BEN ASHAARI



Sejak aku perkenalkan Lazz Susu Kambing pada keluarga aku , Lazz Cafe dan Lazz Susu Kambing Asli serta Coklat Kurma jadi pilihan utama. Aku dan wife pastinya Lazz Cafe manakala mak aku , dah jatuh cinta dengan Lazz Susu Kambing Asli. Dia suka sebab kurang manis dan tak berbau. Sebelum ni dia amik susu kambing original tapi tak leh nak telan sangat sebab bau hamis. Lazz Asli ni , memang dia suka la sangat. 

Yer.. setiap kali aku order Lazz , pasti akan order untuk mak aku sekali. Takkan la aku je nak minum kan ? Kalau dah tau mak kita suka, apa salahnya belikan dia sekotak dua. Baru berapa ringgit je kan. Jika anak kita pun suka di tambah sekarang ni Lazz Coklat Kurma edisi Omar dan Hana , lagi la diorang suka. Belikan jer.. Gaji dah kan ? Jangan kedekut.. Heeee..

Untuk aku... masalah aku sekarang ni ialah , nafsu makan aku kurang. Tapi bila tengok Lazz Cafe , terbayanglah... sedapnya jika ada roti atau bahulu ! Hahahaha.. Cicah pon sodap wehhh ! Dan sesuai diambil ketika pagi dan malam. Kalau malas nak makan berat , aku amik LazzCafe dengan roti jer. Hee.. 






LazzCafe ni , kalau korang tengah takda mood , lesu atau cam malas semacam jer.. try la minum secawan...atau dua ! Hahahha. Kalau untuk aku , biasanya , aku buh dua sachet secawan. Memang terang terus mata aku dan segar bugar ! Haahaha.. Tapi jangan la amalkan selalu. Sebulan sekali ok la.. Heeee.. Sebaiknya satu cawan tu , guna satu sachet jer dah memadai.

LazzCafe sangat sesuai kalau bawa ke pejabat bagi mereka yang takda masa nak gi sarapan , kaki travel yang suka minum minuman panas  , mereka yang ingin memandu jauh terutama malam  hari atau pagi hari yang masih blur atau mengantuk. Yang senantiasa lapar pon sesuai.. Hahaha.. cam aku. Cicah je ngan roti atau apa saja yang sesuai !

Menariknya Lazz ni , korang boleh order di mana mana saja. Kalau di pejabat , whatsapp je terus. Diorang akan akan antar ke pejabat atau di rumah sekali pun. Yang penting , bayar jer pastu ! Hahahaha...

LazzCafe ni kena cepat tempah. Selalu cepat abis stok. Laku keras kauuu ! Nak tempah , boleh whatsapp ke  018 277 7290 atau gi ke web , www.lazzdelivery.com


Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre , pada  24-26 Jan 2019 satu lagi sejarah negara bakal tercipta yang mana Kementerian Pembangunan Usahawan dan agensinya, SME Corps Malaysia akan  menganjurkan satu expo iaitu  Malaysia Halal Expo 2019. 

Dan korang patut turut sama menyaksikan ianya berlaku. Bayangkan , produk produk tempatan berstatus Halal akan berada di Jepun pada tahun 2020 sempena Sukan Olimpik ! Nah.... bukan calang calang punya temasya tu kan ? Haaa... Seluruh dunia punya manusia akan berada di sana dan produk tempatan kita turut berada di sana. Bayangkan peluang yang bakal tercipta selepas itu ? 

Untuk pengetahuan korang , kerajaan Jepun yang meminta Malaysia memasarkan produk produk Halal ke sana sempena Olimpik 2020 nanti. Tak bangga ke ??  Sesungguhnya Malaysia perlu mengambil kesempatan ini bagi menunjukkan keupayaan dan kepakaran kita dalam menawarkan produk halal yang berkualiti. 



Aku tak nak lepaskan peluang ni. Dikatakan lebih 300 pempamer akan buka booth mereka di sana nanti dan ianya mengikut kluster kluster.. Antaranya ialah bahan ramuan , makanan dan minuman pemproses , komestik , penjagaan diri dan farmaseutikal , logistik dan bioteknologi. 







Dan senarai penuh , boleh tengok di SINI ! Hahhh ! Bukan sekadar booth jer yang akan menanti korang ! Pelbagai program menarik seperti bual bicara perniagaan melibatkan usahawan yang telah berjaya dan termasuklah selebriti seperti... 

Wow ! 





Turut akan diadakan nanti ialah penganugerahan Islamic Innovation Awards . Maklumat lengkap  mengenai aturacara dan aktiviti , korang boleh tengok di SINI.

Oh yaaa... Masuk adalah PERCUMA ! Datang beramai ramai dan jangan lupa sebarkan pada rakan rakan yang menyokong produk tempatan yang berstatus HALAL ! Dan mereka yang bergelar usahawan dan berminat nak jadi usahawan , jangan lepaskan peluang keemasan ini ! 

Info Malaysia Halal Expo 2019 :
Lokasi : Kuala Lumpur Convention Centre 
Tarikh :  24-26 Jan 2019
Masa : 10 pagi - 6 petang


Untuk maklumat lanjut , sila layari : 

Facebook : Malaysia Halal Expo 2019
Web : http://halal-expo.my



Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Terkedu aku ! Aku tengok jam. Tengah bulan. Oh ... cuti panjang ! Patutlah meriah sini. Baguslah.. hidup tempat ni. Sian gak sebelum ni sebab sayu sayu jer kecuali bila kakitangan kerajaan dah dapat gaji..tempat ni memang ramai pengunjung. Ok la tu kan ? 

Cuma yang tak best tu... bila dah ramai pengunjung , maka kenderaan tak la reti nak parking betul betul. Betapa disediakan tempat parking percuma berhampiran situ. Hanya perlu melintas jalan jer. Tapi sayangnya, diorang tak sayang kan kereta. Lebih sayangkan lemak lemak mereka dari terbakar ! Kereta di letakkan atas bahu dan tepi jalan ! Menjadikan jalan dan sesak di situ. Apa menda laa ??? 

Ni perangai ni... Segalanya nak mudah ! Kalau boleh , nak parking sebelah meja makan diorang terus. Punya tak nak jalan kaki skit. Cer pikir gini skit la. Nak gi makan tu bagus dah. Tapi bila dah makan apa kata bakar skit kalori yang dah masuk tadi. Maklumlah , jap lagi nak balik umah dah. Terus tidur lak. Dah jadi lemak pulak ! Esok menyesal makan banyak malam tadi. Walhal berpeluang untuk membakarnya semula lepas makan.. kan kan ? 

Bawak bawak la ubah perangai kita tu yer. Rajinkan berjalan kaki sedikit. Bagus dah tu... ok ? 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Zaman sekarang ni , berbeza dari zaman aku dulu. Ketika aku kecik dulu , celik je mata terus hilang dari rumah. Tengahari baru balik. Makan. Pastu hilang balik.. Petang baru nampak muka. Kalau ada kawan yang bocorkan rahsia , memang kena libas punya la jawabnya. Teringat satu ketika , mak aku pernah bersama ibu ibu yang lain siap ke lokasi permainan kitaorang.. Jauh dari rumah. Siap bawak tali pinggang ! Hahaahha...Bertempiaran lari balik rumah. Kesannya , kaki tangan kuat. Panjat pokok , berlari , langkah longkang... Cuma aku tak mandi kolam atau lombong jer. Hee.. Bahaya ! 

Apa yang dinikmati aku dulu, 3 orang anak aku tak dapat merasainya. Nak lepas keluar bermain dengan kawan kawan , memang tidak la. Bukan apa... kawasan aku ni ramai 'orang luar'. Tak berani aih nak lepaskan diorang.

Qhaliff dah masuk tahun 1. Risau pulak aku bila dia ni lom tau ke mana bakat dia. Haahaha.. Maka aku plan dengan wife... Skill kan dia sebanyak yang boleh. Tak perlulah nak plan sampai ke peringat tinggi.. memadai dengan sekolah dah la. 

InshaAllah , selagi aku mampu... aku cuba 'isi' . 


Jaguh badminton ? Tidak la gitu. Kasi dia tau main je dah. Takda la kena gelak nanti. Asas je dah ok. Selebihnya terpulang pada dia sendiri. Kalau nampak dia ke arah tu, aku tau dah apa nak buat. Selain badminton, ada lagi yang aku buat pada dia dan Zahra tapi biarlah aku rahsiakan jer... Kang kata riak lak. Biarlah senyap senyap. 

Yang penting, mereka nak buat. Aku takkan paksa mereka dan Alhammdulillah , mereka suka buat.
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
" Boleh ke bang ? ". Tanya wife. Aku senyum. Walaupun kepala masing lagi pening pening lalat dan badan masih panas , aku redha jer. Wife baru je cuti kuarantin jaga Aariz ari tu. Takkan nak cuti lagi kan ?

Sebelum keluar rumah , wife pesan minta tolong jemur baju. Qhaliff dan Zahra jangan lupa amik. Fuh.. Pastu job job melibatkan blog aku , bersepah lom disiapkan... Sapa nak tolong buatkan untuk aku ? Bukan aku ada pembantu pun. 

Adakalanya terfikir... Camana suami suami di luar sana tu leh ada banyak masa melepak terutama di petang hari selepas kerja ? Sedangkan aku dan wife , kerja non stop hingga malam hari. Ni nak pergi gym pun aku dah tercuri curi masa. 


Wife bekerja. Kalau dia tak sihat , duduk rumah.. baring. Rehat. Tapi dia tetap la masak gak. Aku sakit ? Hahaha.. Adakalanya aku terpaksa 'minta belas ikhsan' dia untuk amik cuti atau aku terpaksa ke rumah mak aku. Mintak mak aku tengokkan anak anak , dan aku rehat hingga demam kebah..

Tak kira suri rumah sepenuh masa atau tidak , pasangan perlu sama sama pikul tanggungjawab dan amik berat antara satu sama lain. Jangan lepas tangan atau sekadar 'ada' jer. Stress kat pejabat , biarlah di pejabat. Bila dah balik rumah.. lupakan beban kerja tu.. kita sakit , boss takkan datang lawat punya ! Antar mesej pun di hujung hari je. Tu pun nasib baik dia teringat.

 Hurmm..
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes