BEN ASHAARI



Aku ada tanya perkembangan Qhaliff di dalam kelas. Aku terima jawapan. Aku akui. Tapi sebagai bapa yang besarkan dia dengan tangan sendiri.. aku tau dia camna ! Sememangnya bila belajar di rumah pon dia begitu.. 30 saat pertama dia fokus kemudian terus main suka suka dia je sebut ! Bukannya dia tak tau pun cuma nampak macam dia banyak khayal ! Apakah ini normal ? 

Ok.. aku google dan jumpa satu blog yang cukup bagus infonya. Ternyata ianya benar sama sekali. Apa dah berlaku di Malaysia sekarang ni ? Apakah anak anak nak dijadikan ensiklopedia seawal usia 5 tahun ? Eh... mak bapak semua teringin nak jadikan anak mereka genius ? Yer.. betul tapi kita terlupa.. mereka itu masih kanak kanak dan mereka banyak bermain ! Berilah peluang untuk mereka bermain kerana di satu ketika nanti.. mereka akan bekerja hingga tua ! Kaan ?

Qhaliff.. dalam dia bermain , dia pasang telinga. Bila aku berbual dengan mak dia sekali pun, telinga dia senantiasa mendengar. Bermakna dia senantiasa belajar tanpa kita sedari ! 


Amatlah betul tulisannya. Tanpa kita sedari kita membunuh anak kita secara perlahan-lahan melalui mental dan juga fizikal ! Korang boleh baca terus di blog , Aidil Rajiah yang bertajuk Kenapa anak saya susah nak fokus ? 

Secara jujurnya aku memang biar jer Qhaliff tu bermain tapi tekanan dari kiri dan kanan serta bila diberitahu di sekolah nanti.. darjah satu dah kena pandai membaca dan mengira ! Aduhhh. Ditambah lagi dengan peperiksaan serta tah apa apa lagi yang mana bagi aku .. kau giler kot !! Nak bebankan budak budak 7 tahun hingga 12 tahun dengan pelbagai mata pelajaran yang mana bagi aku macam nak buat budak tu jadi komputer ! Huhhh... bila diorang nak bermain ? Cuti sekolah ? Jadahnyaaa ! Ni aku geram ni ! Berapa ramai kanak kanak memberontak tanpa kita sedari ? Pastu disalahkan mak bapak ! Grrrr.. ni aku nak tulis panjang panjang ni ! 

Ok.. aku sabar. Di blog Sirap Limau ada bagitau tips bagaimana nak atasi anak payah nak fokus ni. Aku dah baca dan ianya menarik untuk dikongsi bersama. Namun aku masih tak berpuashati ! Hahahaha.. Kesian la kat anak anak kita tu. Memang la nak bagi diorang pandai tapi agak agak la kot. Aku malas nak cerita zaman dulu tapi letakkan diri kita dah la. Siang malam kerja.. larat ke ? Diorang siang dah belajar. Malam buat kerja rumah. Ada pulak malam ,siap tuiysen lagi ! Hurmm.. memang seronok tengok anak berjaya tapi ada kita tau apa perasaan diorang ? 

Entah la.. mungkin aku terlebih emosi. Tapi bagi aku , kementerian perlu buat kajian semula. Kembalikan kegembiraan anak anak kita. Mereka seronok ke sekolah. Bermain dan belajar... Bukan tertekan ! Sebut je sekolah , boleh jadi hulk ! Huhuhuh.. 

Sebab tu dalam seminggu , Qhaliff akan ponteng sehari. Heeee.. Dan ada yang aku gi amik dia balik awal. Sian gak. Huhuh.. Bukan manja tapi kesian. Mereka masih kecil. 
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Banyak kali dah aku teringin nak ke Cafe Cerita Kambing, sejak mereka berpindah tempat dari Anggerik Mall. Tapi disebabkan aku tak beberapa gemar akan Shah Alam ni , maka aku hanya menanti masa saja untuk singgah makan. 

Apa yang membuatkan aku nak sangat singgah situ ialah disebabkan makanannya yang memang sedap belaka ! Aku tak tau la orang lain punya tekak camana tapi bagi aku , sememangnya nasi briyani Kambing di Cafe Cerita Kambing ni , power aaahh !

Dan semalam , seperti dijanjikan kepada wife dan adik ipar aku.. aku bawak semua ke sana walaupun ketika tu hari dah agak petang. Janji nak gi jam 2 petang tapi bengkel Videofon #KBBA9 abis lewat sedikit , makanya aku sampai di rumah mereka agak lewat. Heeee...

Terletak betul betul di sebelah Unisel, Seksyen 7 nun di Shah Alam , amatlah mudah mencarinya jika gunakan Waze... Search je Cafe Cerita Kambing dan pastikan alamat di Seksyen 7. Kalau ke sini waktu lunch atau makan malam.. amatlah berpuashati .... cam aku ! Huhuhuh... Berbaloi seharian kelaparan ! 









Ayam salai dia ! Fuhhh.... aku yang betul betul perlukan protein ketika tu , terasa berbaloi ahh ! Hahahahha... Nasi briyani dia , hurm.. tak tau nak cakap camana. Abis aku tambah berkali kali. Ke laut diet aku. Hahahaha.. 

Bukan calang calang tangan orang yang menyediakan makanan ni. Berpengalaman dalam bidangnya bukan sehari dua. Huhuhhh... Sebab tu sanggup gadaikan diet aku kali ni. Padahal dok bila gi review makanan kat hotel , aku menahan je tengok makanan. Tapi kali ni , gagal dah ! Rugi kalau tengok je. 

Satu dulang tu , 4 orang boleh makan. Harga baru RM45 ! Ada ayam dan daging. Set dulang seafood pon gitu gak. Wife aku yang sebelum ni kata Me'nate tu sedap giler , terus berubah pendapat dah. Sekarang dia kata kat sini lagi power.. dan paling penting , murah ! 



Aku pasti akan ke sini lagi ! Haaahaa.. aku tunjuk gambar makanan ni kat adik perempuan aku , terus dia ajak gi.. minggu ni gak ! Ditambah pulak bila tengok harga harganya. Murah aihhh ! Berbaloi baloi gitu.. 

Nasihat aku sebelum datang terutama kalau nak datang beramai ramai.. sila buat tempahan dulu. Parking mudah jer..  InshaAllah , untuk Ramadan nanti akan ada buffet ! 

Alamat : Kompleks Anjung 7 , Jalan Tungsten 7/23 , Shah Alam , Malaysia
Facebook : Cafe Cerita Kambing

**Isnin cuti. Hari lain buka dr jam 1130-2230. 


Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Ketika aku tengok di Instagram NF Fitness , aku rasa t-shirt ni mesti sama je macam baju baju aku yang lain.  Maka aku tak amik kisah sangat la pasal t-shirt ni. Aku ada banyak t-shirt sukan yang tak dipakai di dalam almari baju aku. Tak tau nak letak mana. Nak ditambah beli baru lagi ? Hurm.. membebel orang rumah.

Tapi segalanya berubah bila tokeynya datang berjumpa dengan aku. Hehehhe... Dibuka beg dan bagi aku try satu satu. Aku pakai dan.. Wowww ! Terus rasa macam nak gi gym masa tu gak ! Hahahaha.. Aku sendiri tak sangka badan aku macam tu dah rupanya.. heeee.. ingat boroi lagi ! 





Buat baju raya ni best ! Bila gi beraya kena beringat.. jangan makan banyak ! Hahahaa.. Kain dia ? Sedap. Lembut dan sejuk je ni. Aku berphotoshoot tengah panas ni tapi tak berpeluh sebab kain dia yang best ! Kalau tak, biasanya dah menitis dah ni. 

Harganya ? RM50 termasuk pos. Ada banyak rekaan dan warna. Boleh check di Instagram NF Fitness.
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Bagi mereka yang dah sedia maklum , sememangnya setiap tahun akan ada Jualan Barangan Raya di Putrajaya dan pastinya ianya menjadi tumpuan ramai terutama mereka yang berbajet sederhana. Yelah , murah murah je jualan kat sini.. 

Ok.. di sini aku nak war warkan mengenai Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajaya 2018 yang bakal bertempat di Dataran Putrajaya , Presint 3. Sila ambil maklum dan war warkan terutama penduduk di sekitar Putrajaya dan juga yang bekerja di situ.. Heee... Best ! 

"Bersempena dengan ketibaan Ramadan yang saban tahun dinantikan oleh seluruh umat Islam khususnya, bakal berlangsung JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018 bermula 17 Mei 2018 (1 Ramadan 1439) selama sebulan bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3. Dengan objektif untuk menyatukan ukhuwah rakyat Malaysia yang berbilang agama dan budaya, penganjuran festival ini juga membuka peluang perniagaan kepada usahawan muda yang pada hari ini seakan menjadi satu senario menarik setiap kali tibanya Ramadan.

Festival Ramadan Putrajaya 2018 disasarkan untuk mereka yang berada di kawasan seperti Bangi, Kajang serta kejiranan yang berhampiran bagi memudahkan mereka merancang masa untuk persiapan raya sepanjang Ramadan. Di samping itu, festival tersebut turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk para pengunjung.

Selain itu, turut disediakan hadiah utama yang berupa sebuah kereta ataupun motosikal untuk cabutan bertuah, persembahan ‘busking’ para artis popular masa kini, penampilan artis-artis istimewa yang akan diumumkan dari masa ke masa serta akan diserikan lagi dengan gerai para selebriti terkenal seperti Ella, Hanez Suraya, Kaka Azraff, Ekin, Leez Rosli, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Siti Sarah, Shuib dan ramai lagi. Program ini menggabungkan seramai 30 selebriti terkenal tanahair.

  
Malah, turut diberikan perhatian khusus dalam penganjuran festival ini adalah program kerohanian. Tazkirah Ramadan bersama selebriti pilihan dan ceramah agama dari penceramah jemputan bakal menghiasi kalendar sepanjang bulan tersebut. Sebelah petang pula, program bubur lambuk akan memeriahkan lagi festival tersebut. Hujung minggu pula, direncanakan majlis iftar bersama anak-anak yatim yang terpilih.

Tumpuan juga akan diberikan kepada barisan gerai daripada pelbagai jenama terkenal dari kalangan hijabista dan lain-lain. Penjualan di gerai akan merangkumi tawaran pakaian muslimin  dan muslimah terkini, alat solek, perhiasan rumah serta kuih raya untuk persediaan Syawal kelak.

Pastinya Festival Ramadan Putrajaya 2018 akan memudahkan persiapan keluarga mahupun individu kerana di sinilah bakal tertumpunya pelbagai aktiviti menarik dari segi intelektual dan kerohanian, penawaran jenama terkenal yang mampu milik dan juga ruang untuk beramah mesra dengan personaliti popular tanahair. 

Untuk maklumat dan informasi terkini, sila hubungi;
Unit Publisiti Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajya 2018
(TEL:  Izainil: 017-3031 953/ Ashraf 017-8892909) "


Yearghh.... Jangan lepaskan peluang ini eh ! 



Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Dengan bertemakan ' Santapan Buka Puasa' kali ni , Seri Pacific Hotel menyediakan ruangan khas di dewan banquet dengan  harga pakej yang cukup menarik ! Berbeza dari tahun tahun sebelum ni , lokasi kali  ni tampak lebih ekslusif dan lebih selesa. Sebelum ni , selesa gakkkk ! Sebab tu Seri Pacific ni antara favourite aku untuk berbuka puasa beramai ramai ! 

Kenapa ? Selain mudah nak solat Maghrib , mudah nak parking kereta , mudah nak ke sini dengan pengangkutan awam dan paling penting , hidangannya yang cukup mengiurkan aku. Fuh , tak pernah gagal la makanan diorang. Confirm balik dengan kekenyangan yang amat. Huhuhuh.. 

Dengan harga RM120 untuk dewasa dan RM60 , kanak-kanak pastinya cukup berbaloi. InshaAllah akan menepati selera korang yang teringin cari kelainan suasana berbuka puasa. Kalau tempah awal dapat diskaun ! Hahahaa.. Tu kena call tanya sendiri. Heee..

'Santapan  Buka Puasa' akan bermula pada 17hb May hingga 14hb June 2018. Antara hidangan menarik yang bakal menanti korang hasil air tangan Chef  Haji Saad dan rakan rakannya ialah Briyani Gam , Nasi Kandar , Sup Gearbox , Kambing Bakar , Kacang Pool adalah yang wajib dinikmati disamping dengan hidangan tradisional seperti sambal belacan , cencalok , budu , tempoyak cili api , sambal mangga yang berpasangan dengan ulam-ulaman yang cukup segar ! 

Selepas tu , ada pencuci mulut yang sedap seperti Durian Cendol , pelbagai jenis bubur dan pulut ! Buah buahan adalah wajib disajikan. Air ? Heee.. ada air kelapa , Lai Chee Kang , Air Kiwi , Air Kurma dan banyak lagi ! 












Banyak sangat hidangan. Ni aku buh gambar yang cun. Tak sempat amik gambar lauk pauk sebab sedap ditengok tak sempat sempat diambil gambar. Bedal dah ! Hahahaha.. Oh ya , dinasihatkan , buat tempahan sebelum masuk Ramadan sebab biasanya akan full house ! 

Sila telefon 03- 4042 5555 atau email ke resv@seripacific.com untuk tempahan ! Selamat berpuasa ! 
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes