BEN ASHAARI




image

“ Apa ???? Scuba ?? Gulp… adehhh… Aku mana reti berenang ! “. Bisik hati kecil aku .
Melihat pada kecuakan muka aku tu , kawan aku tu terus bagitau.. 

“ Jangan risau.. aku ajar la.. Aku akan ada disamping kau selagi ko dalam air ! Nanti akan ada sorang lagi yang akan turut sama ajar.. “. Dealnya minggu lepas dan hari ni , adalah hari yang dijanjikan. Dan aku nak je hantar whatsapp bagitau aku cirit birit ! Walhal tak pun.. cuak punya pasal ! Hahahaha..

Tapi sampai bila aku nak takut dengan air kan ? Dan la sekarang ni , tempat tinggi pon boleh banjir ! Haa.. kalau tak reti berenang ? Acaner ?? Haaa.. Ok.. aku nekad ! Beranikan diri ! Redha..Tawakal je laa !! Kolam je pon ! Bukan ada jaww pon.. huk alohhhh ! Go Ben go !! Kipidap !! Kalau Ayahanda Rani Kulop boleh , takkan aku tak leh kan ? Haaa..

Bergerak dari Cheras , menuju ke Pusat Akuatik Shah Alam. Di situ terletaknya Dive Buddy ( Malaysia ) yang mana menyediakan kelas Discovery Scuba Diving untuk mereka yang ingin merasai pengalaman pertama scuba diving ni..

Jam 11.30 pagi.. sampai sana. Cuaca cerah. Alhamdulillah.. Dan pembelajaran bermula.. Mula mula asas pengenalan mengenai peralatan. Sebenarnya tak perlu pun tapi aku nak tau sebab ilmu tuu ! Hehehe.. Apa yang patut aku tau cumalah cara mengunakan peralatan dengan betul dan keselamatan.. Tu je !

image

image

Ok… Aku angguk je apa sifu ajar.. dia pon kata nanti dalam kolam , aku akan lebih paham.. Kemudian , aku disiapkan peralatan untuk menyelam..

Gulp..

image
Masanya dah tiba…
Bismillah… Mengucap dulu ! Huhuh… Mana la tauuu .. Kena pikir gak woo ! Maklumlah , buta kayu bab ni ! Tu pasal kena belajar. Kalau tak sampai ke tua la buta kayu.. kan ? Mula mula aku diajar , bina keyakinan di dalam air ! Haaa.. part ni laaa aku GULP ! Yakin , aku yakin dah.. tapi.. Haaa… Nak tak nak , aku kena turun dan hadapinya !

image

image

image

Terus terang cakap.. mula mula tu aku rasa malu gak la ! Maklumlah , yang ajar aku ni kenalan dan sorang lagi awek ! Doktor lak tu.. Haaa.. Jangan memain.. Tapi memikirkan , aku nakkan ilmu ni , maka tolak tepi semua tu ! Malu ?? Tiada dalam kamus hidup aku dah ! Nak kan ilmu.. kena berani..
Dan.. sedikit demi sedikit aku belajar. Keyakinan mula hadir dan aku semakin seronok !

image

image

Okehhh.. sudah bersedia ? Hehehe.. Masanya sudah tiba !

image

Belajar dalam kolam lak ! Sekali dengan peralatan sebenarnya.. lengkap !!

image

image

Arghh.. jeles tengok diorang mengapungkan diri dan menyelam selepas tu.. Aku pun nakkk !! Heheheh..
image

Sabar !! Kata instructor aku.. Rileks luuuu… Kasi mahir bernafas dulu.. huhuu..

image

Yelah.. yelahhh ! Hahahaha.. Diorang memang sporting.. Sabar je mengajar aku ! Huhuhu.. Dan mula masuk ke dasar kolam yang mana dulu aku cukup gerun sama sekali ! Huhuh.. Tak sangka aku leh sampai dasar dan baring di situ.. Weeee…

Aku diajar beberapa skill dalam tu.. Nanti korang pon akan belajar kalau korang amik kelas Discovery Scuba Diving ni ! Aku galakkan korang untuk merasainya andai tak pernah merasainya lagi !

image

image

Kemudian naik semula ke atas dan penerangan diberikan.. Kesilapan ditegur dan sekali lagi diulang ajar.. Tanpa rasa bosan ! Respek !

image

image

image

Fuh.. akhirnya kelas tamat dan aku tak sangka , aku dah jelajah seluruh kolam yang luas ni tanpa rasa penat ! Nasib baik aku dah pecah lemak seminggu sebelum ni.. hehehe.. Fuhhh.. Alhamdulillah.. hidup lagi aku ! Ikut arahan , fahamkan dan Tadaaaa ! Tak sabar nak g kelas lagi dan belajar skill lain.. Walaupun dah boleh ke open water bersama otai Dive Buddy, abang Bahaman Hashim yang juga jurugambar profesional dalam air ! Fuhhh.. tapi rasanya, biarlah aku menimba lagi ilmu di dalam kolam itu ! Hehehe..

