BEN ASHAARI



 

Dah lama wife bagitau aku yang dia nak gi buat facial dan spa.. Kiranya nak release tensen la .. Sian.. Yelah , aku faham perasaan dia apatah lagi kerja di bawah orang kan ? Asyik kena ‘Yes Boss’ jer .. Maunya tak tensen .. Aku lama dah tensen .. Sebab tu jadi blogger sepenuh masa !

Hari ni , aku hadiahkan diaa spa dan facial sekali ! Hehehe … Suka diaaa .. Dan sememangnya dia dapat relaks sangat tadi di Anjassari Spa And Beauty yang terletak di 26-2 , Jalan Opera BU2/B , Taman TTDI Jaya. , Seksyen U2, Shah Alam .. Kalau nak ke sini , sila guna GPS .. confirm  tak sesat.. Cari je Makbul Restoran atau stesen Petron. Dekat dah dengan spa ni ..

Ok sambung.. Sememangnya aku suka masuk ke tempat tempat gini walaupun aku tak boleh buat aktiviti gini .. hehehe .. Maklumlah … korang pon paham paham laaa.. Jadi aku suka amik bau aromaterapinya.. Sangat tenang je baunya .. Takde la bau cam bau kasut aku ni ! Grrr.. Kena beli kasut baru dah !!!

Haaa … Di sini , layanan staff Anjassari sangatlah memuaskan . Menariknya ada yg follow blog I tauuu .. Malu aiii .. hehehe .. Ngade !

Aku sempat la amik beberapa keping gambar sementara Qhaliff sibuk dok melayan Upin Ipin dengan salah seorang staff mereka ..

Ruang legar yang bersih , nyaman dan mendamaikan . Qhaliff pon tak berani nak wat kotor dalam ni walaupun ada cubaan untuk menjatuhkan beberapa pokok dalam ni .. heee ..

Best kan ? Pergh.. Korang tak tau perasaan aku ketika ni .. Rasa macam nak naik je atas tu dan baring .. Tidur sampai minggu depan ! Mendamaikan je dalam ni wooo ..

Ini bilik untuk buat facial ! Perempuan saja yer .. Spa tu pon perempuan saja yer .. Lelaki tidak dibenarkan sama sekali ! Hensem camana la sekali pon , tetap tak blehh punyaaa.. Aku try daahhh paksa mereka ! Hahah.. Guwau jer .. Mereka awal awal lagi bagitau peraturannya dengan lemah lembut sekali .. heheeee ..

Masa yang diambil untuk buat treatment bergantung pada jenis. Begitu juga dengan harganya .. Wife aku , try yang best dulu .. Setelah diberitahu ada banyak urat uratnya bersimpul sana sini , maka dia bercadang nak kembali lagi ke sini .. Aku ok je.. aku belanja maaa.. Bini sendiri wooo .. Lagi pon wife puashati kat sini .. Terpikat katanya .. Amboii.. ayat tak hengat !

Selain dari spa , ada urutan refleksologi .. Betul ke aku eja ni ? Hehehe.. Ala , urut tapak kaki tu haaa.. Sedap woo kena urut tapak kaki ni .. Rasa ringan je pastu ..

Buat mereka yang berminat , sila tempah awal awal jer .. Kalau berminat , boleh jadi ahli sekali .. Kenapa perlu jadi ahli ? Sebabnya mereka ada keluarkan produk kecantikan dan kesihatan mereka sendiri wooo ..

Harga ? Jangan risau .. Korang takkan muflis punya ! Mampu bayar punya laah !

Sila layari laman web mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut ,klik SINI ..

Part produk ni , nanti aku update lain ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Sampai hati Qhaliff menerima tawaran bekerja dengan orang lain ! Daddy dah turunkan semua ilmu .. tau tau tikam daddy dari belakang ! Sampainya hatimu , wahai anakku yang pipinya tembam ..

Tak pe la.. Daddy tau .. daddy sedar.. Blog daddy tak la sebest blog blog yang dok berposing dengan shawl pastu diangkat sbg blog yang best dengan isi yang padat ! Daddy bukan jeles tapi daddy pelik je..

Tapi tak mengapalah .. Lain orang lain ususnya walaupun yang keluar tu tetap digelar hampas! Huhuh.. Apa pon , daddy ucapkan selamat maju jaya dengan kerjaya Qhaliff yang baru ni ..

Kalau rasa tak leh blah dengan boss baru tu , bolehlah balik kepada daddy tapi daddy turunkan pangkat selepas ni .. Jadi tukang lap skrin laptop daddy jer .. ok ? Sapa suruh tinggalkan daddy ?? Baru ada akaiii !

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Legaaa .. Abis jugak drama bersiri yang berhantu ni .. Abis semua jantina menontonnya .. Yang perempuan pastinya kerana Adi Putra .. Yang lelaki ? Yang lelaki dok geram kat kat watak Nabila dengarnya ..

Aku ? Rasanya aku hanya sempat tengok beberapa babak jer sbb rasa cam dah penah tengok je kat drama drama lain .. hehehe .. Ssama je kot ?

Tak kisah la kan ? Minat lain lain .. Cuma yang tak bestnya tadi la.. Penutupnya buat aku tersenyum je.. Dan menyebabkan aku up status di wall FB aku dan juga di Twitter . Pastinya mendapat perhatian ramai sebab TEDUHAN KASIH tuuu .. Marah peminat mereka kat aku .. Hahahha …

image

Nampaknya .. bukan aku je yang perasan mengenai endingnya tu.. hehehehe ..

image

Aku ni , bukanlah anti drama melayu tapi cubalah buat sesuatu yang mampu beri impak yang lebih positif. Ni aku tengok setiap kali abis je episod , yang mereka dok bercerita ialah negatifnya ..

Ok lah .. lain orang lain tekak kan ? Sukahati la yer ? Hehehe.. Tak pe…  Lepas ni drama apa lak untuk dihidangkan di bulan Ramadhan ? Hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Yup .. lama dah aku tak wat blogger pilihan kan ? Hehehe ..  Ok , aku pilih kali ni ... www.ctnorfariza.blogspot.com

Kenapa ? Kemas apa blog dia dr blog aku ! Pastu rajin pulak update dan pandai bercerita .. cumaaa .. cumaaa .. korang rasa apa yg perlu dibetulkan ? Bagi aku.. haaaa.. cer tekaaaa..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Makin lama makin rapat … Pastu dengan pantas !!

Dan kembali sambung tengok Upin Ipin .. Puashati dia dapat tekan keyboard tuuu … Grrrr…

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Kalau Upin Ipin di tv sedang ditayangkan , segala aktiviti dia terhenti tanpa disuruh ! Walaupun sedang memanjat tangga sambil berak ! Tu dia berak tu . Dia panjat tangga sebab nak ajak gi bersihkan kat tandas atas dan mandi sekali ! Mandi , main air dalam tab tu ..

Kalau pasang Upin Ipin kat hp ,dia tau dah part mana akan keluar lagu tema dan lagu penutup tu .. dia akan scroll dengan jari dia ! Macam tau tau jeeeee .. Dok ikut aku buat la tuuuu ..

Skang , hp aku penuh dah dengan air liur dia ! Plan nak tukar hp tapi terbantut gara gara AES ! Haihh ..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Rujuk sana sini termasuk di fan page KEMPEN ANTI SAMAN EKOR ( KASE ) untuk mencari kepastian selepas pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kata saman AES masih berkuat kuasa meskipun proses pendakwaan mahkamah ditangguh.

Dalam notis AES tu berkali kali aku cuba pahamkan .. Serius aku tak faham ! Jadi , aku tekad untuk hadir jer ke mahkamah nanti. Tak kira lah .. Nak bayar terus RM300 ( 3 saman berapa dah ) , mmg keras la weh ! Bukan sikit tuuu .. hurmm .. Yelah , aku kan spesis kais pagi makan pagi .. Kalau ada projek juta juta tu lain la ..

