Antara ayat ayat feveret dia sekarang .
“ Abanggg.. “
“ Tak nak kawan dia .. “
“ Yaya , tamo nanes .. “
“ Nak charge .. ( internet ) “
“ Aaahh.. malaishhh ( malas ) “.
Makin banyak mulut..
Antara ayat ayat feveret dia sekarang .
“ Abanggg.. “
“ Tak nak kawan dia .. “
“ Yaya , tamo nanes .. “
“ Nak charge .. ( internet ) “
“ Aaahh.. malaishhh ( malas ) “.
Makin banyak mulut..
Kali pertama masuk sini. Tertanya apakah kelebihannya berbanding Aquarium KLCC.. Qhaliff yang beria sebenarnya nak masuk sini setelah aku berjanji nak masuk sini semalam.. Dan dia ingat sungguh laaa janji aku tuuu ..
Harga ? Hurmm..
Murah ? Ok la dari Aquaria KLCC tapiii.. haaaa.. Apakah dengan harga begini berbaloi masuk dalam ni ?? Jeng jeng jeng ..
Hurmmm.. Banyak gambar kalau nak letak ni.. Hahahaa.. Kesimpulan aku , Oceanarium ni berbaloi la bawak anak anak datang .. Tapi kalau nak bandingkan dengan Aqua
tu , lom leh lawan lagi la.. Ikan kat sana besar besar lagi.. Heee.. Kebersihan kolam pon satu hal lagi.. Tapi yang pasti , anak anak enjoy la dalam ni..
Tahniah Melaka !
Lokasi : Swiss Garden Hotel and Residences , The Shore Melaka. Tingkat 9 , pool kanak kanak .. Lepas breakfast , bawak Qhaliff dan Zahra bermain air kat sini.
Pada awalnya Qhaliff jual mahal nak masuk. Aku ngan Zahra je main air buat kali pertamanya. Suka benar Zahra..
Tak lama kemudian , Qhaliff dah mula nak jejakkan kaki dia ke dalam air dan akhirnya … akhirnyaa… Tu pon sebab dia ternampak sesuatu yang menarik minat dia .. Hurmm
Mula mula dia dah dapat main ‘water gun’ tu tapi aku amik dia .. kasi can kat kanak kanak lain main lak.. Dia tak nak keluar dari kolam. Meraung nak main balik water gun tu.. Aku lepaskan dan dia gi ke situ.. Beratur tunggu giliran dia.. sambil ajak rakan sebaya bermain sama.. Sebaya la sangat yer !! Huhuh..
Punya la lama dia tunggu , tau apa dia buat ? Dia gi mengadu kat mak budak tuuu ! Hahahaha .. Mula mula mengadu kat ayah dia.. Ayah budak tu pujuk.. tak jalan.. Dia gi ngadu kat mak budak tuu..
Dan dia berjaya dapat water gun dia kembali ! Hahahaha .. Adeh hh.. Malu daddy aihh..
Dan budak budak lain mula beratur nak main water gun tu.. Nak tak nak , terpaksa aku dukung Qhaliff.. Meraung dia tak nak lepaskan .. Hahaha.. Adehhh.. Nayo daddy aihhh..
“ Nanti kita gi main air kat bilik ehhh… “..
Dan di bilik , dia tidur.. Penat main air .. Hurmn..
THE SHORE Shopping Gallery , sebuah lagi mercu tanda di Melaka yang baru dirasmikan semalam dengan penuh kegemilangan menandakan Melaka sudah seiring dengan bandar bandar besar di Malaysia ni ..
Terletak di lokasi strategik di laluan sungai dan monorel serta bertentangan Eye Of Malacca , THE SHORE SHOPPING GALLERY ni hanya memerlukan pemanduan singkat dari tengah tengah tempat bersejarah Melaka , Jonker Street dan Chinatown yang terkemuka.
Pusat membeli belah ini hanya menumpukan kepada pelancongan gaya hidup penuh bergaya menempatkan lebih 100 buah kedai hebat dengan keluasan 300,000 kaki persegi . Ia memaparkan senibina moden dan elegan , lanskap yang harmoni serta pelbagai perkhidmatan untuk menjadikannya syurga membeli belah untuk semua peringkat umur.
Pusat membeli belah ini menampilkan laluan pesisir Sungai Melaka , yang akan mengagumkan setiap pengunjungnya dengan pancuran bermuzik selain amfiteater untuk kedua dua acara luaran dan dalaman serta ruang makan.
THE SHORE SHOPPING GALLERY ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka , Yang Amat Berhormat Datuk Seri Idris Haron dan turut dihadiri oleh Pengarah Urusan serta Ketua Pegawai Eksekutif PHB ( Pelaburan Hartan Hartanah Berhad ).
Pusat membeli belah ini adalah sebuat asset hartanah yang amat penting bagi PHB dan turut diransang oleh tiga penyewa utama iaitu TANGS Lifestyle Store, The Shore Oceanarium dan Lot 10 Hutong Food Gallery.
Oceanarium bersebelahan THE SHORE SHOPPLING GALLERY bakal menampilkan terowong akuarium dan terumbu karang terpanjang di dunia selain berperspektif tinjaun 360 darjah yang pertama di Asia Tenggara yang mana akan jadi tarikan utama di Melaka !
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pusat membeli belah ini , sila layari www.theshoreshoppinggallery.com atau THE SHORE SHOPPING GALLERY di Facebook.
Aku pacak gambar paling kacak aku hari ni di Facebook. Berapa ramai yang LIKE ?
Menyedihkan sama sekali ? Mengapa hanya 26 LIKE je aku dapat ?? Apakah aku tidak cukup kacak ???? Atau sebab dah kawin ? Kalau bujang mesti ramai LIKE punya kan ?
Ok.. aku try pacak gambar anak aku .. PEREMPUAN ! Ok , PEREMPUAN yerrr..
500 ++ LIKES !! Hurm.. orang perempuan memang sepakat dalam menaikkan kaum mereka ! Mereka tak nak dipijak pijak oleh lelaki terutama dalam dunia maya ni , kan ?
Ok.. aku jadi PEREMPUAN seminit jap ..
Ok…. Aku dah dapat jawapannya ! Orang PEREMPUAN memang jeles dengan orang LELAKI ! Sebab tu diorang tak sokong lelaki !! Kan ? Hurm…. Gitulah nasib lelaki ..
Tapi salah lelaki gak.. Tak nak sepakat ! Asik nak bergaduh ..berebut kuasa ! Kan ? Cuba sepakat..