“ Daddy , cenyummmm.. “



Pastu tunjuk kat aku ! Nasib baik tak reti cakap sangat lagi.. Kalau tak ?
“ Daddy , meh laptop.. nak update kat blog.. Nak cerita daddy kat umah , berkemban jer ! Tak reti nak pakai baju.. “
Huhhh !
“ Daddy , cenyummmm.. “



Pastu tunjuk kat aku ! Nasib baik tak reti cakap sangat lagi.. Kalau tak ?
“ Daddy , meh laptop.. nak update kat blog.. Nak cerita daddy kat umah , berkemban jer ! Tak reti nak pakai baju.. “
Huhhh !
Qhaliff nak cecah 3 tahun tak lama lagi.. Er , lama laagi .. hahaha .. Bulan April tahun depan.. Tapi dia punya lagak macam orang besar.. Suka main dan mudah masuk dengan anak anak kecil yang lain. Kalau dia pandang budak sebaya dia, dia akan senyum dan ajak main.. Walaupun baru kenal 1 saat yang lepas !

Peramah.. Aku tak tau dari mana dia dapat perangai tu.. hahaha ..
Copycat.. di usia dia , aku rasa mana mana budak akan jadi gitu. Meniru orang bercakap..Maka kena hati hati la kalau ada budak baya gini depan kita..
Perbuatan ‘copycat’ ni kekadang melucukan ! Kita ajar dia bercakap dan pada masa sama , kita dok bercakap dengan orang lain.. Apa jadi ? Dia pon ikut sama cakap gitu !! Terus ketawa bila dia wat gitu…
“ A.. Ayam… Er , Qhaliff gi bagi cawan ni kat ibu jap.. “
“ A .. ayam… Er…gi ibu jap.. “.
Adehh… Dikutnya kita lak.. Dan best part , sesekali dia panggil mak dia , dengan nama mak dia ! Boleh gitu ??? Hahahaha .. Sebab tu ada parents dok biasakan diri berbual dengan guna ibu ayah gitu.. Hurmm.. Yang takde anak dan blm nikah pon ada gak dah tergedik suh panggil mummy daddy.. UPSR pon tak lepas lagi.. Iskh..

Seperti dijangka ! Aku rasa ramai gak jangka begitu ! Malaysia tewas di tangan pasukan muda Thailand , 2-0. Satu bekalan yang cukup selesa bagi pasukan Thailand bila bertandang ke Stadium Bukit Jalil nanti..
Kenapa aku nak Malaysia tewas ? Kalau tengok dari pusingan awal hingga ke separuh akhir , Malaysia suka sangat bangkit pada keadaan terdesak ! Bila dalam keadaan gitu , mereka umpama harimau ! Berusaha mengejar mangsanya ! Dapat tak dapat , tu belakang cerita… yang penting , usaha !
Pastinya peminat peminat atau penyokong setia pasukan kebangsaan kita akan terasa berbaloi beli tiket yang dikatakan mahal itu kerana Harimau Malaya akan turun berjuang berhabis habisan bagi mendapatkan gol ! Tak dapat gol , mereka kalah !! Hehehe.. Nak tak nak kena usaha la abis abisannn ..
Bayangkan kalau mereka menang tadi.. Aku rasa game di Bukit Jalil akan jadi boring giler ! Kenapa ? Sebab pasukan negara akan bertahan jer .. Sesekali je serang.. Tu pun rembat dari jauh ! 2 gol tu cukup selesa yer !
Harapan aku .. Tahun depan dan tahun tahun seterusnya , gunakanlah pemain berusia 25 tahun ke bawah untuk kejohanan kejohanan besar seperti ini dan yang lain ! Jangan peram !! Dah tua baru nak turunkan.. Pengalaman apanya.. Kecik kecik dah hantar sana sini untuk kutip pengalaman.. Takkan cukup cukup lagi.. Antar ke bulan je la kot , baru cukup ..
Apa pun keputusan .. aku tetap kena bayar cukai GST tahun depan !
Gi lawat pakcik aku semalam di HKL. Akhirnya , aku tengok dia tersenyum riang setelah berminggu dalam keadaan kesakitan selepas operation yang pertama .. Sebenarnya , dah banyak kali kakinya dibedah namun punca kepada segala kesakitan tu tak dapat dikesan. Rasanya segalanya bermula dari luka kecil jer.. lalu merebak dan terpaksa dibedah. Takde kaitan dengan kencing manis atau darah tinggi. Menurut doktor , sakit saraf.. Berubat kampung pon dah.. Cara alternatif pon dah.. Jap ok pastu sakit balik.. Hurmm..

Bila kita tengok orang sakit begini , baru kita tau betapa nikmatnya anggota badan serta panca indera kita yang dianugerahkan dariNya. Bila ditariik balik , waktu baru terasa betapa ruginya kita tak pergunakan dengan sebaiknya.
Dan malam tu, secara kebetulan .. aku terlayan satu video di Facebook .. Allahu Akhbar.. betapa benarnya video ini ! Dan betapa malunya aku pada Allah..

Hurm…
Alhamdulillah.. Selesai sudah urusan mertua aku. Balik dari umrah , gi amik diorang kat KLIA2 pagi tadi pastu bawak balik rumah aku jap sebab flight diorang ke KB , belah petang. Sebelum tu bawah gi makan kat satu restoran yang sedap ni , di Bandar Baru Salak Tinggi. Aku suka makan kat sini pada waktu tengahari. Pelbagai lauk pauk ada..
Antara wajib aku amik ..


Harga murah.. Berbaloi makan sini.. Ramai orang makan sini .. Termasuk anggota anggota polis yang bertugas berhampiran kawasan ni. Cuma sayangnya , ada anggota polis yang merokok di dalam restoran ni selepas makan.. Di kiri kanan mereka , ada keluarga serta anak anak kecil sedang menjamu selera. Takde perasaankah ?? Maaf cakap.. Kenapa aku highlight part ANGGOTA POLIS ?? Sebab mereka ini pelindung rakyat ! Jangan sekadar melindungi rakyat atau orang awam dari penjenayah saja ! Anda patut tunjuk contoh yang baik pada orang awam .. Jangan kata , “ Kami pon manusia biasa… “. Betul awak manusia biasa tapi awak manusia biasa yang ada kuasa ! Kalau orang awam macam saya tegur , kang terasa lak ! Terima kasih yer .. Jangan marah tau.. Saya bagitau jer..
Ok .. Lepas makan , masa untuk bayar ! Sedap ! Alhamdulillah.. Tapi sayangnya , part tak sedap .. Payah benar nak UCAP TERIMA KASIH pada pelanggan yang datang makan dan bayar tanpa menipu apa yang dia makan ! Hurmm..
Kalau ada kedai lain yang sedap kat situ , mungkin aku akan pergi ke kedai tu selepas ni .. Mungkin anda tak kisah .. Ramai pelanggan ada.. Aku pernah tengok kedai macam ni .. dan akhirnya tersungkur ke bumi ! Jangan sombong..