BEN ASHAARI



Alhamdulillah.. berlalu sudah Ramadan , Syawal menjelma. Semoga ibadah kita diterima Allah dan kita meneruskan segala kebaikan yang kita lakukan ketika di bulan Ramadan di bulan bulan seterusnya. Jangan sekadar 'baik' di bulan Ramadan saja yer.. 

Aidilfitri kali ni banyak perbezaannya. Di kaca television , kelihatan Tun Mahathir 'kembali' berucap dengan penuh machonya. DYMM Agong , dengan pakaian yang santai tapi tersergah 'auranya' yang mengagumkan. Dan pastinya , kita kembali ceria menonton tv tanpa rasa 'bengang' lagi... hehehe.. 

Anak anak pun dah semakin membesar. Makin meriah rumah tok mereka. Bermain , bergaduh. menangis... tu biasa dah. Makanan pun penuh di atas meja tu. Hehehe.. Aku berusaha untuk kurangkan makan. Teruskan semangat Ramadan. Makan ala kadar !


Dan tiada sarkas di Aidilfitri ! Diganti dengan World Cup Fifa 2018 Russia ! Hahahaha.. Bapak bapak mengadap tv bila petang menjelma. Jangan diusik tv itu ! Jika anak anak berkeras , maka dikeluarkan telefon pintar , layan kat handphone je la jawabnya... kan kan ?

Tak kira la apa sekali pun semangatnya , suasananya... yang penting kita raikan dengan penuh keinsafan, kegembiraan dan jangan dilupakan mereka yang tersayang. Bermaafan sesama kita. Lemparkan senyuman dan berlapang dada. Chilll sudah ! Entahkan ini Aidilfitri kita yang terakhir, sapa tau ? Maka manfaatkanlah.

Pada rakan rakan pembaca blog , andai tulisan aku selama ini ada yang buatkan korang terasa , terguris di hati , maafkanlah aku yer.. Hehehe.. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah hendaknya. 

Selamat Menyambut Aidilfitri !

" Semoga Allah menerima puasa kita dan menjadikan kita kembali ( dalam keadaan suci) dan termasuk orang - orang yang mendapat kemenangan. "
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Hehehee.. Piala Dunia oh Piala Dunia. Pada awalnya aku ingat nak tonton kat Stadium Astro jer. Bayar pon bayar je la. Terasa pulak nak tonton Piala Dunia kali ni. Heee... Lama dah feel Piala Dunia berkubur sejak Ronaldo dan trio 3R dia bersara. Tapi kali ni, bintang bintang baru membuatkan aku rasa nak lepak depan skrin handphone lak.. 

Tapi disebabkan kat RTM 1 akan tunjuk  27  perlawanan secara live  daripada baki adalah delayed , maka aku download je la aplikasi RTM jer. Pun ada HD gak ! Nah , jimat dah laa.. kan kan ? Ok , jom tengok jadual perlawanan  Piala Dunia Russia 2018 dan perlawanan yang bakal ditayangkan di RTM 1 dan di Stadium Astro.






JADUAL PERLAWANAN BOLA SEPAK PIALA DUNIA 2018 DI  RTM TV1

16.06.2018 (Sabtu)
0200 AM - Group B : PORTUGAL VS SPAIN

17.06.2018 (Ahad)
0300 AM - Group D : CROATIA VS NIGERIA

18.06.2018 (Isnin)
2300 PM (DELAYED) - Group G : BELGIUM VS PANAMA

20.06.2018 (Rabu)
0200 AM - Group A : RUSSIA VS EGYPT

21.06.2018 (Khamis)
0200 AM - Group B : IRAN VS SPAIN

22.06.2018 (Jumaat)
0200 AM - Group D : ARGENTINA VS CROTIA
2000 PM (DELAYED) - Group E : BRAZIL VS COSTA RICA

23.06.2018 (Sabtu) 
2300 PM - Group F : KOREA REPUBLIC VS MEXICO

24.06.2018 (Ahad) 
0200 AM (DELAYED) - Group F : GERMANY VS SWEDEN
2300 PM - Group H : JAPAN VS SENEGAL

25.06.2018 (Isnin)
0200 AM (DELAYED) - Group H : POLAND VS COLOMBIA
2200 PM (DELAYED) - Group A : SAUDI ARABIA VS EGYPT

26.06.2018 (Selasa) 
0200 AM (DELAYED) - Group B : SPAIN VS MOROCCO

27.06.2018 (RABU) 
0200 AM - Group D : NIGERIA VS ARGENTINA
2200 PM - Group F : KOREA REPUBLIC VS GERMANY

28.06.2018 (Khamis) 
0200 AM - Group E : SERBIA VS BRAZIL

29.06.2018 (Jumaat) 
0200 AM - Group G : ENGLAND VS BELGIUM

Selepas menyaksikan jadual perlawanan di RTM 1 , maka aku rasa aku nak kena download aplikasi S Astro  Go ! Hahahaha... Banyak game best tapi takde kat RTM 1 lak.

Astro menyediakan dua saluran khas bagi menyiarkan kesemua 64 perlawanan Kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 SECARA LANGSUNG iaitu di:

HD – Saluran 823 & Saluran 824

SD – Saluran 821 & Saluran 822

Terdapat tiga jenis langganan Pas Saluran Piala Dunia yang disediakan Astro, iaitu:

Pelanggan ‘Pek Sukan Astro’ / ‘SuperPack’ / ‘SuperPack Plus’ mendapat pas secara PERCUMA.
Pelanggan Astro yang tidak melanggan ‘Pek Sukan Astro’ dan pelanggan prabayar NJOI pada harga RM100.

Bukan pelanggan Astro boleh menonton menerusi platform Astro GO pada harga RM120.

Bagi pelanggan kategori 1 yang menerima Pas ini secara percuma, mereka ini berpeluang memenangi hadiah percutian eksklusif ke Rusia yang ditanggung sepenuhnya menerusi peraduan anjuran Astro Circle yang akan berakhir pada 6 Mei 2018.

Pelanggan kategori 2 iaitu pelanggan Astro dan prabayar NJOI yang tidak melanggan mana-mana pek Sukan Astro, boleh mendapatkan ‘Pas Piala Dunia FIFA 2018’ pada harga RM100 dan kandungan eksklusif di aplikasi Stadium Astro dan aplikasi VR.

Untuk bukan pelanggan Astro iaitu kategori 3, boleh membeli pas ini pada harga RM120 dan menontonnya di platform Astro GO.




Done langgan! 

Alaa... 4 tahun sekali kot ? Hahahaa.. Game pun bukan time orang tidur ! Heeee..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Hurmm... Bukan ke dalam manifesto ari tu kata nak mansuhkan AES ? Kenapa bila dah ada kuasa , segalanya nak dikaji ? Walhal...



Tak perlu dah AES ! Memadai dah ada polis trafik dan JPJ. Sememangnya bila kena saman dek Polis Trafik , aku bayar ! Tapi AES ???  Di kawasan tak masuk akal ! Di Putrajaya contohnya.. Berapa banyak tiang AES ada kat situ ? Aku kena kat situ je dekat 2 ke 3 saman. Bukan laju mana pun. Terus lampu kuar ! Disuruh bayar RM300 ! Jadahnya ??? 

Pelik... sebelum berkuasa reti lak paham membebankan rakyat. Nah sekarang , nak kaji dulu ?



Diulangi... memadailah dengan polis trafik dan JPJ. Jangan jadikan rakyat sumber pendapatan !
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Alhamdulillah. Sampai dah aku ke kampung halaman wife. Kelantan. Yer , tiap tahun beraya di sini. Kenapa ? Sebab puasa dah di KL dan mak aku ada di KL. Nak balik kampung pun , yang ada tanah milik arwah ayah aku yakni di Pulau Pinang. Sebab tu beraya di Kelantan jer. 

Hurm.. sebenarnya , aku gerun nak memandu jauh jauh sejak dua menjak ni. Maksud aku sejak berlaku kemalangan baru baru ni. Kemalangan bukan berpunca dari aku tapi aku dipersalahkan ! Ini yang buat aku fobia nak memandu terutama jauh jauh. Huhuh.. 

Nekad. Berdoa. Moga dipermudahkan dan Allah lindungi aku sekeluarga. Dan yang penting , aku ikut peraturan. Memandu ikut had laju yang dibenarkan. Tak da apa nak dikejarkan. Biar lewat sampai , asalkan sampai ! 



Yang buat aku tension ialah sikap sesetengah pemandu... tak kira la motor atau kereta. Bila tak guna signal kita nak tukar haluan , mereka marah ! Yang ni kerap kita nampak kan ? Yang kadang kadang nampak... bila kita bagi signal , tu diaaaa... lagi laju diorang pandu. Tak kasi kita masuk ! Pulakkkkk ! Terjadi pada aku tadi.. Bila aku kasi signal , kereta di lorong kanan memang jauh laaa. Aku pun tukar lorong. Nak potong lori di hadapan aku je pun. Bukan nak laju terbang ke Kelantan ! 

Terus kereta tak semewah mana pun tu , bagi lampu tinggi berkali kali. Nah , ini memang mendatangkan amarah. Aku buat dek jer... Ko tunggu la aku tukar laluan jap lagi. Seperti yang dijangka.... si pemandu tu siap pandang aku macam nak ajak bertumbuk. Amboiiii.... Sampai gitu sekali dia punya nak laju ! Dan di hadapan tu.. kereta banyak jee ! Bukan jalan lengang pun. Tak paham aku. 

Dan yang jarang berlaku... ada juga berlaku tadi.. signal diberikan , pemandu kereta di lorong kanan beri laluan. Aku angkat tangan tanda terima kasih ! Nah , ini jarang berlaku ! Dan patut kita amalkan. Betul tak ? 

Haa.. satu lagi yang kerap berlaku. Bila ada kemalangan.... confirm jammed ! Semua pakat nak tengok ! Walhal laluan dah dibuka pun. Hurmm... 


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Qhaliff dan Zahra , masing masing dok meroyan mintak nak beli mainan. Pantang tengok ada mainan baru di Youtube , sibuk tunjuk kat aku. Aku angguk je la. Geleng  kepala , lagi dipaksanya kita juga. Dengan aku , diorang berani. Dengan mak diorang, jangan mimpi la ! 

Malam tadi , nak dijadikan cerita.. bawak la diorang keluar jap ke Tesco Nilai. Awalnya nak ke Giant jer tapi kereta punya laaa sesak kat situ. Terpaksa ubah haluan ke Tesco. Tak pe la.. Nak cari kasut Zahra jer pun. Mana mana pun ok jer. Dan dalam kepala aku , cari di Bata jer. Kasut di Bata makin lama makin best ! Bagi aku laa.. hehe..

Sampai di Tesco Nilai , berpusing cari kasut. Dan hanya di Bata sajalah nampaknya banyak pilihan yang menarik. Wife dan Zahra masuk ke dalam mencari manakala aku jaga Qhaliff dan Aariz. Parking troli depan kedai games , Qhaliff mencuci mata sambil mulut dok kumat kamit mintak mainan baru dekat aku. Puas aku bebel tapi dia buat pekak jer ! 

Kasut dah dipilih. Wife beratur membayar di kaunter manakala aku jaga kesemua anak anak aku. Tiba-tiba ada seorang pakcik berusia , berpakaian kemas mintak izin nak lalu. Aku berikan laluan. Terpandang wajahnya dan gayanya , teringat akan aku pada arwah ayah aku. Terasa rindu mencengkam. 


Pakcik tu menyapa aku dan anak anak aku. Aku suruh Zahra salam tapi dia takut. Pakcik tu senyum jer. Sapanya sungguh lembut dan tersusun. Terpamer wajah tuanya yang kelihatan kepenatan. Sayu aku melihat dia. Cepat cepat aku alihkan bola mata aku. Aku sebak. Tahan jer..

"Beli barang raya ke Encik?". Tanya pakcik tu.

"Ya Pakcik. Layan kan anak anak ni..". Balas aku sambil senyum.

"Yelah kan.. Kalau kita tak beli, sapa lagi nak belikan utk diorg kan?". Jawabnya dan terus masuk ke dlm kedai Bata. Dicarinya lagi kotak.

Wife dah siap bayarkan kasut Zahra dan dtg ke arah aku.

"Bagi abang duit.". Pinta aku. Dia paham maksud aku. Dalam dompet aku cuma ada  2 keping RM20 yang mana aku tau , wife mengumpulnya. Sebab tu aku minta duit dari dia jer. Aku tak suka pegang tunai banyak. Mudah membazir aku ni. 

"Berapa?" Tanya dia.

"Meh 50 ringgit..".Aku jawab tanpa pikir.

Dia hulur.  Aku tunggu pakcik tu keluar dari Bata. Dia masih mencari kotak kotak kosong di dalam kedai tu. Pekerja di dalam tu pun tak kisah. Untung dia berpakaian kemas. Takda sapa nak larang dia termasuk pak guard Tesco. 

Dia keluar. Aku buat buat menunggu seseorang. Dia lalu depan aku dan menyusun kotak kotak tu di dalam trolinya.

"Pakcik jual ke kotak ni?". Saja aku tanya soalan bodoh.

"Yer Cik.. Cari makan. Ginilah.". Jawab dia sambil tersenyum


" Minta diri dulu yer , Pakcik. ". Aku hulur tangan. Nak bersalaman. Dan diselitkan juga duit tadi.

Terkejut dia bila tangan bersentuhan dan ada sesuatu untuk dia. 

"Lailahaillallah..". Spontan terkeluar dr mulut dia.

Aku senyum. Keras sungguh tapak tangan dia. Seperti bersalaman dengan batu. MasyaAllah. Sesungguhnya insan ini amatlah bekerja keras untuk hidup. Malu aku. Walaupun aku pergi gym setiap hari , tapak tangan aku tak sebegitu rupa !  Betapa aku hidup dalam kesempurnaan tapi masih lagi meminta minta dariNya ! 

Aku cepat cepat melangkah pergi. 

" Hati-hati balik kampung yer.. ". Kedengaran suaranya. Aku berpaling dan senyum. Mata mula berkaca. Cepat cepat aku berjalan pergi. Kalau lagi lama kat situ , silap silap mau aku peluk dia jugak nanti. Huhuh..

" InshaAllah. ". Aku jawab. Wife ada di sebelahnya dan kelihatan menganggukan kepalanya berkali kali. 

Tiba tiba air mata bagai nak mrengalir keluar. Aku kuatkan semangat. Tahan sesungguhnya. Aku tgk wife pon gitu gak. Masing masing mata dah berkaca. Aku terbayangkan arwah ayah yang gemar mengumpul tin untuk membeli rokok .. 

" Aku tak mau kacau anak anak... Biarlah aku cari duit sendiri.. ". Masih terngiang kata kata arwah ayah aku tu. Sememangnya dia takkan meminta dari anak anaknya. 

Al-Fatihah buat ayahku.. 
Share
Tweet
Pin
Share
17 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes