BEN ASHAARI



 

“ Bang.. bangun. Kuat sungguh la dengkur ! Abis jiran pon leh dengar ! “.

Aku pernah pesan kat wife andai aku tidur berdengkur , kejut aku ! Aku risau aku sakit tekak. Bila aku sakit tekak , aku akan demam. Bila aku demam , mood takda dah !

Aku pun pernah pesan pada kawan bila gi travel dengan menggunakan kapal terbang. Kejut aku andai aku berdengkur ! Malu orang dengar. Begitu juga bila travel dengan kereta. Kalau tertidur dalam kereta , pastinya kawan kawan akan sengih bila aku terjaga ! Mesti aku berdengkur kuat la tuuu !

Ada yang pandang ringan masalah dengkur ni. Buat yang tak tau dengkur ni juga adalah salah satu penyakit yang merbahaya. Jangan gelak gelak tauuu.. Boleh bawa mati woooo kalau tak dirawat dengan pantas.

Pelbagai cara aku cuba untuk hilangkan dengkur aku ni.. akhirnya dicadangkan aku ke Ko Skin Specialist Centre dan amik rawatan NightLase® ( Snoring and Apnea Treatment ).

image

Citer banyak takda.. buat temujanji dan hadiri majlis pelancarannya dan juga terus set temujanji rawatan. Dans sampai harinya , aku ke Ko Skin Specialist Centre di Klang. Hurm… Sebelum tu , jom tengok camana rawatan yang aku maksudkan ni..

Dengan mengunakan mesin terapi Fotona’s NightLase® , pesakit tidak akan merasa sebarang kesakitan walaupun tidak diberi sebarang ubat pelali. Aku dah rasa pon.. cuma ada sedikit kesan panas.

Jom tonton dulu video ni..

Terapi Fotona’s NightLase® adalah rawatan patient-friendly laser yang bertujuan mengurangkan masalah pesakit apnea atau mereka punya masalah tidur yang berdengkur dgn kuatnya.

Ok.. tiba masa aku untuk buat rawatan. Cuak ? Ada.. tipu la takda kan tapi teringatkan jiran aku pernah buat rawatan laser pd bahagian mata untuk masalah katarak , aku rasa rawatan Fotona’s NightLase® ni mesti lagi ok !

Dup dap.. heee.. Tenang ! Demi untuk tidak lagi berdengkur !

image

image

image

image

Tak sampai setengah jam , selesai untuk rawatan pertama. Katanya ada 4 kali untuk pastikan terapi snoring atau dengkur ni akan memberi kesan positif.

Dan aku tengok cermin selepas terapi tu.. ternyata seperti di dalam gambar di bawah ni ..

image

Selesai terapi , aku digalakkan minum air suam untuk jumlah yang banyak. Alhamdulillah , selepas 24 jam.. rasa kesan dari terapi tu dah takda dan menariknya , wife aku tak kejut dah aku bangun dari tidur.. Dan yang paling penting , aku dapat tidur yang berkualiti dan nyeyak.. Wife pon ! Hahahaha..

Selamatkah rawatan ni ? InshaAllah selamat dan ramai juga dah tau mengenai keberkesanan rawatan di Klinik Dr. Ko ni..

image

Nasihat aku.. jika masalah dengkur atau sleep apnea korang tu ditahap yang boleh dikatakan bahaya.. selepas dapatkan nasihat doktor , cubalah guna NightLase® ( Snoring and Apnea Treatment ).

Korang boleh tengok info lanjut di http://www.koskinspecialist.com/.

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Aku ingatkan takda orang perasan  rupanya memang ada yang prihatin mengenai mereka yang mudah memandang seorang pada orang lain terutama pada mereka yang ‘selekeh’ atau tidak kelihatan kaya ! Yer , aku selalu kena dulu dan sekarang pon masih ada.

Dengan viralnya video terbitan dari Petronas sempena Deepavali ni , aku berharap masyarakat lebih prihatin pada insan lain terutama pada mereka yang kelihatan ‘biasa-biasa’ ni..

Dan paling utama ialah warga Malaysia akan lebih saling peka dan hormat menghormati akan perbezaan dan meraikan persamaan sesama kita tanpa mengira bangsa dan agama. Ini secara langsung akan membuatkan kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Wat pe nak gaduh gaduh kan ?

Video ni pon mengingatkan aku yang mana walaupun kita tidak sama taraf , tapi itu tidak menjarakkan kita untuk hidup dalam satu masyarakat yang berbilang bangsa ! Kan kan ?

Jom tonton video yang bagi aku , memang ada kebenarannya sama sekali ! Dan ianya pernah juga berlaku pada aku. Semoga dengan kehadiran perayaan Deepavali ini menyinari sanubari dan terus membuat kita saling menghormati di antara satu sama lain, sebagai individual dan sebagai warga Malaysia.

Apa pendapat korang ? Video ini memang meninggalkan mesej yang mendalam buat aku , bila menonton buat pertama kalinya di Facebook baru baru ini !  Keharmonian yang lebih baik boleh dicapai melalui pemahaman yang lebih baik dan sifat bertimbang rasa yang tinggi. Ini yang perlu ada pada kita semua. Prihatin tu bagus tapi jangan cepat buruk sangka !

Korang ada pendapat sendiri ? Sila tinggalkan di ruangan komen atau boleh terus komen di FB Petronas .. Kliik SINI !

Selamat Menyambut Hari Depaavali dan mari kita sama sama kekalkan keamanan di dalam negara Malaysia yang penuh dengan kecahayaan kedamaian..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Gulp.. gementar sebenarnya tapi memandangkan rakan rakan yang seusia dah buat pemeriksaan berkala diri memasing , aku pun nak tak nak.. buat gak laa !

Aku risau tekanan darah tinggi , kencing manis dan jugak kolestrol. Apakah berkat aku menjaga pemakanan kebelakangan ni membawa kesan positif serta senaman yang dilakukan setiap hari membawa impak pada diri aku ?

Di PICC pagi tadi.. ada pameran travel dan di sanalah aku buat pemeriksaan yang dikendalikan oleh NADI ( National Diabetes Inst ) dan mereka peramah orangnya. Disebabkan peramah tu la aku beranikan diri. Bukan sekadar peramah.. Ok , korang leh sambung sendiri !  Hahahaha..

Mula mula timbang berat. Hehehe.. Berat tuuu !! Nasib baik la dia tengok aku punya badan dan tak cakap banyak. Kemudian ukur tinggi.. Dia bisik .. “Nasib baik abg bawak anak.. kalau tak.. “. Hahaha.. Ok , aku tipu ! Dia tak kata apa pun.. senyum je.. Hehehehe.. Tu pasal perasan sendiri..

Ok.. Pastu amik tekanan darah.. Dia kata agak tinggi skit. Biasanya berapa ? Dia tannya aku.. Aku jawab.. 180 – 190 tu , standard aku. Ni 145… aku rasa tinggi sikit sebab tadi Zahra gi gegar meja panel jemputan untuk perasmian event tu ! Hahahaha.. Tu aku gi kejar dia.. Agak terkejut aku sebenarnya.. Hahahaha.. Tapi dia kata ok la tu.. sebab aku pun baru lepas workout pagi tu..

Kemudian , test glukosa dan kolestrol.. Keputusannya..

image

Kata doktor yang cun tu , semua ok cuma kena awasi gak la sebab umur.. Nak je aku kata. Doktor nak tolong awaskan ke ? Hahahaha.. Kang ada gak kena renjatan elektrik kat situ ! Hahahah..

Apa apa pun.. alhamdulillah.. Aku bukan lagi tergolong dalam manusia yang ada hypertension ! Dia terkejut sebenarnya sebab aku tak makan ubat masa ada tekanan darah tinggi tu. Aku kawal pemakanan dan banyakkan bersenam jer.. Heeee..

Kalau aku boleh.. korang pon boleh !

image

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Heee… berdetox dah lepas ari tu kat Phuket. Aku memang terasa perbezaan sangat terutama pada pernafasan yang mana sebelum ni ada kawan tegur dan juga doktor seperti aku punya semput. Begitu juga dengan tekanan darah tinggi dan juga penglihatan aku.

Selesai berdetox , aku amalkan pemakanan seimbang. Tak makan nasi ? Aishh.. ngarut laa.. Makan la tapi dalam jumlah yang kecil jer. Tu pun belah tengahari. Awal pagi dan malam , aku makan salad.

image

image

Sekarang ni , pernafasan aku pun tak berbau.. Mulut pun dah tak berbau berbanding dulu , walaupun gosok gigi pun , terpaksa cari Listerin dan kumur ! Segan nak berbual dengan orang ..

Dan yang paling penting , aku tak lagi picit kepala ! Skit skit pening.. pening dan pening ! Haish.. punca dari garam ! Maggi banyak dulu aku haaa..

Korang cuba la.. tak yah detox pon ok.. cuma amalkan pemakanan seimbang.. Sayur ( yang tak digoreng atau stim ) dan buah-buahan setiap pagi dann malam. Tengahari , makan la nasi. Tapi kalau boleh , elakkan makanan yang ada minyak , gula , garam serta lemak ! Kalau aku , cari nasi putih , sup sedkit dan ayam bakar.. Kalau teringin sangat la.. Hee…

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Bukan mudah. Aku bangun pagi dan paksa diri untuk keluar berjalan menaiki jalanraya berbukit selama sejam.. kemudian terus ke gym. Selesai , baru mulakan tugasan di rumah atau keluar g event seperti yang dijadualkan.

Malam… tidur lewat. Selagi anak anak tak tidur , selagi tu aku tak boleh nak buat kerja blog. Atau , aku tertidur dulu.. tu pun dah jam 2 pagi ! Jam 6 pagi.. bangun dah !

Begitulah rutin harian aku sekarang ni. Nanti wife kerja , rutin tu akan berubah. Dan Qhaliff ke sekolah buat pertama kalinya , segalanya akan berubah. Maka aku gunakan kesempatan sebelum hadirnya masa masa itu dengan sebaik baiknya !

Mencari rezeki pada masa menjaga keluarga serta diri sendiri ! Diri sendiri perlu fit , sihat dari segi mental dan fizikal untuk bekerja dan menjaga anak anak pada masa yang sama !

Penat ! Bila kawan kawan ajak keluar lepak , terpaksa tolak. Ada keutamaan di rumah yang perlu diuruskann. Jika nak keluar jugak , anak anak nak ikut.. hahahaha.. ada kalanya usung gak..

Stress ? Ada la jugak…Tapi kehidupan perlu diteruskan. Nasib baik aku dah amalkan pengambilan makanan seimbang.. kalau tak ? Fuhh.. Secara jujurnya , korang pun aku galakkan buat pemakanan seimbang. KOrang akan rasa lain sangat ! Ada yang kata nikmat kehidupan ditolak ketepi bila buat semua ni.. Ngarut laa.. Kita bersederhana jer.. Amik sekadar untuk RASA. Memadailah kan ? Bukannya suhh makan siang malam.. Huhuh..

Ok..Aku dah selesai jogging.. Rasanya ari ni nak rehat dari gi gym.. kasi otot rileks skit..heee.. Nak jemur baju ? Ke nak detoxkan tapak kaki dulu ? Hahahah.. sebelum semua bangun tidur , aku nak detox kaki aku ni.. penat bermingguan bersenam.. nak rehat sekejap !

image

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes