Hari ni aku tak pergi umah mak aku. Walaupun aku ada job atau jemputan, aku terpaksa menolaknya. Nak berehat di rumah hari ni. Anak anak pon nampak lagi selesai bila di rumah sendiri. Boleh buat apa saja berbanding bila di rumah orang.
Tapi.. Aku laaaa kena kerja teruk skit. Huhu. Awal pagi tetap kena bangun.. Mandikan ketiga tiga orang anak aku. Siapkan mereka dan bersedia utk layan karenah 2 orang yg bakal 'buat hal' utk seketika.
Aariz, akan meraung. Tak nak masuk rumah. Dia nak jalan jalan di luar umah dulu. Tapi memandangkan ada kes denggi minggu lepas, sebaiknya aku kena elakkan berada di luar rumah buat masa ini.
Yearghhh.. Ada kalanya aku terasa nak kembali ke pejabat. Yelah, pagi pagi dah pakai smart smart berbanding jika duduk di rumah.. Berkain pelikat memanjang. Kadang kadang tengahari baru mandi... Yelah, dok settle kan anak anak sehingga ada yang tidur atau dah bermain sendirian. Heee..
Yearghhh.. Tu aku lak memberontak! Hahaaa.
Tapi sebenarnya aku bersyukur sangat dgn apa yang aku ada sekarang. Cukuplah... Hargai dan nikmati.



















