Pulak ?? Semua orang nak jadi pemantau kerajaan baharu ni ! Amboiii.. Kalau ari tu BN masih memerintah , agak agak nak tubuh tak Tracker ni ? Agak agak nak memantau ke manifesto BN tu ? Atas alasan ' baharu' maka nak tunjuk ambil berat ? Peranan sebagai rakyat , dah kita ubah ke ? Ke arah memajukan negara dengan lebih tekun atau ' saya berkhidmat untuk negara' ???
Bagi aku nak memantau tu bagus tapi tak perlu la nak menagih janji 100% manifesto tu ! Mau kena paham gak la... Diorang amik tampuk pimpinan negara ni dari tangan sapa ? Kemudian nak perbetulkan dulu... nak pastikan pelbagai perkara tidak terlepas pandang barulah boleh nak tunaikan janji ! Kita sendiri pun pernah berjanji dengan manusia lain tapi tak lak ada Tracker bagai !
Bagi peluang ! Bagi peluang pada kerajaan baharu untuk mereka perbaiki negara ni dan seterusnya menaikkan kembali maruah negara yang tercalar ! Baru kita tuntut janji. Tak kira la dalam tempoh 100 hari atau lebih.. asalkan kita sekarang hidup tanpa dalam tekanan !
Banyak pihak dah memantau. Kita ada pembangkang juga untuk memantau. Jangan beri tekanan pada kerajaan baharu ni sangat. Mereka tau apa yang mereka buat. Mereka ada tempoh 5 tahun untuk buktikan yang mereka layak mengambil teraju pemerintahan negara. Bukannya dalam 5 tahun tu diorang nak tunjuk segalanya dah sempurna ! Giler ke apa ?
Kerajaan sekarang berasal dari rakyat. Mereka dah rasa susah seperti kita. Bila berada di atas , benarkan mereka buat kerja mereka. Aku tak rasa ada yang lupa diri , setakat ni. Jika ada , nahh.. ada banyak saluran untuk kita luahkan. Mereka mendengar , melihat dan berikrar berkhidmat untuk rakyat !
Beri peluang... Yang penting , kerajaan baharu ni tidak korup dan menekan rakyat !





























