Aku terbaca satu artikal ni di sebuah blog yang mana aku rasa bukan milik rakyat Malaysia .. Tapi yang pasti sangat berinfomasi dan sejuk je hati bila membacanya ..
Ok.. aku petik sedikit kata-katanya di dalam entri tersebut ..
Seorang penyair mengatakan,
Aku berkata pada kalbuku saat didera rasa takutyang mengejutkan, “Bergembiralah, sebab kebanyakan hal yang kau takuti adalah dusta”
Artinya, manakala sebuah peristiwa terjadi pada diri Anda, atau Anda mendengar ramalan tentang suatu bencana, Anda tak perlu resah, cemas, dan bersedih. Sebab, berita-berita dan kemungkinan-kemungkinan itu tidaklah benar. Jika ada yang mampu mengubah takdir, pastilah akan mencarinya. Namun jika tidak, maka tinggal bagaimana takdir itu harus Anda sikapi.
{Dan, aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. Maka, Allah memeliharanya dari kejahatan tipu daya mereka.} (QS. Al-Mu’min: 44-45)
Jangan Bersedih Menghadapi Kritikan dan Hinaan!
Sesungguhnya, Anda akan mendapatkan pahala dikarenakan kesabaran Anda menghadapi kritikan dan cercaan itu. Dan kritikan mereka itu, pada dasarnya pertanda bahwa Anda memiliki harga dan derajat. Sebab, manusia tak akan pernah menendang bangkai anjing dan orang-orang yang tak berharga pastilah tak akan pernah terkena sasaran pendengki. Artinya, manakala kritikan yang Anda terima semakin pedas, maka semakin tinggi pula harga Anda.
Seorang penyair mengatakan,
Niscaya terhadap orang-orang mulia itu selalu ada yang mendengki
dan tak kan kau jumpai orang-orang yang hina itu di dengki
Zuher mengatakan,
Mereka selalu didengki karena nikmat yang mereka miliki,
padahal Allah tak akan mencabut apa mereka dengkikan itu
Seorang penyair yang lain berkata,
Mereka tetap dengki padaku meski aku telah mati,
sungguh aneh diriku; kematianku pun mereka dengkikan
Penyair yang lain berkata,
Aku mengeluh karena kezaliman pemfitnah, dan tidaklah engkau dapatkan
manusia yang punya kemuliaan melainkan akan selalu diterpa kedengkian.
Bila Engkau manusia yang mulia, maka engkau kan selalu didengki.
Namun kala kau miskin tak berharga, mana mungkin ada yang mendengki.
Penyair lain berkata,
Jika seseorang berhasil menggapai puncak langit kemuliaan
maka musuhnya adalah bintang-bintang di langit kedengkian
la akan dilempar dengan busur-busur atas semua kebesarannya
meski apa yang mereka lakukan tidak akan sampai sasaran
Syahdan, ketika Nabi Musa a.s. memohon kepada Allah agar Dia menghentikan kejahatan mulut kaumnya, Allah berfirman, “Wahai Musa, Aku tidak lakukan itu untuk diri-Ku. Aku menciptakan dan memberi mereka rezeki, namun mereka justru mencela dan mengejek-Ku.”
Dalam sebuah hadits diriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Allah berfirman: “Anak Adam mencerca dan menghina-Ku padahal tidak seharusnya ini ia lakukan. Adapun cercaannya kepada-Ku adalah bahwa dia mencerca zaman, padahal Akulah zaman. Aku bolak-balikan malam dan siang sekehendak-Ku.
Sedangkan hinaannya kepada-Ku adalah ia mengatakan bahwa Aku memiliki sahabat wanita dan anak, padahal Aku tidak memiliki sahabat wanita dan anak.”
Anda tidak akan pernah dapat membungkam mulut manusia untuk tidak melakukan pelecehan terhadap kehormatan Anda. Meski demikian, Anda dapat melakukan kebaikan dan menghindari perkataan dan kritikan mereka.
Seorang penyair berkata,
Aku berjumpa dengan orang bodoh yang mencelaku
Kutinggalkan ia seraya berkata, “aku tidak peduli”
Penyair yang lain berkata,
Jika orang bodoh bicara, jangan kau timpali
sebab sebaik-baik jawaban baginya adalah diam seribu bahasa
Meski demikian, tak ada salahnya bila orang-orang yang bodoh itu sesekali dilawan dan ditantang. Atau katakan saja pada mereka,
Jika kebaikan yang tampak pada perbuatanku adalah dosa-dosa
maka katakanlah kepadaku, bagaimana aku harus meminta maaf
Sumber - SINI
Amacam ? Kita mungkin benar ada melakukan kesilapan dan kekurangan .. Adalah tugas kita juga untuk menegur dan menerima teguran itu jika boleh diterima pakai ...
Apa pon , sama sama kita tegur menegur tapi biarlah guna akal dan bukannya guna kaki !
Aku keje ..wife mc .. Dia keje , aku cuti .. best ? Haha ... Ikut hati , aku pon nak mc gak .. mood keje , 0 !
Dulu bagi aku , opis tu rumah ke dua aku .. sabtu dan ahad pon aku g gak keje .. seronok je rasa .. bukan aku sorang je gitu... Malah rakan yg lain pon rasa cam tu ..
Tapi sejak dari tahun lepas , semua perasaan tu hilang .. sedikit demi sedikit perasaan ' berkorban demi negara' direntap dari aku ..
Bukan kerana mind set ke apa ...nak je aku ceritakan kat sini tapi tak boleh... Hurm ...
Salah sapa ? Malas nak tuding menuding ..nanti semua patah balik kat aku .. cuma apa yg aku leh katakan adalah ... aku cukup bosan dengan suasana di pejabat sekarang ..
Ular kepala dua ..aku yakin spesis ni banyak kat tempat kita mencari rezeki .. depan kita ,terlentok lentok bila bercakap.. mengedik kata org utara .. tapi bila belakang !!! Perghh.. dia punya patukkan ... Haih ..
Entahlah .. sebenarnya ular kepala dua ni pom wujud dlm dunia blog kita .. kat org ni dia komen begini ..kat org tu dia komen begitu ..
Pandai pandailah kita jaga diri yer ..
Wallahualam ...
Sewaktu korang baca entri ni , aku dah pon tidur .. hehehe... Sebenarnya aku nak tau sapakah pembaca blog aku yang berada di luar negara yang rajin benar masuk blog aku ni sewaktu aku dan rakyat malaysia sedang lena diulit mimpi ..
Statistik menunjukkan pada waktu awal pagi ada pembaca jugak .. Dan ianya bukan dari dalam negara .. bilangannya , mmg tinggi ... Bukan SEO ... tapi mereka mmg masuk untuk baca entri di blog aku .. Dan aku terharu...
Kalau korang sudi la kan ... tinggalkan link blog serta dari negara mana dan kalau boleh , sekali ngan asal usul korang di Malaysia.. Mana la tau kot kot ada kenalan yang kenal korang yang senantiasa baca blog aku ni kan ? Tinggalkan di ruang komen yer ..
Terima kasih ..
Tinggal aku seorang ... sekarang baru aku sedar betapa sunyinya aku di situ .. Hurm.. Perubahan yang harus aku terima .. aku terima kenyataan itu ..
Tak mengapalah .. lambat laun aku sendiri akan tinggalkan mereka .. Buat masa ini biarlah aku curahkan segala apa yang aku tau untuk mereka...
Aku tidak mahukan sebarang penghargaan ... selayaknya mereka yang 'tersingkir' itulah diberi penghormatan .. tetapi apakah mereka terima ? Semua tersingkir dengan penuh 'kehampaan' .. Dan meninggalkan aku untuk menanggung segala kehampaan itu dengan mengenang segala pahit manis sewaktu dulu ..
Mereka... masih cetek pengalaman hidup.. Tidak berpegang tiada lama tiadalah baru .. Hanya terasa diri cukup ilmu untuk mentadbir dunia ...
Mereka terlupa ... atau buta ? Tak mengapa... sampai masa mereka sedar .. mereka telah buang permata dengan mengutip kaca yang tiada nilai langsung...
Rileks laa.. jgn pening .. sasaran aku bawah 100 dalam tahun ni.. Mustahil ? Entah.. dulu aku tak sangka boleh capai cam skang ni kan ? Apatah lagi dalam senarai TOP 5 BLOGGER MELAYU di Malaysia .. haaa... Sapa sangka kan ?
Apa cerita esok ? aku pon tak tau .. hehehe.. aku usaha sebaik mungkin ... InsyaAllah ...
Heheh.. mama rock !
" Mama , mana FB ? " .. Hehehe.. kejem guee...
Cukup 5 blog masakan untuk korang kenali .. Jangan pandang remeh blog blog ini .. Trafik mereka mmg mabeles lebih lagi bila menjelang ramadhan .. Pergh...
Mat Gebu ?? Korang muak dah kalau aku dok promote dia .. hehehe .. Kan Mat kan ?
Kak Nor ... hehe.. blogger yg menetap di Terengganu .. Kalau aku ngan wife , lalu sana .. insyaAllah akan singgah atau jumpa dia dan suaminya yang cool giler dengan kamera yang senantiasa membuatkan aku jeles giler melihat hasil tangkapannya ...
http://secubitgaramnor67.blogspot.com/
dan
Antara blogger masakan yang pernah aku jumpa .. Sangat best n cool orangnya ..
Blogger yang mmg tidak asing lagi .. berada nun di negara sinun ! hehehe.. bila laa nak g sana eh.. hehehe ..
Sepanjang malam ni , aku nak bawak rakan rakan aku mengenali mereka yang banyak membantu aku dari segi memberi sokongan moral di kala aku masih bertatih lagi ... Mereka inilah banyak menyokong aku dari jauh .. Sama tapi tak serupa .. Mereka ini layak digelar senior dunia blog ..
Yang pertama ...
Gamaknya mmg sesuai aku berjiran dengan MAT GEBU , KAK UMMI ZAIHADI , KAK LemonGrass , KAK NOR , KAK YATIE ... pergh.. semua ni geng geng masakan ... Sori akak sekalian , tak ingat url blog .. hahaha.. panjang panjang belaka ..
Kalau orang tanya aku , pada sapa aku terhutang budi dalam dunia blog ni .. Mereka mereka inilah yang banyak membantu memberi aku semangat dalam dunia blog .. Mereka ini adalah blogger blogger masakan .. Mereka popular dalam dunia mereka sendiri wooo ..
Malam ni , aku akan perkenalkan korang dengan mereka mereka ini dalam segmen khas , KENALI MEREKA ... Hehehe.. sapa kata aku lupa daratan ??? Ingat wooo ..
Kalau tak kerana dapur mereka , perut aku tak buncit tau skang neh !! Jadi untuk menghargai segala kebaikkan mereka , malam ni kita serbu mereka eh ...
Bila dapat komen begini , maka ada yang akan fikir ..
" Ala.. dia nak kita follow blog dia je tu " atau " Ni nak bodek jer " .. tapi kita terlupa tang satu ayat yang patut diberi penekanan iaiti ..
" asyik dengar dr mulut kwn sepejabat "
Bukti bahawa blog kita ini diterima ramai ialah bila blog kita menjadi perbualan .. Tak kira bagus atau tidak .. Puji atau keji ... Mereka membicarakannya ..
Bila mereka membicarakannya , pasti akan tergerak hati untuk melihatnya sendiri .. Bila mereka masuk dan lihat , jika sebaliknya dari apa yang digembar gemburkan itu , maka kita akan dapat pembaca baru yang bakal setia menanti entri terbaru kita atau sebaliknya ..
Cara begini akan menghasilkan FOLLOWER yang asli .. Mereka berminat kerana cerita kita .. Sebab itulah segmen menjadi medan promosi blog terbaik bagi aku .. Segmen juga bertindak menjadi medium agen pengiklanan bagi para bloggers ..
Cara paling pantas untuk mengiklankan blog setiap hari adalah dengan menyertai SEGMEN para blogger .. Bila dah meletops , barulah keluar dari kempompong yang ada sekarang ..
Join segmen , bukan bererti merendahkan martabat blog tapi adalah langkah awal untuk mencari tapak bagi mendedahkan diri dalam dunia blog ..
Cuma mereka yang tak faham akan mengatakan bahawa segmen ini membuang masa .. Mereka cuma fikirkan mengenai 'kulit' ... tak berminat langsung untuk menerokai lebih mendalam ..
Selepas ' kau ku miliki ' ..
LELAKI : Ok.. kenyang dah i .. I balik dulu yer .. Nite , bye .. LUV U ..
PEREMPUAN : Ok .. bye.. nite .. LUV U too ..
Sekali gus ucapan itu dilafazkan tanpa tengok mata ...
Sebelum ' kau ku miliki ' ..
LELAKI : Oh .. alhamdulillah ... kenyangnya .. tapi kalau u masak lagi sedap kan ?
PEREMPUAN : Ala u ni .. mulut maniss jee... nanti kalau dah kawin , kalau i masak tak sedap , u kutuk .. siap uuu.... Kuali tu i rebus , kasi u buat ulam tauuu ..
LELAKI : Jangan kata kuali uuu.. tong gas tu pon u rebus sekali.. i rela makan demi u ! .. OK lah , i balik dulu yer ... kang sampai rumah i call u yer .. Tak abis rindu i kat u ari ni .. Auwww..
PEREMPUAN : Amboi.. ni dok depan mata pon masih merindu i ? Auww.. u ni manis kata kata u yer.. nanti kalau dah kawin , tinggal hampas je la kan ? Gula semua dah guna sebelum kawin .. kan kan uu ?
Bla .. bla ... bla... lagi sejam baru balik sedangkan dah ucap nak balik sebelum tu.. sayang nak tinggalkan ..
Begitulah lumrah perkahwinan ... ada manis ada pahitnya.. Tapi apa yang aku tulis ni ,jarang kot berlaku .. tak caya tanya rakan rakan kita yang dah berkahwin ni ...
Pengucapan I LUV U ni sebelum berkahwin lebih bermakna dari selepas berkahwin ..
Ok....dengan menggunakan senarai INI ikuti langkah yang aku tulis ni ..
- sila ke blog blog yang menyertai segmen ini ..
- Kemudian , tinggalkan url entri korang yang tadi tu , di ruangan komen entri mereka ...
- Dah ? Pastu g ke blog lain lak.. buat cara yang sama.. iaitu tinggalkan link entri korang ( bagi mereka yang segmen APKPA ini ) ..
- Lakukan ini selama setengah jam ( sehingga jam 430 petang ) ! Pada masa yang sama , korang kena tengok gak entri korang yang tadi tu.. Apakah ada blogger singgah dan tinggalkan url mereka ? Jika ada , sila kunjungi mereka semula .. dan tinggalkan url entri korang lak ..
- Faham ? OK.. selepas itu , senaraikan semua URL entri yang singgah di blog korang tu macamana belog MTT ni buat ( link ) ..ok ?
Tujuan segmen ni mudah jer .. AKU PROMOTE BLOG KORANG .. KORANG PROMOTE BLOG AKU .. ok ?
Bila baca entri NAMEE , terasa kesian sungguh kat diri aku ni .. MAAF , aku tak harap simpati dari sapa sapa .. Kenapa aku rasa kesian ?
Tidur jam 2 pagi setiap hari untuk selesaikan bab dunia maya .. Kadang kadang ada email , pertanyaan , itu ini la... macam macam .. kat FB ,Twitter ( tak terlayan langsung ) dan juga blog ..
Bangun kul 530 pagi .. celik mata .. dah uruskan hal duniawi ... Sepanjang hari , aku dan blog takkan dapat dipisahkan .. Mesti ada pelik , wife camana lak ? Ada orang makan sambil minum .. ada orang makan dulu baru minum.. ada orang makan dulu ,esok baru minum kan ? Jadi mana satu kita , hanya kita je tau.. takkan nak cerita semua kan ?
Apa yang aku cuba buat adalah untuk mengecapi satu nikmat yang mana hanya aku saja mampu buat ! Iaitu aku buat tanpa perlukan sebarang kabel dah !! Hanya perlukan masa , kesungguhan , kreativiti dan juga kesabaran ..
Peliknya , ramai tak sedar .. Ibarat menanam pokok.. kita tak boleh sekadar mencampakkan bijik benih dan tunggu ianya mencambah.. kita kena baja , kena siram air setiap masa ... pastikan cahaya cukup.. jauh dari serangga perosak ..
Bukan senang ! Tapi datang kambing ..main ragut abis tanaman kita .. Nak salahkan sapa ? Salahkan kambing atau tuan kambing tu ? Bagi aku , salahkan diri sendiri.. kita yang tak jaga ... leka dan lalai ...
Bila sampai masa , jika itulah rezeki kita , kita nikmati.. Allah beri segala kenikmatanNya pada kita .. Kalau sekadar 'serah 100%' , itu dah salah .. Kena ada usaha .. doa dan akhirnya sekali tawakal ..
Aku usaha dah .. setiap hari aku berharap ( doa ) blog aku dikunjungi pembaca dan diberi idea untuk update blog dan selepas itu , segalanya kembali kepadaNya ..
Kenapa perlu ada rasa sakit hati atau ... MENYAMPAH ? Sebelum menyampah kat orang , cuba bagitau kenapa ? Pastu cermin balik diri kita , kita menyampah kat orang , berapa ramai pulak menyampah kat kita ?
Satu segmen yang mmg untuk mempromosi blog rakan rakan dengan cara mudah ..
Baca betul-betul... sangat mudah .. tak yah pening pening kepala ... Ok.. ingat , setiap blog yang join perlu bersikap sporting .. Tolong jangan pentingkan diri sendiri .. Haaa..
Mula mula , apa yang aku nak ialah ... kalau korang rasa blog korang best , sila join .. Caranya mudah saja .. cam biasa .. buat satu entri ...
- Letak banner BEN ASHAARI BLOG
- Tajuk : AKU PROMOSI KAU PROMOSI AKU dan linkkan ke entri ini ..
- Tinggalkan url entri korang di ruangan komen ini ..
Tu je.. hehehe.. Arahan seterusnya , selepas ini ... korang ada sejam untuk join segmen ini .. Tutup jam 3.30 petang ...
Loh .. ingatkan berat bila kawan lama call ... Atau tetiba je ada kawan baru dok sms tanya khabar , tanya bila free.. Betul tak ? Kadang kadang semua tu buat kita terharu jer . Prihatin betul kan ?
Tapi bila mula tanya bila free , ajak jumpa , pastu kata ada menda nak dibincangkan .. Pasti ada sesuatu dalam benak kita kan ? Bila tanya, apakah itu ? Maka jawapannya , nanti jumpa baru bagitau ..
Pelik ? Kadang kadang kita tak leh berfikiran negatif.. Jangan buruk sangka kan ? Aku tau dah itu jawapannya .. Tapi mengikut pengalaman , majoritinya , TIPAH TERTIPU BANG !! ..
Masa tu nak salahkan sapa ? Nak reject , nanti kawan tu masam je muka.. terus muka cam cipan .. Nak 'turut serta' ? Grr... Nak join tu mudah.. tapi nak laksanakan ? Maka akan dikatakan , bukan mudah nak mudah .. segalanya kena usaha ! Kalau gitu , baik meniaga nasik lemak depan rumah ...
Apa pon , segalanya bermula dari bawah .. takkan jalan mudah nak kaya walaupun jual gelang !
Aku baru terima satu email dari satu syrarikat pengiklanan... Ni email kedua yang aku terima .. Katanya dia nak 5-10 blog yang mana trafiknya lebih dari 1 ribu UV dan PAGERANKnya adalah 2/10 ..
Hurm... rasanya banyak blog lebih dari 1ribu UV .. Tapi PAGERANK ?? Ada sapa sapa berminat ? Kalau ada yang menepati piawaian ... boleh tinggalkan url kat ruang komen entri ni ..
Tapi pastikan PAGERANK adalah 2 atau lebih dari tu ... Untuk checkpagerank ,
A.S.A.P
"saya blogger dari tawau, sabah , juga merupakan salah satu silent reader n peminat blog abg ben . hehe . saya ada cadangan , kalau boleh kan abg ben buat lah review entri pasal ENTRI PERTAMA d blog abg ben semasa PERTAMA KALI berblog dan terus bagi direct link ke ENTRI PERTAMA abg ben tu , sudah tentu followers blog abg ben dan saya sendiri nak sgt tahu apa yg terkandung dlm entri pertama d blog abg ben tu . thx abg ben (: "
Ini entri pertama aku dalam dunia blog ...
http://www.benashaari.com/2009/09/aku-hanyalah-aku.html
Dan ini entri pertama aku yang dapat lebih 10 komen ...
http://www.benashaari.com/2009/10/iklan-ayam.html
Hurm... Aku sama je cam korang kan ? Takde beza pon ... Semoga berjaya ...
Kantoi !! Sampai merah merah muka dia makan durian ! hahahaha...Skang ni di Balik Pulau , Pulau Pinang .. musim durian .. Best ! Banyak gerai jual buah durian dibukak ...
Murah ? Hurm.. bergantung sebenarnya.. kalau orang luar , mmg kena 'sembelih' la .. Tapi berbaloi ! Ari tu aku makan sebijik pon dah cukup ! Dengan manisnya.. lembutnya .. gasnya lagi ..Pergh.. mmg berbaloi ..
Yang menariknya , sepanjang aku di Balik Pulau tu , majoriti yang jual adalah orang cina .. Dan yang membelinya pon orang cina ! Haaa.. jangan tak tau !! Menurut bapak aku , durian Pulau Pinang adalah antara yang terbaik dalam negara .. Ini kerana ianya berdekatan laut .. Kena bayu laut .. Tu dia kata la.. Wallahualam .. Tapi mmg sedap la ..
Haaa.. nampak tak ? Buah dia dibalut !! Sanggup pemiliknya memanjat pokok durian yang tinggi ni hanya semata mata untuk membalutnya .. Hehehe... ni mesti gred baekk punyaa...
Sepanjang perjalanan termasuk di atas kepala korang boleh nampak buah durian ..Risau buah durian jatuh atas bumbung kereta ?? Heheh.. diorg dah letak jaring wooo...
Tapi berharap gak dapat durian free.. kot jatuh kat tepi jalan tu ke.. hahaaha.. Tak la.. bapak aku pon ada dusun durian dia sendiri.. Tapi dia pajakkn dah ... Mana larat nak makan .. Kitorang anak beranak pon tak makan sangat dah .. Risau penyakit.. hehe..
Cuma ada pesanan 'penaja' dari rumah .. Minta bawak balik skit durian ... Tapi diabaikan pesanan tersebut.. Busuk kereta nanti !! hahaha.. mau mau seminggu baru leh hilang !
Durian punya pasal ... huhu..
Sampai dah di Putrajaya .. Penat giler .. Dua hari kat sana , macam macam kena buat .. rehat kat hotel boleh dikira... Sesampainya di hotel jam 4 petang , jam 5 kemudian dah keluar ke Balik Pulau .. Sebelum itu , aku sempat update blog dan charge netbook dan juga hp aku .. Tujuan , nak update cerita terkini sewaktu di sana nanti ..
Sampai sana , aku update.. dan update .. terus update walaupun perbincangan sedang dijalankan .. Setiap idea yang menerjah , aku takkan sia siakan ..
Lepas balik dari Balik Pulau , aku ke Tanjong Tokong.. Kat sana , tak sempat nak update...tengok jam dah kul 12 malam.. Hurm... hurm... pasti ada yang tertanya , mana menghilang aku walaupun tau aku bz dengan hal famili ..
Selesai ziarah pakcik aku .. Balik hotel.. jam 2 pagi ... mandi , solat .. update blog lagi ! sampai kul 3 pagi.. buat auto post lagi untuk pagi berikutnya .. Mmg sangat penat minda dan fizikal.. Tapi apa boleh buat ? Tiada jalan mudah untuk berjaya ..,
Dalam kereta , aku update lagi walaupun aku dah buat auto post entri .. Dalam masa nak update , aku snap gambar lagi ... hehehe... segalanya serentak ... Segalanya adalah maklumat dan isu bagi aku.. hehe... Penting ..
Bila balik KL , dalam kereta aku tetap update gak .. Sampai ke rumah mak aku , aku terus charge hp dan update lagi ... hehehe.. Gila update ? Entah.. korang fikir la sendiri ..
Apakah aku taksub dengan blog ? Jawapannya , tak ... aku bukan taksub .. tapi blog adalah keutamaan aku sekarang .. Ianya 'pekerjaan' aku skang ... 100% komitmen dari aku...
Gila ? Tak .. aku sedang bekeja untuk berjaya menjadi bos pada diri sendiri ...
" Tertanya tanya dan tercari cari .. apakah keistimewaan blog ini " ..
Alhamdulillah... selamat sampai di Putrajaya dengan perut cam gajah mengandung 28 bulan .. Terima kasih pada yang mendoakan keselamatan aku dan keluarga aku .. Dan DIGI WWWOW pon dah tiba ke kemuncaknya.. Sapa terpilih , aku pon tak tau .. Letih nak pk.. ada rezeki , ada la...
Ok.. tajuk... Persoalan tu tadi dikemukakan oleh seorang pengomen di blog aku tadi.. aku cari balik , tak tau dah kat mana .. Yela, komen yang ada pun bukan skit .. Ada 132 ribu kesemuanya ..hurm.. tu tak termasuk Cik Anon yang aku delete tu .. huhu ..
Jawapan...
Blog aku ni sama je cam blog blog peribadi yang lain ... Aku tak pastilah kat mana keistimewaannya .. Dan aku tak terpikir pon nak cari kat mana .. Cuma , apa yang aku tau .. aku berusaha untuk menarik pembaca pembaca pelbagai peringkat usia dan juga bangsa .. Aku percaya ada pembaca aku bukan saja dari bangsa Melayu kan ?
Usaha yang aku maksudkan adalah , dengan memikat pembaca menggunakan entri entri yang pelbagai isu .. tidak hanya mengenai dunia blog .. dunia persekitaran aku malah isu isu semasa jugak aku turut kongsikan bersama sama dengan pembaca di blog ini ..
Apa yang aku sampai di dalam blog ini bukanlah satu penulisan tetapi satu bual bicara di kedai kopi dalam keadaan yang sangat rileks sambil bermain dam ... SANTAI ... Sebab tu ada yang cuba berbalah atau menyampaikan kritikan dan aku membalasnya semula .. Kata berborak .. kan ? Takkan nak telan gitu jer .. hehee ..
Hurm... macam aku berikan tips sebelum ini .. Sewaktu aku buat blog , aku fikirkan .. mana satu aku patut utamakan .. PROMOSI atau ENTRI ? Maka aku utamakan PROMOSI terlebih dahulu selama setahun .. Ada kesan buruk gak .. Ramai kata aku gila glamer sedangkan mereka tak perasan impaknya pada masa jangka panjang ..
Aku tak buat blog untuk maju di keesokkan harinya .. Aku sasarkan 2 tahun kemudian untuk berada satu tahap yang aku inginkan .. Dan hari ni saja blog aku dah berada di ranking ke 178 di dalam Malaysia.. bersama sama dengan web web popular yang lain seperti FACEBOOK dan GOOGLE.COM .. Satu pencapaian aku yang tak dijangkakan langsung tetapi aku inginkan ..
Tak kisahlah nak kata aku apa pon .. Aku buat blog , aku ada sasaran .. Aku bukan saja suka suka atau hobi .. Aku nak buktikan bahawa bukan selebriti pon mampu berada di satu tahap yang mana mereka pon boleh kenal kita , sebagai seorang blogger ... Berjaya atau tidak , wallahualam .. janji membanggakan !
BLOGGER PILIHAN ...
Satu lagi ? Sapa yang menjadi blogger pilihan berdasarkan mereka yang rajin mengomen di ruang komen blog ini ? Hurm.. sapa eh ? Korang rasa sapa patut aku pilih ? ni last untuk malam ni .. haaa..
Tak pe la.. apa kata aku bukak satu lagi ni khas untuk korang yang berminat ? Amacam ? Senang jer .. tak perlu buat sebarang entri .. hehehe.. ok ?
Caranya , mudah saja ... aku bagi soalan.. korang jawab di ruangan entri .. Jadi rakan rakan pembaca lain boleh jadi penilai .. hehehe.. ok kan ?
Soalannya ... Kenapa korang rasa blog korang patut menjadi tempat persinggahan pengguna internet setiap masa ?
Korang jawab je kat ruang komen ni je yer ... Jawab sebijaksana yang mungkin ... kot kot .. rezeki korang malam ni.. leh tambah rakan pembaca dan juga blogger kan ?
Mungkin korang pernah dengar perkataan LINE CLEAR kan ? Tapi kalau Nasi Kandar LINE CLEAR , camana pulak ? Ok... Haaa... Baru tadi , aku singgah sekali lagi LINE CLEAR .. Seingat aku , aku pernah singgah sekali jer ..
Terletak di Jalan Penang , LINE CLEAR ni senantiasa menjadi tumpuan ramai termasuk pihak berkuasa tempatan.. heheh .. Gambar kat bawah ni , kat LINE CLEAR..Sedap ker ??? Rujuk gambar di bawah sekali ..
Dan ... 10 minit kemudian ..
Blurppppp.... Alhamdulillah ..... Amacam ?
Dalam entri aku INI , alhamdulillah .. mendapat respon dari rakan rakan pembaca dan juga blogger ..
Ada yang fikir aku ini tak leh 'dicili' gak ...Katanya aku pandai 'mencili' orang lain dalam entri aku ... Kalau dibaca betul betul dalam entri aku , setiap kali aku bidas seseorang , aku beri gak pendapat dan juga cadangan untuk kebaikkan bersama .. Aku bukan jenis mencili jer orang pastu blah cam tu jer .. Apa guna gitu kan ? Tak baik la.. Itu akan membangkitkan ketidakpuashatian orang yang terasa ..
Entahlah , mungkin ada yang tak reti baca abis ... Bila ada blog kritik aku atau bidas aku dalam entri , aku akan menjawabnya dalam blog aku .. Aku menjawab bukan sebab aku melenting tapi aku memberitahu situasi sebenar... Tetapi yang aku tak puashati ialah , mereka hanya pandai bidas tetapi tidak pandai langsung mencadang ! Tu yang aku tak gemar !! Kalau takat bidas , aku pon boleh.. setiap blog ada je kelemahan .. Mana ada blog yang sempurna kan ?
Sebab itu aku kata , perlu ke komen yang pedas terhadap sesuatu entri ? Jawapannya , Perlu jika perlu ... Tidak , jika tidak membantu perkembangan blog itu ..
Aku seorang yang terbuka .. Jika logik , aku terima .. Jika tak sesuai dengan identiti aku , maafkan aku.. aku terpaksa tolak ...
Aku kembali ke satu konsep yang aku buat dulu ... " tinggalkan komen di blog agar pembaca tertarik pada si pengomen tu .. " dan jika bernas , logik serta berhemah komennya itu maka aku akan jadikan dia BLOGGER PILIHAN , sekiranya dia ada blog ..
Kalau takde blog camana lak ? Tu aku tak leh nak kata apa la kan .. Jadi buat mana mana pembaca di blog ini yang ada blog , pastikan di profile korang tu ada isi segala infomasi yer ..
Jadi sehingga skang aku dah pilih 3 blogger pilihan berdasarkan komen komen mereka semalam .. apa yang aku cuba buat ialah menunjukkan tips memikat blogger di dalam komen mereka ..
Tidak ikhlas ? Bagi aku , ikhlas atau tidak , kita tak tau .. Tapi itu lebih baik dari dia drop komen yang tah hapa hapa kan ? Baik dia memikirkan cara untuk pikat blogger tu dengan komen komen dia ..
Puji ? Puja ? Aku rasa blogger tu tau mana satu komen .. dan mana satu nak ... heehhe... masing masing dah bijak..
Bila aku post entri , aku tak harapkan pujian .. apa yg aku harapkan cuma respon dr pembaca yg berguna utk aku dan pembaca yg lain ... Berkongsi maklumat , dlm erti kata lain ...
Bg aku dunia blog ni bukan satu kelas pengajaran penulisan karangan .. Teknik penyampaian adalah berbeza beza ..Itu yg membuatkan ianya menjadi lebih menarik ..
Mereka yg gemar kritik membabi buta adalah dari golongan yg kurang peka .. membaca entri dari satu sudut yg sangat sempit .. mencari kesalahan lalu melepaskan ke dlm komen ... Ada mereka ucapkan terima kasih pd penulis blog tersebut atas maklumat yg disampaikan walaupun sebesar kuman ?
Kritikan terhadap blog membantu menjadikan penulisan blog lebih bermutu ? Aku rasa tak perlu kritik ..lebih cantik lagi jika berkongsi pendapat ... Kritikan akan menghasilkan blogger yg berpura pura .. inginkan kesempurnaan tapi melepaskan identiti yg menjadi dirinya unik ..lain dr yg lain !
Ada yang mintak aku tunjukkan perjalanan ke Balik Pulau.. Sebenarnya perjalanan ke Balik Pulau ni , satu tika dulu menakutkan aku .. lebih lebih lagi bila malam .. Perghh... evil dead wehhhh...
Pernah ayah aku takutkan aku dengan cerita tentang komunis yang berlambak kat situ .. Yelah, kawasan hutan .. diorng menyorok kat situ... Hurm.. Cam semalam , dia cerita sewaktu dia masih budak... Selalu main bawah rumah .. Tika tu , tentera Jepun dah berundur .. Dia suka main bawah rumah.. Ada sekali tu , dia dok selongkar bawah rumah dan jumpa beratus ribu duit note Jepun ( masa tu dipanggil duit pokok pisang ) .. Dan dia dok buang gitu jer .. Gamaknya skang ni mesti jadi duit antik gitu kan ?
Permandangan dari bilik hotel ..
Mak sedara aku dan durian hasil dari pokok sendiri..Mmg berantu !! Dok pk , camana nak bawak balik KL ! Hurmm..
Dan bawah ni , perjalaanan ke Balik Pulau ...
Antara dusun rambutan milik ayah aku..
3 hari , trafik jatuh dari yang sepatutnya .. Tak pe lah .. aku redha .. Bila trafik jatuh , aku sangkakan ranking ALEXA aku dalam negara pon jatuh .. Yelah , semalam aku check , dari 183 dah jadi 184 ... Dan malam ni aku check ...
180 !!! Satu lagi rekod baru aku dicipta !! huhuh.. Masih mengekalkan TOP 5 BLOGGER MELAYU di Malaysia .. lalalala... Alhamdulillah ..
Trafik ari ni ... biasa jer .. sbb takde entri 'panas' .. Yelah kan , aku kan balik kampung jer .. Jumlah entri pon ada 13 jer.. tu pon aku rasa pendek pendek belaka .. Tapi alhamdulillah , ramai rakan sudi mengomen jugak !! Dan menariknya banyak yang membina .. Terima kasih ...
Hurm... 180 .. aku tak sangka boleh naik lagi .. Yelah , ari ni kan aku ke Pulau Pinang .. nak g settlekan masalah tanah ayah aku ni .. Hurm.. bukan sebab nakkan tanah tu.. Kitorang ( aku dan adik laki ) pon dah cakap kat ayah yang kitorang tak nak tanah tu .. Kasi je kat adik perempuan kitorang ...
Tapi bila dibincangkan semula , samada kitorang tak mau sekali pon , itu bukan hak kita .. Tanah tu adalah tanah pusaka .. Kalau kitorang tak nak , anak anak kitorang tak semestinya tak nak kan ?
Mana la tau satu hari nanti .. " Ayah , kita tak de kampung ke ? Orang lain semua ada buat rumah kat kampung .. Takkan ni kampung kita kot ? Asal usul kita kat mana yer ayah ? Moyang dulu tinggal mana ? "
Tu dia... bayangkan jika itu yang ditanya .. mau mengigil nak jawab.. huhu .... Menyesal pon boleh jadi woo nanti .. Dan seperkara lagi , tanah di Pulau Pinang semakin mahal ... Skang ni pon dha mencecah ratusan ribu ringgit... Tak lama lagi ?
Silap silap ? hehehe... rezeki jgn ditolak.. tapi yang paling penting , tanah di kampung tu sebenarnya adalah penyambung kepada persaudaraan adik beradik agar tidak hilang dek zaman berzaman ... Bukan kerana duit semata mata ... kan kan ?
Hurm.. akhirnya , landing ke bilik hotel.. Katil ada dua .. penghuni ada tiga .. nak mintak katil tambahan ? Kena tambah $$ .. malasss... membazirrr... huhuh.. aku rela tidur kat bawah jer.. kasi adik n ayah aku je tidur atas katil... bagus aku kan ? hehehe..
Sewaktu di Balik Pulau dan Tanjung Tokong tadi , cerita yang aku dengar dari kedua dua belah pihak ada dua .. Satu , bab penyakit .. dua bab $$ .. Politik , tak yah amik kira laa .. tu mmg sah wajib punya ..
Bab penyakit .. hurm.. aku risau gak sebenarnya ... Yelah , bila dah cecah umur begini , dengan aku mula kurang bersenam ... maka penyakit mudah hinggap ..
Antara yg menakutkan ialah kencing manis .. Tapi sebenarnya ramai terlupa , yang merbahaya adalah jantung ... Kurangnya prihatin mengenai penjagaan makanan menyebabkan kolestrol mula 'bertapak' dalam saluran darah kita dan akhirnya , serangan jantung berlaku ...
Lihat kejadian yang akhir akhir ini berlaku .. Mmg ajal .. itu kita tau .. tak boleh nak nafikan semua itu .. tapi kalau kita tak jaga , maka muda muda lagi kita akan 'derita' dengan rutin makan ubat !
Fikir fikirkan ...
Seperti biasa , aku tunggu matahari terbenam ... hehehe...
hurm... ni kira anak sepupu aku ... belah ayah aku ..Sibuk nak interframe.. adeh ..
Ni la rumah kelahiran ayah aku , Kg.Genting, Balik Pulau , Pulau Pinang .
Esok , ada perbicaraan pembahagian wasiat harta keluarga belah ayah aku .. gamaknya aku dapat apa eh ?? Hehehe... tak kisah pon.. Carik sendiri je la.. lagi puashati... baru best kan ? Hasil titik peluh sendiri ...
Oh ya.. lupa lak.. kat Balik Pulau skang ni musim durian.. hehehe... aku baru bedal sebijik durian.. Tu je termampu .. lebih lebih kang , demam aku nanti.. hehehe ...
Skang ke Tanjong Tokong .. dekat ngan Padang Kota ..tapi tak g makan sana kot.. nak g ziarah pakcik kat situ.. heheeh.. tak sihatnya dengarnya... hurmm..
Pertanyaan dari blogger pilihan senantiasa BEN ASHAARI , NAMEE ..
"saya pun selalu fikir mcm mana lah nk buat org suka dengan blog kita. nk buat org datang dan terus datang...itu yg mencabar tu..aiyoyo..ben selalu bw berapa banyak kali sehari? dulu mse mule2 start lah "
Jawapan :
Kita tak boleh buat orang suka blog kita .. Apa yang boleh kita buat ialah , pancing mereka masuk ke blog kita .. Kemudian kita hidangkan 'makanan seenak mungkin' .. dan seterusnya terpulang pada penilaian mereka sendiri.. Samada mereka suka atau tidak , terpulang .. Bagi aku mudah .. kalau mereka suka , mereka akan klik butang FOLLOW dan tinggalkan komen.. Termasuk juga cik ANON tu.. walaupun komen mereka negatif termasuk caci maki , itu bermakna mereka sayang kat aku.. Yelah , komen untuk meningkat mutu blog aku.. Bab caci maki tu , aku maafkan je la.. Bagi aku , mereka 'masih pendek akal " dan 'kebudakan' lagi .. :)
Jangan paksa pembaca suka dengan blog kita .. Kita patut paksa diri kita untuk memikirkan dan mengeluarkan entri yang 'berbisa' .. Ya , berblog mmg ikhlas tapi kalau asyik dok dengan ikhlas memanjang tapi frust sbb tak de pembaca , pening gak kan ?
Kita ada kemampuan... buktikan yang kita mampu hasilkan penulisan yang bijak , sesekali sekala .. Sebab tu korang berani bukak blog ! Hanya mereka yakin dalam bidang penulisan akan memberanikan diri membuka blog !!
Jawapan soalan ke dua .. Berapa kali aku blogwalking ? Hurm... Aku akan blogwalking setiap pagi ... bila tunggu erl dan lrt.. hehehe.. malam ? Tak sempat.. nak blogwalking je , wife dah blogwalking belakang aku sambil menjeling ! Tak reti reti nak tidur ke ???
