BEN ASHAARI



Ahhh.. menyopping diri kat FABULOUS MOM membeli barang baby kat sini . Bukan aku tapi orang rumah aku dan kawannya , Kak Min ( nama glamer ) ..


Murah ? Katanya murah ..  Akan ada sale nanti di Mid Valley dlm bulan depan..


Banyak gak barang kat sini .. hehe .. Senang bg mereka yg malas berjalan byk.. Cari je kat sini .. Nak cari tempat ni , cari One Utama dan kemudian cari balai polis .. hehe.. pastu cari sendiri .. hehe.. Jangan marah arr.. Cari CIMB yg besar .. Terletak atas BSN ..  ok ? Cool ?


Wachaaa ..


Published with Blogger-droid v2.0.4
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Solat Jumaat seperti biasa di masjid berhampiran rumah aku ni .. Dan port biasa aku nun kat luar bawah khemah .. Dan pastinya akan gunakan tikar dan sejadah mudah alih tu.. hehe ..

Masuk waktu solat .. Masing masing amik kedudukan .. Dan bersedia untuk bersolat. Tiba-tiba ada sorang budak ni mintak sejadah yang aku bawak sendiri dari rumah kerana khuatir tak cukup sejadah .. Tapi hari ni , aku ada tempat dan sejadah tu tak digunakan lalu aku bagi kat dia .. Satu saf dengan aku .. ok la..

Cuma aku terfikir sejenak .. Apakah aku akan sedekahkan terus kat masjid tu ? Tapi tu bukan sejadah aku.. Wife aku punya. Takkan aku nak sedekah tanpa mintak izin dia .. Ah , sudah ..

Selepas selesai solat , aku fikirk masak masak .. Kalau aku sedekah kat sini , salah lak sebab bukan harta aku .. Ganti semula ? Memang boleh tapi masih bukan hak aku ..

Aku pandang ke arah budak yg amik sejadah kat aku tadi. Tak pulak dia nak pulangkan kat aku. Mungkin dia ingat sejadah masjid .. Tak pe .. Pk yg baik baik. Aku amik sejadah tu dan berlalu pergi.

Rasa ‘berdosa’ pon ada tapi macam aku kata tadi , bukan hak aku dan aku tak boleh buat gitu !

Kecil tapi besar !

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Lanjutan dari entri pertama di SINI

 

image

Gulp .. Tak mustahil sebenarnya. Ini mmg banyak berlaku bila ‘jantan’ naik angin  dan bertindak diluar batasan manusia . Kira haiwan pon tak pukul bini dia woo .. Yeke ? Tah .. Aku rasa la.. Aku tengok kucing ok jeer .. hehehe ..

“ Ani dilaporkan telah ditendang dan dipukul oleh suaminya, Zairi Azmi atau Ayie,37, bekas anggota kumpulan muzik Arrow dalam kejadian di rumah mereka di Desa Rejang, Kuala Lumpur pada Khamis.

Penyanyi dangdut itu mendakwa kepalanya turut dihentak ke dinding hanya kerana selepas dia meminta suaminya itu membeli sarapan pagi.” – Mstar

 

image

Ani Mayuni bersama suaminya .

Hurm .. Ada yang tinggalkan komen kata takut nak kawin sbb kes kes ginilah .. Alahai , cari la yang berakal . Semua ni boleh nilai dari sebelum kawin lagi .. Kenali hatinya . Jangan terlalu ikutkan nafsu cinta tu . Buta mata hati nanti . Bila bercinta , jangan lari dari agama. Kalau sebelum kawin pon dah nampak mengarutnya , baik putus sebelum menyesal ..

Takut kalau orang tu berpura-pura .. Macam aku kata tadi , bawa cinta korang tu ke jalan Allah. Mungkin pada mula dia berpura-pura , tapi sapa tau Allah berinya hidayah ?

Banyakkan berdoa dan minta petunjuk dari Allah. Korang tau kan camana caranya ? Kalau tak tau , ni masanya untuk belajar ..

Berbalik pada Ani Mayuni , selesaikan dengan cara baik . Undang-undang ada , maka gunakan. Tak perlu panjang lebar atau cerita di Facebook lebih lebih . Akan jadi ‘bahan’ je nanti ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Pergh .. Tak sangka .. Cantik punya nombor woo .. Kaya ! Kaya ! Kaya ! Orang cina kata 8 nombor lapan ada ‘ong ‘ .. Hehe.. Sekadar kepercayaan mereka .. Kita tak perlu nak komen apa apa yer .. Masing masing ada pegangan dan kepercayaan , kita hormati dan aku tahu batasan aku .. Rileks okeh !

Cuma aku nak bagitau je la .. Komen diblog aku dah pun mencecah angka tersebut .. Tu pun aku tak balas membalas  komen .. Skit sangat je pon aku balas.. Leh kira laa .. Pemalas aku nih ! Serius .. huhu .. Dari dulu yer ! Bukan dah top ni baru malas .. Maaf la eh..

image

Terima kasih la yer , sbb sudi tinggalkan komen samada membina atau tidak , aku terima jer .. Tapi yang memusnahkan tu , aku musnahkan la.. Elak dosa laa .. Kang berperang dalam blog ,aku gak kena tanggung dosa kan .. Hehe ..

Mesti ada yang tanya , camana nak dapat komen banyak-banyak ni ? Ada banyak cara sebenarnya .. Kena fikir skit cara nak berkomunikasi dengan pembaca setia kita .. Erk , yang tak setia tu ??  Semua setiaaaa .. Setia tu bukanlah tukang angguk tapi mereka akan masuk blog kita hari hari dan membaca entri kita. Kalau ada tak kena , mereka akan tegur .. Haaa.. Tu la dia pembaca setia bagi aku .. Kalau mereka tak tegur ? Ala , hak mereka…biar je la.. Aiyoo.. tu pun nak tanya ke ?

OK ok .. tutup bab komen .. Aku kasi tips camana nak tingkatkan komen kat blog ..

 

Kes ni lama dah berlaku lagi.. Tak kira pada zaman mana sekali pon .. Hehehe.. Tapi yg pasti ianya berlaku ..

Apa pendapat korang mengenai bf/gf yang siap mintak izin untuk pergi ke mana mana ? Kalau diorang tak kasi , maka tak g la.. Duduk rumah tangkap nyamuk la jawabnya ..

Haa.. cer citer skit !

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

5 lagi blog baru untuk malam ni .. Ikutkan aku malas nak update blog tapi entah , macam ‘tak makan malam’ lak rasanya .. Boleh je tak update tapi tak adil bagi ‘mereka’ … kan kan ?

OK .. 5 lagi blog pilihan ..

  1. whats on your mind & what comes out your mouth, sometimes has to be different for the sake of goodness - : miSs stRawberrY storY ::
  2. Hey , Thankz 4 read my profile . My name is Nurhidayah . but u can call me yaya or famously , Kewchik . I love to be a good friend but there's some people who is really make me annoyed bcuz his mouth very **** .want to be my friend ? , Please be nice person . I need a friendship , not friendshit . Oke bye . Tc - ☆ Only me ★
  3. Maza Rizal /18 tahun /Kolej Matrikulasi Perak /Accountancy - PURPLE blog
  4. Seorang blogger kreatif & berdedikasi dlm mengutarakan sebarang isu di laman maya.. - Harimau WanzeT
  5. Aku si penggemar pena yang tak peduli pada pihak yang dengki. jadi jangan buang masa mengherdik aku sebab aku tak ambil port. paling tidak pun aku cipta satu kisah sambil minum nescafe bersama senyuman melebar dan kata "ada juga orang ambil kisah pasal aku ,oh! hidup indahnya" oh ya! ini separuh dari aku. separuh lagi biarlah tersimpan. - si penggemar pena

 

Keputusan CERMIN MATA dan BLOGGER , nanti eh .. Bagi yang belum membacanya dan memilih yang kreatif , boleh baca kat SINI ..

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

image

Aaahh .. Terjebak jugak aku tengok drama Dingin Lavenda ni .. Tau kenapa ? Aku tak ingat langsung drama ni tapi disebabkan satu je !! Tau apa dia ??

“ aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta “

Haaa.. pasal lagu ni laaa .. Aku tak tau sapa nyanyi dan liriknya tapi bila berkumandang kat tv , automatik mulut aku ikut serta menyanyi . Tapi berterabur la .. Hehe .. Google , baru tau .. Dadali , Di saat aku mencintaimu ..

Bila aku duduk tengok , rupanya dah 2-3 episod aku layan drama ni cuma tak minat sangat jer la .. Kira nasib baik ada ‘pemanis’ kat drama ni yakni jalan ceritanya yg ‘ada cerita ‘.. Hehe ..

Dan aku mula update status aku di FB mengikut babaknya .. Hehehe .. Yang pasti , aku kena gelak la .. Hahaha .. Tak kisah la .. Aku kan ada taman dalam hati .. Eh , dalam hati ada taman ..

Aku tak dah episod ke berapa dah Dingin Lavenda ni .. Cuma bagi aku , drama ni boleh layan di kala rangkaian lain ceritanya tak menarik .. heheh ..

Download ? Nehh .. g je la tengok kat TONTON tu haa ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

" Bang, belikan air kelapa nanti yer .. "


Jawapan aku .. kalau ada jual , belilah nanti .. Walaupun sebenarnya aku malas nak beli sbb nak kena  berebut  tapi aku singgah beli gak la .. Siap ngan pisang goreng lagi koo ..


Kenapa ?? Apa susahnya nak susah sekejap nak dibandingkan dia susah lagi dok mengandungkan anak aku kan ?


Ada otak , gunakan .. Bukan takat isteri je , ibu ayah yg dah berkorban utk kita .. Bila mintak sesuatu terus kata 'ah ' ..


Hurm .. selagi mereka disisi kita , hargailah ..


Published with Blogger-droid v2.0.4
Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

clip_image001

Musuh utama wajah kita terutamanya wanita adalah masalah jerawat.. bila tersalah memilih produk wajah, habis la jerawat tumbuh di muka seperti cendawan tumbuh selepas hujan kan..

Anda tahu tak air susu ibu boleh sembuhkan jerawat?

Saintis di Amerika Syarikat telah mendapati sejenis zat yang terkandung dalam air susu ibu memiliki potensi yang besar dalam mengatasi masalah jerawat.

Zat itu ialah asid lauric yang juga dikenali sebagai agen antibakteria, kandungan asid lauric dalam air susu ibu mencapai sekitar 45-50% ! Wow.. info ini amat berguna untuk kita atasi masalah jerawat yang sentiasa membelenggu kaum hawa..

Jadi, di mana kita nak dapatkan asid lauric yang semulajadi seperti air susu ibu?

Jawapannya ada di SINI

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Wahahah .. Hero pujaan negara tukar lagi aweknya . Yeargh.. Caiyok bro ! Ong Kim Swee tak kisah punya sebab ni hal peribadi. Janji datang latihan dan jangan kasi bolos itu gawang gol dah la kan . Lain , lu punya hal ! Hehe .. Jangan marah coach .. lalala …

Haa ..berbalik pada kisah Apek ni , dengarnya dah ‘buang’ awek dia , Dahlia tu untuk bersama awek cun ni .. Pergh.. cun saja dia carik yer .. Hehe.. Terbaik bro ! Ni baru jantan .. hahaha ..

Betul atau tidak kisah ni , seperti biasa .. entah laa.. Tapi kecoh sudah la di ruangan maya ni .. Cam biasa la kan .. segalanya bermula di ruangan maya dan dinafikan di ruangan akhbar akhirnya naik juga ke jinjang pelamin .. Kan Yusry kan .. Kan Lisa Surihani kan ?

 

image

Nak tau lagi kisah Romeo dan Juliet  ni , korang leh baca kat blog SINI .. Best part .. Dengarnya si Leuniey sanggup putus tunang kerana Apek ! Caiyok arr.. Betul atau tidak , Apek oh Apek , “ awak je la yang tahu .. “

Ni orang kata , kejutan budaya.. Go Safee Sali ! Anda terbaik !!

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

image

Patut laaa .. Memula aku pelik , kenapa kat pejabat , atas meja perempuan wajib ada cermin ! Haaa… Mesti nak usha kot kot hari ni bulu hidung dah panjang kan ? Takut terkeluar gitu.. Auww..

Hahaha.. Aku gurau je arr.. Yelah , cermin tu nak bagi keyakinan kan ? ( Konon ) .. hahaha .. lariiiikkk ..

Haa.. berbalik pada tajuk .. Ni ada orang carik kat blog aku .. Pastinya mengenai kebersihan diri seorang wanita tu kan ? Kalau bulu hidung terkeluar , bayangkan yang lain ! PErghh.. Tak leh bayang punyaaa .. hehe .. Pstt , jgn ingat yang cantik tu bersih yer .. heheh ..

Ok ok .. ni bukan isu mengumpat di hari Jumaat sebaliknya isu hygene .. Kebersihan diri .. Tak kira lelaki atau perempuan , sila belek semua diri kita ,termasuk aku .. 

Arghh .. nak lagi pengotor ? Korek hidung , sapu kat pemegang ekslator tuu .. Pastu orang lain pegang .. huhu .. Moral , jgn pegang !

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

“ Penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam.

Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.

Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.

Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya. “

 

Kesian .. laki jenis belasah isteri ni , banyak wujud kat muka bumi ni lagi .. Suka benar belasah isterinya sendiri tapi dengan kawan kawan , cam kucing bulu tebal tu .. apa nama , frieskies ? Hahaha..

Serius la … Dayus lelaki yg pukul perempuan ni ! PENAKUT ! Kalau berani sangat, g la Palestine tu haaa .. Ni ngan kaum lemah , berani tunjuk hero ..

Kot ya ada apa salah sekali pun , settle cara baik. Tak suka kalu , kasi cerai jer .. Yang nak simpan dan belasah tu nape ? Cuma satu je persoalannya .. Banyak dah kes-kes gini dilaporkan .. Cuma , tindakan penguatkuasaan camana yer ?

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

image

Waaahh … Aku minat novelis ni , Ahadiat Akashah .. Huhuh.. Cuma tak ingat pulak samada novel ni aku dah baca ke belum . Aku bukan spesis ingat tajuk punya .. Hehehe.. Dan , aku pinjam je kebanyakkan novel. Ada yang beli tapi member pinjam , dia dah buat harta sendiri. Apa nak buat , mmg aku beli untuk kawan kawan buat harta ..

Filem UNTUK 3 HARI yang diadaptasi dari novel itu lakonan sepasang suami isteri yang tidak asing lagi iaitu aku dan wife aku laaa …. Hehe..Acah je .. Vanida Imran dan suaminya , Rashidi Ishak .. Sapa yang arah ? Hehe .. Afdlin Sauki woooo .. Boboiii boii ..

Filem UNTUK 3 HARI ni bakal menemui peminat pada bulan Mei atau April nanti ,insyAllah … Jadi korang  yang minat filem filem begini , sabar la yer .. Cuma aku rasa kalau keluar pada bulan April , susah sikit woo.. Sebab ??? Banyak filem menarik keluar pada bulan tu . Kang bersaing dengan flem hollywood lak.. Haa , rugii wooo ..

Apakah aku akan pergi menonton filem ni ?? Persoalan yang menarik tu ! Terima kasih kerana mengajukan soalan itu. Jawapannya , tungguuuuuuuuuu selepas iklan ini …

Laalalalla …

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Selesai tugasan aku hari ni .. Dapat spa free kat Spa Village ,Ritz-Carlton Hotel  .. Urut kaki je pon .. Hehe.. Tapi ok la.. Dapat belajar sesuatu kat sana ..  Tu aku cerita lain nanti eh ..

Lepas tu , cam biasa balik terus ke Putrajaya . Ingat nak singgah umah orang tua aku kat Cheras tapi sian pulak kat wife. Esok dia kerja.

Maka keputusan dibuat setelah perbincangan meja bulat dilaksanakan dengan penuh berhemah dan toleransi iaitu terus je balik rumah tapi singgah dulu Kampung Pandan untuk makan malam. Lapar banget dong ! 

Wife teringat nak makan kat area Kg. Pandan. Aku tak gemar sangat dah sebenarnya sbb byk sangat pengalaman kat sana. Maklumlah , aku sekolah dulu pon area tu gak ..

Singgah satu restoran tepi jalan ni. Bagi mereka yang biasa dengan satu restoran Yong Tau Foo yg cukup popular , ada satu restoran kat depan dia .. Restoran tu la  kitorang singgah makan memandangkan ramai pulak singgah situ ..

Wife teringin nak makan yong tau foo tu .. Aku suruh dia g tengok dulu manakala aku masuk untuk cari tempat duduk dulu di restoran memula tadi ..

Tak lama kemudian wife datang dengan muka kelat..

“ Habis .. “

Dia kata , baru masuk je restoran yong tau foo tu terus pekerja dia kata ‘habis’ tanpa bagi senyuman atau salam .. Hehe.. Aku tauuu .. Mesti ada yang nak kata , diorang penat tu .. Kena la faham gak kan ? Tapi jangan la lupa , yang masuk ni pelanggan . Tanpa pelanggan , camana tu ? Takkan mampu koma kot untuk lemparkan senyuman ? Jangan bagi alasan yang tak profesional ..

Hurm .. apa lagi , order je la apa yg ada kat restoran memula tadi tu .. Keow Teow Tom Yam dan mee goreng basah je .. Tak lama kemudian , ramai orang datang makan kat restoran tu …

Best part .. air sampai .. makanan ? Orang yang sampai kemudian dari kitorang , dah pun dapat makanan dan kitorang masih ternanti nanti ..

Sabar lagi .. Satu keluarga ni , dah selesai makan .. Tapi akak tu cam bengang . Dia kata masakan kurang itu ini.. Makan besar tuu.. Tapi byk tak cukup ! PErghh.. Dia hangin satu badan tu ..

Sejam berlalu .. Bau tom yam pon tak de !! Kali ni wife aku lak hangin . Dia ajak blah je .. Aku kata , kita tunggu sikit jam lagi .. Heehehe..

Sikit jam jadi banyak jam . Aku bg cadangan , makan satay dulu.. Order satay .. Tak sempat kentut , sampai dah pon satay dan makanlah kami termasuk bawang , timun dan juga kuahnya sekali !Lapar gila wehh .. Kalau letak singa depan kitorang pon , sahih kitorang makan punya la.. Tapi aku tau , kitorang kena makan dulu la kan !

Satay abis dan makanan tak sampai sampai ! Ok ! Dah capai had dah .. Bangun dan terus g bayar ! Weh , akak tu wat muka selamba je..

“ Yang ni kira kansel je la yer  ? “.

Wife bebel kat dia .. Tau dia kata apa ?

“ Kertas order tu tak tau mana letak .. “

Boleh ???  Adoiiiii .. Aku rasa macam nak g balik je Spa Village tu dan suruh urut kaki aku lagi ! Rasa cam nak … Haa ..

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Ada sorang rakan di FB yg tagged aku skali ..

image

Hurm .. budak ni , aku tak salahkan dia .. Dia keliru dengan hatinya. Mungkin belum terima hidayah atau memahami erti keimanan pada Allah. Doakan yang terbaik buatnya .

Aku tak rasa tu nama betul dia jadi tak perlulah aku nak hitamkan nama dia .. Yelah , mana ada orang guna nama betul sangat dalam FB ni kan lebih lagi bila nak tulis mengarut !

Entah la.. macam dalam entri aku Facebook bawak bala ! tadi tu .. Segalanya sbb dah ‘terlalu’ bijak dan mudah . Kesannya , jadi mangkuk sekejap.

Kekadang kita gitu gak cuma tak ingat jer bila dan kenapa . Semoga rakan-rakan maya kita menegur bila ada melakukan kesilapan.. InsyaAllah ..

Share
Tweet
Pin
Share
29 comments

 

IMAG1475

Haaa… botol susu aku tuu .. Hehehe .. Caya ke ? Kalau caya tu , pasti ada masalah ngan penglihatan ..

Botol untuk baby laaa .. Wife beli online kat kawan dia .. Dia kata kawan dia tu doktor. Jadi leh dapat murah skit la dari harga kat pasaran . Berapa tu , aku tak ingat la pulak .. Yang aku ingat , bukan duit aku .. Hahaha .. Duit dia pon sama gak la duit aku .. Duit keluarga namanya .. kan kan ? Hehe ..

Baru je sampai hari ni.. Dia order minggu lepas rasanya . Penghantaran terus sampai ke depan pintu pejabatnya . Senang , tak yah g shopping mall dah .

Menurut wife , jenis ni ok untuk baby baru lahir. Yang dah lama  lahir cam ayah dia  , sesuai guna botol kicap jer .. Mengada nak botol gak ! Caitt ..

Ini terbukti , pembelian secara online pon boleh dipercayai walaupun bukan 100% .. Ada yang kena temberang hidup hidup.. Orde biawak , dapat cicak .. Mintak sutera bagi plastik.. Harga sama gak ! Tensen kan ?

Kalau dapat yg betul tu , alhamdulillah … Apa lagi ?? Aku nak try satu dulu laa.. Letak susu protein aku ..

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

Hahaha … Takkan tak tau kot minyak ni ?? Aiseymaann , teruk arr korang neh  .. Mengada la pulak ayat aku .. he..sori eh ..

IMAG1474

Minyak Yuyi Cap Limau ni disyorkan oleh mak aku untuk kegunaan luaran jer .. Dalaman , cari pasal kalau guna .. Kalau lenguh-lenguh , sapu je kat bahagian lenguh tu , pastu suruh Neelofa atau Aaron Aziz urut , confirm ilang lenguh punya  .. Hahah.. Tu tak pakai minyak pon leh ilang kan ?

Ok , serius .. Aku yang dah try minyak ni ternyata memberi pulangan yang hebat ! Yelah , aku kan selalu g gym dan kekadang tu ada la tersalah urat terutama kat leher tu .

Juga sesuai untuk budak budak yang kembung perut .. Mak atau bapak budak pon leh pakai .. Aku pun penah cuba gak la dengan sengaja menyakitkan perut aku dan keluar masuk tandas sebanyak , hurm.. kira sampai merangkak laa nak ke tandas tu .. Ternyata bila sapu kat perut , dengan izin Allah .. lega wehh .. Lena diulit mimpi wehh !!

Sori yer .. ni bukan iklan berbayar .. saja nak berkongsi info ni .. Kongsi minyak tarak arr ! Dan minyak yuyi cap limau ni takde kaitan dengan raja yoyo atau Yuyu Zulaikha …

Sekian . Kalau nak order minyak ni , g je Mydin yang berhampiran dengan rumah aku .. Leh pekena nasi kandar sekali ngan aku kan .. Bila lagi nak dating .. Hahaha .. Wife jeling dah tu .. hahaha..

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Laaa .. tadi kan aku ada buat satu entri bertajuk Facebook bawak bala ! yang mana sorang budak sekolah umur 15 tahun gara-gara berperang dalam FACEBOOK ..

Sekali bila aku baca kat Kosmo lak , muka dia sama tapi ceritanya lain lak  !! Berebut pakwe  ??? Biar betul .. Takkan la bergaduh di FACEBOOK kerana berebut pakwe atau tuduh menuduh pasal lelaki tak abis sekolah tu lagi ??

“ Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini teruk ‘dikerjakan’ sekumpulan 15 pelajar perempuan lain gara-gara pertelingkahan berebut teman lelaki sehingga mangsa terpaksa dimasukkan ke hospital. “ – Kosmo

Hahaha .. Lawak la korang ni ! Sekolah tak abis lagi , makan pun mak bagai bagi makan , yuran sekolah setahun sekali tu pon mintak kat mak bapak , ada hati nak bercinta ? Kalau nak bercinta monyet sekali pon tak payah la buat kerja kerja yang ‘monyet’ selalu buat yakni berebut makanan ! Ni berebut jantan ! Budak laki tu baru diterima masuk kelab Pelita Jaya ke ??? Aiyoooo .. Bikin malu keturunan laaa ..

Kasi abis belajar dulu laa .. Bela mak bapak dulu , baru pk nak bela laki ! Serius arr .. Toksah la mengada nak bercinta kalau kena gigit semut pun jerit nama mak lagi !

Huh ! Masuk angin keluar asap !

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

image

 

Aih , cinta muka buku … Muka buku lima .. Muka buku lucah .. Muka buku fitnah .. muka buku macam macam lagi laa ..  Dan , mereka yang dok menghabiskan masa dengan FB ni pasti tau akan karenah dunia FB ni ..

Terbaru , seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dibelasah, termasuk dipijak dan ditendang sekumpulan kira-kira 15 pelajar perempuan dari sekolah sama berhampiran sebuah sekolah menengah di Kangar , Perlis , gara-gara perang dalam FACEBOOK ..

Kenapa , mengapa , apa terjadi tu korang leh g baca kat Bharian Online hari ni atau beli je akhbar kat kedai buku atau pinjam kat tokey mamak berhampiran. Pastikan ada tanda halal di restoran tu dan bergred A !

Inilah dunia FB … Mereka yang tak reti gunakan FB ni akan timbulkan masalah . Entahlah , seolah olah agenda yahudi nak merosakkan  dan melalaikan umat Islam ni macam dah tercapai ..

Sepatutnya FB ni , kita amik peluang dengan menambahkan lagi kenalan , mengeratkan lagi persaudaraan dengan cara yang lebih berhemah dan sopan .. Tapi yang jadi , kebanyakkannya lain..

Pagi pagi , boleh baca status yg negatif ..  Positif tu mmg ada tapi yang biasa mendapat respon adalah negatif .. Hurm ..  Dan paling menarik , ada yang letak gambar begini dengan penuh rasa bangga !

image

Ni baru satu yang terkantoi .. Ada banyak lagi .. Maka , mereka yang ada anak tu , periksa periksa la akaun Fb anak anda tu.. Dan , jangan lupa periksa juga beg beg mereka . Biar mereka benci anda sekarang dari membencinya kemudian hari !

 

 

IKLAN

image

http://www.qesahqasehqmaridh.com/

Share
Tweet
Pin
Share
29 comments

 

“ Boleh ke bayar tu ?  Bukan pe , kat Malaysia ni pon banyak pemain tertunggak gaji dia sampai ada yang terpaksa .. haa.. Sendiri fikir la kan ..

Tapi tu kat Malaysia kan ! Ini kat Indonesia la cerita kan ! Hurm… Pelita Jaya .. Dah la ari tu FIFA nak haramkan kelab ni , pastu  nak ‘cerita’ lak tentang gaji beratus ribu ( RM ) ?? “

 

Tu yg bermain kat benak aku bila dapat tahu mengenai tawaran baru Safee Sali . Bukan menidakkan bakat Safee atau rezeki dia tapi Pelita Jaya ni haa..

Aku yang lama dah tak ikut perkembangan bola sepak dunia , ternganga bila Safee Sali berminat nak main kelab Pelita Jaya .

“ Pelita Jaya ??? Kelab apa tu ?? Takkan abis pilihan dah kot “

Itulah yang ada dalam fikiran aku , masa itu !

image

Kemudian aku baca akhbar hari ini , Kosmo.

“Kontrak dua tahun itu menawarkan pakej bernilai lebih RM2 juta termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai yang dibayar oleh kelab, tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh kelab dan penghormatan sebagai kapten Pelita Jaya FC. “

Pergh .. Biar betul ??? Kelab kat Malaysia yang kaya pon belum tentu leh offer cam ni .. Aku baca lagi ..

“ Safee juga akan diberi peluang bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus apabila ada peluang dan sesuai dengan tempoh pendaftaran yang ditetapkan oleh liga di negara-negara berkenaan. “

Kelab-kelab milik Pelita Jaya Cronus ? Amboi .. banyak sangat ke ?? Aku sambung lagi baca ..

“ Selain Pelita Jaya FC, kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus, termasuklah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain di AFC Champions League 2012, CS Vise di Belgium, kelab divisyen dua di Liga Belgium dan SAD Uruguay sebuah kelab remaja di Uruguay.

Pelita Jaya juga mempunyai hubungan yang amat akrab dengan beberapa kelab lain di dunia seperti lima kelab di liga Brazil, antaranya Flamengo FC dan beberapa kelab di Eropah terutama di Belanda, termasuk Ajax Amsterdam FC.

“Pelita Jaya Cronus pernah memiliki sebuah kelab Liga Perdana England iaitu Leicester City FC tetapi telah menjual pemilikannya di sana, namun mereka masih mempunyai hubungan yang amat akrab dengan kelab dan pengurusannya di sana,”

Huh ! Biar betul ??? Aku pandang ringan kelab ni rupanya .. Aku google cari pemilik kelab ni dan juga latar belakangnya ..

Kelab Pelita Jaya FC ni dimiliki penuh oleh The Bakrie Group yang mana  pemiliknya bernama , AbuRizal Bakrie .. Antara orang paling kaya di Indonesia. Tahun lepas saja tersenarai dalam Forbes ( no 30 ) dengan hartanya sebanyak US$890 juta ! Pengerusi Parti Golkar , okeh !

image

Ok , aku ternganga .. Dan memang terlebih mampu bayar gaji Safee pon ! Aku silap . Sori eh Safee .. Memang rezeki kamu ! Huhu.. Untung dia ..

Aku baca lagi latar belakang Kelab Pelita Jaya ni .. Di tahun 90’an , antara nama besar yang main kelab ni ialah Mario Kempes ( pemain Argentina yang berjaya menjulang Piala Dunia pada tahun 1978 ), Roger Milla , Jules Onana , Emmanuel Maboang ( pemain Piala Dunia Cameroon ) ..

Ok , ok … Cukup ! Adoi … Patut la Safee Sali sanggup sambung kontrak dia lagi .. Hehhe.. Bagus bagus ! Rezeki jangan ditolak. Dalam usia dia sekarang ni , nak main kat EPL pon susah dah .. Sbb kat sana pemain muda terlalu ramai . Jadi , baik dia fikirkan masa depan dia dan Pelita Jaya sememangnya  pilihan yang tepat !

Semoga berjaya Safee Sali !

Pengajaran .. Lain kali buat penyelidikan memandangkan internet di hujung jari anda yer , che Ben ! Hehehe .. Ai malu uu ..

 

Sumber : Kosmo dan Internet.

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

image

Dari atas sampai ke bawah , semua terlibat dalam dunia maya ni .. Kecuali mereka yang masih guna Motorola Star Tec atau  public phone untuk call awek dia .. Haaa.. bukan hina mereka tapi mereka tak amik tau pasal dunia teknologi sangat .. kan kan ? Janji leh bernafas dah la kan ..

Apa maksud aku  dari atas sampai ke bawah ? Maksud aku ialah dari atas , Perdana Menteri termasuklah mantan PM Malaysia , ada blog .. Hinggalah paling bawah yakni budak tadika .. Erk , budak tadika ada blog ke ? Adaaa .. Cuma kita je tak tau sbb mereka low profile ! Tak kejar populariti wooo .. huhu ..

Ini bermakna , hampir semua mereka yang punya pengetahuan asas  IT ni tau akan kewujudan blog ni .. Cuma ada yang tak berminat nak amik tau dan ada yang terlebih pulak . Ok , tak kisah la.. hak masing masing .

Bila ada blog , pasti ada blogger kan ? Best ke jadi blogger ni ? Orang kata blogger ni banyak tabur fitnah atau dok bergaduh je dalam blog tu ?? Erkk… Yeke ? Tah la ..

image

Bagi aku mudah jer .. Blog ni , ibarat tanah yg lapang dan subur .. Apa kita nak buat dengannya ? Nak bercucuk tanam ? Nak dirikan resorts ? Hotel ? Atau nak buat rumah pelacuran ? Haaa… Ikut suka laaa .. Sebab dosa pahala , sendiri dapatkan ?

Maka jadi blogger ni bagi aku la kan  , yg mana telah berblog hampir 3 tahun .. sangat best ! Best sebab orang kenal ke ? Popular ke ? Atau dapat duit ?

Macam macam jenis best yang ada ! Tapi bagi aku la , dengan jadi blogger , aku boleh bersuara dengan cara berhemah dan kalau bernasib baik , pasti pihak terbabit akan membacanya ! Alhamdulillah , aku tau ada yang dah amik tindakan secara senyap ..

Caranya , bila kita mengulas atau mengupas satu satu isu itu , biarlah dengan bersopan .. Jangan main kritik abis-abisan tanpa memberi cadangan langsung .. Tu tak betul dah kan ? Bayangkan kalau cikgu kita marah kita sbb kita gagal dalam ujian , sedangkan dia sendiri tak bagi tunjukajar yg betul pada kita .. Bengang la kan ?

image

Bab $$ dan popular tu , aku tak nak sentuh la.. Aku pasti korang pon tau bab tu kan dan boring pon dah nak kupas pasal tu ..  Hurm , best atau tidak berblogging ni sebenarnya bergantung pada niat kita ..

Apa tujuan kita sebenarnya .. Kalau nak kaya raya , mungkin boleh tapi caranya lain la pulak kan ? Bukan tak boleh .. Boleh.. Tapi ada cara .. Haaa… apa pun , jangan sampai ada yang naik mahkamah nanti akibat keceluparan bahasa tu .. Dan berblog ni , bukan sekadar cakap dengan selimut yer .. Ada orang ‘mendengarnya’nya ..  Salah maklumat , siap ler ..

Kesimpulan .. Aku bersyukur pada Allah atas peluang yang diberikan pada aku untuk bergelar seorang blogger sepenuh masa .. Aku akan terus membebel di blog sehingga sampai masanya .. InsyaAllah ..

Dan aku dah nikmati perkara yang tak mungkin aku nikmati sekiranya aku bukan seorang blogger .. Tapi sapa tau kan , rezeki .. Kalau bukan sebagai blogger , mungkin sebagai seorang ayah.. Hehe.. Segalanya kuasaNya ..

image

Nasihat , berbloglah selagi kita rasa gembira dengannya .. Nikmati dan hayati ‘keindahannya’ yang tersendiri .. Biar 1 dari 1000 asalkan , karya kita .. Jangan lupa ALLAH memerhati kita ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Saja try test masuk pertandingan fotografi kategori mobile guna htc aku yang biasa tu je .. Tak payah nak edit dalam photoshop pon.. Crop skit je .. Dah settle ..

Tadi saja check kat page Petronas tu .. Yelah , ni gambar ke dua aku submit.. Yang pertama tu tak diterima .. heheh .. Test yang ni lak .. Waah..  tak sangkaa dapat lak .

image

Aku tak fikirkan bab hadiah tu tapi lebih pada nak try apakah aku mampu layak untuk masuk contest anjuran Petronas ni .. Maklumlah , kalau korang tengok dari gambar tu , pastinya berbeza dengan mereka yang lain sbb kebanyakkan mereka submit gambar yg ada kaitan secara terangan berkaitan Tahun Baru Cina sedangkan aku gambar ikan tu je .. hehehe ..

Senang sebenarnya cuma kena kreatif skit .. Tak semestinya ada gambar tarian singa atau buah limau untuk join contest ni .Yang penting ada kaitan dengan temanya iaitu ‘ REIMAGING ENERGY ‘ ..

Kalau nak tau camana nak masuk , klik SINI .. Cuba la.. Tak rugi pon.. Kot nanti ada contest lain , leh join .. Segalanya bermula dari bawah ..

Tak cuba tak tau kan rezeki kita.. Bukan kat sini , mungkin kat tempat lain . Yang penting kita kena berusaha buka laluan. Jangan sempitkannya ..

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Drama yang ditayangkan di TV9 yg bertajuk AKU , DIA dan FB ni memang banyak mendedahkan kisah sebenar dunia maya sekarang ni .. Hahaha …

image

Lakonan Erry Putra , Aqasha , Fauziah Ghaous , Dira Abu Zahar , Ikhram dan Nadia Mustapha …  Memang pelakon yang punya nama dah dalam dunia lakonan di Malaysia ni .. Jadi , untuk watak  gini , mudah ke bagi diorang ..

Segalanya bermula bila si isteri berpakat untuk menguji kesetiaan suami mereka . Caranya , aku ‘test’ pikat suami kau dan kau buat gitu pada suami aku gak dan kesannya ? Heh.. Cari pasal namanya !

Bagi mereka yang senantiasa bergelumang dengan dunia maya ni , pastinya akan tersenyum bila menonton drama ni .. Hehe .. Dan pastinya ada pengajarannya .. JANGAN CURANG dengan pasangan anda ! 

Psstt… Bini aku dah jeling tu .. Memang kena tidur awal dah skang ni.. Hahaha ..

Download drama ni ? Neh , tarak …. Sapa suh tak layan kat tv .. lalala..

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

 

IMAG1465

Kalau ayah tegur anaknya , anaknya merajuk .. Kalau tak merajuk , ada yang memberontak .. Kalau tak memberontak , ada yang beli sorok sorok kan ?

Ok la .. senang je .. Ayah dan ibu , kalau anak perempuan wat gitu ataupun isteri sendiri  nak pakai  ketat ketat mahupun seksi meksi .. maka gunakan cara gini , klik SINI  ..

Kalau mak ayah tak kisah ?? Jawab le sendiri nanti kat ‘sana’ eh ..

Tapi ada suami yang tak kisah kan isterinya jadi cucian mata lelaki lain .. Kononnya sapa tengok dia la berdosa kan ? Hehe .. Kena sambung belajar lagi tu .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Yup … Ni segmen aku hari ini dan dah tutup pon .. Kenapa awal sangat ? Sebab aku nak mereka buat cepat cepat .. Hehehe .. Lagi pun nak senarai pendekkan untuk cari 5 yang paling kreatif ..

Jadi , aku nak mintak pendapat dan citarasa korang mengenai karya mereka ..

 

image

  1. http://luahanhatiseoarangperempuan.blogspot.com/2012/01/segmen-cerita-kreatif-ben-ashaari.html
  2. http://www.nadzrie.com/2012/02/segmen-cerita-kreatif-ben-ashaari.html
  3. http://yayabunga.blogspot.com/2012/02/segmen-cerita-kreatif-ben-ashaari.html
  4. http://manluqmancoolboy.blogspot.com/2012/01/ben-ashaari-segmen-cerita-kreatif.html
  5. http://lurvelysweety.blogspot.com/2012/02/segmen-cerita-kreatif-ben-ashaari.html
  6. http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2012/02/segmen-cerita-kreatif-blogger-dan.html
  7. http://aisyalieza.blogspot.com/2012/01/segmen-cerita-kreatif-ben-ashaari.html
  8. http://remajapower.blogspot.com/2012/02/segmen-cerita-kreatif-ben-ashaari.html
  9. http://bebeldotsorang.blogspot.com/2012/01/segmen-cerita-kreatif-ben-ashaari.html
  10. http://diarihatimuslimah.blogspot.com/2012/01/segmen-cerita-kreatif-ben-ashaari.html
  11. http://www.apisv2.com/2012/02/segmen-cerita-kreatif-ben-ashaari.html
  12. http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2012/02/segmen-cerita-kreatif-ben-ashaari.html
  13. http://heandsheloves.blogspot.com/2012/02/segmen-cerita-kreatif-ben-ashaari-ray.html
  14. http://sejutarasamakusu.blogspot.com/2012/02/segmen-cerita-kreatif-ben-ashaari.html
  15. http://merpatipurple-kis.blogspot.com/2012/02/segmen-cerita-kreatif-ben-ashaari.html
  16. http://dearbella-bella.blogspot.com/2012/02/segmen-cerita-kreatif-ben-ashaari.html
  17. http://cahayacita2.blogspot.com/2012/02/segmen-cerita-kreatif-ben-ashaari.html
  18. http://errahnajwa.blogspot.com/2012/02/segmen-cerita-kreatif-blogger-dan.html
  19. http://www.ecadwinkyasha.com/2012/02/segmen-cerita-kreatif-ben-ashaari.html
  20. http://cucutunteja.blogspot.com/2012/02/segmen-cerita-kreatif-ben-ashaari.html
  21. http://www.lia-irdelia.com/2012/02/segmen-cerita-kreatif-ben-ashaari.html
  22. http://sweetdicember.blogspot.com/2012/01/segmen-cerita-kreatif-blogger-dan.html
  23. http://akubilerrajin.blogspot.com/2012/02/segmen-cerita-kreatif-blogger-dan.html
  24. http://susiyantisoleman.blogspot.com/2012/02/segmen-cerita-kreatif-ben-ashaari.html
  25. http://lady-milo.blogspot.com/2012/02/segment-cerita-kreatif-ben-ashaari.html
  26. http://wanawanachup.blogspot.com/2012/02/segmen-cerita-kreatif-blogger-dan.html
  27. http://storyofnurnajwa.blogspot.com/2012/02/segmen-cerita-kreatif-blogger-dan.html

 

OKeh … ada 26

penyertaan kesemuanya  .. Manakah bagi korang yang kreatif dan menarik ??

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

 

Terlampau banyak blog blog yang menarik di Malaysia ini dan kita tidak pon tahu mengenainya walaupun dah wujud bertahun lamanya ..

Aku pernah dengar mengenai satu blog ni tetapi tak sempat mengunjunginya . Kenapa ? Sebab bila aku nak masuk ke blognya , ada saja perkara lain terlintas kat benak aku lalu terlupa langsung pasal tu ..

Masih aku ingat lagi kawan aku kat Kementerian Pelancongan yg mana katanya ada satu blogger yang dah menang sebuah kereta mewah hasil dari pertandingan yang dia masuk . Terkedu aku masa tu ! Yelah , kereta tuuu  dan contest tu pon bukan calang calang nak masuk sbb perlukan kreativiti yang tinggi ..

Dan semalam , secara tidak sengaja dan tanpa aku sedari rupanya dia disebelah aku jer ! Hahahah .. Itu pun bro DENAIHATI yang bagitau kat aku mengenainya.. Kalau tak , sampai ke sudah aku tak ingat ! ( Rujuk entri SINI )

Akhirnya hari ini , aku masuk ke blognya setelah tertunggak bertahun lamanya .. Heheh .. Sori kak .. hehe .. Malu aii ..

Ok ok .. Tamo leter panjang panjang .. Jom g ke blognya yang .. memang best !!

klik : http://emilayusof.com/

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Haa… Ada yang cuti , ada yang kerja kan ? Dan ada yang takde idea nak update blog kan ? Apa kata join segmen ni dari ternganga sambil gigit pen tu .. Hehe.. Kotor ler ..

Segmen ni memerlukan kreativiti dan imaginasi blogger .. Haaa.. Kenapa aku kata gitu ?  Aku kata gitu sebab , blogger kena buat cerita kreatif berdasarkan gambar di bawah ni !

 

image

Yeargh .. Aku akan pilih 5 cerita terkreatif ( bagi aku ) dan seterusnya pembaca akan menentukan sendiri mana yang paling kreatif dan menarik sekali ! Haaa.. Amacam ? Berani sahut cabaran ? Hahaha ..

Untuk join segmen ni , mudah jer .. Cam biasa , buat entri khas ..

  1. Letak header BENASHAARI.COM
  2. Tajuk , SEGMEN CERITA KREATIF BEN ASHAARI dan linkkan ke entri ini ..
  3. Buat apa saja cerita kreatif dan menarik berdasarkan gambar cermin mata diatas tetapi perlulah ada kaitan dengan blogger .. Haa .. senang kan ?
  4. Siap ? Tinggalkan url entri lengkap korang di ruangan komen ini ..

Tutup segmen ni , kul 5 petang ni ( 1/2/2012 ) .. Haa.. banyak masa kan ? Yang lambat hantar tu , maaf la yer .. sbb malam ni nak senaraikan 5 cerita yang menarik dan kreatif ..  Ok ? Tunggu apa lagi ?

Share
Tweet
Pin
Share
40 comments

 

Mengumpul tu tak la tapi kalau g shopping mall tu , bila lalu depan butik jam , confirm aku akan terbrek sekejap .. Rasa kagum bila tengok design dan pembuatannya yang halus tu ..

Antara digital dan analog , mana satu aku minat ? Dua dua aku suka.. Kalau yang analog tu , aku suka chonograph punya … dan tebal .. hehe .. Rasa cam best giler pakai.. dan cam alien .. hehe ..

image

Kali pertama aku tengok jam macam ni , bila ayah aku belikan utk abang aku , nun 20 tahun lepas ! Memang terliur la tengok masa tu .. 

Minat aku ni , aku rasa datang dari ayah aku yang cukup gemar dengan jam tangan .. Tapi dia minat yg classic .. Hehe .. Orang pon classic kan ?

Kalau digital lak  , aku suka triple sensor .. hehe .. Cool giler rasa walaupun tak guna sangat fungsi dia .. Kekadang pakai la tapi tak sampai 50% ! Hehe .

 

image

Tapi ada kelebihan woo jam jam gini .. Walaupun mahal tapi berbaloi .. hehe .. Masih ingat lagi kali pertama aku beli jam .. Jenama Guess dan ramai kawan aku kata cantik .. Gabungan warna emas dan hitam .. Memang feveret aku punya color .. Nampak ‘mewah’ gitu ..

Kemudian aku beli lagi 2-3 jam dan yang terakhir dan paling aku puashati adalah  PRO TREK di bawah ni ..

 

image

Dan , pengalaman aku dengan jam ni , jangan beli jam yg mana mereka bukan pengeluar jam tangan ! Faham tak ni ? Maksud aku , kalau dia tu mmg terkenal dengan jenama sukan , maka jam tangan dia belum tentu lagi bagus .. Tu pengalaman aku la.. Kalau korang , aku tak pasti laa .. Heheh ..

Selain jam , ada satu lagi hobi aku … Apakah ?  Tungguu ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

Aku cukup tak suka kalau ada sms masuk memalam buta .. Lebih lagi kalau dr adik beradik .. haih ..


Korang faham kan maksud aku .. Aku rasa korang pon cam tu gak kan ?


Published with Blogger-droid v2.0.4
Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Wow .. kenyataan panas dari Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidi yang mana langkah itu perlu dibuat dalam usaha membanteras kegiatan pengemis di bandar-bandar utama termasuk ibu negara yang menjadi tumpuan pelancong asing dari seluruh dunia. ( Rujuk Mstar )

Betul , nak bagi atau tak , terpulang la kan .. Janji ikhlas .. Tapi berapa ramai yang bagi tu sebab nak halau peminta sedekah secara lembut ? Yelah , tengah makan dia datang mintak atau jual tisu yg harganya 30 sen tapi dapat RM1 .. Mesti rasa rimas kan ?

Tu belum lagi yang berdiri dekat mesin ATM tu ! Siap kata untuk madrasah atau surau . Tak silap aku ada kes yang mana bila check , surau atau madrasah tu tak wujud pun ! Hurm .. Wallahualam ..

Tapi aku setuju gak la …  Aku sekarang ni pon malas dah nak bagi kecuali aku rasakan mmg dia betul betul ( ikut naluri ) minta sedekah .. Ikhlas atau tidak , tu Allah yang tentukan ..

Cuma kalau kita dok main hulur je , aku rasa aku pun nak resign jadi full time blogger dan jadi full time pengemis .. Pakai spek Oakley ok tak ?

Bukan nak sindir tapi inilah kenyataannya di negara kita ni .. Yang benar benar mengemis ni , kita boleh tau .. Cuma kita dok senantiasa kata , IKHLAS .. Yang bagi tu je la tau kenapa dia bagi .. kan ?

Aku tak larat nak bagi dah .. Majoriti yang datang mintak kat aku , semua penipu jer ..  Heh …

image

 

Apa pun , terpulang pada diri masing masing .. Kalau sekadar ‘ nak halau ‘ , fikirkan semula tindakan anda itu ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Hobi , mmg menarik dibuat bila ada masa lapang .. Tapi bila dah terlalu taksub , mungkin memudaratkan malah mungkin mengorbankan sesuatu yang kita tak sangkakan seperti wang ringgit atau mereka yang tersayang !!!

Yup , aku baru layan movie yang aku download lakonan STEVE MARTIN ,JACK BLACK dan  OWEN WILSON .. Kenal ? Hehehe .. Semua hero peveret aku tuuu .. hehee..

image

Yup , THE BIG YEAR tajuk filem tu .. 

image

image

Filem komedi ringan ni mengisahkan 3 orang yg datang dari latar belakang yang berlainan tapi punya hobi yang sama iaitu meminati burung dan merancang untuk mencipta rekod mengumpul spesis burung dalam masa setahun !

Dan moral dari filem ini , biarlah hobi itu sekadar hobi dan jangan sampai memusnahkan diri dan keluarga !  Sangat menarik dan simple jalan ceritanya tapi cantik ! Wargkhh..

Aku sukaa burung !! Dulu bapak aku ada bela burung kelicap , murai batu , merbuk dan pastinya si tiung yang pandai bercakap ! Dia punya pasal , bapak aku dituduh gatal sebab PEEEWITTT  bila awek lalu ! Aku yang ajar burung tu ! Hahahah ..

Tapi kalau hobi dah boleh jadi pendapatan , apa salahnya .. Cuma kena bijak merancang jadual perjalanan kehidupan harian agar tiada yang berkecil hati ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

 

image

image

Amacam ? Aku masuk dah ! Gambar apa ?? Haa .. Tu nampak tak ?? Gambar apa ? Ala… Gambar ikan koi ..

image

Bila tgk ikan ikan ni kan , aku seperti berada di Tahun Baru Cina. Kenapa ? Sebab warnanya yang begitu menyerlah ! Cam blog aku gak la kan kan .. Menyerlah dengan merah ! Kan merah tu tandanya tuah bagi orang cina .. 

Lupa lak… hehe .. Sori eh .. Aku masuk pertandingan fotografi anjuran Petronas sempena Tahun Baru Cina 2012 ni haa .. Ala , bukan susah pon nak masuk pertandingan ni .. Semudah A,B,C ! Haa .. Klik SINI kalau nak tau dengan lebih lanjut ..

Berbalik pada gambar aku tu , apa  tajuk yang aku bagi ? 1MALAYSIA , 1CNY , SEJUTA WARNA ! Kenapa ? Ikan tu , namanya ikan koi .. Warna merah sinonim dengan Tahun Baru Cina dan warna kat situ walaupun nampak ‘biasa’ tapi seolah olah punya jutaan warna yang menerangkan mata .. Bila melihatnya seperti kembali ceria walaupun dalam keadaan kemuraman .. Gitulah yang aku nampak .. Heheh..

Tunggu apa lagi .. Jom la join … Bukan kena bayar pon.. Free jer !

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Ok , aku buat siri gini pon ok kan ? Senang nak tau .. hehe .. Blog yang aku pilih hari ini adalah berdasarkan follower .. Esok lusa , tak tau lak camana .. Hehe ..

 

1)

aku ni simple je..org senang dgn aku..aku senang la dgn org tu..take easy smua problem..yg pasti aku ni seorg yg ceria..ada mslah ke xde mslah ke..aku sntiasa senyum..inilah aku..

..HANANIA EEDAYA...

2)

image

 

3)

seorang anak kepada ibubapanya,seorang isteri kepada suaminya,seorang ibu kepada anak-anaknya,seorang individu kepada masyarakatnya dan seorang hamba kepada penciptanya.....syukur nikmatmu Ya!Allah....

TINTA UMMI

 

4)

simple but not prejudice, quite good looking women...♥♥ ;D not a sweet talker... but someone u can find after all ur friend not available to be arround u...♥♥ trust me..

~cRaZy mOmMy~

 

5)

image

 

Selamat Berkenalan dan Terima kasih ..

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Ahh .. lega… Tak sangka sepenat ni ! Yelah , meeting kul 1 tengahari tapi kul 8 pagi dah keluar rumah .. Orang kata , bila hadiri sesuatu yang penting , datang awal . Jangan kasi orang tunggu kita ! Tak bagus tu .. Sama gak solat kan ? Heheh.. Jangan lengahkan .. Nanti tercicir terus .. Haa ..

Selesai meeting tadi , bro Denaihati dengan ikhlasnya hantar aku ke KL SENTRAL untuk aku terus balik ke Putrajaya. Dalam kepala aku dok fikir satu job Petronas yang tak settle dan datelinenya esok . Takde idea !  Grrr..

Naik ERL terus ke Putrajaya dan plan nak naik teksi je dari situ .. Aku tahu tambang teksi situ cam ala ala KLIA punya harga .. Nasib baik aku dah standby duit ..

Sampai kat kaunter .. Bagitau staff yg bertugas .. Amik kau …

“RM15.50 .. “

Perghhh .. Tambang ERL baru RM6 ! Hahaha .. Bapak mahal ! Tapi tak kisah la.. Nak murah , g naik bas la kan ? Hehe .. Dalam kepala aku nak cepat je sampai rumah. Aku bukan leh tahan sangat panas skang ni.. Cepat pening kepala lak.. Makin manja ! Grrr ..

Masuk dalam teksi .. Pergh… Aircond pasang tapi cam pasang kasi semut yang sejuk jer ! Adoiiii … Aku nak bersuara suruh kuatkan , tapi malas la pulak … Hurm .. Panas pon panas laa…

Bila dah nak sampai rumah aku .. Pemandu tu bersuara..

“ Kat Putrajaya ni banyak kes jenayah kan ? Tapi senyap je kan ? Tak masuk akhbar la pulak .. “ ..

Lebih kurang gitula.. Memang betul pon … Cuma banyak atau tiidak tu , aku tak pasti la.. Aku tak keje kat balai polis Putrajaya .. Hehehe .. Betul ke ? Hehe .. Tu kena tanya orang Putrajaya laa ..

“ Eh , Ben .. Aku dengar Putrajaya ada banyak kes jenayah ?  Betul ke ? “

Lupa lak aku orang Putrajaya .. Hahaha ..

 

Dua entri pasal teksi lagi .. Sila la baca … Pasti berguna.

"Jilat pon jilat laaa .. "

Berjasa pada tanah lebih baik !

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

Tak sangka lak dijemput projek besar gini .. Hari tu ngan Honda .. Yang ni lak dengan Toshiba-Intel .. Siap dpt nanti Ultrabook  lg .. tu nanti citer eh ..


Selain aku , bro Denaihati.com dan EmilaYusof.com .. Pergh .. kenal tak ? Huhu .. nama besar tu dlm dunia blog di Malaysia ..


Tak sia sia blogging siang malam aku dulu .. hehe..


Published with Blogger-droid v2.0.4
Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

Sampai dah aku kat Wisma UOA , Damansara dgn teksi .. hehe .. Dari Stesen PWTC tadi yg buat aku tergamam jap dengan adanya jejantas cun tu .. Memang selesa dah tp sayang , tak dijaga kebersihannya ..


Seperti biasa , dlm teksi .. aku berborak .. Huhu .. Pemandu teksi ni bg aku sopan orangnya .. Aku tak pasti samada India atau mamak sbb dia ada sebut 'insyaAllah' ..


Ceritanya sangat berbeza dr pemandu teksi berbangsa melayu tadi ..  Pemandu teksi ni berhenti kerja sbb panas baran dn juga fitness instruktor..


Dia kata teksi ni sumber pendapatan sampingan .. Sejak dia berenti kerja , dia usahakan tanah milik keluarganya dengan bercucuk tanam .. Dan sangat ok pendapatannya ! Haaa..


Dia siap nasihat kat aku , kalau ada tanah tu , usahakan je .. lagi best ! Tak payah pening kepala layan karenah orang !


Huhu .. mmg betul pon kata dia tu .. Kalau pandai ,silap silap leh jadi cam chef jepun yg aku pernah baca kisahnya di akhbar baru baru ni .. huhu..


Rezeki ada di mana mana ... Yg penting cari dan usaha ..


Published with Blogger-droid v2.0.4
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

Sedang dlm perjalanan ke pusat bandar Damansara .. Ada projek kat situ jap lg ..


Tadi aku singgah umah mak aku .. Pakat demam la diorang termasuk anak buah aku .. 


Hurm , aku ke rumah diorang tadi naik satu teksi ni .. Seperti biasa , aku borak ngan pemandu tu .. Saja tanya mengenai peribadi dia.. Lelaki dlm umur 50an aku rasa . 


Katanya sebelum ni dia bisnis dan pendapatannya mmg masyuk ..Tapi lepas tahun 2007 , semua merundum .. Kata dia kat aku , alangkah bagus kalau dia kenal 'orang besar ' ni .. Leh mintak projek .. Kalau kenal bini dia lagi bagus !! Dia sanggup buat apa saja . Kalau suruh 'jilat b@#$%&' pon dia sanggup ..


Aku terkedu .. Dia ni sindir atau mcm dah terdesak dengan kehidupan ?? Takkan sampai gitu sekali dia punya azam ..


Hurm .. betullah manusia ni .. Sanggup buat apa kerana dunia walaupun tipu mak bapaknya sendiri !


Published with Blogger-droid v2.0.4
Share
Tweet
Pin
Share
15 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes