Memula layan contest !
Pastu ada sale !!
Sale menda ??? Ni haaa…
Semuanya di http://mrsladysstylo.blogspot.com/
Memula layan contest !
Pastu ada sale !!
Sale menda ??? Ni haaa…
Semuanya di http://mrsladysstylo.blogspot.com/
Wah.. ini entri khas sempena hari istimewa ini .. Di update pada jam 11:11 pagi pada 11.11.11 , haaa.. Amacam ??
Memandangkan nombornya menarik maka gambar ini yang mana aku sempat tangkap tempoh hari di Temerloh menjadi satu detik yang istimewa bagi aku .. Yelah , kadang kadang kita ingat bila nampak ikan kepala 3 barulah itu sesuatu yang luar biasa sedangkan ada yang luar biasa berlaku disekeliling kita tapi kita gagal nampak !
Antara mendung , hujan dan di tempat aku berdiri , panas seminit kemudian .. SubhanAllah ..
Terkejut gak aku isu Chef Wan ni bila terbaca kat salah satu blog kawan kawan.. Ingatkan kes apa .. Bila baca , rupanya pasal anaknya , Chef Riz yang telah menipu dalam resumenya ..
Apakah yang dia tambah dalam resumenya itu ? Eceh.. Cam berita ‘perdana milik pembangkang lak aku neh..
“ Chef Riz sebelum ini didakwa memberikan profil mengenai dirinya secara kurang tepat di laman MasterChef Malaysia dengan menyatakan pernah bekerja di dua buah restoran terkenal di Amerika Syarikat iaitu sebagai 'Chef de Cruisine' di Babbo dan 'Sous Chef' di Le Bernardin. “
Kemudian Chef Wan keluarkan kenyataan ini di fan page Facebooknya..
Betullah kata Chef Wan tu ..
“Populariti dan berbakat akan membuatkan ramai orang tidak senang duduk dan cuba mencari kesalahan kita. “
Hurmm… entahlah … kadang-kadang kita terlanjur dalam mencari erti kehidupan di dunia ini walaupun kita tau apa yang sedang kita lakukan itu satu kesalahan namun bisikan syaitan itu lebih gemar kita turuti ..
Tahniah Chef Wan kerana bersikap tegas pada anaknya ..
Adeh .. macam tak nak bangun lak .. 2 dlm 1 mimpi aku selepas subuh tadi.. Sungguh la mainan syaitan.. Hahaha..
Yang pertama .. Nama aku naik sebagai salah seorang pelakon teater JUTA JUTA KE PUTRAJAYA
Terus terang aku kata , aku tak tau langsung pasal JUTA JUTA KE PUTRAJAYA ni .. Yang aku tau , mmg orang kat Putrajaya ni banyak yang ada duit juta juta .. tu je la.. eheh..
Mimpi ke dua ..
Aku mimpi aku buat photoshop ..iskh.. photo shoot dengan Erra Fazira sekali lagi weh.. Camana boleh berlaku ? Aku selisih dengan dia kat mana tah .. Dia terpandang aku pastu kata ..
“ I rasa I cam kenal u laaa.. “
Ecehhh.. mau tak bestnya bila artis kata gitu ! Perghh.. Pastu aku cita la kat dia .. Korang tak yah tau la apa yang aku cita.. Tu antara aku ngan dia je laaa.. Biarlah rahsiaaa .. Wekkk …
Bila dah abis bla bla ngan dia , dia .. dia ! Dia okeh ! Dia yang ajak aku bergambar ! Haaa.. Jgn tak tauuuu.. Dia okeh !! Sekali lagi … Dhia !! Hehehe..
Siap guna jurugambar profesional lagi okeh !! Maka g la satu tempat ni.. Kebetulan pulak ada photo shoot model antarabangsa .. Aku pon tengok la gaya model model tu.. Perghhh ..
Bila sampai turn aku… Baru nak bergaya … Wife kejut g kerja .. Adoiii… Tidakkkkk…. Tidakkk…….. Melepas nak bergaya ala ala model akhir zaman !!
Tepat pada 00.00 , 11.11.11 , entri ini dikeluarkan …
Doktor Hamid bagitau aku , jangan tanya dah pasni ! Hahaha.. Sbb terang terang nampak jantina anak aku tu .. Heehehe.. Maka , nama yang bakal aku nak bagi seperti Adawiyah , Delima , Adriana tak jadi dah.. Hahaha..
Tuah ?? Alhamdulillah .. Apa pon jutaan terima kasih buat semua sahabat yang sudi mendoakan kami sekeluarga .. InsyaAllah , blog ini bakal menjadi menjadi saksi pembesaran dia , sehari demi sehari .. Update dalam blog walaupun dia g sekolah n kena rotan ! Nak tau gak cikgu mana rotan tu.. Hahahhaha.. Hampeh ..
Bagi yang belum ada rezeki , jangan putus asa selagi bernafas .. InsyaAllah , rezeki Allah ni macam macam bentuk .. Kita antara sedar atau tidak saja ..
Sempena 11.11.11 ni , aku nak ucapkan jutaan terima kasih kerana setia bersama blog ini .. Anda semua terbaik !!
Demi masa depan yang gemilang dan terbilang .. aku dah join group K-POP dari Jepun neh .. Haa… amacam ?? ok Tak ? Cer bayangkan aku nari ala ala tango tu .. Pergh… tak sanggup nak bayang punya arr !
Hampeh ! Drama ok la nak layan.. Music ? Slow boleh la.. Lebih dari tu ? Hehe.. tak leh kritik , nanti aku kena santau dek peminat KEPOP neh !
Guwau je…
Pilihan no 1
http://hanadeylaradli.blogspot.com/
Dan no 1.1.1
Nur Hafiza Bt Sastery al Zaman Known as Fieza Sastery Was born on 29th of August 1993 p/s : NOBODY PERFECT
S.I.M.P.L.E ~
Nama diberi Nor Ain, Seorang yg peramah & suka berkwn coz berkwn biar beribu.. Seorang yg sederhana dari semua segi...
??
Pon tak tulis …
Di satu stesen minyak , kelihatan satu mamat ni memberhentikan kereta mewahnya lalu dengan bangganya keluar dari kereta tersebut dan ke kaunter untuk membuat bayaran mengisi minyak.
Ada sorang abang yang kebetulan sedang isi minyak di sebelahnya menegur..
“ Wah dik , cantik kereta .. Sendiri punya ke ? “
“ Main kasar nampak bang.. Mestilah .. Tak main la pinjam pinjam .. “
“ Bagus la.. Ada juga bangsa saya yang mampu pakai kereta mewah. Muda pulak tu.. Awek eh dalam kereta tu ? “
“ Mestilaah awek .. “
“ Seksi eh.. Tapi sayanglah , kereta mewah gini patutnya yang dibawa adalah isteri yang sah .. Baru best jalan jalan.. Tak rasa berdosa di hati .. Ni kalau bawak awek yang seksi , cam bawak satu beban besar pulak.. Tak terasa gitu ke dik ? “
“ Bang .. abang jeles ke ? Abang bawak myvi je kan ?? “
“ Eh , tak la dik.. Abang cuma nasihat.. Kalau duit banyak dah , nikah cepat cepat.. Baru best jalan jalan .. Cam abang ni , walaupun Myvi je tapi satu Malaysia dah kitorang pusing .. Tanpa rasa bersalah lagi ! Best wooo.. Halal lagi.. Buat la apa pon .. “
“ Huh .. Saya gerak dulu la bang … “
“ Yelah … hati hati .. Tu bawak anak dara orang tu .. Kalau anak dara sendiri lain la jugak .. Salamm “
Maka kembali kita fikir jika anak dara kita diusung orang yg tiada ‘kaitan’ di waktu malam atau bila bila masa tanpa pengetahuan kita .. Haih.. camana la agaknya yer ?
Alhamdulillah .. sampai jugak akhirnya ke Putrajaya .. Penat .. rehat pon belum terus update blog .. Terima kasih pada korang semua yang jadi peneman aku sepanjang aku berada di Kelantan dan Terengganu .. Support tak hentii henti malah siap ada yang suggest tempat tempat menarik .. Malangnya tak sempat nak singgah semua tempat disebabkan cuaca yang terlalu panas terik.. Aku tak leh kena panas.. Putera lilin lah katakan .. Heheh.. Tak la , aku cepat pening kalau terlalu panas..
Touch down tepat kul 11.30 malam kat rumah aku ni ha.. Rindu pulak tengok tangga dan modem broadband aku ni haa…. Rugi tak guna 4 hari.. huhu ..
Siap angkut semua barang .. On netbook color pink aku ni , terus check segalanya termasuk email dari awek .. Hurm.. Takde la pulak awek kasi email .. Kalau tak dulu .. ramai jeeee… Siap ajak kawin pon ada laa.. Tapi aku terpaksa tolak la.. Sbb ada dari Burundi la.. Dari London laa… Dari Nigeria pon ada laa.. Adoiii.. ingat aku kebuloq sangat ke kat depa semua tu ??? Aiyooo.. Tak sangka ada gak yang tertipu.. Haih..
Check keyword . Semalam punya , ok je .. tapi awal pagi ni , mengarut daaahhh …. Anak sapa tak tidur lagi ni ??? Keyword seawal pagi ni ..
“ Aksi Peramugari “ dan “ Cara ajak awek main “ ..
Sebenarnyakan , banyak lagi tau cara mangkuk mangkuk lahanat ni menyebarkan virus yang merosakkan minda anak muda kita ni .. Antaranya melalui sms .. Perghh.. lahanat sungguh… Klik je , terus ke web dia .. Haih….
Entahlah apa nak jadi dengan dunia skang .. Tak nampak ke apa dah jadi dengan negara jiran kita ni … Hurm… Wallahualam..
Nak beli mana satu eh ? Motorola baru keluar dengan Motorola RAZR ..
Htc dengan HTC Sensation XE ..
Samsung ? Blackberry ? Setakat ni , belum mampu menawan hatiku ini .. Hehehe ..
Jadi , antara Motorola dengan HTC ni mana satu pilihan hati aku ? Hurm.. hurm.. korang tau punyaaa…. Aku tetap pilih HTC kerana sejak aku guna Tytn 2 dan Desire HD , aku sangatlah berpuashati .. Tapi HTC HD2 yang guna platform windows , aku menyesal la membelinya ! Hampeh ! Hampeh sbb guna windows mobile .. Adoi.. sangat tak best !
Motorola RAZR walaupun menarik tapi masih belum mampu membuatkan aku berpaling dari menggunakan HTC .. Ini kerana aku yakin dengan ‘kemampuan’ HTC berbanding MOTOROLA yang baru ‘join’ dunia smartphones ni .. Namun begitu , ada ciri-ciri RAZR ni mmg best laa… Kira mampu mengoda aku gak la.. Jika tiada HTC ni , mungkin RAZR pilihan aku..
HTC Sensation XEpula didatangkan kali ni dengan beberapa ciri-ciri yang sangat menarik jiwa aku … Sebenarnya Sensation XE ni lebih sesuai dengan perempuan tapi aku tak kisahh !! Kalau ada duit terpijak atau sapa sapa nak sponsor , aku nakkkkk punya … Heheh.. Gila ! Harga dipasaran , aku tak pasti tapi aku rasa mampu dimiliki punya ..
HTC FOREVER !! Ahaks .. Iphone ? Erk…
Kalau blogger otai tulis pasal itik berak kapur , pon mesti ramai like punya kan ? Mesti ramai setuju kan ?
Aku tak setujuuuuuuuu .. Nape ?? Mula mula , kita selak semula kitab blogging kita .. Apakah itu blogger otai ?? Otai merujuk pada OLD TIMER atau dalam bahasa pasarnya , ORANG LAMA la kan ..
Berapa ramai orang lama dalam dunia blog ni punya pembaca setia atau sekali update beribu ribu ribu ribu orang mai masuk baca ??? Haaa… Serius kata , Dalam 10 tu , belum tentu lepas 5 !! Lagi 5 tu , menulis kerana sememangnya mereka suka menulis tanpa apa apa ‘balasan’ pon ..
‘ Blogger otai ‘ kedua merujuk pada blogger blogger yang punya ramai pengikut atau follower .. Jangan tak tau , ada yang baru blogging tahun ni pon dah meletop letop cam gunung berapi ! Apakah mereka juga layak digelar otai ? Ada yang akan kata YA dan ada yang akan kata TIDAK !
Kesimpulannya , bagi menarik pembaca ke blog kita , kita perlukan satu aura dalam penulisan kita ! Dapatkan aura itu , kemudian apa yang perlu kita buat untuk awalan dalam dunia blogging ni ialah promosikannya.. Itu yang paling susah .. Tetapi dengan gabungan kedua dua itu , insyaAllah …
Aku sendiri pon mengambil masa lebih setahun untuk mempromosi blog aku ini .. Namun sehingga kini , aku masih jauh ketinggalan berbanding blogger yang baru berblog tetapi telah berjaya mempunyai ribuan pembaca setiap hari ..
Dalam erti kata lain , JANGAN MUDAH PUTUS ASA JIKA INGIN BERJAYA DALAM APA JUA BIDANG ! JANGAN CEPAT BERI ALASAN ATAU MENYERAH KALAH ..
Semangat aku pada mula berblog , ‘BAGAIMANA AKU NAK KASI MEREKA YANG POPULAR DALAM DUNIA BLOG INI TAHU AKAN KEHADIRAN BLOG AKU INI ???? HELLOOOOO , SAYA BEN ASHAARI ..”
Cabaran yang aku pikul … dan aku sukakannya..
Bila update entri , muka kena keras .. Menunjukkan betapa seriusnya anda walaupun entri lucu ..
Makan minum depan komputer .. tak kira masa.. Rehat bila untuk solat , g tandas atau tugas tugas penting .. Dasat tak ?? Dasatkan ? Haaa… Ok , yang ni jangan ikut ! Hahahaha.. Ni tips sesat !
Apa saja boleh dijadikan entri bila kita kreatif ! Otak kena senantiasa ligat mencari idea .. Jangan pandang pintu keluar itu , cuma pintu keluar.. Ada kalanya pintu keluar itu boleh jadi pintu masuk juga kan ? Tak faham ? Faham kan !
Sebenarnya , semua tips di atas tak boleh dipakai sangat terutama buat mereka yang kurang berbakat dalam bidang penulisan ..Maka apa yang perlu dibuat ialah ‘nikmatilah dunia blog ini sebagaimana kita menikmati keindahan Allah’ .. Barulah kita tau apa yang patut kita buat dengan blog kita tu ..
Jangan paksa , nikmati saja ..
BERITA BAIK buat semua BLOGGERS!
Adakah anda benar2 pencinta handbags? Sertai sekarang!!
"I Luv Handbags CONTEST"
Dibawakan khas oleh:
Iskh.. aku kalau kering idea , aku takkan update .. aku akan biar blog aku tu dari entah apa apa yang akan aku update .. Mungkin itu pendapat dia yang mungkin tidak beberapa ikut sangat blog aku ni .. Tak pe , perkara kecik je ..
Pada entri Tiru gaya awek blogger .. Edisi boring dan Tip malam pertama : Gaya mengoda isteri yg status anak dara ini , sebenarnya jika diamati ianya satu entri yang punya maksud yang lain .. Aku menyampaikan dalam bentuk yang tersendiri.. Seperti yang pernah aku kata dulu , blogger sesekali kena kreatif.. Jangan hanya ingat artikal yang panjang saja mampu membuatkan pembaca berfikir sebaliknya gambar juga punya peranan tersendiri.
Yang kedua , sesekali aku nak tonjolkan yang blog aku ni bukanlah blog serius memanjang .. Tak best la kan .. Kang ingat blog aku ni cam MASTIKA lak atau ensiklopedia mahupun wikipedia.. Boring la kan ..
Amik contoh Rowan Atkinson.. Kreatif dalam komedi . Simple tapi ada makna.. Berapa ramai yang rasa dirinya lawak tapi gagal buat penonton ketawa ?
Aku bukanlah terasa.. Terpulang pada memasing punya pendapat tapi bagi aku , blogger haruslah bijak memainkan emosi pembaca ..
Aku aku !! Tak lama lagi , aku punya besday lak.. Nak pos hadiah tak ? Haaha.. makasihhh ..
Kajian dari Dato Dr.Hj Fadzilah Kamsah berkaitan rahsia bulan kelahiran ni aku rasa cuma satu kajian je.. Tak perlu la nak percaya sangat pon .. Tapi la kan , banyak jugak yang sama ciri cam yang aku ada .. Heheh.. Satu kebetulankah Dato ?
Hurm.. terutama tang banyak berfikir , kurang bercakap tapi mesra.. Tapi bila dah mula bercakap , tak banyak berfikir dah ! Tu dah jadi mengarut .. Hahahha..
Apa pon , suka la kajian ni .. Hehe.. Thanks Dato.
Hahahahahhaha …. hahahahhahaha … hahahahhaha…
Bengong la orang yang cari menda neh !! Ada ke nak cari bab zakar ?? Adoi.. ni mesti golongan spesis yang Ambiga pertahankan tu eh ?
Adoi.. bawak bawak insaf la woiiii … Jangan nak menyedap atas dunia ni ! Haih , yang haram tu jugak laaa dok carinya .. Tuuuu , ramai perempuan cun dok ada tuuu.. Bersepah atas dunia ni ! Yang g cari berbulu kat bibir tu pahal ? Tak geli ke misai bertemu misai ? Aiyok ! Tak rela uuu… rasa cam cium singa lak ! Haahahha.. Tak leh nak bayang .. loya tekak !
Cuba tengok yang kat atas ni lak .. Haih , macam macam laa budak skang ni dok mencari dalam internet.. Cuti sekolah dah dekat ni .. Jadi aku harap ibubapa , pantau pantau la laptop atau komputer diorang ni .. Bataskan penggunaan internet mereka .. Bagi mereka online waktu korang ada jer …. Faham-faham je la masalah sosial dunia skang ni .. Kalau tak kita jaga , takkan nak harap jiran sebelah kan ?