BEN ASHAARI



 

AMPANG: Gara-gara berebut teman wanita, sekumpulan lima lelaki warga Afrika bergaduh menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan amaran ke udara untuk meleraikan pergaduhan itu di Bandar Baru Ampang, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi semalam, semua lelaki Afrika terbabit tidak mengendahkan amaran polis supaya berhenti bergaduh menyebabkan seorang anggota polis terpaksa melepaskan satu das tembakan bagi menghentikan tindakan itu.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner, Abdul Jalil Hassan berkata, kejadian berlaku ketika semua suspek berada di sebuah restoran.

Menurutnya, kelima-lima mereka yang berasal dari Nigeria dan Cameroon bersahabat baik dan datang ke restoran berkenaan untuk minum bersama dua lagi wanita yang juga berasal dari Afrika.

Beliau berkata, selepas minum dan mabuk, mereka mula bertekak kerana mahu berebut wanita Afrika yang dibawa bersama.

Katanya, keadaan menjadi bertambah tegang apabila mereka mula bertumbuk dan memukul menggunakan kayu dan kerusi dalam restoran berkenaan. “Orang ramai termasuk pemilik restoran tidak berani masuk campur untuk menghentikan pergaduhan terbabit sebaliknya menghubungi polis.

“Polis tiba lima minit kemudian untuk meleraikan pergaduhan semua suspek terbabit,” katanya.

Namun, kehadiran polis tidak dihiraukan, malah mereka terus bergaduh menyebabkan anggota polis melepaskan satu das tembakan amaran ke udara untuk menyuraikan mereka.

“Selepas keadaan reda, polis menahan lima lelaki Afrika terbabit termasuk dua wanita yang menjadi punca pergaduhan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, dua daripada lelaki terbabit dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana cedera.

Katanya, semua suspek berusia 22 hingga 30 tahun kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh.

Abdul Jalil berkata, berikutan itu, polis kini meningkatkan pemantauan dan rondaan di kawasan Bandar Baru Ampang yang dikenal pasti sebagai tempat tumpuan warga Afrika berkumpul.

“Kami memandang serius insiden pergaduhan dan jenayah membabitkan warga Afrika. Kebanyakan mereka mengaku pelajar kolej,” katanya.

sumber : HMETRO

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Kalau betul dia dapat .. maka .. Hahaha hahaha hahaha haha.. gelak guling guling .. bangun pastu gelak balik .. Bukan jeles yer ..

Ok .. abis dah gelak .. Aku bukan nak hina .. cuma nak tanya .. Apakah jasanya pada negara mahukan negeri ??? Tolonglah ..

Aku nak je tulis lebih lebih , tapi .. faham faham je la kan .. hehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

image Shafik Abdullah

Kontraktor, rakan hilang selepas temui suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik

 

KUALA LUMPUR: Dua lagi individu, Shafik Abdullah, 37, dan sahabat baiknya semalam disahkan hilang selepas menemui suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, April lalu.


Shafik seorang kontraktor dari Sungai Petani, Kedah bersama rakannya itu dilaporkan hilang oleh keluarga mereka lima bulan lalu selepas dipercayai menemui peguam berkenaan di satu lokasi di ibu negara atas urusan perniagaan. Sumber memberitahu Berita Harian, buat masa ini, kedua-dua kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti kaitannya dengan suspek utama kes Sosilawati.


Kehilangan mereka sudah dirujuk kepada Ibu pejabat Polis Daerah (Brickfields) untuk tindakan lanjut.Bagaimanapun, melihat kepada modus operandinya, besar kemungkinan kehilangan mereka ada kaitan dengan suspek utama, katanya.


Sumber berkata, modus operandi kehilangan dua sahabat itu hampir sama dengan kes membabitkan jutawan kosmetik berkenaan sebelum dibunuh bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38 di sebuah ladang persendirian milik suspek di Morib, Banting.


Kedua-dua mangsa memberitahu keluarga masing-masing hendak ke ibu negara bertemu seseorang (peguam), dipercayai suspek utama kes Sosilawati atas urusan perniagaan sebelum hilang.


Malah, telefon bimbit juga gagal dihubungi, menyebabkan keluarga masing-masing diselubungi kebimbangan, lebih-lebih lagi selepas kes Sosilawati terbongkar.


Polis menemui kereta jenis Honda Stream milik Shafik di sebuah kondominium di ibu negara Mei lalu selepas keluarga mereka membuat laporan polis.


Polis ketika itu menyiasatnya sebagai kes orang hilang sehinggalah pembunuhan kejam Sosilawati terbongkar kerana kedua-dua mangsa dipercayai menemui peguam yang sama, katanya.


Menurut sumber, kedua-dua individu terbabit bukan saja sahabat baik, malah dipercayai rakan kongsi dalam perniagaan batu permata.
Sementara itu, isteri Shafik, Samson Nahar Mohd Dali berkata, dia dimaklumkan polis, 95 peratus kemungkinan suaminya adalah antara mangsa penjenayah kejam itu dan kini hanya menunggu pengesahan.
Katanya, berita itu dimaklumkan polis ketika berada di Banting, Selangor pada hari raya ketiga, 12 September lalu untuk membantu siasatan.


"Saya sedih bila mendapat tahu keadaan itu namun saya masih berharap agar peluang yang tipis itu akan bertukar menjadi satu keajaiban dan saya dapat bertemu kembali dengan suami," katanya.
Selain Shafik dan rakannya itu, Berita Harian sebelum ini turut melaporkan kehilangan saudagar batu permata, Allal Kathan Muthuraja, 34, dari Chennai, India sejurus tiba di Malaysia untuk meninjau peluang perniagaan, 18 Januari lalu selepas diyakini oleh suspek dan adik lelakinya, juga seorang peguam untuk berbuat demikian.


Allal yang mempunyai perniagaan hartanah, restoran, kewangan dan barang kemas dilaporkan hilang selepas dijemput kedua-dua suspek terbabit sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.


Isterinya, S Usharani, 24, dipetik berkata, kali terakhir suaminya menelefonnya pada 18 Januari sebaik tiba di KLIA dan memaklumkan sudah dijemput oleh kedua-dua beradik berkenaan, seterusnya dibawa ke Banting sebelum hilang serta gagal dikesan hingga ke hari ini.


Sumber berkata, nasib semua individu terbabit masih belum dapat dipastikan, malah usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan berdasarkan maklumat diperoleh daripada kedua-dua suspek utama itu, selain enam lagi pekerja ladang persendirian milik mereka yang turut ditahan bagi membantu siasatan.


Usaha juga sedang dijalankan bagi mengenalpasti kes-kes lain seumpamanya yang mempunyai kaitan dengan mereka, katanya.

sumber : Bharian

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Haih.. tak kesian kat mak bapak ke sebelum buat kerja bodoh gini ??  Kalau cinta sekali pon , bawa bawa ke jalan Allah .. bukan jalan keretapi ! Bengong namanya .. cari penyakit .. Takat bf baru setahun jagung .. dia sendiri tak lepas makan pakai dia , ada hajat nak bela anak dara orang ??? Haih ... Aku sendiri tak sanggup .. Jangan ingat cinta mampu mengenyangkan perut .. Aku pon cinta gak .. ni yang terdampar atas katil .. ingatkan kenyang makan cinta.. tak pasal pasal makan ubat .. huh !

Ni ha .. kes dua budak kembar yang ilang kat Kampar ari tu .. dah jumpa kat Penang ..  Adoi .. buat susah mak bapak jer .. Zaman skang ni , kalau ilang je .. tau tau mati .. Ni nasib baik idup !

Wahai anak dara n mak dara .. Erk... skang mak dara pon bahaya .. boleh lari dari rumah wooo ..  Sebelum buat kerja tu , ingat ingat la hukum Allah .. Kita hidup sementara je .. nak lazat sangat , doa je agar kita dapat ke syurgaNya .. lagi berkat !!! kan ?

Gadis kembar dan rakan ditemui di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Remaja pasangan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14, bersama teman sebaya, Suhaili Abd Razak yang dilaporkan hilang di Kampar sejak 11 September lalu, ditemui di Pulau Pinang dalam keadaan selamat.


Ketua Balai Polis Air Itam, Cif Insp Mohd Fadzli Napiah, berkata ketiga-tiga remaja perempuan itu ditemui bersama dua rakan lelaki mereka iaitu Mohammad Akmal Hakim Ismail, 19, dan Shahrizan Zakaria, 20, di flet Green Garden, di Paya Terubong kira-kira 8.20 pagi. Katanya, bertindak atas maklumat orang awam, polis menyerbu flet berkenaan dan menahan ketiga-tiga remaja perempuan itu ketika mereka sedang tidur di ruang tamu manakala dua lelaki terbabit ditahan di sebuah bilik tidur. "Semua mereka memberi kerjasama dan mengakui mereka secara rela hati mengikut teman lelaki ke negeri ini pada 14 September iaitu tiga hari selepas mereka dilaporkan hilang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Mohd Fadzli berkata, pada hari mereka dilaporkan hilang, remaja terbabit sebenarnya berada di sebuah ladang kelapa sawit di Perak dan tidur di sebuah rumah kosong di ladang itu.


Katanya, sebaik tiba di Pulau Pinang mereka telah mendaftar masuk di sebuah hotel murah di Jalan Pintal Tali bersama-sama teman lelaki mereka selama tiga malam di sini.


Teman lelaki mereka dikatakan mendapat pekerjaan sebagai pengawal keselamatan dan kemudiannya membawa mereka tinggal bersama di sebuah rumah sewa mulai 18 September sebelum diberkas hari ini.


Hasil siasatan awal mendapati salah seorang daripada lelaki itu terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan masih di bawah pengawasan polis di Kampar, Perak.


Mohd Fadzli berkata, ketiga-tiga remaja perempuan itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan.
Katanya, jika terdapat kes membabitkan hubungan seksual, polis akan mengambil tindakan terhadap pasangan masing-masing mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas tuduhan merogol gadis bawah umur.


"Kedua-dua lelaki terbabit kini ditahan polis bagi membantu siasatan polis, termasuk ujian air kencing bagi mengenal pasti sama ada mereka mengambil dadah atau sebaliknya," katanya.
Polis telah menghubungi ibu bapa remaja perempuan berkenaan dan kes aduan hilang anak itu dianggap selesai. - BERNAMA

sumber : BHARIAN

 

BA: Jaga jaga anak teruna kita ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Adus .. dari tengahari semalam , kepala aku berdenyut denyut .. tak sangka malam tadi makin teruk .. Badan mula panas.. hurm.. mesti tekanan darah aku naik semula .. Apa yang aku salah makan ?? Setahu aku , aku makan keropok sira ( made in kelantan ) tu dengan biskut oats je.. hurmm .. malam mkn yong tau foo ..

Maka dengan ini , terpaksalah aku mc hari ini .. ni dok tersadai atas tilam lagi ni .. jap lagi nak g lawat doktor kat Precint Diplomatik tu .. Adakah dengan tidak bersarapan pagi atau mkn tengahari membuatkan kepala aku sakit ? Orang kata angin dah masuk .. hurmm..

Nasib baik la masa 'menderita'  tu wife ada .. dia tolong urut tangan dan kaki termasuk kepala .. Lega la sikit .. Ni karang pon dia tolong hantar g klinik .. nak aku drive tak leh.. dok sakit kepala lagi .. huhu..

Adakah aku akan cuti rehat dari blogging? huhu...

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

Aku tak pernah tengok drama bersiri Siti Kelembai ni .. Tiba tiba ari ni aku tertengok .. hehe.. Ada sesuatu yang aku tak berkenan.. iaitu HUKUM KARMA .. Berulang kali diorng dok sebut pasal HUKUM KARMA .. Hurm... Aku google dan jumpa jawapannya ..

Hukum Karma adalah sebahagian daripada kepercayaan agama Hindu. Perkataan 'karma' bermakna 'tuhan'. Hukum karma adalah kepercayaan bahawa yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat, semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini. Cerita Si Tanggang adalah contoh klasik pengaruh Hindu dalam sastera rakyat Melayu pra-Islam.

Ramai orang menyangka Hukum Karma serasi dengan Islam. Malah ramai orang yakin Hukum Karma adalah hukum yang memang wujud dan ia adalah hukum semula jadi ciptaan Allah.

Tema Hukum Karma popular dalam cerita-cerita, baik cerita-cerita yang diterbitkan dalam bentuk buku, bangsawan, drama TV, filem dan lain-lain. Malah, jikalau watak jahat tidak menerima hukuman jahat, ia dianggap tidak cocok dengan ajaran Islam.

Dalam surah Yusuf terdapat banyak watak jahat, namun tidak seorang pun daripada watak-watak jahat itu menerima hukuman atas kejahatan yang mereka lakukan. Malah Nabi Yusuf sendiri sebagai watak yang baik ditimpa banyak penderitaan.

Kisah Nabi Yusuf membayangkan bahawa dalam novel Islami, kejahatan tidak dianjurkan supaya dibayar dengan kejahatan juga. Malah dianjurkan supaya watak utama yang ideal itu harus mengalami pelbagai penderitaan yang berat.

Hukum Karma berbeza daripada ajaran Islam kerana bagi penganut Hindu, Hukum Karma itu hukum yang berlaku di atas dunia ini. Maka setiap musibah yang menimpa seseorang di dunia ini diyakini adalah balasan kepada kejahatan yang telah dilakukannya.

Mengikut fahaman Hindu, musibah adalah hukuman daripada Sang Karma (tuhan) disebabkan seseorang itu melakukan dosa.

Hukum Karma tidak serasi dengan konsep 'dugaan' dalam Islam. Dalam Islam salah satu fungsi musibah adalah sebagai dugaan, makanya orang-orang yang baik, malah nabi-nabi sekalipun ditimpa musibah. Tidak mungkin penderitaan yang dialami oleh nabi-nabi adalah hukuman dari Sang Karma.

sumber : Halaqah

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Cuba makan biskut femes emes.. hehe.. jgn marah ar.. gurau ..

Hurm.. nak femeskan atau nak popularkan blog ? Untuk apa sebenarnya ? Untuk orang kenal kita atau untuk tingkatkan trafik ? Nak tingkatkan trafik tak semestinya popularkan blog jer .. Banyak cara sebenarnya ..

Mesti ada yang nak tau , camana aku popularkan blog aku kan ? Ada yang kata , aku menumpang tuah MAT GEBU .. Kalau tak kerana MAT GEBU , blog aku orang tak kenal .. Yeker ? Hehehe ..

SITI NURHALIZA jadi popular camana ? Nyanyi tepi jalankah ? Dengan menjuarai pertandingan nyanyiankah ? Dengan kawin Datuk K kah ?? Cuba fikir ..

Sbb tu aku kata , cara untuk naikkan blog ni banyak cara .. Kerja keras atau bijak berstrategi .. Segalanya bergantung antara satu sama lain .. Sampan akan hanyut jika tiada dayung kan ?

Aku sendiri gunakan pelbagai cara dan teknik dan sehingga sekarang pon masih belum berjaya... kira boleh bergerak sedikit je la .. Nak kata femes atau popular tu , maaf la yer ..tak langsung .. Dan aku tak nk kejar semua tu.. Serius.. Takut pulak aku skang ni ... Bukan apa , nanti cerita tentang kehidupan aku ada ditangan orang .. Bahaya bukan ? Jadi aku kena hati hati bercerita mulai skang .. Tidak boleh terlalu open ..

Kalau diperhatikan , ramai buat blog tentang TIPS .. blog gitu mmg akan menjana trafik dalam jangka panjang .. contoh blog yang aku maksudkan ialah blog masakan .. Aku tak boleh nak bagi contoh blog lain sebab aku tak tau .. Tak adil la kan buat sesuatu review yang aku tak tau langsung mengenainya ..

Blog masakan , kalau diperhatikan dah mula menarik trafik tinggi sejak Ramadhan lalu sehinggalah sekarang .. Kalau nak dikira femes emes ni , blog masakan lagi fofular .. tapi tak ramai tau .. kan ? hehe.. Sbb apa ? Tu tanya kena tanya mat gebu ..

Berbalik pada keperluan memfemeskan blog ni , aku bagi satu je nasihat.. naik perlahan lahan.. sambil naik kutip segala ilmu yang ada di kiri dan kanan .. bila turun nanti , tinggalkan semua ilmu tu kat atas agar orang dibelakang akan dapat gunakannya nanti .. baru berbaloi berblog ..

Pada blogger baru , korang jangan risau dan cepat putus asa .. bagi masa pada blog korang tu ... kemudian , check niat tu balik.. kalau nak $$ , bolehkah blogging jadi kaya ? BOLEH .. tapi bukan dengan cerita peribadi .. buka mata .. kaji.. Kalau suka suka , maka trafik bukanlah satu perkara yang penting.. Ada atau tidak pembaca , tu semua belakang kira .. Yang penting , dah post ! hehe .. kan ?

Yang penting bila berblog ni ialah HEPI .. Jangan buat entri ketika tensen atau masa jiwa kacau .. cari penyakit .. Ops.. ada satu lagi .. hehe.. perlu ke cerita tentang kekasih hati ?? Apakah akan terjadi sekiranya putus cinta ? Satu dunia dah tahu tentang tu percintaan anda tu.. tiba tiba , haaa... fikirkan yer .. nasihat je ni.. nak ikut , ikut la.. tak nak , terpulang la yer...

Kalau aku masih belajar lagi , aku akan cerita tentang pelajaran .. mana tau ada rakan rakan akan sudi berkongsi ilmu .. kan ? hehe.. Aku nak cerita pasal kerja , tak boleh.. ISA aku nanti.. hahaha.. bos usha dah tu.. hahahha..

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Maaf la yer .. ptg ni aku banyak cerita pasal entri lak .. bukan apa , tadi aku masuk blog sahabat ( blogger baru ) dan dia agak frust dengan trafik dia .. Trafik ni pembaca yer .. bukan Trafik ni $$ ... Bila sebut trafik , maka akan timbul di benak ialah $$ .. tu satu kesilapan kita ..

Korang layan movie tak ? Kenal U-Wei Shaari ? Yasmin Ahmad ? ok..bagus .. Jogho ? Pernah tengok cerita tu ? Isteri ,perempuan dan ... ? Sepet ? Mukhsin ? Gubra ? Pendapat korang , cerita ni berkualiti tak ?

Bagaimana pula dengan filem Senario ? Anak mami ? Rempit ? Jangan Tegur ? Adakah filem ini berkualiti ?

Mickey Mouse ? Donalds Duck ? Popeye ? Ultraman ? Cerita cerita begini berkualiti tak ? Tapi kualiti banyak kan ?

Segalanya terpulang pada selera kita .. Ada orang nampak berkualiti.. ada yang tidak .. Ada yang suka entri selamba .. ada yang suka serius .. Macam macam citarasa .. kita sebagai blogger mmg sukar nak duga citarasa mereka .. Jadi tulislah apa yang terbuku di hati dan minda .. Bagaimana mereka nak memprosesnya , terpulang pada kebijaksanaan mereka .. 

Yang pastinya , jgn cerita yg tak patut  dicerita .. Contoh .. Aku g mandi tadi .. pastu makan .. pastu tidur.. esok g kerja.. balik g gym.. Dari mula sampai habis gitu jeeee ... dari Isnin sampai Ahad .. Kualiti pon tarak .. kuantiti pon tak layak ..

Tapi sebaiknya selitkan satu dua info dalam setiap entri .. Bukan sekadar bercerita kosong .. Barulah best .. Pasti mereka akan kembali lagi ..InsyaAllah ..

Adakah ini menjawab persoalan anda ??

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

image

Aku bukan nak tunjuk jumlah tu .. Jumlah tu kecik lagi kalau nak dibandingkan blog yang dh lama tapi aku nak bagitau satu sbb kenapa aku selalu update ..

Dalam blog aku ni , takde tips atau tutorial yang mengajar cara cara pembikinan blog yang kemas , cun atau sebagainya .. Majoriti entri dalam blog aku ni , adalah cerita aku diikuti artikal berita , agama dan macam macam lagi ..

Kenapa aku rajin update ? Aku tak nak pembaca blog aku ni boring .. aku nak variasikan blog aku ni.. kira macam datang beraya la.. takkan dari muka pintu sampai ke dapur dok hidang lemang je kan ?

Untuk mendapatkan pelbagai entri , kena rajin update .. bila sampai waktunya , kita rileks.. dia akan jalan sendirinya .. kan kan ? Kena ingat , pembaca tak semestinya masuk untuk baca entri terbaru jer .. Diorng akan jumpa entri entri lama sewaktu google dan juga sewaktu mengorek blog kita .. kalau entri tak sampai seratus walaupon setahun , camana nak tinggi trafik ??

imageJumlah komen

image Jumlah entri ( +-/x )

Faham tak ? Kalau tak jugak .. tak pe la .. nak kata apa dah kan ? hehe..

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Haih.. sehari , boleh kira ngan jari.. Dapat 10 orang masuk pon dah kira bangga habis ni .. Kalau sehari dapat 100 tu , aku nak buat kenduri 7 hari 7 malam ! - tu la yang aku dok merungut dulu ..

Aku pk pk gak .. Apa sebenarnya masalah blog aku nih yer ? Kat mana tak kenanya ? Kalau buat entri tu , abis lawak dh aku buat .. Panjang ? Jangan cerita la.. berjela panjangnya .. Dari takde gambar sampai bergambar gambar .. Tapi macam tu gak.. Nak dapat sekali lebih dari 10 visitors tu skit punya susah la.. Rasa cam nak amik parang suruh sorang sorang masuk blog aku dan baca .. Tapi tak boleh la gitu kan ? hahaha.. giler punya kerja gitu..

Dah tu ? Camana ? Blogwalking ? Aku mmg masuk blog orang tapi tak la tinggalkan komen.. Hurm. tu satu masalah aku .. Kenapa aku tak tinggal komen ? Erk.. sbb nak loading tu slow ... dah la internet aku lembab .. masa nak baca blog pon , susah .. macam macam ada dalam blog tu .. nak tak nak , aku baca entri pertama je la .. Sbb tu la kot orang tak balas kunjung aku.. Cam tu ke ? Hurm..

Ke blog aku ni ada macam macam ? Macam macam ada ... hehe.. penuh ngan gambar n widget .. sampaikan orang susah nak masuk.. kalau masuk pon , kejap je pastu keluar.. Apasal eh ?? Banyak sangat gambar ke ??

Ke tak cantik blog aku ni ? Dah abis bunga semua aku taruk.. siap ada awek kelip mata lagi !  Rambu rambu tu jgn citer la.. warna template , warna font semua dah buat.. kecik besar .. kira nampak comel la..  Pon tak berjaya menarik minat orang masuk .. huh.. tensen ni ..

Camana eh ?? Camana nak kasi orang masuk dan baca pastu kembali lagi ???  Hurm.. kena makan aiskim sambil fikir ni .. baru berjalan otak .. huhu..

Erk.. sat.. ada member tanya aku.. sehari berapa kali aku update blog ? Sekali ? Dua ? Tiga ? Dia tanya aku , cerita apa ko buat ? Pasal makan pagi , tengahari n malam ? Ke g jalan jalan ? Adeh.. ko ingat ko artis ke ada orang nak tau cerita ko ?? Erk.. betul gak tu.. tapi ni blog aku..lantak aku la nak tulis apa.. Kan ? Kalau gitu , lantak diorng la nak masuk ke tak .. Erk.. nak kata apa dah kan ? Dah tu nak tulis apa ????

Sekali ada member bagitau ... 'bersihkan' blog ko... tngk blog blog orang lama .. camana diaorg 'bercerita' dalam tu ... bukan suruh tiru tapi kaji cara penulisan .. Ringkas tapi padat .. bukan melalut tak tentu arah .. Diorg bukan nak baca semua tu .. kalau nak tengok melalut , baca cerita kancil dan buaya.. huh ! Betul gak kan ?

Tunggu apa lagi ????

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments
Huwaaa.. korang perasan tak ??? Tak ?? Adoi.. oh tidak.. segalanya dah hanguss.. tinggal abu jer... tak tau la bila nak tumbuh semula .. yang ada pon dah pakat duk tidur .. huhu...

Nuffnang oh nuffnang .. mai la jengok lagi.. kalau mai , silalah bawak duit raya non stop action tu yer .. Pastikan tanpa alkohol yer.. hehe .. Kalau selalu gini la kan wahai nuffnang , ari ari aku pomot wooo .. hahaha..bodek tak hengat .. tapi tu la hakikat kan .. takkan nak menjala tempat takde ikan .. kan kan ?

Tapi tak mengapalah wahai nuffnang .. ko pergi pon dah tinggalkan harta untuk hujung tahun.. hahaha.. boleh la kan ? lepas nak sambar lens satu ni.. Aisey..orang rumah menjeleng dah .. haha.. ari tu dah sambar hp baru .. ni ada hati nak membeli lagi ??

Tapi kan , nuffnang banyak iklan kebelakangan ni .. perasan tak ? Aku pasan weh.. Ada banyak yang baru.. ini bemakna nuffnang masyuk ... pergh.. kasi kasi la double bonus .. kan blogger kan ? Erk.. jgn tamak .. tak baik tamak woo.. kalau bagi double , nanti mintak triple.. sampai kiamat la tak abis.. tau tau?? haa..tak leh sambung ayat tu.. nanti aku kena bom... hahahha
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Salam Sejahtera.
Apa khabar?


Diharap tuan sihat sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya Farah dan juga warganegara Malaysia. Saya berkerja di London, United Kingdom. Saya tahu tuan tentu terkejut menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan, saya ingin menawarkan usul perniagaan dimana ia adalah sulit dan penting untuk masa depan dan kerjaya saya. Saya berharap tuan tidak menyalah ertikan maksud kedatangan email  ini lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan memberi impak yang besar kepada kerjaya saya.


Untuk pengetahuan tuan, saya memerlukan produk SAPHIRE BLUE STONE dimana mineral ini boleh didapati di Malaysia melalui pembekal yang dikenali dan kualiti produknya dijamin oleh syarikat kami. Produk ini digunakan untuk perhiasan seperti barang kemas, jam, kemasan lantai dan sebagainya. Memandangkan tuan seorang rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan tuan untuk menjadi ejen bagi pihak syarikat semasa mereka datang untuk membelinya di sana. Untuk pengetahuan tuan, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut setiap dua bulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara syarikat dengan tuan.


Sebelum ini pihak syarikat menghantar wakil untuk membeli mineral ini tetapi dia telah terlibat dengan kemalangan dan hilang keupayaan. Oleh itu saya mengambil kesempatan mendapatkan nombor telefon pembekal di Malaysia darinya.


Di sini saya sekadar cuba nak bertanya, adakah tuan berminat untuk melakukan urusniaga ini? Ini kerana saya ada nombor telefon ejen dari Malaysia tersebut.


Saya kalau boleh tidak mahu pembekal di Malaysia tersebut berhubung terus dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di pihak mereka sahaja. Harga yang dijual oleh pembekal ialah US$2,250 manakala syarikat membeli mineral tersebut dengan harga US$7,500 seperti yang ejen lama jual. Saya juga akan mencadangkan tuan sebagai pembekal kepada syarikat dari Malaysia kepada CEO kami dengan persetujuan tuan.


Sekiranya tuan berminat dengan usul ini dan ingin bertanya dengan lebih lanjut, diharap tuan mengambil inisiatif untuk menghantar email terus kepada saya berdasarkan alamat di bawah atau sila berikan number untuk dihubungi dan saya akan terangkan melalui telefon:

Yang benar,

Nama dia ... rahsia.. hehe.. kang kena saman lak aku ..

 

BA : haih... makin banyak TONTO skang ni eh .. kot nak kaya pon , buat la blog ... ni dok membohong orang wat pe.. kan kan ? Alamat email yang aku terima tu .. aku check.. ler... web india.. kata kerja kat London.. camana tu ???

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

image

image

image

dan banyak lagi.. hanya di KASHFEE ANGGUN

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Korang ingat tak entri aku pasal buah zuriat tu ? Haaa .. Setelah berjaya mengopek kulitnya tu , wife pon merebus dengan bangganya .. Tu pon hasil redah cari info dalam blog orang lain untuk mengetahui cara cara nak menggunakannya ..

Setelah direbus , airnya diminum.. Yelah , mmg minum..takkan mandi pulak kan ? hehe .. Payau katanya .. Hehe.. sian.. aku bab minum minum air rebusan , ok je.. dia je susah skit .. Tapi aku tak minum pon air tu.. dia sorang .. hahaha.. mau 3 hari 3 malam lidah tu dok rasa payau jer ..

Nak dijadikan cerita , tadi aku terbaca la blog sorang kawan ni ..Cerita pasal buah zuriat .. Tetiba lak popular buah ni yer .. Menurutnya  ...  buah tu mmg la perlu direbus setelah dikopek.. Tapi masalahnyaa ialaaaahhh ... hahaha.. setelah membuang kulit luarnya , perlu juga buang tempurung buah tu sehinggalah jumpa isinya !! Yang wife aku ni , g rebus dengan tempurungnya.. hahahha.. mana la tak payau !!! hahaha ...

Balik ni sah aku kena fire abis abisan .. hahaha .. adoiyaii... Buat blogger Mata hati jiwa , Diela .. terima kasih yer sbb kuarkan entri cara guna buah zuriat tu.. hahaha.. kalau tak , baki buah tu , dok rebus lagu tu je la .. hahahha... nasib baik aku tak minum .. haha..

Pada mereka yang berminat nak mengetahui cara penggunaannya .. silalah layari bahtera merdeka.. eh.. layari blognya.. > MATAHATIJIWA

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Apa dia pikir dia je boleh buat ? Kalau orang lain buat , suka suka diorg gelar pengganas ! Yang dia ceroboh masuk serang negara orang tak pe ?? Mmg dasar yahudi laknat!

Aku cukup tensen tu dengan Amerika ni ! Diorg suka suka main redah negara orang untuk serang rakyat negara tu atas alasan militan ! Abis kalau negara lain contoh Rusia , serang negara dia dengan alasan nak hapus pengganas dalam Amerika tu camana ? Tak boleh ?

Apakah dia pk dia polis antarabangsa ? Nak tanya sat .. sapa lantik diorg ni eh ?? Mental horizantal betul .. Yang diserang lak tu negara Islam.. Tak cukup ke negara tu baru je ditimpa bencana banjir ?? Lagi pun setiap negara tu berdaulat... ada kerajaan sendiri.. bagi la diorng hapuskan sendiri pengganas dalam negara .. diorg pulak berlagak hero ! Berlagak je la dalam filem , dah laa ...

Kalau sekutu dia tu , ISRAEL yang penuh dengan pembunuh dalam negara tu , boleh je tutup mata .. polis antarabangsa kejadah dia ! Bengang tul aku ! Huh.. sumpah jadi biawak komodo pon bagus .. Naik tekanan darah aku.. huh..

PBB apa cerita ?? Tengok jee ke ? Tukar nama je laaa .. PSS : Pertubuhan Suka Suka jee..

sumber : UTUSAN

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Hehe.. ada korang tengok cerita 'Nak Balik Kampung ' lakonan Zizan ngan Johan ?

Smlm baru aku berpeluang tgk .. tu pon aku tengok dah tengah tengah.. nanti nak tengok balik .. Dulu , aku mmg tak minat si Zizan ni .. berpunca dari satu insiden yang aku lalui dengan dia .. mmg meluat terus pastu .. Tapi skang , erm.. apa salahnya lupakan je insiden tu je kan ? Manusia ni mmg tak lepas dari buat silap termasuk aku jugak .. kan kan ?

Skrip spontan si Zizan ni mmg lucu la.. Bab ni mmg aku tabik .. tapi jgn dibawak ke luar.. orang leh jadi nyampah woo.. tapi nak buat camana kan , dia kan artis..

Ok ok.. tu bukan topiknya ... ada satu skrip spontan yang keluar dari mulut dia yang buat aku tergelak sangat .. Sewaktu dia order air kat makcik hantu , " Bagi saya Teh ' o ais tanpa alkohol satu yer " .. Camana laa leh terpikir dia gitu eh.. haha..

Tapi betul gak kata kata dia tu .. skang ni kita kena senantiasa berwaspada .. kalau nak order tu , kena cakap theraaangg theeraangg..  hehe.. kalau tak ? hehe.. macam macam la leh dapat.. kan kan ?

" Nasi goreng pataya , halal punya satu yer " .. " Kasi saya keow teow goreng satu yer .. Yang halal punya yer .. "

Kalaulah semua orang guna istilah gini , rasanya mau tensen makcik kedai tu .. Tapi nak kata apa kan ? Skang ni banyak sangat produk dah tak halal.. Bila dah jadi darah daging , baru nak perasan .. hurm.. patut la makin ramai 'hantu' skang ni .. hurm... Aku ???

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Smlm sewaktu aku otw g gym .. berselisih dengan seorang perempuan yang aku kenali sejak aku kecil ... perempuan ni kira taraf akak la ..

Apa yang menariknya tentang kakak ni , dulu dia seorang yang cukup seksi .. kalau dia lalu depan rumah aku , pasti harum semerbak ..Pakaian ? Hurm.. tak yah ukur la dia punya skirt .. boleh ukur dengan jari jer .. Seksi kan ? Hurm..

Tapi semalam ? Segalanya dah berakhir .. kira nampak macam bangun tidur la rupenya .. Hurm .. di mana seksi dan kejelitaannya dulu ? Tak kekal kan ?

Ramai yang aku jumpa sekarang ni , dah ilang segala kejelitaannya .. Muka dah mula 'pudar' .. badan dah mula jatuh .. hurm .. Sampai bilakan ? Ramai ingat boleh guna segala krim kejelitaan untuk mengekalkan atau paling tidak pon , dapat la 50% .. hurmm ..entah la..

Aku di gym.. tengok rakan rakan seperjuangan .. Yang dulu mantap dan gagah .. tapi skang ?? Hurm.. ilang segalanya .. sekejap je kan ? Masa berlalu begitu saja .. Dulu kacak bergaya.. skang ? 

Bagi yang dok ingat diri tu gagah , kuat .. asal bergaduh je menang .. cuba bagi nyamuk gigit .. berdiri kat sarang semut api , berani ?

Cuba tengok Shah Rukh Khan .. rasanya semalam baru tengok filem KABHI KUSHI KABHI GHUM .. hensem je kan . skang ?

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Salam ... selamat pagi ..

Hurm... dingin pagi ni .. rasa cam nak tidur je balik .. tapi nak buat apa kan , kena la bangun untuk teruskan kehidupan .. ibarat robot yang telah diprogam .. dari hari Isnin sampai ke hari Jumaat , rutin sama ajer .. bosan kan ?

Sbb tu aku rasa ramai memilih membuat bisnis sendiri dari bekerja dengan orang .. lebih puas .. Tapi orang yang buat bisnis pulak , ada nak keje je ngan orang atau keje je ngan kerajaan.. Senang masa depan kata mereka .. Entahlah.. Itulah kita , manusia .. Buat gitu gini segalanya tak kena .. Serba serbi salah ..

Awal aku bangun pagi ni .. tak lena tidur .. entah apa yang bermain di benak aku .. Antara yang aku dapat tangkap ialah blog kesayangan aku ni .. rasa macam nak berhenti berblog pon ada .. atau paling tidak , privatekan je ..

Aku tau .. aku cakap begini berkali dah tapi tak buat buat .. Kena pk masak masak ... Betullah cakap orang , setiap apa yang kita buat ada nilainya .. Samada yang baik , yang buruk .. segalanya akan datang semula .. KELAK .. Kita kadang kadang boleh rasa macam hidup selamanya , bergembira , berpesta seolah olah dunia ini tiada penghujungnya .. Mungkin usia dunia ini beratus tahun lagi.. tapi kita ? Tunggu masa untuk di 'offline'kan saja .. Sementara itu , apakah kebaikan yang telah kita buat sesama kita ? Apakah bekalan yang kita nak bawak ke sana ?

Hurm .. pagi ni mmg menginsafkan buat aku .. Alhamdulillah , Allah beri aku sekali lagi peluang untuk bertaubat dan melakukan yg terbaik pada hari ini .. Adakah hari ini seperti yang semalam yang telah disia siakan begitu saja ?

Pastinya ada antara kita , masih dok mengeluh memikirkan masalah dunia .. Kita lihat saja apa yang berlaku kebelakangan ini .. Mereka mereka yang telah meninggalkan kita .. Pergi mengadap Ilahi dengan pelbagai cara yang tidak disangka .. Adakah mereka pergi begitu saja ?? Kita bukan robot yang menunggu masa untuk ditekan butang 'off ' atau kehabisan  bateri ! Pastinya akan ' sesuatu ' balasan menanti kita sementara tamatnya hayat kita .. Balasan atas segala perbuatan kita diatas dunia ini .. Bak kata orang , CASH !

Astagfirullah al'azim .. Ampunilah segala dosa dosa ku , Ya Allah ..

Wallahu'alam ... 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

SHAH ALAM 20 Sept. - “Minta maaf, saya sangat penat, Selamat Tinggal" antara kandungan nota yang dijumpai pegawai penyiasat di dalam beg sandang milik Teoh Beng Hock, tiga bulan selepas kematiannya.

Jurubahasa mahkamah, Tin Chin Kin ketika memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh berkata, terjemahan daripada Bahasa Cina ke Bahasa Melayu itu turut mengandungi luahan perasaan serta permohonan maaf kerana tidak dapat membantu.

Chin Kin kemudian diminta membaca terjemahan keseluruhan nota yang dipercayai ditulis oleh Beng Hock yang berbunyi seperti berikut: “‘Ou Yang’ Dalam keadaan tidak menyalin fail dalam komputer saya, mereka telah mengambil semua komputer itu.” “Mereka asyik menyalahkan kamu.”

“Minta maaf.”

“Tidak mengerti tapi pura-pura mengerti, akhirnya menyusahkan kamu.”

“Saya kata, ‘mendapat kelulusan YB’ mereka berdegil menaip jadi ‘mengikut arahan YB’.”

“Saya tidak dapat membantu kamu, maaf.”

“Minta maaf, saya sangat penat, Selamat Tinggal.” - Bernama

sumber : UTUSAN

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Kekadang aku tertanya ..
mana satu aku ..
dahulu kehidupan yang terumbang ambing ..
tidak pasti mana arah tujuan ...
mengharapkan belas kasih manusia ..


Kekadang aku tertanya pada diri ini ..
kehidupan bagaimana aku inginkan ..
bila mana rezeki melimpah ruah ..
aku terlupa seketika masa hadapan ..
dan pabila ditarik semula
aku terduduk...
menyesal tiada guna ..


Kekadang aku tertanya ..
sampai bila semua ini ..
perlukah aku mencari jalan mudah ..
atau jalan yang diredhaiNya ..


Kekadang aku tertanya ..
mengapa hidup mereka senang ..
sedangkan aku disini lintang pukang..
siang dan malam ..


Baru aku sedar...
betapa Allah menyayangiku..
betapa aku disayangiNya..
Dia mengujiku..
Agar aku tidak lupa padaNya..


Baru aku sedar..
apa yang aku alami cumalah sementara ..
sementara di dunia ini...
nun di sana nanti lebih besar lagi..


Baru aku sedar ....
biarlah begini...
biarlah halal dari haram...
biarlah kecil dari besar..
asal hidup diberkatiNya..


Kini aku sedar ...
Dan berharap terus sedar...
Ya Allah , jgnlah Kau lalaikan hamba mu ini lagi...

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

" Mat , tak layan besi ari ni ? "

" Layan skit skit jer .. nak g amik orang rumah aku "

" Balik kg tak ari tu ? Takkan raya KL jer ? "

" Aku raya kat Melaka jer .. Takde duit nak balik Kedah .. Tapi aku dah call org tua aku..bagitau aku tak dapat balik .. Tarak duit .. hehe "

" Tula... simpan lagi awek ramai ramai.. Kan dah kiri kanan kuar duit .. mana la nak ada duit kalau macam ni ! "

" Takde la .. aku lama dah buang semua tu... Perempuan .. Minum .. aku tak layan dah ... "

" Aik..biar benar.. ni kali ke berapa dah aku dengar menda ni ? Serius dah taubat ? Apa kes ?? "

" Takde la.. ari tu , sebelum raya .. aku dok lepak lepak sambil tunggu bini aku .. Dalam pada tu aku dok layan radio.. Tup tup .. keluar satu lagu lama ... huhu.. mmg menginsafkan aku terus .. "

" Lagu apa ?? "

" Selimut Putih .. tak ingat sapa penyanyi dia "

"Alhamdulillah.. ni kira berapa lama ko nak taubat ni ? Ke mmg dan sebenar benarnya taubat ?

" Taubat dah neh... tamo buat dah .. bila bila je boleh mati .. "

"Baguslah gitu "

Tak lama kemudian.. sebelum azan Maghrib .. dia terus balik .. biasanya , dok melepak lagi .. hehe..

SELIMUT PUTIH - ORKES NUR EL SURAYA

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan

Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara

Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri

Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung

Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa lkerenda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan

Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

" Ben , aku nak mintak tolong kau , boleh ? "

" Hurm .. tolong apa ? "

Aku tau dah .. kalau muka dia ni , sah sah nak mintak duit .. tapi tak pe , aku dengar dulu penjelasan dia ..

" Bini aku .. masuk wad .. nak bersalin .. skang ni aku tak cukup duit lagi nak bayar duit wad .. Aku pinjam duit kau dulu boleh ? "

" Kau ni cakap betul ke ? "

" Sumpah..  takkan aku nak tipu kau kot ? "

Akhirnya .. sampai skang bila nampak muka aku , dia pecut motor dia .. Masuk ni , dah 2 tahun .. Aku bukan nak sangat pon .. Padan muka dia .. tak pasal pasal malu dengan aku ..

Lepas aku tanya geng geng aku , mmg dia kaki dadah .. hurm .. entahlah .. apa nak jadi .. Bukan takat duit aku je  tapi duit kedai abang dia pon dia kebas beli dadah ...

Pelik tul la.. dah tau dadah tu membinasakan , nak jugak diorg jadikan sahabat baik .. Astagfirullah...

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Tamo la.. cukuplah 2k-3k sehari .. kalau ramai ramai , aku boleh giler ... haha..giler napa ? Aku pasti korang pon pernah dapat .. Dapat apa ??? Komen yg kritik tulisan korang tu .. kan ?

Bukan tak leh terima kritikan tapi malas nak berbalas komen .. takkan selesai .. nak tak nak , kena wat dek .. terima dengan hati terbuka.. jika bernas kritikan tu , kita amik dan jadikan ilmu .. kalau tak ? Sendiri mau hengat je la kan ..

Kadang kadang kita sampai tak boleh nak berlaku jujur dalam penulisan kita sebab takutkan komen atau kritikan .. Nak tak nak , terpaksa jadi ' baik ' .. Nak garang pon kena berkias kias .. tak leh direct sangat .. nanti ada je yang fire ..

Dulu , mmg impikan setiap hari ramai pembaca .. mmg best tulisan kita ni orang baca .. tapi tak semua sekepala ngan kita .. ada jugak yang akan mengondemkan kita .. Tak kisah la kan.. kritikan tu pasti membantu memperbaiki lagi tulisan kita akan datang...

Best atau tidak , yang penting secara perlahan lahan kita membina tulisan yang bermutu .. Kena perbanyakkan ilmu di dada .. rajin membaca artikal di akhbar .. kaji bagaimana mereka mampu mengekalkan bacaan kita dari mula hingga akhir .. Cara dan info yang dipecahkan agar pemahaman yang lebih menyeluruh ..

Walaupun kita bercerita tentang kegiatan harian , kita perlu bijak mengekalkan pembaca agar membaca dari awal sampai habis .. Itu baru dikira kita berjaya.. Mudah ? Sukar .. tapi tak kisahlah.. dari 10 orang baca , dapat 1 faham pon dah kira bagus kan ? sebagai permulaan .. Lama lama , bila dah mahir lenggok dunia blog ni , baru la kill em' all !! kan kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Aku digoda ... digoda .. tamo tamo tamo ...

image

Nak .. tapi terpaksa tahan nafsu.. semalam dah lantak KFC dinner plate .. takkan ari ni nak makan fast food lagi .. tak elok woo ..

image

Tapi tengok la..godaan dia ..kuat benor .. huih.. mana bleh tahan kan ?

image

ARghhh .. tidak ... kalau takat burger je.. aku mungkin boleh tutup mata .. tapi kalau ..

image

Yang ni .. mmg aku gagal !! Pasti hancur diet ku.. huk huk .. NAKKKK !!
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

"Bang .. orang bercinta ni , ada je cerita dia ? Masa makan pon asyik berbual .. Berbeza dengan orang dah kawin kan ? " Si isteri mulakan perbualan sewaktu makan malam ..

" Ala ..biasa la .. nak keluar dating bukan selalu .. bila jumpa tu , macam macam la cerita.. kadang kadang cerita yang sama ulang berkali kali .. cam Astro tu .. Berbeza orang dah kawin , 24 jam bertemu muka.. ada je cerita dia.. time makan je diam.. lagi pon kan tak baik bercakap sewaktu makan " Si suami bagi alasan baek punya ..

" Ke suami dah bosan ? " Si isteri saja nak provok ..

" Kot " Si suami saja layan provok .. haha.. sapa suh cari pasal ..

Sejak hari itu ...

" Sayang , ada kawan FB kirim salam " Sms si suami kepada si isteri..

" Kawan ? Sapa ? " Si isteri balas sms ..

" Nanti cerita .. masa makan nanti kita cerita yer.. kang tkde cerita lak , ok ? " Si suami balas semula ..

" Saja nak kasi hangin tul ar " Balas semula si isteri ..

Tu la dia perempuan ... Senantiasa nak bandingkan sebelum dan selepas kawin.. kan suami kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Hehehe... jgn marah aaa ... tu haaa.. dalam suratkhabar .. terang terang ada tulis .. baekk punya besar .. 20 KENA TUKAR !

Aku malas nak komen .. kang kena libas lak.. hahaha.. jadi sendiri mau hengat la kan .. takkan nak tangkap ikan kecik jer ... sian .. Sesekali menjala , apa salahnya . . Dah tau kat mana lubuk kan .. best gak menjala .. Tapi jangan la dibom pulak.. sian.. tak pasal pasal ikan tak bersalah pon kena ..

Hangin betul ar.. pagi ni je aku asik hangin.. Mana tidaknya , setengah jam tunggu nak masuk BHARIAN ngan HMETRO .. Tu pasal ramai blogger lebih rela copy paste je.. sebab nak masuk ke web tu susah pagi pagi .. Ok tak alasan ni ? hahah.. lantak la.. nak terima atau tidak , nasib ler ..

Jom makan oats .. huhu.. mana pulak external hardisk aku neh.. takkan ada penyangak dalam opis  kot ? huh..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

LAMBAT , PENUH DAN TAK DE AIRCOND !!

SEMPURNA .. MABELES !

 

Huh.. pagi pagi dah bikin panas .. abis rugi minyak wangi aku .. Mana taknya , dah la lambat ( sah sah aku merah lagi ) .. bila dah lambat , orang mesti penuh .. dah la penuh .. aircond tak de ! Bayangkan laaa.. aku peluh macam g gym !! Dengan baju kemeja lak tu !! 

image

Arghhh.. bos siap tegur aku tadi kat opis .. "Panas Ben ? " .. Mana tidaknya , kipas tala kat aku sorang jer !! huhu .. Hati sudah panas.. badan sudah peluh .. sapa mau tanggungjawab ?? Suruh big boss LRT tu naik LRT ! Boleh ?? Kata suruh gunakan perkhidmatan awam .. kalau gini la , baik suruh guna kapal terbang je !

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Betulkah ? Macam tak percaya je ? Benarkah semua ini ? Eh .. bukankah baru .. er.. hurmm ... Aduh ... oh tidak ... tidaakkkk ... kena terima jelah .. hakikat ... kita hanya sementara di dunia ini ..

Pejam celik pejam celik ... dah abis raya .. tapi di bandar bandar , baru nak beraya eh .. open house sana sini .. makan sampai pengsan.. hehe .. tapi aku tamo... tak suka kemengahan .. nanti kemalasan yg amat sangat .. bila dah malas , kepala ingat nak tidur jer .. huh..

Sekejap je masa berlalu kan ? Pada yang dok ingat diri tu masih muda .. rentikan je la yer .. cuba ingat kembali .. segalanya masih segar seperti semalam je padahal ??? Dah bertahun berlalu kan ...

Tiba masa untuk ingat ... hehe.. pagi pagi caka pasal ni kan ? Saja nak ingatkan diri ini .. semalam dah berlalu ... hari ni menjelang .. esok ? belum pasti .. Jangan dok berhepi hepi .. kita tak tau rupa ajal kita.. bila dan di mana ... kan kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Hehe.. sori la yer .. aku bukan nak hentam artis .. diorg tu pon sekadar memenuhi undangan pihak penerbitan .. kalau tak sah sah kena banned .. kan kan ?

Tapi sedih la kan , bila tengok artis kita ni macam diperbodoh bodohkan je .. dah la kadang kadang tengok cerita pon ala ala memperbodohkan penonton jer ditambahkan lagi dengan rancangan rancangan game ala ala budak tadika ..

Apa kata buat game kuiz yg membina minda .. secara tidak langsung , artis dan penonton akan terlibat membuka buku untuk mencari jawapan .. Betul tak ?

Kalau susah sangat , buat ke satu game yang mana artis dibenarkan bukak buku mencari jawapan .. haa.. sediakan satu almari yg lengkap dengan buku kemudian hos akan bagi soalan , artis kena cari buku dan cari jawapan .. haa.. kan menarik tu ? .. kalau dia tau , terus je jawap.. tak la dia nampak bodoh gak kan ? Sekurangnya dia mencuba .. dari dok berebut belut dalam lumpur .. Penonton mmg akan gelak .. gelak sbb tengok gelagat artis yang .. hurm.. pk sendiri la yer ..

Seperti atlit negara kita , artis negara kita juga sepatutnya juga perlu bijak .. bukan sekadar jual rupa atau suara jer ... Barulah layak dijadikan idola ... Kita pon tak la pening kepala bila anak anak kita kata nak jadi artis sbb nak jadi artis pon kena ada ijazah ! .. kan kan ? tak la tahap sekolah menengah jer..

image gambar hiasan

BA : Cadangan jer.. jgn marah eh ... hakikat yang perlu diterima bersama ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

image

Ahaks.. sori ek.. aku terjebak layan citer ni tadi .. Sebelum tu , aku pernah layan The Movie punya .. Menarik la .. Yang tadi tu , pasal pertandingan bola .. Menarik sekali animasinya .. tak sangka orang kita dah mampu setanding dgn Hollywood ..

Aku pernah la terlibat buat animasi 2D dgn sebuah syarikat IT .. mmg memerlukan kos yang amat besar dan juga masa untuk menjadikan realiti .. Sayangnya , kejatuhan ekonomi mendadak pada tahun tu menyebabkan syarikat tu , tutup buku.. huhu..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Terus saya tengok cermin perut .. Takkan aku nak g jmpa geng geng dengan perut ala ala pakai porch beg ni ? Adoi mana bolehh.. Kena maintain macho .. kan kan ?

Camana nak ilangkan keperutan ini ? Terpaksa aku gunakan semua tips tips aku .. Dari pagi sampai malam , aku hanya boleh makan oats.. oats dan oats ..

Kemudian di gym , kardio kena lebih .. bakar lemak abis abiskan .. kasi peluh kuar kaw kaw punya .. Disiplin kena mantap .. Aduh.. Bukan senang .. mental kena kuat.. jangan ada yang racun dah ler ..

Hurm... minggu ni sah sah ada banyak department buat open house.. tapi aku mmg jenis tak g punya .. hehe.. sbb aku tak suka makan berebut .. nak beratur lagi .. haih ... kalau g pon , sekadar tayang muka .. ok la kan ? Dari tak g langsung .. tapi biasanya , mmg tak g.. haha.. teruk aku kan ?

Tapi kalau kawan kawan buat , aku g punya .. Er.. sapa ada buat open house minggu ni ? Aku nak serang Sedenak , Johor pada sabtu ni.. insyaAllah.. baru perancangan .. nak g umah Mat Gebu... ada sapa nak follow ? hehehe.. mat takut dah tu.. hahahaha...

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

DSC_1226

DSC_1235

P9150811

P9090738

Apakah yang mungkin akan terjadi ?? Malang tak berbau ..

image

image

image

Ni aku bagi gambar yang tak ngeri .. aku takut ada yang tak tidur malam kang je.. kalau nak tengok lagi ngeri .. pasti akan menginsafkan.. aku insaf weh.. sbb tu balik kelantan ari tu , aku jadi budak baik jer .. hehehe .. mai sini ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Pernah korang berdating dengan kenalan internet ? Hehe.. aku pasti ramai punya kan .. hehe.. aku sendiri tak terlepas dengan pengalaman sedemikian rupa ..

Kalau diingatkan semula , antara yang pasti dilakukan ialah ;

  • control cun / hensem
  • senyum 24 jam tanpa henti ..
  • bila ketawa je , mesti tutup mulut ..
  • bila order makan , pasti makanan yang simple simple .. contoh  , bihun dan air sirap ..
  • tisu pasti tak terlepas dari tangan .. sikit sikit lap mulut .. atau lap peluh ..
  • Bila berjalan , pasti perlahan-lahan..kira nak tunjuk romantik la.
  • Bercakap ?? Tu dia .. kira macam berbisik je la ..
  • Kalau ada awek cun / laki hensem lalu kat sebelah , takkan pandang weh ... tunjuk yang kita bukan jenis gatalan gitu ..

Dan banyak lagi la .. Kira nak bagi first impression tu mabeles la .. Pergh.. lakonan hebat tuh ... Tapi bila dah berkapel ?? Huhu.. sila jawab ..  hehehe ...

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Apa lagi yang kita mahukan dari negara kita ni ? Mahukah kita lihat negara kita seperti yang berlaku di Afganistan petang tadi dimana hampir 30 orang maut dan 111 lagi cedera akibat letupan bom ? Siapakah mangsanya ? Rakyat jelata bukan ? Haih .. (link)

Tengok di Sri Lanka pula .. 25 orang maut akibat letupan bom dlm kawasan balai polis .. Sampaikan balai polis sendiri dah tak selamat ?? (link)

Dalam negara kita , pemimpin dok sibuk berbalah nak perintah negara .. Diorg ni benar benar nak memimpin negara atau nak kaut kekayaan negara sebenarnya ?? Sapa perintah , dia kaya ?? Tengok rumah masing masing .. ada ke duduk rumah teres biasa ? Tengok kereta .. ada je ke biasa biasa ? Mana datang duit semua tu ? Bisnis ? Eloooo ... dah jadi pemimpin pon masih sempat berbisnis ?? Tapi kata takde masa untuk diri sendiri ? Abiskan masa untuk rakyat..hehe.. yeke?? No komen .. haha..

Aku tak tau la tang mana masing masing dok kata jujur , amanah dan berkorban untuk negara .. Rakyat je yang dok giler giler berkorban untuk negara .. Diorg ??

Siapa sebenarnya yang rugi eh ?? Kita atau mereka bila berbalah ? Siapa yang dok gelak terbahak bahak tengok kita berbalah sesama sendiri ? Hurm ... Kecewa siut .. Nasib baik la kebelakangan ni ada isu isu yang memeranjatkan negara berlaku.. kalau tak ?? Tak abis abis dok baca sebangsa dan seagama dok berbalah .. tak kira waktu apa pon ... balah tetap balah .. sampaikan yang muda sendiri dok pk dia je betul ..padahal ?? huh.. Sepakatlah la wehh ..demi bangsa , negara dan yang paling penting , ISLAM !!! takkan nak tengok sebuah lagi negara ISLAM tumbang kot ??

Dah la skang ni makin banyak isu HALAL tapi HARAM .. Di mana mana boleh tengok .. terang terang depan mata .. kata negara ISLAM .. di mana keISLAMannya ?? Di mulutkah ? hehe.. Wallahu'alam ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

BUKIT MERTAJAM 19 Sept. - Kematian pengasas Kosmetik Aveer, Sarina Jaafar, yang ditemui mati tergantung dalam bilik tidur utama rumahnya di Taman Pauh Jaya di sini semalam, tiada kaitan dengan kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh secara kejam bersama tiga individu lain baru-baru ini.

Anak saudara mangsa, Naimah Said, 32, berkata, Sarina, 45, dipercayai membunuh diri akibat tekanan perasaan yang dialaminya sejak beberapa bulan lepas dan wanita itu juga pernah cuba membunuh diri dengan menggelar pergelangan tangan.

"Sepanjang pengetahuan saya, beliau tidak ada masalah dalam perniagaan.

Jadi, kematiannya mungkin lebih berpunca daripada masalah keluarga kerana sebelum ini, Mak Anjang (panggilan mesra Naimah kepada Sarina) juga pernah beberapa kali menceritakan masalah keluarganya, dan kami percaya tiada unsur-unsur lain dalam hal ini (kematiannya),” katanya ketika ditemui di kediaman Sarina hari ini.

Beliau berkata, Sarina pernah menyuarakan hasratnya untuk mengunjungi rumah Sosilawati di Kuala Lumpur bersama rakan-rakan seperniagaan lain sebaik mengetahui berita kematian jutawan kosmetik itu melalui media.

"Arwah memberitahu hendak ke sana untuk menyertai kenduri tahlil dan membacakan Yasin untuk rakan baiknya itu (Sosilawati), dan hanya menunggu panggilan daripada rakan-rakannya,” katanya. - Bernama

sumber : Utusan

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Ahad.. baru dapat rehat .. rehat dari tak keluar g mana mana .. Mak aku ada call ajak g open house sepupu aku .. hurm.. malas aku nak g .. sebab aku kat penjuru dunia dan rumah dia kat penjuru dunia satu lagi .. dah la tu , memikirkan nak meredah jammed ... huih , tak sanggup .. Yelah , umah aku kat Putrajaya .. dan dia kat Gombak sana tu .. Dah semalam aku ke Gombak .. ari ni nak g lagi ?? Tak sanggup .. Dengan esok nak kerja lagi .. huih.. tak sanggup ..

Lagu pon kerja kat rumah ni banyak . kalau korang perasan , berapa banyak sangat entri aku hari ni ? Sikit je kan ? haa.. Lepas post buah zuriat tu , kemas rumah laki bini .. lpas tu kitorang ke Bangi .. basuh kereta kat sana .. makan pagi,tengahari dan petang sekali gus kat situ .. Erm.. makan kfc jer .. Dan esok nak start puasa 6 .. insyaAllah.. hehe..

Balik dari sana .. hurm... jadi pekebun jap... tebas abis semua lalang yang dah naik tu .. nak harap bangla tu , tah bilanya ...jap ada jap takde .. camana diorg punya jadual pon aku tak pasti..

Memikirkan esok .. mood aku terus takde .. ikut hati , mau aja aku berenti kerja.. buat je bisnis .. tp wife tak bagi lak ..huhu.. penat la makan gaji .. bukan takat tu je , terasa diri macam tak .. hehe.. tak leh sambung.. bahaya ..

Tinggal beberapa jam je lagi .. nak tidur awal atau lambat ? huhu..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

P9190818

Pernah dengar buah zuriat ? Buah yang dikatakan hanya boleh didapati di Mekah .. Tujuannya adalah antara cara untuk mendapatkan zuriat ( dengan izin Allah ) ..

Ada la kawan wife aku yang bagi .. dah lama simpan , tiba tiba ari ni wife suh aku pecahkan .. Mengikut dari apa yang digoogle , biji buah tu perlu direbus dan minum air rebusannya .. Hurmm .. Ada yang tau ke ??

Buat pengetahuan korang , nak dapatkan isi dari buah ni , bukanlah mudah .. ibarat nak dapatkan isi buah kelapa.. kalau yang tak tau tu , pasti akan mengetuk sampai hancur.. Kiamat ler ..

Caranya , kena buang kulit luar tu dulu.. hiris sampai nipis dan baru ketuk .. hehe... berpeluh ketiak jap la nak dapat .. Mengigil gak tangan tadi nak dapatkan biji buah tu.. Alhamdulillah.. dapat gak .. huhu..

Gambar diatas tu menunjukkan buah zuriat dan biji buah zuriat yang telah aku ketuk tu... skang tunggu je wife rebus.. Berjaya atau tidak , berdoa jer .. yang penting adalah usaha .. hehe.. InsyaAllah ...

Share
Tweet
Pin
Share
34 comments

 

Best ??? Aku rela tengok Resident EVil 10 kali dari tengok cerita tu sekali lagi .. Huk aloh ... sori la yer .. aku baru lepas tengok cerita tu .. Sememangnya cerita cerita begini aku tunggu kat ASTRO je la keluar .. nak g panggung ??? Maaf la yer .. takkan aku bazir RM10 untuk tengok cerita sedemikan rupa ..

Aku bukan anti cerita melayu atau tak sokong .. Aku layan gak cerita melayu kat panggung tapi kalau tengok tajuk tajuk filem sebegini , aku rasa baik tgk kat tv je la ..

image 

Filem filem yang biasa aku tonton .... hehe .. yg aku rasa menarik untuk ditonton .. Filem melayu yang terakhir aku tonton ialah , PAPADOM... Apa pun.. terpulang la pada selera masing masing ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Aku perhatikan ada banyak blogger blogger baru yang singgah kat blog aku dan meninggalkan komen .. Jutaan terima kasih .. Ada gak aku g singgah semula ke blog mereka dan menjadi follower .. pada yang tak berkesempatan , insyaAllah .. satu hari nanti aku singgah ..

Memandangkan ramai jugak blogger baru singgah ke blog aku , maka aku nak masukkan mereka ke dalam blog list aku ni .. Ada 3 kategori .. blogger boleh pilih mana mana yang mereka berkenan..

  1. SUDU GARPU - blog masakan
  2. TULIS DIARI - blog peribadi
  3. BOTOL SUSU - blog kekeluargaan

Syaratnya .. mudah saja .. Sila buat satu entri .. letak

  1. image header ini ...
  2. TAJUK : BLOG LIST BEN ASHAARI SEPTEMBER
  3. letakkan url di komen entri ini . Jgn lupa tulis sekali KATEGORI PILIHAN :

Tarikh tutup ?? Esok , 19/9/2010 .. jam 11:59 tengah malam ..

Kalau rasa rasa anda blogger baru , sila je join ... jangan malu jangan segan .. sama sama kita bantu membantu .. Yang penting , blog mesti aktif !!! Setiap hari mesti ada entri ... Wajib ada yer..

Blog list akan kekal sehingga hujung tahun ..

Share
Tweet
Pin
Share
47 comments

image

Memandangkan blog aku ni majoriti pembacanya adalah wanita .. hehe.. terima kasih .. ingin sekali aku ajak mereka yang berminat untuk menyertai KEMPEN AURAT SAYA MARUAH SAYA ...

Pada yang berminat tu .. silalah klik logo tu eh .. Terima kasih ..

BA : Sambil berblog sambil beramal .. bukan susah pon.. tak semesti segalanya kerana duit .. kan kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

image

Hehe.. selain dari mengupdate blog ditengah malam , aku akan check Nuff.. kot kot ada buff baru dan juga update terkini .. termasuk juga check Keywords tengah malam .. hehe ..

Dan malam ni , satu buff aku dah jadi metered .. cerita banyak takde  , aku terus cashout .. menjadikan bulan ni saja 3 kali dh cashout .. tunggu minggu depan lak . hehe..

Aku bukan nak menunjuk tapi nak buktikan pada blogger blogger baru , khabar angin yang korang dengar pasti menjadi kenyataan sekiranya korang melakukan dengan bijak dan bergaya .. kalau sekadar kerja keras , tak menjadi jugak .. perlu ada strategi ...

Menarik bukan ? Korang boleh lakukan jugak sbb aku dulu tak yakin aku boleh.. tapi sekarang ??  :)

Semoga berjaya ..

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Huh .. mmg sengaja menguji kesabaran aku .. Dari tadi aku dok tengok dia mengejek aku .. Bila aku berjalan ke arah dia , tau pulak dia lari .. Cari nahas betul malam malam buta ni !

Ramai dah kawan kawan dia aku bunuh ! Tapi tak la tahap bakar dan buang .. cuma aku perlu letak racun pada makanan .. hahaha.. kejam tak aku ?

Tapi cara tu agak membazir .. Aku pernah terbaca cara cara paling efisien untuk membunuh mereka mereka ini di dalam blog seorang sahabat , Semekar Kasih  .. Dan mmg berkesan .. Cuma kali ni , yang ni tak dapat dikejar lagi .. Tak pe .. tak pee...

Bukan besar sangat dunia ni .. Kat mana kau nak lari .. aku kalau dapat kau , siap laaa .. aku lemaskan kauu dengan buih sabuh .. kalau tak dengan buih sabun , aku guna cara paling kejam .. iaitu .. hahahahha ... hahahaha ... mana boleh cakap .. nanti dia tau taktik aku .. aku pasti diorng ada blog gak dan senantiasa mengikut perkembangan aku nih ..   Kalau tak , takkan dia tau aku balik dah kan ?? Huh..

Cari pasal tul nih .. kang bila aku tidur .. sah sah dia datang merayap .. kalau dia merayap kat kaki aku , sah sah abis semua aku sepak terajang .. bukan takut , geli geleman jer .. huhu ..

image

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Hurm ... Keywords di Nuffnang , awal pagi ni ...

image

Pemikiran orang kitakah begini ??? Gemar membaca cerita cerita begini ???? Astagfirullah ...

Sebenarnya masih banyak laman web atau blog yang buat cerita cerita begini dan inilah punca punca kes kes rogol ,seks bebas atau  pembuangan bayi berleluasa ...

Bagaimana nak atasi semua ini ??? Tanggungjawab siapakah ? Takkan semua nak harap pada kerajaan ? Kitakah ? Bagaimana ?

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Hantu ?? Aisey .. kalau tak hantu mesti cerita sedey .. Apakah setiap kali raya kena ada cerita cerita macam ni ? Kalau tak cerita gitu , mesti konsert yang dirakam dua bulan sebelum raya atau ulang tayang tahun lepas punya ..

Kan lagi bagus tunjuk dokumentari atau rancangan rancangan yang berunsur keagamaan seperti yg banyak ada di Astro Oasis ( Flags of Truth , Qamar Bani Hashim dsbnya ) ..

Ni dok tunjuk cerita hantu .. Haih .. penat la nak tutup bantal kat muka ... Tak pun penat kena cubit dek bini ! Paling teruk pun , terkejut sbb anak buah menjerit .. bukan terkejut sbb cerita ... huih ..

Kalau boleh , lain kali mesti bertepatan dengan perayaan , tunjukkan cerita cerita yang memberi ilmu ... Masyarakat kita ni termasuk aku semakin kekurangan ilmu walaupun masing masing 'penuh ilmu' .. haa.. faham tak ?? tak faham ?? haih.. tersirat laaa...

BA : Tak semua perkara yang kita belajar dengan membaca ... ada juga dengan melalui pengalaman orang lain ...

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Geram betul aku tengok laki bini ni tadi dalam berita tadi .. Teruk betul dia seksa orang gaji dia yg berasal dari Indonesia ..Abis badan dia diseterika oleh majikan dia ..Bengong punya manusia .. Tak cukup dengan tu di rogol lagi ... hurmm .. Baca la sendiri eh ..

Suami isteri ditahan pembantu rumah dakwa didera fizikal, seksual

GEORGETOWN: Polis menahan sepasang suami isteri selepas pembantu rumah warga Indonesia mereka mendakwa telah didera secara fizikal dan seksual sejak lebih empat bulan lepas dan kemudiannya ditinggalkan di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Georgetown, Asisten Komisioner Gan Kong Meng hari ini berkata pembantu rumah berumur 26 tahun itu, dikenal pasti sebagai Wifainda dari Jawa Timur, juga mendakwa telah dipukul di kepala, tangan dan kakinya dengan tali pinggang.

Katanya pembantu rumah itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang kerana mengalami kecederaan di tangan dan kaki serta luka melecur di belakang dan dadanya.


"Siasatan awal polis mendapat dia telah didera selama kira-kira empat bulan sebelum ditinggalkan di kawasan perumahan di Taman Cenderawasih, Nibong Tebal, oleh majikannya pada Ahad lepas," katanya kepada pemberita.


Katanya laporan perubatan menunjukkan terdapat koyakan pada kemaluan pembantu rumah itu dan polis percaya yang dia mungkin telah dirogol oleh majikannya, seorang kontraktor memotong rumput berumur 41 tahun, yang tinggal di sebuah apartmen di Jelutong.


Dipercayai isteri kontraktor itu akan memukul pembantu rumah itu jika dia enggan memenuhi keperluan seksual majikannya itu.
Gan berkata kedua-dua suspek ditahan pada 9.15 malam semalam dan polis turut merampas sehelai comforter dan cadar dari rumah itu yang dipercayai mempunyai kesan air mani.


Katanya pembantu rumah itu pada awalnya tidak dapat mengenal pasti apartmen majikannya di Jelutong dan polis terpaksa menunjukkan banyak gambar apartmen.


"Sebaik sahaja apartmen berkenaan dikenal pasti, kami bertanyakan kepada penduduk di kawasan perumahan dan mengenal pasti suspek," katanya.


Katanya polis telah memaklumkan Kedutaan Indonesia mengenai kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah dan mengikut Seksyen 376 kanun yang sama iaitu rogol. -- BERNAMA

sumber : Bharian

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Polis .. penjaga keamanan dalam negara ..Patut diberi penghormatan .. Tak kira masa dan tak kira tempat , senantiasa bertugas .. Tapi kerana nilai setitik ... hurmm .. tu lain kes.. bukan dalam entri ni .. tamo cerita pasal tu .. yang aku nak cerita tentang anggota polis yang sering mengadai nyawa sewaktu bertugas tapi tetap dipandang sinis ..

Pernah tengok kereta yang ditahan polis ditepi jalan ? Pasti akan ada yang tersenyum sini ... " Tu nak mintak rasuah la tu " ... Hurmm ..  Kenyataankah ?  Korang ada pengalaman ? Aku pasti korang ada pengalaman kan ? hehe .. Aku ? kalau ada pon takkan nak cerita dalam ni .. Bahaya..

Bagi mereka yang memakai uniform biru gelap ini , aku mmg hormati mereka lebih lebih lagi mereka yang benar benar menjalankan tugas demi negara .. Yang tak bestnya ada yang jadi riak dan gila kuasa.. seolah olah bila ada kad kuasa ni , boleh buat apa saja .. Hurm .. Entahlah .. nak kata lebih pon , kadang kadang kita pon sama je kan ?

Berkaitan dengan tajuk , 2 anggota polis cedera diserang ketika cuba menangkap warga Indonesia cuba memecahkan tingkap kereta ..tu bukti masih ada anggota polis yang prihatin dan dedikasi pada tanggungjawabnya ..Terima kasih PDRM ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Best ke buat blog ?
Entah .. belum cuba ..

Senang ke buat blog ?
Entah .. belum cuba lagi ..

Habis diorng kata best dan senang je buat blog ?
Kenaala tanya diorng sendiri ..

Kena bayar ke buat blog ni ?
Ada yang free ... kalau nak guna domain sendiri , kena la kuar duit sendiri ..

Kalau dah ada blog , nak tulis apa ? Aku takde idea la ..
Tulis je apa yang dalam kepala tu .. Nanti ada la idea ..

Ada ke orang nak baca blog aku tu nanti ?
Terpulang cara promosi blog tu ..

Boleh ke aku copy paste entri orang ?
Tu ko kena tanya orang tu sendiri ..biasanya mereka berikan kredit pada pemiliknya ..

Kalau copy paste dari artikal akhbar online ?
Bagi aku , sama je ... janji bagi kredit .. secara tak langsung kita promosi akhbar tu sendiri .. dari kita buat ulasan tapi nanti ada yang tersalah faham , masalah jugak ..

Orang tak kutuk ke tulisan aku kalau aku tulis tah hapa hapa dalam blog tu ?
Ada yang akan kutuk , dan ada yang tak kisah ...

Boleh dapat ramai kawan ke bila kita berblog ni ?
Aah .. insyaallah kita akan ada ramai kawan ..

Bermakna , dunia blog ni menarik la ek ?
Sama seperti dunia sebenar , gitulah dunia blog .. bezanya dunia blog ni kita baca tulisannya dan dunia sebenar , kita melihat dan mendengar ... mudah terpedaya jika tidak berhati hati ..

Kesimpulan ... apa jua yang kita buat , baik dan buruk segalanya terletak ditangan kita sendiri .. Bagaimana kita nak mencorakkan blog kita tu , hak kita .. bukan semua kita buat , orang akan suka .. Tak semua akan terima kata kata dan pendapat kita .. Bila berblog , kena buka minda dan matang .. bagaimana nak tangani segala serangan kritikan , blogger kena perlu rajin belajar dari blogger blogger lama .. InsyaAllah ... kena bijak bila berblog .. tak semua kata kata kan diterima .. hurm... Wallahu'alam ..


Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

IKA ada rakan anda mendakwa pernah ternampak kerbau gergasi sedang berehat di tepi lebuh raya yang saiznya seperti lori simen, tentu dia akan lebih terperanjat apabila melihat bas ini.

image

BAS gergasi ini boleh membawa sehingga 1,200 penumpang dan mempunyai ketinggian 4.5 meter yang membolehkan kereta melalui di bawahnya.

Manakan tidak! Saiz bas gergasi ini sangat besar sehinggakan kereta-kereta boleh melalui di bawahnya ketika ia sedang berhenti atau bergerak di jalan raya.

Bas gergasi yang dikenali dengan beberapa nama seperti 'Bas Laju 3D', 'Gergasi Transit Boleh Dilalui Kereta' dan 'Bas Mengangkang (straddling)' ini mempunyai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Bas yang bergerak menggunakan laluan sendiri seperti monorail itu merupakan bas konsep masa depan yang dicadangkan oleh sebuah syarikat dari China untuk mengatasi masalah kesesakan di bandar.

Ia boleh dikatakan hibrid gabungan bas dan keretapi bandar yang boleh membawa sehingga 1,200 penumpang pada sesuatu masa tanpa menjejaskan lalu lintas.

Bas ini boleh mengambil dan menurunkan penumpang di stesen-stesen khas dibina untuknya tanpa menganggu trafik kerana kereta boleh melalui bahagian bawah badannya.

Pembinaan bas dan juga trek laluannya adalah 90 peratus lebih murah berbanding membina laluan kereta api bandar yang baru sama ada keretapi bawah tanah atau monorail.

Konsep bas elektrik tersebut diperkenalkan oleh Shenzhen Huashi Future Parking Parking Equipment Co. Ltd. dan projek percubaannya akan dilaksanakan mulai tahun ini di daerah Mentougou Beijing, China.

Trek-treknya akan dibina di antara laluan trafik yang memerlukan sedikit modifikasi kepada sistem jalan raya masa kini, selain perlu membina stesen-stesen bas khas untuknya.

Laluan trek

Laluan trek bas itu boleh dibuat dalam bentuk rel jika ia menggunakan tayar keretapi tetapi hanya perlu membuat garisan cat di jalan jika ia menggunakan tayar getah biasa.

Bagi kawasan yang tidak mempunyai stesen khas bas itu, tangga yang terdapat di bas itu boleh digunakan untuk menurun atau menaikkan penumpang.

Seperti bas elektrik atau bas troli, bas gergasi elektrik ini akan sentiasa dicaj menggunakan kabel di atas bumbung bas.

Apabila bas itu berhenti di stesen-stesen besar, ia akan dicaj dengan kuasa lebih tinggi untuk mengembalikan kuasanya untuk bergerak lancar sehingga ke stesen seterusnya.

Kelebihan bas ini juga ialah ia tidak perlu berhenti di persimpangan lampu isyarat kerana tetapan lampu itu akan sentiasa memberinya laluan lampu hijau untuk perjalanan tanpa henti.

Sistem trafik juga akan membolehkan bas tersebut membelok dengan mudah dengan kereta-kereta lain perlu berhenti di jarak yang selamat.

Memandangkan bas ini tidak boleh keluar daripada laluannya, sistem amaran perlu diletakkan di sepanjang laluan untuk memberi tahu pemandu bas jika terdapat halangan seperti kereta kemalangan di hadapan.

Pemandu kereta juga akan diberi amaran melalui sistem laser dan bunyi yang akan memberitahu bahawa mereka menghalang laluan bas atau terlalu dekat dengan bas dan perlu segera keluar daripada landasan.

Bas yang mempunyai saiz enam meter lebar dan 4.5 meter tinggi masih boleh melalui kebanyakan jejantas atau jambatan yang terdapat di jalan raya masa kini.

Kemampuannya untuk membawa sehingga 1,200 penumpang dalam sesuatu masa mungkin kelihatan tidak logik tetapi jika ia mempunyai koc yang bersambung-sambung seperti keretapi, tentu angka itu tidak mustahil dicapai.

Sistem kecemasan penumpang bas ini juga perlu menggunakan sistem kecemasan seperti pesawat, iaitu penumpang boleh terjun menggunakan getah gelongsor yang dipasang di pintu kecemasan.

Apa yang menarik bas ini juga tidak memerlukan stor simpanan khusus ketika menghentikan operasinya pada waktu malam kerana ia boleh ditinggalkan di stesennya tanpa menganggu trafik.

Projek percubaan bas ini akan dijalankan trek sepanjang 186 kilometer (km) di Mentougou dan jika berjaya, ia akan dilaksanakan di seluruh China.

Antara kelebihan membina sistem ini juga ialah ia mesra alam kerana menggunakan elektrik dan menjimatkan masa pembinaan kerana hanya memerlukan satu tahun untuk membina laluan 40 km, berbanding tiga tahun untuk membina laluan monorail.

Sememangnya, pertambahan penduduk yang pesat di negara yang mempunyai rakyat paling ramai di dunia itu memerlukan teknologi-teknologi moden untuk membantu rakyatnya menjalani kehidupan.

Bas gergasi ini merupakan idea pengangkutan moden paling praktikal pernah dikemukakan oleh negara tersebut dan jika menjadi kenyataan, maka negara itu mungkin menjadi pengeksport teknologi baru pula di masa depan.

sumber : Utusan

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Aku nak kata aku cakap perlahan , tak jugak .. sampai nak terkeluar anak tekak aku ni .. tapi dia dok 'apa ?? apa ? " ..

Aku cakap perlahan atau dia mmg ada masalah telinga ?? Hurmm.. ke mmg orang perempuan ni saja je nak test kesabaran sang suami ? Tak pe tak pe... sabar...

Sekali lagi aku diuji.. tanya satu soalan tapi kena ulang 2-3 kali ..hehe.. ooo... saja je eh ?? Pastu saja aku cakap perlahan lahan.. ala ala cakap dengan diri sendiri ..

" Kawin 2-3 pon best ni .. "

" Apa ? Ada hati nak kawin 2-3 ??? " si isteri menjengilkan bijik mata .

Hek ele... dengar la pulak ! Abis perlahan aku cakap tadi ! Mmg sah telinga perempuan !! Huh ..

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes