarang musim hujan.. Aku akan pasang Waze untuk keselamatan. Mengesan kesesakan lalu lintas dan juga kenderaan yang rosak di tepi tepi jalan ! Sememangnya berguna sangat walaupun ada yang sesat atau salah jalan bila guna Waze ni… Heheehe..
Dan aku nasihatkan wife buat begitu juga setiap kali balik dari kerja.. Apa guna handphone canggih manggih kan ? Huhu.. On jer.. Leh nampak keadaan atau bentuk jalan raya bila memandu di kawasan yang tak dikenalpasti.. kan ?


Dan paling ok , leh kesan polis yang menyorok .. hehehe.. Ada dah aku terselamat.. hehehehe ..

Terbaca kenyataan diatas , teringat aku semalam sewaktu memandu pulang dari Cheras ke Putrajaya. Hurmmm… Berbijik bijik bikers potong kenderaan aku tanpa bagi signal pun.. Dari lorong tengah terus masuk depan aku ! Aku yang memandu ikut had laju , tertanya tanya .. berapa kelajuan mereka pulak ? Bayangkan dengan kelajuan gitu , tiba tiba ada kereta yang berada di lorong tengah , tayar meletop ! Hurmmm …
Bila memandu atas jalan raya ni , kita kena bukak mata ! Kena banyak buat ‘andaian’ untuk bersedia sebarang kemungkinan. Terutamanya pada penunggang motorsikal .. tak kira berkuasa besar atau kecil. Yang kecil ni , selalu duduk belah lorong kiri sekali. Yang besar ni , payah nak jangka.. memang tak perasan kehadiran mereka.. Tetiba je muncul .. Ikut had lajukah ??
Jalan raya ni bukan milik kita.. semua orang bayar cukai dan tol.. Maka sebaiknya , kita sama sama berkongsi guna dengan berhemah. Aku hormati kau , kau hormati aku.. Memandu dengan mengikut peraturan , mampu mengelakkan kecelakaan !
Oh yaa… yang ada lampu kuning kat kenderaan mereka tu.. tak kira kereta atau motor , pakai laaaaa !! Byk kemalangan berlaku gara gara kecuaian ni.. Malas betul nak bagi signal ! Walhal kat hujung jari dah tuuu.. Haishh…