image

image

 image

Terima kasih buat abg Bahaman , staff Dive Buddy yang giler peramah dan sporting.. Pengalaman menarik ! Bagi yang tak tau berenang.. Jangan takut ! Jangan risau ! Ni masanya nak belajar dan inshaAllah korang akan nikmati keindahan di dalam air walaupun dalam kolam renang jer.. hehehe.. Seriusss ! Ilang stress aku wooo.. 

Bagi yang tau berenang , hehehe.. jangan persiakan bakat renang anda tu.. Dapatkan pengalaman ni dan nikmati keindahan bumi Allah ni dengan lebih dekat.. hehehe ..Berminat nak belajar ? Sila hubungi Abg Joe di 012 285 8475
Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

 

Hurm.. bunuh dan rogol. Suspek , warga asing ! Punca ? Tak pasti lagi.. Tapi perhatikan persekitaran rumah kita.. Apakah peluang peluang yang ada membolehkan berlakunya jenayah terancang ?

Hurm.. Contohnya.. jika di kawasan peruamahn kita ada buat ubahsuai .. pastikan segala peralatan di simpan dengan baik . Jika tidak , ianya boleh disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ! Tuan rumah dan jiran harus peka bab ni. Adalah perlu saling mengingati dan berwaspada. Jangan hingga berlaku kejadian tak diingini , barulah nak menyesal ! Kena fikir panjang.. Sama sama menjaga keselamatan !

image

Bayangkan tangga yang terbiar ini digunakan untuk masuk ke rumah ketika tuan rumah takde. Orang luar nampak ingat , kerja kerja renovation sedang dilakukan walhal ? Nampak  tak permainannya ?

Terbaru yang aku dapat mesej bergambar dari rakan di Whatsapp.. Aku tak pasti kesahihan tapi ianya tak mustahil boleh berlaku memandangkan di negara kita sekarang ni , macam macam perangai manusia ada .. dan di luar jangkaan !

image

Maka , wahai teman sekalian, sila berhati hati.. Bila turun dari kereta.. bila berseorangan.. mintak pertolangan darii Allah. Hati hatilah ..

Yang suami pon.. janganlah ‘lepas’ isteri bersama anak 100% ! Kena kena la jugak amik sikap bertanggungjawab. Ada suami , lepas kerja.. terus melepak ! Malam baru balik.. OT kononnya.. hurmm.. Tinggalah anak ngan bini berdua kat rumah..

Yang kaki media sosial.. jangan la dok gatal gatal update bagitau dunia mengenai apa korang buat ketika ini.. kalau dok makan , amik gambar makan tu ok dah.. Tak yah bagitau keseorangan la.. Haa.. Tu cari pasal namanya !

Semoga Allah lindungi kita semua ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Aduh.. lega telinga aku dok dengar lagu ‘Sori sori sayang’ tu.. Cam lagu ABC lak dengarnya.. Nasib baik aku tak terlibat tonton sama drama yang dikatakan boring giler tu ! Yeke ? Tah laa… Yang penting aku tak terpengaruh..

Ok… Dengar khabarnya drama tu akan diganti oleh drama arahan Fali Yahya atau Palie yang mana skripnya ditulis oleh Eirma Fatimah. Dan antara pelakonnya ialah Puteri Balqis, Nabilah Huda, Aeril Zafril, Nazim Othman dan Nadia Brian.

image001

Akulah Balqis mengisahkan tentang kanak-kanak bernama Balqis (Puteri Balqis), yang meneruskan kehidupan tanpa bimbingan kedua orang tua yang lalai dengan tanggungjawab untuk membesarkannya. Gadis seusianya mungkin sedang bermain-main dengan riang tanpa perlu mereka risau memikirkan bagaimana mereka perlu merancang perjalanan untuk meneruskan hidup. Berlainan dengan Balqis, dia perlu mengorbankan zaman kanak-kanaknya untukl mencorak kehidupannya sendiri, terumbang ambing tanpa bimbingan ibu bapa. Kedua ibu bapanya, Yamin (Aeril Zafril) dan Seri (Nabila Huda) sangat sibuk mencari pekerjaan setelah syarikat tempat bekerja Yamin jatuh muflis. Seri juga mula bekerja untuk membantu Yamin dan mengabaikan Balqis. Balqis juga terpaksa berhenti sekolah kerana tiada siapa yang boleh menghantarnya ke sekolah.

Kerana tertekan dengan desakan hidup, Yamin mula terlibat dengan dadah setelah mereka di tinggal di rumah kawan baiknya, Zali (Kamal Kamarudin), seorang pemuzik di kelab malam. Kerana ketagihan dadah, wang yang diperolehi Yamin dengan bekerja sambilan sering tidak mencukupi. Ketagihan Yamin akhirnya turut mempengaruhi Seri yang kemudiannya menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Pusat Pemulihan Dadah menyebabkan Balkis hilang tempat bergantung. Zali pula tidak sanggup untuk menjaga Balqis dan mahu menghantar Balqis ke rumah kebajikan masyarakat. Balqis melarikan diri dan hidupnya semakin melarat apabila terpaksa merempat di jalanan.

Muncul pula Milda (Nadia Brian), seorang model terkenal yang seringkali bermimpi mengenai Balqis tanpa dia sendiri mengenali anak kecil itu. Suatu hari, mimpi Milda menjadi nyata apabila dia telah melanggar Balqis sama seperti di dalam mimpinya. Kerana itu juga, Balqis dibawa pulang oleh Adi (Nazim Othman), suami kepada Milda yang kasihan dengan nasib Balqis. Pada awalnya, Milda tidak menyenangi kehadiran Balqis dalam keluarga mereka. Berbeza dengan Adi yang menjaga Balqis seperti anaknya sendiri. Adi merasa senang dengan kehadiran Balqis dan mereka menjadi semaki akrab. Adi memang menginginkan zuriat sendiri tetapi tidak bagi Milda. Setiap kali Milda dan Adi bertengkar, pasti Balqis akan mencari jalan supaya Adi dan Milda berbaik. Kerana itu juga, hati Milda semakin lembut dengan kebaikan Balqis dan mula menerima Balqis.

Tiba-tiba satu hari Yamin dan Seri muncul didepan pintu rumah Adi. Milda dan Adi tidak sanggup menyerahkan semula Balqis kepada ibu bapa kandungnya itu. Adi dan Milda takut kehilangan Balqis dan membuat keputusan untuk melarikan Balqis dari ditemui oleh ibu bapa kandungnya itu. Bagaimanakah kesudahan hidup Balqis? Berjayakah Yamin dan Seri menemui Balqis dan menebus kesalahan kerana membiarkan satu-satunya zuriat mereka hidup merana?

AB 14

AB 16

ab 5

ab 7

AB 11

Bagi peminat peminat slot Akasia , jangan lupa solat Maghrib yer.. Drama ni terlepas tak pe.. leh tonton semula di Tonton.. kan ? Hehehhe…

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Awal pagi tadi.. Di kala anak anak enak sedang lena diulit mimpi.. Aku layan game ! Dah lama tak main game tapi sejak ada Samsung Tab ni , layan sungguh  ! Memang best woooo main kat Tab S2 ni.. laju jer.. Skrin pon besar..

image

Tiba-tiba terfikir.. Apa kata…

Bergabung dengan smart tv LG 60” !! Perghhh .. hasilnya ? Aku baru nak main game , Qhaliff dah mintak ! Tak kasi kalu , satu rumah dia golek !!

image

Nak tak nak , aku terpaksa mengalah ! Kasi..

image

Mula mula dia main game tapi tak sampai seminit.. dia tukar ! Layan kartun 3D ! Huhhhh….

Dan daddy , nganga sekali lagi..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Samsung Galaxy Tab S2 yang baru baru ni aku dapat , aku install game dan aplikasi pendidikan untuk Qhaliff.. Install game ??? Apakah itu satu kesilapan ?

image

image

Hurmm.. wife risau tapi aku tidak ! Aku kenal Qhaliff sangat sangat ! Dia bukan kaki game ! Install la game best camana pun , dia takkan berminat ! Dia akan cari Youtube dan layan channel kanak kanak.. Bukan kartun tapi yang mana ada kanak kanak ,tu dia akan layan dan ketawa !

Bila boring , dia akan bukak aplikasi pendidikan.. layan jap pastu.. dia boring dah ! Mula cari aku dan kacau aku lak..

image

Puzzle , selamba je dia buat.. pastu dia boring , dia suruh aku buat dan kemudian dia lak berkata..

“ Gud job ! “

Dan hi 5 dengan aku ! Hekler.. Sememangnya dia akan meniru gaya aku semula . Apa yang aku buat , dia akan ‘kembalikan’ pada aku. Sebab tu dia tak layan game sangat sebab aku sendiri bukan hantu game.. hehe.. Er , aku pon bukan hantu Youtube ! Huhuh…

Tak kisah la.. janji Qhaliff bukan jenis kaki game. Kalau tak , risau gak laa nanti aku.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes