Buah Zuriat

P9190818

Pernah dengar buah zuriat ? Buah yang dikatakan hanya boleh didapati di Mekah .. Tujuannya adalah antara cara untuk mendapatkan zuriat ( dengan izin Allah ) ..

Ada la kawan wife aku yang bagi .. dah lama simpan , tiba tiba ari ni wife suh aku pecahkan .. Mengikut dari apa yang digoogle , biji buah tu perlu direbus dan minum air rebusannya .. Hurmm .. Ada yang tau ke ??

Buat pengetahuan korang , nak dapatkan isi dari buah ni , bukanlah mudah .. ibarat nak dapatkan isi buah kelapa.. kalau yang tak tau tu , pasti akan mengetuk sampai hancur.. Kiamat ler ..

Caranya , kena buang kulit luar tu dulu.. hiris sampai nipis dan baru ketuk .. hehe... berpeluh ketiak jap la nak dapat .. Mengigil gak tangan tadi nak dapatkan biji buah tu.. Alhamdulillah.. dapat gak .. huhu..

Gambar diatas tu menunjukkan buah zuriat dan biji buah zuriat yang telah aku ketuk tu... skang tunggu je wife rebus.. Berjaya atau tidak , berdoa jer .. yang penting adalah usaha .. hehe.. InsyaAllah ...

34 ulasan:

  1. insyaAllah berkesan.. wish u all d best bro... :)

    BalasPadam
  2. insyaallah....buah zuriat lg satu dorang kata "serbuk debunga kurma jantan" bleh tahan gak reganya kat doha ni

    BalasPadam
  3. insyaAllah..usaha, berdoa tanpa jemua dan serah segalanya pd Allah..

    Memang buah ni banyak kt Mekah..sejauhmana keberkesanannya wallahu a'lam..yg penting usaha!

    BalasPadam
  4. insyaAllah.. yg penting ada usaha. all the best bro.:)

    BalasPadam
  5. Macam buah kelapa...sama saiz dengan kelapa ke? First time dengar buah ni...nice2

    BalasPadam
  6. insyaallah, smoga Allah makbulkan doa dan hajat ben dan isteri.. amin..

    BalasPadam
  7. Pak tua doaaaakannn.....moga berhasil lepas ni...kembar!!!!

    BalasPadam
  8. InsyaAllah dengan izinnya.. teringin nk cuba gak...

    BalasPadam
  9. akak dah makan minum airnyer ben.. tapi mak aiii.. pahit yg amat... ahahksss...

    BalasPadam
  10. Uncle Ben, nak tambah zuriat kea ? kehkehkeh

    BalasPadam
  11. salam..
    kat umah saya pun banyak..termasuk debunga kurma tu..hehe..tawakkal je..saya pun soh suami ketuk n pecah buah tu..rebus dalam periuk tanah atau kaca..jgn guna periuk besi..

    BalasPadam
  12. Insya Allah, mana nak cari yer?

    BalasPadam
  13. insyaallah tu ben..
    doakan yang terbaik buat anda berdua..
    insyaallah tak lama lagi ada la tu...=)

    BalasPadam
  14. Ini sebenarnya buah koka,bentuknya seperti kelapa ada tempurun pun seperti kelapa,

    BalasPadam
  15. encik ben, kalo laki makan buah ni agak2 bleh brisi gak tak?

    riso TERmakan ni.. haha

    BalasPadam
  16. oo... br je thu buah zuriat nie..=) thanks info

    BalasPadam
  17. Insya allah. Semoga diberikan zuriat yg soleh n solehah n comel2... Amin.
    Selamat berjuang!!

    BalasPadam
  18. usha tangga kejayaan...hi3

    BalasPadam
  19. salam,

    saya pernah cuba tapi tak berhasil..
    ada org lain cuba dan berhasil..rezeki di tangan Nya jua..
    doa banyak2 ye :)

    BalasPadam
  20. Insyaallah berjaya...Saya pun doakan untuk Ben10 Junior..Amin

    BalasPadam
  21. trskn usha,mudah2n berjaya,insyaAllah

    BalasPadam
  22. usaha lg.mudah2an cepat2 dapat baby ea..:))

    BalasPadam
  23. moga berjaya... usaha tangga kejayaan... aminnn...

    BalasPadam
  24. huih... terima kasih semua ... huhu..terharu dengan doa kalian .. semoga Allah memberkati kita semua .. InsyaAllah

    BalasPadam
  25. Kalau buah ni ada kat malaysia. Jawabnya memang cepat populasi kita bertambah.. kehkehkeh


    >> Latest Entry <<
    Astro Prima (Channel 105) = Channel Cerita Seram?

    BalasPadam
  26. insyaallah...shima doakan ben & wife berjaya. kita hanya mampu berusaha,selebihnya bertawakkal.

    apa yg mampu shima kongsikan,sentiasa dekatkan diri kita dgn penciptaNya...Merayu kpdnya,insyaallah..setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..

    BalasPadam
  27. yg mieza tau...penjual buah tu (kat Mekah) ckp...dapatkan biji buah tu, tumbuk halus2 dan gaul ngan yogurt & makan...ustaz yg jd mutawif kitorg pun ckp mcm tu kalau tak silap..tp, mungkin mcm2 kaedah nk mkn nya. Berjaya @ tak itu kerja Allah..yg penting USAHA. Kalau tak usaha...mana lah Allah nak bg apa yg kita nak :) juz 2 cents from me :p

    BalasPadam
  28. haihh...entri ben ni m'ingatkn sy pada zaman belum ada anak dolu2...baru 6 bulan kosong pun sana sini dah bising menanya ; "dah ada ke?" "dah ada ke?" hah tgk skrg sampai tak sempat tanya asik adaa je...hak3x..;p

    okehh dolu2 ada sorang ustazah ni bagi kami buah jambu , katanya dah 'dijampi' ...suh laa kami makan dan alhmdllh dgn izinNya mmg mengandung pehtu..

    BalasPadam
  29. Amalkan Al Waqiah, surah kekayaan dan kemudahan baca setiap hari.

    BalasPadam
  30. wah aku first-time dengar ni.. mana nak cari buah zuriat ni.. dulu masa bujang asik tanya bila nak kawin.. sekarang dah kawin asik tanya bila lagi.. kesian wife aku bila org tanya.. kitakn hanya merancang.. tuhan yang tentukan

    BalasPadam
  31. @Tn.Punya
    cuba check kat sini bro.. dia kata ada jual

    http://teacheradila.blogspot.com/2010/09/korang-penah-dengar-buah-zuriat.html

    BalasPadam
  32. good luck abgben!!!

    isi dia macam isi kelapa ye...=)

    BalasPadam
  33. Bro ben Mus pon baru dpt buah ni mak bawak dari Mekah..InsyaAllah..Blom try g...

    BalasPadam
  34. saya pun sama ar abg ben.... tengah usaha nieh... kalo balik kg mesti bad mood.. sedih jer org asyik tanya...insyaallah 1 hari nanti ada rezeki dr tuhan...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009