Aku google untuk dapatkan maklumat mengenai prosiding ke mahkamah memandangkan aku dah terlepas dua prosiding tapi takde apa apa surat susulan .. Hurmm ..

Menariknya aku terjumpa yang ni ..

“ Jabatan ini mengambil maklum dan mengucapkan terima kasih di atas pertanyaan yang dikemukan. Untuk makluman puan , sebutan kes notis saman AES ditangguhkan sehingga dimaklumkan secara bersurat mengenai pertukaran tarikh mahkamah berikutnya. “

Dari JPJ ..

Sampai skang , tiada surat susulan .. Notis tambahan ada la ! Hurm.. Tak kisah la.. skang ni aku gi dulu yang terkini . Yang dah lepas tu , akan dirujuk nanti di mahkamah .. Senang citer ! Kalau kena bayar , bayar je la.. Redha. Pastu claim kat BRIM !

 

Sumber : MrJacko

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Kalau bapak si Qhaliff ni orang salah eja nama , takde sapa pon nak heran ! Tapi bila si Qhaliff , kengkawan sudah tersalah eja nama , pasti ramai jadi confius !

Ini sungguh tidak adil !!! Tidak adil sungguh ini !! Grr…

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Teringatkan jiran aku yang mana anaknya hingga dah bersekolah masih sukar bercakap .. Cakap pon pelat gak .. Hurm.. Alhamdulillah , tak lama kemudian , baru boleh bercakap dengan baik.

Qhaliff , skang ni dah mula membebel . Ada beberapa patah perkataan dia dah mula ikut mak ayah dia cakap .. Contohnya bila wife panggil aku .. dia pon sibuk panggil dengan gelaran tu gak .. haaa.. Menyanyi ? Jangan cakap la.. siap menari lagi ! Grrr.. Ganyam lak tuuu .. huh !

Ok ..  Aku teringkat isu ni jadi aku nak kongsi bersama la memandangkan ada kengkawan baru ada anak kecil.. Aku pon ada gak kan ..

Aku google dan jumpa beberapa buah blog yang ada isu begini .. hurmm ..

 

Dari blog CPINTRASS 

Seorang Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak-Kanak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, berkata keupayaan seseorang kanak-kanak itu boleh bercakap adalah berbeza antara seorang dengan yang lain dan berkait rapat dengan faktor persekitaran dan kesihatan mereka.

Katanya, ada sesetengah kes anak lambat bercakap kerana faktor keturunan yang mana ayah atau ibunya ketika kecil pun lambat bercakap juga.

Anak Menumpu kepada aktiviti lain dahulu

“Mungkin juga kanak-kanak berkenaan sedang memberi tumpuan untuk menguasai sesuatu kemahiran baru. Contohnya belajar berjalan. Itulah sebabnya kadang-kadang kita lihat ada kanak-kanak yang bila sudah boleh merangkak dan berjalan barulah mereka mula bercakap.

Ibu bapa tak memberi tumpuan ajar anak bercakap

“Ada juga kanak-kanak tidak mendapat perhatian secukupnya daripada ibu bapa atau penjaga. Ada ibu bapa yang terlalu sibuk hingga kurang memberi perhatian untuk bercakap dengan anak kerana jarak umur antara seorang anak dengan lain agak rapat, adik beradik kembar atau keluarga besar. Ahli keluarga dewasa mungkin lebih bercakap sesama sendiri,” katanya

Ibubapa tak sokong atau mengalak anak bercakap

Dr Mastura berkata, kurang galakan dan sokongan ibu bapa juga boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap, begitu juga jika mereka kurang didedahkan bercakap dengan orang dewasa.

Faktor kesihatan anak-anak yang kurang baik

Daripada aspek kesihatan, anak yang kurang atau lambat bercakap mungkin menghadapi masalah ‘ear infection’ atau disahkan mempunyai masalah pendengaran.

“Kanak-kanak yang mempunyai masalah ‘oral-motor’ juga menghadapi kesukaran menggunakan lidah, bibir dan dagu untuk mengeluarkan perkataan. Namun, biasanya kes seperti ini ada kaitan dengan masalah makan (masalah ini hanya boleh dikenal pasti pakar)

“Kanak-kanak berkeperluan khas dan mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi seperti tidak cukup zat makanan, tekanan emosi, penderaan dan sebagainya juga menyebabkan mereka lambat bercakap. Selain itu kanak-kanak yang selalu bermain sendiri dan kurang terdedah kepada hubungan sosial juga menghadapi masalah sama. Begitu juga jika ibu bapa menggunakan bahasa ‘rojak’,” katanya.

Bahasa atau percakapan biasanya akan tercetus apabila ada ruang untuk berinteraksi antara seorang dengan yang lain dalam konteks sosial. Ia juga ada kaitannya dengan keupayaan seseorang kanak-kanak itu berfikir dan menguasai perbendaharaan kata.

Bila anak mula boleh bercakap? Persoalan mengenai satu yang subjektif kerana keupayaan berkenaan berkait rapat dengan empat peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak.

  1. Peringkat pertama bermula dengan kemahiran fonologi iaitu seseorang kanak-kanak belajar mengeluarkan bunyi dan memahami bunyi-bunyi bahasa pertuturan.
  2. Kedua ialah kemahiran semantik iaitu keupayaan kanak-kanak memahami perkataan dan menguasai perbendaharaan kata.
  3. Ketiga keupayaan kanak-kanak belajar cara mencantum dan menyusun perkataan menjadi ayat yang betul dari segi tatabahasa.
  4. Keempat adalah yang paling kompleks iaitu perkembangan pragmatik yang membabitkan peraturan menggunakan bahasa dalam konteks sosial yang berbeza atau tujuan yang pelbagai.

“Galakan dan sokongan memainkan peranan penting merangsang keupayaan kanak-kanak untuk bercakap. Menurut kajian, satu daripada sepuluh kanak-kanak menghadapi masalah lambat bercakap dan ada fakta mengatakan biasanya kanak-kanak lelaki, tiga atau empat kali lebih terdedah kepada masalah ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan,”  Dr Mastura Badzis,

 

Dan ada satu blog tu kasi tips .. Aku baca dah .. Dan ianya berguna untuk bakal bergelar ayah dan ibu .. Klik SINI .

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Sian dia … Tak cukup tidur dia .. Bangun pagi ni , kul 7 pagi .. Tu mesti sbb sakit perut nak beyakss .. Pastu mandi , makan dan ….

Sambung tidur ! Dari kul 9 hingga kul 12 .. mmg lena sungguh ni.. huhuh.. masakan tidak eh ? Semalam penat test baju raya ! Huhuhu .. 

Nasib baik ada size dia .. heee..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Dua hari yang sangat memenatkan aku .. Tapi aku boleh tahan lagi. Qhaliff ni .. Sungguhpun dia penat , dia tak buat karenah bila berada di luar rumah atau luar kereta !

Dia melayan je mak ayah dia .. Penat camana pon , dia ok jer .. Tapi bila dah ada dalam kereta atau rumah , masa tu la baru nampak dia kepenatan .. Baru tunjuk ! Dia menangis nak susu ! Tu je pon .. Tak de la teruk mana pon ..

Senang bela dia ni .. sama cam aku la.. senang bela aku ni.. heee..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Terbaca di di Sinar Harian malam tadi .. Kesiannya. Nasib baik la keluaga beliau tiada di rumah dan beliau sendiri pon tiada.. Kalau ada , hurmm… Tak tau la nak kata apa ..

“ Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan kegiatan jenayah rompakan di negara ini begitu serius, susulan insiden yang turut membabitkan rumahnya semalam. “

Sesungguhnya mmg sangat serius ! Bila rumah ahli keluarga dirompak , baru sedar langit sememangnya tinggi kan ? Kalau tak kena kat batang hidung , jauh sekali nak amik tau .. Kalau amik tau pon , hujung hujung jari je sentuhannya ..

Bab rompak , samun , rogol .. sememangnya sangat serius dalam negara kita ni .. Paling teruk samun bersenjata .. Haihhhhh.. makin selamba je diorang buat. Tak kira la sapa mangsa mereka sekarang ni ..

Antara punca berleluasanya jenayah ni ialah DADAH . Ada yang ingat amik dadah ni sekadar akan merosakkan diri sendiri padahal , pasti akan melibatkan orang lain !

Di Hmetro pulak melaporkan ..

“ Empat lelaki yang menaiki Proton Waja dilihat memanjat tembok rumah milik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum melarikan beberapa komputer riba dan jam tangan dalam kejadian di Jalan Setiabistari, Bukit Damansara, kelmarin.

Difahamkan, kejadian berkenaan membabitkan kerugian RM25,000 itu berlaku beberapa jam selepas menteri berkenaan bersama isteri keluar dari rumah jam 5 petang.

Pembantu rumah menteri itu dikatakan tidak sengaja membiarkan pintu hadapan rumah terbuka ketika melakukan kerja dalam rumah.” .

 

Hurmmm ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Situasi A

“ Boring giler la  sini .. Duduk nganga macam ni jer.. Orang tak ramai pon datang sini .. Kalau ramai masuk tak beli pon tak pe.. Meriah skit .. Masa pon bergerak lambat .. “.

 

Situasi B

“ Aduh .. penatnya.. Ramai je orang masuk .. tengok sana sini.. usik sana sini .. tapi beli , tidak pon ! Bila la dapat rehat ni ? Tak sabar nak balik !! “.

 

Dua situasi yang berbeza dengan pekerjaan yang sama .. Sesungguhnya jika kita tau erti bersyukur , dalam apa jua keadaan .. kita terima dengan hati yang terbuka ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Gi Kompleks PKNS tadi .. Ini kali ke dua aku ke sini ….Hurm.. Jalanraya dipenuh kereta .. Aku tercari cari parking .. Kebanyakkan kereta parking di bahu jalan menyebabkan pemandu memandu dengan perlahan ..

Hurmm.. wife teringatkan tempat letak kereta yang berhampiran .. Tak susah pon nak ke temapt parking tu haaa.. Dan menariknya , parking tak mahal mana pon !

Aku parking dari kul 3 petang hingga 7 petang .. Menarknya , aku cuma perlu bayar RM2 je ponn !!

Banyak kosong tpi kalau korang perati betul betul , nun diatas sana tu , mereka parking di tempat yang tak sepatutnya .. Kenapa ini semua berlaku ?

Mungkin sblm tu , kawasan ni penuh kot ? Tapi kan … kann .. hehehe … Tak tau laa .. Agaknya orang Malaysia ni mmg suka menda free.. Tak kisah la kan ? Saman , bayar jer .. Orang Malaysia masyukkkkk …

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Hehehe.. Singgah kat Masjid Putra tadi untuk solat Maghrib.. Aku je turun. Qhaliff ngan mak dia tak turun .. Selepas solat , aku kembali ke kereta .. Tengok tengok , diorang takde dalam tu !

Pandang kiri kanan .. Ternampak wife dok melepak dengan penjual mainan di depan Masjid Putra .. Qhaliff dok layan mainan kat situ .. Aku pon gi la kat diorang ..

Tiba-tiba Qhaliff bangun dan berjalan sorang diri .. Berjalan dan terus berjalan. Kami memerhati jer tingkahlaku dia .. Hhehehe.. Nak tengok akal dia ..

Sampai di depan sekumpulan pelancong dari Arab ni , dia berenti . .Kenapa ? Ada seorang lelaki tua sedang pegang kamera dan menghalakan ke arah Qhalifff !

Dan Qhaliff berposing !! Hahahaha.. Padahal orang tu nak amik gambar anak dia yang ada di belakang Qhaliff tu haaa .. Selepas orang tu turunkan kamera dia , Qhaliff sambung berjalan !

Gelak besar kitorang ! Perasan lebih laaa budak ni ! Sama gak masa photoshoot Harian Metro tadi.. Dia punya posing ngalahkan aku ! Huh !!

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Ini budak aaa.. sikalang tak boleh tengok kolam yang penuh dengan air ! Cepat cepat dia nak gi terjun dlm !

Salah sapa semua ini ? Cuba bagitau ?? Kalau bapak tak ajar main kolam , haaa.. takde laa dia nak usik mana mana kolam .. Padahal sebelum tu dia cukup takut ..

Hurmm.. Jawabnya skang ni kena beli kolam la kat rumah aku ni atau kena renovate buat kolam .. Heeeee… Semata mata kasi dia mandi ? Baik buat kolam ikan air tawar.. Leh wat bisnis memancing sampai lebam ! Huhuhuh…

 

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Siaplah aku pasni ..Kena standby bertong cat utk cat kembali dinding rumah !! Kena nak pakai cat best tu ? Haaaaa ... Best part , dia guna air liur untuk padamkan kesan contengan tu !! Sapa ajar pon tak tau laaa..

Jangan sampai dia deco kereta aku dah la .. Tu gambar bawah ni dr kengkawan.. Hasil kerja tangan anaknya .. Fuhhhh ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Daddy bizi cari duit untuk beli pamper la , Qhaliff .. Keluar siang .. Malam baru balik .. Makan pon sempat sekali jer .. Terlari sana sini daddy.. Rinduuuu sama diaaa ..

image

Malam , kul 10 , baru sampai rumah mak aku .. Wife lak , terpaksa temankan aku di KLCC sbb ada satu projek kat sana .. Jadi , tinggalkan Qhaliff kat rumah dengan mak ..

Suka dia duduk sana.. Main tak hengat punya .. Tidur awal la dia malam ni .. Kalau tak , kul 12 malam baru nak tidur !

Esok , ada satu lagi interview .. Dengan Harian Metro lak .. Qhaliff pon join sama .. heee ..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Juara Piala FA 2013 , Kelantan

Wah.. dengarnya kali ni ramai teman bersungguh turun gi tengok kat stadium .. Nasib baik berbaloi eh ? Tapi ada gak yang kecewa.. Tak per .. Kalah menang tu , adat perlawan. Yang penting , sokongan tu .. Jangan time kalah , terus hilang mood nak sokong kan ?

Aku .. aku .. aku hanya mampu tonton bola dari jauh jer .. Banyak kerja kena buat .. Cari rezeki untuk keluarga .. sementara ‘laku’ .. Nanti dah tak laku , haaa… susah dah .. huhu .. Harapnya terus laku la yer.. heee ..Alhamdulillah ..

 

Photo

Legaaaa.. hehehe .. Kalau tak ? Perghh…

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Kali kedua terlibat dgn projek Honda ni .. heer.. Sat gi nak drift lak .. haha..nanti citer ehh ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Hanya untuk android jer yer..OS lain aku tatauu .. Buat yg guna android ,sila download dan bersihkan hp anda yg penuh dgn macam macam sampah tu ..hee..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

 

Patah ! Batang utk sangkutkan menatang ni dah patah .. huhu .. Nak tak nak aku jadi Mcgyver masa muda dulu .. Kiranya berjaya selesaikan masalah la ni ..

Kenapa kena wat gini ? Sbbnya nak Qhaliff duk diam dalam kereta sewaktu aku pandu menjemput wife abis kerja . Bila dia diam , aku tenang memandu. Kalau dia menangis , haaaaa .. huru hara aku dibuatnya !

Ok iklan sat .. Buat yang tak tau lagi .. Tempahan untuk baju kelab blogger ni sedang dibuka yer ..Sila cepat sedikit order .. Nanti dah tutup , baru nak tanya .. Haaaa.. Masa tu tak dilayan dah walaupun dikepilkan surat dari Adun Hollywood sekali pon !

Rujuk SINI untuk menempah !

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Sedappp...lama dah teringin wat sendiri ! Tapi ni bukan aku buat la .. wife yg masak .. hehehe .. Sedap lagi dr makan kat kedai ari tu aku makan di Ganu..

Tu belum aku yang masak lagi tu.. kalau aku yang buat , confirm ketam bertukar jadi keju !

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Tadi petang gi tunggu wife aku balik kerja .. Sementara tunggu tu , aku bawak Qhaliff merayau kat lobi kementerian tu ..

Aku cukup pelik la ngan Qhaliff.. suka benar main tekan butang kat plug point yang terletak di dinding.. Setiap kali berjalan , kalau nampak mesti menghala ke sana ..

Dan nak dijadikan cerita .. Kat meja ni tadi ada la satu mamat dok guna komputer ..

Qhaliff .. Berjalan terus dan tanpa aku sempat tangkap dia .. dia terus berenti kat sini dan …

 

Dannn.. dann.. Mamat tu terus bangun dari kerusi dan berlalu dari situ ! Hahahah .. Sori bang !! Anak saya yang buattt ! Saya hanya mampu tengok jeeeer ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

 

Hasil titik peluh blogger Najeeb Abdullah .. Memang nak kena budak ni ! Tapi tak pe .. Sebab dah title adik , dimaafkan ! Kalau tak , saman RM50 !

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Respek giler la dua dua penyokong dan pengurus mereka ! Hahahaha ..  Serius , aku tak mampu jadi cam mereka ! Kasi tiket free VVIP sekali pon , aku lom tentu nak gi .. Kenapa ? Aku tak suka tempat yang bersesak sesak .. Pening kepala aku tengok .. huhu ..

Nak tengok satu hal.. Nak beli tiket satu hal ! Bila tiket abis , confirm la frust kan ? Maklumlah , ada yang tunggu sebelum subuh lagi haaa .. tau tau tiket abis dalam berberapa minit jer ..

Penyokong naikkan semangat. Big Boss pon kasi semangat gak !! Bonus ! Dan siap ada tambahan bonus lagi .. PErghhhh.. untung untung .. huhu ..

Harapnya dengan galakan sebegini rupa , bolasepak negara mampu pergi jauh skit dari skang ni.. Tapi , kalau dengan corak pimpinan atasan seperti skang ni , hurmm.. aku rasa .. aku rasa .. aku rasa korang pon rasa camana aku rasa .. heeee ..

Tengok bola yer .. bukan MMA tau ! MMA pon profesional ! Main tarak gaduh punyaaa ..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Sejak kehilangan dslr aku yang berjenama NIKON itu , aku malas dah nak berkamera. Hanya guna kamera hp jer.. Senang ! Upload terus ke Fb , Instagram mahupun blog ! Haaa ..

Tapi ada satu masalah ! Masalahnya ialah bateri .. Hurmm.. Aku malas nak guna power bank .. Biasanya aku akan recharge bila dalam kereta atau guna laptop jer .. heeheh ..

Tetapi sejak terpandang kamera Panasonic Lumix ni , aku tergoda ! Tergoda sungguh ni ! Nak beli ? Hurm.. kena kumpul duit terpijak dulu , baru leh plan nak beli ..

Apa yang menariknya tentang kamera ni ? Yang membuatkan aku berminat pada kamera ni ialah ada wi-fi , skrin dia leh condong 180, mampu  dihidupkan dalam masa 0.5 saat , ada 19 jenis filter dan pastinya kerana kualitinya .. Aku pernah guna dulu .. mmg cantik gila la gambarnya ..

Malas dah nak guna dslr .. leceh nak usung beg besar besar .. ehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (10)
    • ▼  April 2026 (2)
      • Hilangkan gerd dan anxiety !
      • Konsisten itu mahal harganya !
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes