BEN ASHAARI



Aku ngan Cosmoderm , cam adik beradik lain mak , lain bapak ! Tang mana cam adik beradik tu , aku pun tak tau laa tapi yang pasti , ke mana saja aku pergi.. Cosmoderm akan berada di sisi ! Wife pertama aku pun gagal melakukan begitu ! Heeee... Dia tak berada di sisi tapi di dalam hati.. Auwwww ! Maaf la yer.. semalam baru ulangtahun perkahwinan yang ke.. kawin tahun 2008. Sekarang 2017.. haaa , 9 tahun ! Kan ? Haaaa...

Ok.. aku malas nak mengarut panjang. Aku terus ke point utama penceritaan aku mengenai Tea Tree Oil Magic Body Lotion dan Tea Tree Oil Shower Gel. Dua produk ni antara produk produk yang wajib aku order setiap bulan. Pastu akan aku beri pada keluarga aku di Cheras dan juga di Kelantan. Semua sukakan produk ni ! Bukan sebab aku kasi yerrr tapi sebab keberkesanannya ! Haaaaa..

Kenapa aku bawak ke dua dua produk terbaik di pasaran ni ??? Haaaa.. sebabnya ialah kepuasan ketika mandi dan juga perlindungan selepas mandi ! Apakah maksud aku tu ?

Maksud aku ialah bila mandi dengan shower gel Tea Tree Oil ni , bauannya melegakan.. tak melekit dan buih buihnya pon cepat hilang bila kena air. Tak perlu nak bilas berkali kali untuk hilangkan buh buih sabun tu tapi baunya tetap ada walaupun selepas dikeringkan. Wangi la maksud aku.  Pastu boleh hilangkan bau badan dan jerawat badan. Haaa..penting tu ! Oh , patut la aku takda jerawat badan ! Heeee.. Anti bakeria rupanya. Sesuai untuk golongan remaja dan dewasa yer. Nak beli , sila ke farmasi berdekatan atau beli secara online di web Cosmoderm. Murah sangat. Sebab tu aku suka produk Cosmoderm. Harga mampu bayar ! 

Ok.. yang ke dua ialah Tea Tree Oil Magic Body Lotion. Nak dijadikan cerita la ketika aku kat Tanah Aina Fahad baru baru ni, aku terperasan kaki aku penuh dengan darah ! Aduhhhhh.. dah kenapa ??? Aku tak teringat pasal pacat ! Aku pun terlupa nak pakai lotion. Nah , inilah hasilnyaaa..


Kelam kabut aku dibuatnya. Terus tukar seluar dan sapu Tea Tree Oil Magic Body Lotion. Tak sampai beberapa minit kering dah pendarahan. Lega aku. Nasib baik bawak ke sana. Dan ada satu aktiviti di sana iaitu redah hutan. Menurut staff di situ , pacat memang berlambak dalam hutan tu. Maka silalah bersedia ! 

Bila dengar je pacat , aku sapu banyak banyak.. Kaki , lengan ,tengkuk dan badan. Aku bukan takut tapi segan je ngan pacat ! Heheheheh.. gatal kalau kena gigit tu ! Pastu risau dia masuk ke kawasan kawasan tak sepatutnya. Hahahaha.. 

Dua jam redah hutan dan hasilnya.. ketika buka kasut tu, perghhhh.. ada la 3-4 ekor dah gemuk ! Camana boleh kena gak ?? Teringat aku basuh kaki ketika redah hutan tu. Patut la naik. Ada sorang kawan tu , dia pakai gak.. tapi tak kena langsung. 

Dan berlaku pendarahan yang agak mencuakkan aku. Hahahaa.. Geram je tengok pacat tu ! 



Terus aku sapu dengan Tea Tree Oil Magic Body Lotion. Dan beberapa minit kemudian , darah berhenti keluar dah. Gatal pun tak terasa. Dan aku memandang ke pacat yang berusaha nak melarikan diri tu.. kecik besar kecik besar jer aku tengok dia ! Huhhhh....


Dan selepas keberhasilan terbukti di situ , malam tu ketika ada aktiviti santai bersama rakan rakan yang lain... aku pastikan aku pakai sebelum keluar dah khemah aku. Risau ada pacat atau nyamuk 'bermain' di anggota badan aku. Alhamdulillah , takda..

Begitu juga sebelum tidur. Aku pakai lotion untuk elak dari kena gigit serangga kecil atau kerengga yang rajin masuk dalam khemah. Heeee...Tak kena gigit juga ! Leeega ! Maka , nasihat aku buat korang yang beraktiviti luar tu , silalah dapatkan pakej Tea Tree Oil Outdoor set ni. Berbaloi sangat !


Sila buat pembelian di laman web Cosmoderm. Klik SINI. Yang penting HALAL !

Info lanjut di :
Careline : 1700 815 495
Facebook : https://www.facebook.com/Cosmoderm/
Instagram : https://www.instagram.com/cosmoderm/
Web : www.cosmoderm.com.my

Sedikit info mengenai Cosmoderm : Cosmoderm bermula sebagai impian pakar industri kosmetik pada 2001 untuk membina jenama produk penjagaan kulit dan badan yang berkualiti , diformulasi dan diperbuat di Malaysia. Harga mampu milik serta kelulusan halal merupakan pilihan untuk pencinta kulit di Malaysia. Kini, Cosmoderm telah berada di dalam 2000 farmasi, kedai kesihatan dan klinik di seluruh Malaysia termasuk pasaran Singapura dan Lebanon. Cosmoderm menggunakan bahan aktif tulen dan berkualiti tinggi seperti Vitamin E dari Eropah, Minyak Tea Tree dari Australia, Co-Enzyme Q-10 dari Jerman dan herba tradisional seperti Manjakani dari Malaysia. Semua produk Cosmoderm berkesan dan selamat untuk digunakan oleh seisi keluarga dan dibuat tanpa paraben.

Matlamat Cosmoderm ialah untuk menjadi jenama halal pilihan di ASEAN serta negara muslim yang lain pada tahun 2020.


Share
Tweet
Pin
Share
17 comments
9 tahun tengok template blog yang sama. Nak ubah , malas ! Masa pon takda. Terpaksa la tengok design yang sama untuk bertahun lamanya. Mood nak blogging pon dah semakin luntur. Tapi sekarang , segalanya dah berubah ! Aku dah macam dapat suntikan streroid ! Hahahaa... tetiba rasa nak update , update dan terus update blog ! Haaaaa... 

Dah tengok ke rupa blog aku ? Apa pendapat korang ? Semua ni hasil 'kerja' BG DESIGN ! Kalau nak tau , BG DESIGN jugalah yang buatkan beberapa banner viral untuk #KBBA9. Cantik dan nampak profesional designnya. 

BG DESIGN ada buat pelbagai jenis servis dalam bidang IT ni. Antaranya servis kad perniagaan , kad kawin , printing , design dan banyak lagi. Sekarang mereka sedang buat promosi upgrade blog lak ! Aku dah buat dah dan berpuashati !



Harga ? Boleh dirunding jer. Tapi jangan la sampai tak masuk dek akal yer harga yang diminta tu. Hehehe... Bila kita guna kepakaran mereka yang dah pakar untuk bisnes kita contohnya , kasi la dua dua pihak berpuashati ! Baru seronok. Jangan kita je nak masyuk ! Kan kan ? 

Ok... Untuk pakej upgrade blog , boleh tengok di entri BG Design yer.. atau boleh je hubungi mereka terus di : 

  • Telefon/ SMS/ Whatsapp: 010-7950473
  • Facebook Page : BG Design
  • Email: bgdesign.biz@gmail.com
Share
Tweet
Pin
Share
26 comments
Yer, aku dan rakan-rakan #KBBA9 telah pon merasai satu percutian singkat ke Tanah Aina Fahad di Raub , Pahang. Di sini , aku teringat kembali satu trip review aku ke Phuket , tahun lepas. Segala stress hilang bila berada di sini ! Sangat rileks dan mendamaikan... tak perlu ke Phuket dah ! Hahahaha..

Dari Kuala Lumpur ke Raub cumalah mengambil masa sejam lebih saja. Tak jauh pun. Andai cuti yang ada cumalah sehari dua , Tanah Aina Fahad adalah destinasi yang sangat sesuai. Nak ke sini , tak susah pun. Kalau ada Waze , lagi mudah. Setkan ke Tanah Aina Fahad Ulu Dong. Confirm jumpa ! Kalau takda Waze ? Hurmmm... sila memandu ke arah Raub , Pahang. Dan korang yang biasa ke Pahang atau Kelantan , mesti akan perasaan satu bangunan warna merah di satu tempat ni. 

Dari lebuhraya selepas Bentong akan nampak bangunan ni. Maka sila masuk ke arah sini. Dan terus je memandu ke hadapan. Jangan sesekali pandang belakang ! Heeee.. Kalau tak yakin , sila bertanya penduduk sini. InshaAllah akan membantu. Cari je Lata Jarum atau Sekolah Kebangsaan Ulu Dong. 



Apa yang menariknya Tanah Aina Fahad ? 

Kalau korang tanya aku , jawapan aku ialah ketenangan dan kedamaian ! Bayangkan jika korang bekerja dari hari Isnin hingga Jumaat , dengan boss yang grrrr.. dengan staff yang aduhhhai perangainya.. haaa.. macam macam la punya stress yang ada dan ingin lepaskan segalanya tanpa menyakiti hati insan lain... silalah ke sini ! 

Tengok dua keping gambar di bawah ni. Gambar pertama , ketika sampai. Muka masing masing agak tegang jer. Maklumlah , dalam kepala dok pikir kerja yang tertangguh di pejabat. Dan tengok gambar kedua... masing masing dah rileks dan happy ! Terutama aku ! Hahahahaha... 



Peta Tanah Aina Fahad

Apa aktiviti yang ada di Tanah Aina Fahad ni ? 

Bagi aku , konsep Tanah Aina Fahad ni lebih pada rileks. Tak perlu yang banyak sangat aktiviti seperti Tanah Aina Farah Soraya kecuali jungle trekking atau meredah hutan. Ini lebih pada nak kasi lupakan seketika masalah yang ada dengan cara menikmati keindahan alam semulajadi . 

Ada paintball dan boleh buat team building. Tapi kitorang mencuba jungle trekking. Awal awal kitorang dimaklumkan dengan banyaknya pacat di sini ! Meredah hutan yang penuh dengan pacat , pada awalnya mengerunkan aku. Hahahaa.. aku agak 'segan' sedikit dengan pacat dan pakcik dia , lintah.  Diulangi yer , segan.. bukan takut tau ! Haaa.. Kalau takut , aku tak masuk hutan tu ! 

Rileks arr... Kitorang tak fit pon tapi berjaya harungi 2 jam perjalanan. Dan nasihat aku , sila bawa coklat Snikers. Kalau pancit , cepat cepat makan. Tenaga akan kembali pulih dengan pantasnya. Hehehe.. Aku cakap berdasarkan pengalaman. Hahahaha.. 




Satu kemenangan ! Hahahaha.. Berjaya harungi 2 jam perjalanan dan digigit pacat dengan banyaknya. Nasib baik hari tak hujan. Kalau hujan, menurut En. Shiva ( penunjuk arah ) pacat lagi laa banyak ! Memang akan kelihatan memanjat manjat betis dengan riangnya. Kalau tak pakai kasut atau sekadar bersandal , siap arrr ! 


Secara jujurnya , bila bukak sandal yang aku pakai tu , fuhhhhh... rasa nak pengsan jap ! Hahahaha.. Celah celah jari kaki penuh dengan pacat yang dah kekenyangan. Nasib baik la aku dah sapu Cosmoderm Magic Lotion. Kalau tak , lagi bersepah la kaki aku dengan pacat tu ! 

Kena gigit tu sebab redah air gak kan... maka magic lotion tu dah 'tertanggal'. Dan bila berdarah dengan banyaknya , aku terus sapu dengan lotion tu. Alhamdulillah, pendarahan terhenti. Sakit ? Tak laa.. Malah ini satu cabaran ringkas buat mereka yang tak minat hiking atau jungle trekking ! Akan hilang stress sekejap.. heee.. 

Tak nak jungle trekking pon tak pe.. Boleh je duduk di resorts dan layan ping pong , atau main permainan seperti Saidina , chess , karom , congkak dan banyak lagi ! Atau boleh je membaca novel macam aku buat tuuu... hehehe.. bawa novel terbaru ke sini dan ada banyak tempat menarik untuk bersantai membaca novel.





Petang , jika tak hujan..boleh turun mandi sungai ! Kalau ada anak anak kecil , ada satu tempat yang selamat sangat untuk mereka bermandi atau bermain air.



Antara lokasi santai sambil membaca novel ! Best !!!

Untuk budak budak je mandi ! Mak pak , leh je join.. hehehe.. 


 

Aktiviti malam lak , boleh buat unggun api. Pastu pandai pandai la cipta permainan berkumpulan. Memang best. Takda yang 'menganggu' tapi jaga jaga la mulut juga yer.. Heheheh... Yelah , ingatkan jer walaupun 'clear'.



Cantik sangat kawasan sini. Kalau boleh , nak je letak banyak banyak gambar dalam ni ! Tapi paham paham je la kan.. ada yang tak suka banyak sangat gambar sebab loading perlahan katanya.. Ehehehe.. Tapi serius , sungai sini memang best ! Puashati la kalau budak budak mandi.. 

Pilihan Tent / Bilik yang ada.


King Tent - Ada 3 bilik jenis ni. Minimun boleh masuk ialah 2 orang dan maximum ialah 9. Boleh tambah katil.  Harga , boleh rujuk di laman web Tanah Aina. 

Komen aku.. Kalau aku baru kawin , dan nak privasi tapi dekat dengan alam semulajadi , King Tent ni sangatlah sesuai. Dengan bunyi sungai mengalir tanpa henti , bilik yang cukup selesa , tandas yang romantik serta harga yang bersesuaian ( termasuk 4 buffet yang sedap , sehari ) , pastinya percutian singkat ini akan jadi memori indah. 



Queen Tent - Ada 6 jenis tent jenis ni. Min 2 orang dan boleh tambah seorang untuk satu tent. Harga , boleh rujuk di laman web Tanah Aina.

Komen aku : Yang ni tidur dalam khemah gini tapi sangat best dan selesa ! Tandas di luar dan jangan risau... ada banyak tandas dan semua sangat cantik dan selesa. Ala ala tandas rumah orang kaya dah wooo ! 


Single Tent -  Setiap satu tent boleh muat 5 orang . Boleh tidur dengan selesanya. Tanpa sebarang gangguan nyamuk pon !  Harga , boleh rujuk di laman web Tanah Aina. 

Komen aku : Aku dan rakan rakan tidur di sini. Alhamdulillah , bangun rasa segar sangat.. tilam yang bersih. 





Terrace Room ( Durian ) - Ok , yang ni ala ala dorm tapi dorm class punya ! Haa.. bukan dorm sebarangan yer ! Di tandas pon boleh tidur tau ! Yang ni , tandas dalam. Tak payah nak keluar bagai. Tapi nak keluar pon boleh jer.. Hehehe... Boleh muat 6 orang. Harga , boleh rujuk di laman web Tanah Aina.

Komen : Ni kalau buat gathering blogger , best ! Memang puashati..




Terrace Room ( Ciku , Ambra dan Belimbing ) - 1 size king. Ada 3 unit dan setiap unit boleh muat 2 orang dan tambah 1 extra tilam. Max 3 orang untuk 2 hari 1 malam. Harga , boleh rujuk di laman web Tanah Aina.

Komen aku : Best !





Ok, dah tengok bilik kan ? Sekarang kita tengok tempat makan dia. Aku paling suka sini laaa... best ! Tempat makan dia dihiasi dengan kecantikan lanskap sungai. Dan terbuka ! Tapi segalanya terjaga rapi. 

Cantik kan ? Jangan risau bab makanan. Dijamin berpuashati punya ! Takkan kelaparan bila disini..InshaAllah ! Heeeee...




Selesai ! Fuh.. banyak gambar eh ? Banyak lagi sebenarnya.. hahahaha.. Gambar pacat hisap darah ada.. nak tengok ? Hahahaha.. Ok ok... sampai sini je lah penceritaan aku kali ni.  Sebarang pertanyaan , boleh hubungi terus pihak Tanah Aina Fahad di http://www.tanahaina.com/contact/
Share
Tweet
Pin
Share
26 comments
Siapa cakap lelaki tak boleh pergi manjakan diri ? Lelaki pun boleh pergi ke spa , saloon , shopping , makan dan lain-lain. Aku selalu manjakan diri aku dengan MyDigi Rewards ni. Aku hanya menggunakan aplikasi ini, macam macam ada.

Nampak je 'REWARDS' memang best la ! Antara rewards yang best dan sangat sesuai untuk manjakan diri...


1. Makan ! 
Tengok ni je dah lega, terutamanya bila aku tengah stress, mesti nak makan banyak. Bila dah makan baru rasa lega semacam. Dengan Baskin Robins boleh dapat satu junior scoop ice cream dengan harga berbaloi.

1. Manjakan diri dengan bercuti
Bila aku dah penat seminggu hadap kerja yang bertimbun , mesti la aku nak manjakan diri aku dengan pergi bercuti. Tak kira la bercuti sehari atau satu hari trip. Dengan aplikasi MyDigi , aku dapat diskaun Agoda 8%. Memang syok la nak berjalan. 



2. Berbelanja untuk diri sendiri. 
Haaaaa.. ! Malam malam , waktu untuk merehatkan diri. Sambil merehat , aku bukak aplikasi MyDigi , bahagian Rewards tu. Tengok apa yang patut.. zaman sekarang senang saja. Buka dan shopping terus dekat Zalora. Dapat diskaun 20%  !


Bukan ada 3 rewards je. ada banyak lagi ! Anda boleh manjakan diri anda dengan pelbagai rewards dekat MyDigi ! Mudah saja.. Lepastu boleh juga hadiahkan dekat orang terasayang korang . Cuma pergi je ke MyDigi Rewads dan kemudian pilih je hadiah yang dirasakan sesuai untuk mereka. 

Ada 2 rewards yang anda boleh berikan paa seseorang yang tersayang. MyDigi Superdeals , MyDigi Monthly Rewards. Bila anda dah pilih hadiah yang dirasakan bersesuaian dengan si dia , apa yang perlu dilakukan sekarang ialah 'gift the rewards' padanya.



Tadaaaa.. tu jer. Bukan susah mana pon kan ? Haa... apa lagi ? Cubalah buat ! Memang best dan berbaloi. Hehehehee..  Nanti nak kasi cuba rewards lak pada pembaca blog aku ni. Sapa nak ?? Cepat cepat , jangan lambat ! 

Hah ! Satu lagi.. sapa yang nak dapat hadiah misteri dari blog Ben ni , komen je kat bawah dan boleh dapat hadiah misteri ! Dengan Invite and Earn , korang cepatlah ajak rakan rakan lain untuk muat turun aplikasi MyDigi dan sama sama dapat hadiah misteri ! Sangat menarik !!

Jika ada sebarang pertanyaan , silalah jemput ke  htp://digi.my/mgm-benashaari

Cepat !!!
Share
Tweet
Pin
Share
21 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes