BEN ASHAARI



 

Anak … Perghhhh .. Tak leh marah skit , terus merajuk dan baringkan diri ! Atau terus muka sememeh lalu menangis . Kalau tak pun , dia bangun gi main jauh jauh ..

Hurmmm ..

Maknya pon .. sama gak … Tak leh salah cakap .. Confirm merajuk . Olololoo .. Pembawakan budak la katakan ..

Bapak ? Hurm… Kiri kanan mau jaga .. Makan pon kena mau jaga ! Yelah , aku ni kan keje sendiri ! Walaupun duduk rumah , kena gak kerja . Stress tu mmg ada terutama bila tak update blog. Hurmm…

Kalau tak update , leh sentap gak aku ni. Maklumlah , orang bayar duit letak iklan .. aku lak , kena pastikan trafik tulen senantiasa masuk ke blog .. Tulen bangggg .. Diorang masuk kerana nak baca entri aku yang biasa biasa tu .. Bukan luar biasa atau gossip mahupun  hot punya entri ..

Susah gak keje sendiri ni .. Tak kais , tak makan .. Dah kais , kena simpan sikit untuk masa depan ..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Dugaaann wehh ! Dugaaannnn ! Kalau dulu aaa .. dugaannnya cumalah si wife jer tapi kali ni , perghhhh … pakej ! Sememangnya aku tak mengeluh cuma kesabaran aku perlu dipertingkatkan ke tahap lebih tinggi dari biasa ..

Bila aku check balik sejarah 2011 yakni ketika awal mengandungkan Qhaliff pada penghujung bulan 8 , pelbagai cerita aku coretkan dalam tu.Nasib baik la ada blog , kan ? Kalau takde .. nak harapkan kepala otak aku yang dah berlumut ni , mmg tak ingat apa apa dah .. Tarikh lahir sendiri pon tak ingat ! Boleh ? ( Saja kata gitu sbb aku selalu terlupa bila aku menikah ! Keliru sbb 3-4 kali menikah.. Erk , guwauuu jer .. )

 

 

Aku update di FB malam tadi …

“ Wife alahan teruk .. Kena terus tugas jaga Qhaliff utk syif malam . Dan biasanya malam , Qhaliff mengganas ! Semua benda dia nak main.. semua benda dia nak makan termasuk telinga aku !!

Peringkat ni , mmg memerlukan kesabaran yg amat sangat .. Lepas 3 bulan , baru ok .. Harapnya gitu la..”

Hurm.. kalau dulu , tak pe la .. tak susah sangat nak jaga sorang .. Tapi sekarang ni , kena jaga dua dan juga kerja aku ! Bermakna , aku nak senantiasa cari info baru untuk blog tu , mmg susah dah laa … Jadi aku banyak bercerita pasal apa yang berlaku pada aku dan juga sekeliling aku .. hurmm ..

Esok petang , aku ada keja luar .. Camana tu ? Nak tinggalkan Qhaliff berdua dengan mak dia .. Hurmmm ..

Allah tau apa yg terbaik buat kita ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Adik aku cakap tadi selepas dukung Qhaliff.. Terasa ringan dia .. Pipi pun dah semakin ilang tembam.. Huhuhu ..

Apa kes ? Dia semakin lasak ? Tapi dia tetap kuat makan kan ? Hehehe .. Benar tuuu . Dia lasak benar dan makan pon sama  seperti dulu. Asal suap dia nganga cuma sekarang ni memilih skit la .. Kalau tak menepati citarasa dia , dia buang dengan jari dia !

Tapi mmg betul pon .. aku pon dah terasa dia ringan sedikit berbanding yang lepas .. Apakah beratnya merajuk ? Huhu..

Takde la.. mmg aku suka ajar dia berlari sekarang ni.. Bawak dia main bola dalam rumah dan main kejar kejar .. Jadi aktif la skit .. Takde la asik nak membuta jer .. Heeee …

 

Photo: Taksub sungguh dgn spek aku ..

Photo: Mendamaikan ..

Comel cam aku kan ? Aku tau dahhh …

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 


Fuh ..berpeluh jap .. Camana di Malaysia ? Pelbagai pendapat dan pandangan diberikan di TimeLine aku tu.. Sat.. aku cari .. Haaa .. Jumpa .. Leh baca kat SINI ..

Apakah isu ini tidak dibangkitkan di mana mana ? Jeng jeng jeng .. Apa guna google kan ? Sila googleeee !

Dann .. aku jumpa macam macam ! Macam macam jawapan yg pastinya membuka mata dan hati .. Minda apatah lagi kan ? Hehehehe ..

Di satu forum ni , seorang doktor wanita meluahkan rasa hatinya dan kata-katanya ternyata ada benarnya …

“ SEPERTI semua golongan wanita di negara ini, saya cukup gembira dan berbangga dengan kenyataan bahawa kaum wanita Malaysia telah jauh lebih maju daripada kaum lelaki dari segi pencapaian akademik dan juga bilangan tenaga kerja profesional.

Bagaimanapun, rasa bangga saya mulai pudar apabila membaca laporan kajian khas sebuah IPTA tempatan baru-baru ini yang menyebut bahawa Malaysia kekurangan pakar-pakar perbidanan dan sakit puan (O & G) daripada kalangan kaum wanita. Kenyataan ini memang benar sekalipun pahit dan sebagai seorang doktor pakar perbidanan sendiri saya akui masalah ini telah sampai ke peringkat tenat!

Ketika melanjutkan pengajian untuk menguasai bidang O & G, saya dapati terlalu sedikit doktor wanita yang menuntut bersama-sama saya.

Ketika bertugas di beberapa buah hospital, juga saya perhatikan lebih ramai doktor lelaki yang menjadi pakar sakit puan, sedangkan tugas ini adalah tanggungjawab doktor-doktor wanita!

Pada hal di semua IPTA yang mempunyai fakulti perubatan jumlah penuntut wanita jauh melebihi lelaki. Persoalan tentang masalah ini juga kerap kali diajukan oleh para jururawat dan pesakit wanita kepada saya.

Bagaimanakah saya harus menjawabnya?

Ke mana perginya doktor wanita? Di mana sikap dan tanggungjawab anda semua? Apakah menguasai kepakaran ini tidak penting, atau kepada anda yang beragama Islam, bukan satu fardu kifayah?
Tidakkah sebagai wanita, anda bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh kaum sejenis bila hendak bersalin atau mendapatkan rawatan lain-lain masalah sakit puan, atau menjalani pemeriksaan perubatan berkait kes rogol?

Sukar sangatkah bidang sakit puan hingga ramai yang memilih untuk mendapatkan ilmu kepakaran perubatan yang lain? Tidak salah memilih cabang kepakaran yang kita minati, tetapi utamakanlah kepentingan kaum sejenis kita dahulu.

Tiada wanita yang tidak berasa malu untuk membuka pakaiannya untuk membolehkan doktor lelaki memeriksa tempat sulitnya.

Anda semua mengakuinya tetapi bila saat anda yang telah pun bergelar doktor diperlukan, anda tiada. Ramai ibu yang telah menulis kepada akhbar-akhbar memberitahu bahawa sepanjang pengalaman melahirkan anak-anak mereka, hanya sekali atau dua kali sahaja mereka berpeluang dirawat oleh doktor wanita.

Para penuntut jurusan perubatan daripada kalangan wanita yang sedang membaca tulisan saya tidak seharusnya berasa hati. Saya membuat teguran ini kerana masalah yang diutarakan sudah sekian lama berlarutan sedangkan wanita amat 'berkuasa' dalam kerjaya doktor perubatan di Malaysia.

Jangan sampai nanti kita diperlecehkan oleh kaum lelaki kerana tidak mampu untuk membantu kaum sejenis walaupun kita lebih ramai menjadi graduan dan menjawat jawa-tan tinggi berbanding mereka.
Jangan hanya lantang bersuara ingin menjadi pembela wanita tetapi tidak berbuat demikian di saat-saat saudara-saudara kita amat memerlukan.

Ketepikanlah kepentingan diri jika anda benar-benar memahami tanggungjawab sebagai wanita dalam membantu wanita lain, sesuai dengan niat menceburi kerjaya kedoktoran itu sendiri.

Tidak guna kita bermegah-megah bersorak ke sana ke mari bahawa wanita telah setaraf dengan lelaki dalam banyak bidang kerjaya sedangkan pakar sakit puan masih ramai lelaki.

Jika sebelum ini Perdana Menteri ada bertanya ke mana perginya sebilangan lagi lelaki Melayu yang tidak belajar di universiti, saya pula ingin bertanya, ke mana perginya para doktor wanita hingga terlalu sedikit yang menjadi pakar sakit puan ? - DOKTOR WANITA, HUKM Kubang Kerian, Kelantan. “

Perbincangan secara terbuka ini ada berlaku malah ada juga doktor lelaki berkongsi padangan mengenainya ..

Rajin google maka macam macam dapat .. Jangan dok dengan pendapat sendiri tanpa sebarang ilmu .. kan kan ? Mana ada si ibu nak doktor laki periksa dia kan ? Dan lelaki pulak , bukan nak sangat nak jadi pakar sakit puan .. Dan ibu yang punya anak dara yang bijaksana tu .. suruh la jadi pakar sakit puan .. Baru la best gini , kan !

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Kalau aku gi ke hospital atau klinik kerajaan  , pastinya jururawat wanita akan jadi perhatian . Kenapa ? Hehehe .. Rasanya ? Yerrrr .. pakaian mereka ! Walaupun masih dikatakan sangat kemas dan tidak seksi namun masih ada diantara mereka kurang selesa sbb masih tidak menepati piawaian menutup aurat malah ada juga yang kata seksi ! Seksi tak semestinya terbuka yer !!

Pagi ni , aku ada terima satu permintaan dari seorang rakan FB yang juga seorang jururawat meminta aku keutarakan cadangan menukar pakaian jururawat di negara kita yang lebih selesa dan menutup aurat sepenuhnya ..

Ini pakaian jururawat hospital / klinik kerajaan .. Lebih kurang gini laa kan ?

Ada yang cadangkan pemakaian jururawat sebegini .. Dan aku amat amat bersetuju ! Kan lagi kemas dari yang sediaada ni .. Pesakit lelaki pon tak la bertambah sakit atau pesakit perempuan yang dah berkawin pon tak la pening kepala kalau laki dia kerap datang lawat tapi tak duduk dengan dia tetapi berjln sana sini .. heehhe ..

 

Sebenarnya , ada dah beberapa hospital swasta terutama yang menggunakan imej begini .. Rasanya jururawat bukan Islam pon ok je .. Mereka pon terasa lebih selamat bila berpakaian gini .. Baru tenang nak buat kerja ..

Seperti biasa , aku google untuk cari isu ni .. Kot kot ada yang terlebih dahulu prihatin dan membincangkannya di blog mereka .. Dan , mmg ada pon ! huhuh…

Hurm.. aku buka secara umum isu ini di TimeLine aku .. Beberapa pendapat aku terima ..

  1. “ Sangat perlu penambahbaikan sbb tak mematuhi syariat “
  2. “ saya cuma x bkenan bila tudung kena masuk dlm baju tu je. bkn apa.. dalam Islam etika bertudung bkn begitu. kerja bkn jd halangan kt menutup aurat “
  3. “ erm.. tudung tu sebab tak mo tersangkut bila wat keje.. cumanya pakaian tu mgkn perlu penambahbaikan sbb ikut body..tau la cun melecun.. selim melim hihi “
  4. “ Baju jgn ikut body...tudung xpyah masuk dlm baju... tngok pkaian jururawat d arab saudi..google saja..hihihi “
  5. “ ok jer sy tgk pemakaian kt spital ni tp ade gak saje gatal mengetatkan “
  6. “ Perlu penambahbaikan. Sometimes keliru dengan line atau jalur diatas ''mahkota'' yang dipakai atau yang terletak di bahu. Adakah itu merujuk kepada level seseorang jururawat atau apakah sebenar fungsinya? Ada sesetengah hospital khususnya swasta menyediakan fabrik uniform yang tidak bersesuaian dan lebih mengejutkan bercorak ! Rasa macam di Hawaii dengan corak bunga-bunga. “
  7. “ bukan nurse je polis/askar semua bdn beruniform la.hu3..bygkan someone yg bertudung labuh n muslimah if dia nk jdi polis ke ke.nurse kena pikir byk kli.sebb pakaian yg x berpe sesuai..huu..klo tgk kt negra arab polis or askr dorng siap pakai niqab lg..xde prob rasa “
  8. “ Perlu tukar pada pakaian mentaati Allah.
    Tak salah jika baju lebih labuh dan tudung xperlu dimasukkan ke dalam. “
  9. “ seksi giler..masa akk admit tahun lps rasa nsk srh laki blk cepat je. manalah BP nak turun... “
  10. “ Xok. Pakai tudung lengang pendek. Lg satu bila buat pemeriksaan pd pesakit sila guna sarung tangan. Coz bersentuhan ngan bkn mukhrim “.

Apa pendapat Kementerian Kesihatan ? Sila prihatin sedikit yer .. Lama dah diorang tak selesa dengan pakaian gitu sebab banyak je mata liar mencuci mata ..

Dan kalau boleh , jururawat sedia ada .. sila prihatin sedikit baju putih yang kelihatan jarang dari belakang tu ..

Share
Tweet
Pin
Share
31 comments

 

Penyangak , penyamun , penyeluk saku , peragut , perompak dan macam macam lagi sekarang ni di negara kita. Semakin beranak pinak atau terkawal ? Ok , jangan salahkan polis yer .. Punca , macam macam seperti yang kita tau ..

Semalam , terbaca satu status di TimeLine Facebook seorang kenalan blogger yang mana suaminya telah diragut ketika hendak mengisi minyak di sebuah stesen minyak .. di ibu kota ..

Video rakaman cctv dari stesen tu menunjukkan suaminya sedang berjalan sambil berbual di telefon bimbitnya menuju ke arah satu tempat.. Tiba-tiba sebuah motosikal dipandu oleh seorang lelaki , meragut telefon bimbitnya lalu memecut laju dari situ !

Bayangkan , pada waktu yang begitu terang dan ada orang , kejadian jenayah masih mampu dilakukan tanpa ada rasa segan silu !Camana tu ?

Pengajaran untuk aku .. simpan barang berharga ketika berada di tempat terbuka ! Penyamun tak kira dah jantina atau rupa .. Kalau dia nak buat kerja , asal ada peluang .. memang diorang akan buat punya !

Hurmm.. kadang kadang kesian gak bila diorang ni , dapat ditangkap dan dibelasah tapi bila memikirkan apa yang mereka lakukan .. hurmm .. Biarkan jer la… Macam dah takde keje lain nak dibuat !

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Fuhhhhh … dia baru bangun tidur ni .. Apa lagi dia mau ? Mau makannnn ler .. Untuk lapik perut , kasi biskut dulu .. Takde la nak kasi makanan berat  terus ..Sabar nooooo ..

Tapi bila tengok dia makan , aku pulak yang kena bersabar dengan dia ! Adoiiiyaiiii .. Baru je mop umah dengan berkilatnya .. Tak sampai beberapa hari , dah gini.. Tak pe laaa .. sabar jeeeeer ..

Ok .. makan malam siap.. Ibu dah siapkannnn .. Masa untuk mamam ! Dan aku perjudikan masa aku dengan membiarkan dia makan untuk pertama kalinya ! Huhuhu ..

Serius , aku tak rajin nak bersihkan rumah belah makan tapi entah dari mana mai kuasa kerajinan ni pon tak tau laaa.. Aku suruh wife biarkan dia makan sendiri selepas beberapa suap .. Ajar dia dulu sblm biarkan ..

Photo

 

Dan inilah hasilnya ! Kat ruang tamu adaaa .. Kat dapur pon ada dan daddy sabar jer kan ?

Yer , daddy kena belajar triple punya kesabaran sbb nak mai sorang lagi nanti , inshaAllah …

Berpeluh ketiak tengok aihhhhh …

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Hehehe .. Atas permintaan rakan-rakan , aku kembali dengan segmen .. Tapi tak la kerap kot ? Sebab masa mencemburui aku...Hehehe..

Ada yang kata , sukar untuk mendapat pendapatan melalui blog dan ianya mengarut .. Benarkah ? Apa kata kita baca pendapat atau pengalaman mereka yang dah melaluinya ..

  1. http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  2. http://www.erazfadli.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  3. http://www.mizisempoi.com/2013/09/segmen-blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  4. http://zamani84.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  5. http://www.mykeledek.com/blog-sebagai-pendapatan-sampingan/
  6. http://sharfynarzmiss.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  7. http://arazua.blogspot.com/2013/09/segmen-blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  8. http://memetlenggeng.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  9. http://www.hasrulhassan.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  10. http://sweetdyba.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  11. http://www.jaakechik.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  12. http://www.paly.my/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  13. http://www.papablogger.my/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html?m=1
  14. http://jmbelog.blogspot.com/2013/09/segmen-blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  15. http://mohdyunus89.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  16. http://latitude292.blogspot.com/2013/09/segmen-ben-ashaari-blog-sebagai.html
  17. http://babyaimacomel.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  18. http://anagurlz87.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  19. http://pape-jer.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  20. http://cheksunnyboomboom.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  21. http://anagurlz87.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  22. http://mohdyunus89.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  23. http://zafirahzarrae.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  24. http://diaridarihati.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  25. http://solehahshamsuddin.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  26. http://nurainothman.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  27. http://eyqahasnan.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  28. http://invisiblenote.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  29. http://itsmetira.blogspot.com/2013/09/segmen-blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  30. http://stylovey.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  31. http://www.sunahsukasakura.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  32. http://melangkaugarisan.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  33. http://walkstatic.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  34. http://biskutcelup.blogspot.jp/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  35. http://thehyperbeast.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  36. http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  37. http://nazifhakim.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  38. http://www.areliff.my/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  39. http://aimisyafiqahsuhaimi.blogspot.com/2013/09/segmen-blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  40. http://aswanazmy.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  41. http://rusukiri.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  42. http://fatihahfazlin333.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  43. http://sitishazwaniee.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan.html
  44. http://marqiscareno.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html
  45. http://fatihahfazlin333.blogspot.com/2013/09/blog-sebagai-pendapatan-sampingan.html

 

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membacanya ..

Share
Tweet
Pin
Share
62 comments

 

Alhamdulillah .. setelah tak berjaya beberapa bulan lepas , kali ni benar benar nampak jantungnya. Beberapa minggu lepas , tak nampak dan doktor risau kandungan di luar rahim jadi pihak hospital suruh datang sekali lagi dan hari inilah , harinya untuk pengesahan berikutnya.

Kes yang lepas , kandungan ada tapi kosong. Menurut doktor yang periksa mungkin hormon je lebih tapi tidak berlaku persenyawaan .. Bukan gugur la ..

Dan kali ni , doktor pakar bagitau yg kandungan sihat dan jantung pon nampak clear. Pemakanan menurutnya seimbang. Yelah , wife makan kismis dan kurma saja di pejabat.. Serupa macam Qhaliff dulu ..

Hurmm .. cuma satu je persoalannya nanti.. Raya Haji nanti nak balik ke tak ? Bukan apa , wife bagitau salah seorang staffnya baru saja keguguran sbb terhentak setelah terlibat dalam kemalangan kecil. Dah 3 bulan mengandung katanya.. Kesian…

Kalau tak balik raya haji , nanti pantang pon balik sana gak kan ? Raya puasa lagi .. Haaaa.. Due mungkin sama bulan ngan Qhaliff atau awal bulan Mei .. gitu je la ..

Tak kisah la , janji sihat dan comel cam ayahnya kan ? Hehehe… Doakan yang terbaik buat kami sekeluarga yer …

Terima kasih. Alhamdulillah . Hilang amarah aku pada UNIFI.. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
29 comments

 

Selesai sudah check up di hospital bersalin. Pastu ke Unifi Cyberjaya . Mengecewakan ! Tak berbaloi rupanya duk ulang alik ke sana selama ni .. hurmm… Disuruh rujuk ke bahagian billing . Diorang call , dihantarnya ke bahagian pemasaran .. Tendang sana sini .. Pastu menunggu satu hal lagi ! Last last tinggal no telefon dan suruh diorang call .. Tunggu je la jawabnya..

Qhaliff , setia dengan daddy. Tak buat karenah pon .. Dilepaskan , dia berlari bermain .. Didukung, dia cool jer ..Nangis dikala mengantuk ? Tak pon .. Dia tunggu mak dia selesai check up , dalam kereta baru tidur ..

Singgah di Ummiza Cafe dalam perjalanan pulang ke rumah. Wife keluarkan bakul makanan. Tergelak dia bila lihat kandungan dalam tu.. huhu ..

Tah bila laaaa  mamat ni gi letak bola dalam tuuu .. hahahaha .. Bola ni dah semakin rapat dengan dia .. Kaki bola nampaknya .. Tapi rasanya hanger lebih rapat dengan dia .. Kalau dapat , dihentamnya aku ! Huhuh..

Makanan utk Qhaliff  , wife mmg dah buat siap dari rumah lagi .. Susah wife nak kasi dia makan makanan luar. Penat camana pon ,dia akan masak untuk Qhaliff.. Utk laki dia , gi je beli kedai mamak ! Aku tak kisah pon .. hahaa ..

Air untuk Qhaliff .. selain air suam , air buah .. Kekadang je kasi air ada ais. Tak elok sebenarnya tapi sengaja nak kasi dia belajar membezakan rasa .. Jadi tak la jakun bila besar nanti ..

Air buah ni , segelas confirm abis laaa dengan dia .. Cukup suka diaa .. hurmmm .. Minum la Qhaliff.. Selagi daddy mampu beli ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Setiap malam sebelum Qhaliff lena , pasti mak dia akan menjerit kesakitan ! Dan aku akan bergegas masuk untuk ‘selamatkan’ Qhaliff sebelum mak dia mengamuk ! Hahahah ..

Tau kenapa ? Dia menyusu dan gigit mak dia pada masa sama ! Menariknya , dia ketawa pastu .. Hahaahaha .. Aku kata , biar je la.. Bukan sakit mana pon .. Dia kata aku tak kena , tak pe laaa ..

Tadi , aku lak kenaaa ! Dia mai kacau aku .. Nak amik spek aku.. Berahi sungguh la dia dengan spek aku ni .. Bila amik , ada hati nak pakai. Pastu bersungguh maam nak patahkan.. Adeh ..

Pastuuuuu … dia ‘menetek’ aku !! Boleh ??? Dan dia gigit puting aku , dia gelak dan lari ! Boleh ???? Adoiiiii … makin nakal skang ni ! Kalau gelak , bersungguh sungguh lak tuuu ..

Bila dia tidur , lega tapi rindu nak kacau dia .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Pagi , dia makan masakan mak dia .. Tengahari , dia tak nak dah sbb dah sejuk ! Kalau aku panaskan pon dia tak nak .. Kalau nak pon , 4-5 sudu je. Nasib baik pagi dia makan banyak dan minum susu.

Jadi aku bagi dia biskut oats dan roti. Nasib baik dia ok jer .. Makan dengan penuh selera. Kalau aku ke dapur , ke peti ais .. biskut tu tetiba ilang !!

Jangan kata aku tak cari lak .. Aku cari kot dia buang kat lantai ke apa.Dalam mulut dia ? Aku perati , tak pulak dia mengunyah ! Tapi semacam pelik mengelembung kat pipi dia ..

Aku tekan tekan pipi dia .. Hahahahaha .. Tu diaaaaaa haaa… Aku suakan tapak tangan aku .. Dia keluarkan setengah biksut oats yang dia kemam tu ! Huk alohhhhh .. Dia sorokkkan makanan dia supaya dapat susu kotak yang ada dalam peti ais tu !

Adoiiyaaiii … ni ikut perangai aku niii .. Bab makan , mmg lajuuu jer ! Aishhhh …

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Photo: Dari zaman IRC lagi dah ramai tertipu ..

Aku tak tau la sapa yg buat gambar ni .. Aku dapat pon kat FB .. mmg gini yer. Takde watermark ! Jangan ada yang tuduh aku crop gambar ni dah la yer ..

Benarkah kenyataan yang tertera di dalam gambar di atas ? Berdasarkan pengalaman aku selama aku bergelar pengguna internet dan juga ramai kenalan di dalam dunia maya , sememangnya akan tersengih bila melihat gambar ni !

Yer tapi bukanlah 100% .. Ada yang letak gambar original dia. Bila jumpa sebijik ! Ada yang mmg jauh beza .. Bayangkan jika ada lelaki yang dah bermain cinta dengan dia , bila jumpa .. tu diaaaa ! Berbeza wooo .. Leh pitam 3 minggu ! Camana tu ?

Tapi andai dah kata cinta , camana sekali pun kena la terima , ye dak ? Cuma .. sepatutnya dari awal lagi bagilah gambar yang betul ! Atau paling tidak pon , bagitau la yang tu gambar edit kasi nampak cun dan saya mmg tak cun ! Kiranya dah bagi amaran awal awal !

Hurm.. nak salahkan perempuan 100% , tak leh gak kan ? Masalahnya dah memang permintaan begitu ! Sapa ‘cun’ , dialah bakal dingorat ! Kalau letak gambar tak cun , sapa nak tegur kita kan ?

Er ..lelaki sepatutnya mengawal mata .. Jangan dok cari yang cun jer ! Bila dah gitu , maka semua perempuan nak nampak cun ! Bila jumpa ? Nak terima atau tidak , tanya sama hati ! Tanya sama pokok , tak guna weh !

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Walaupun masih jauh lagi , tapi aku dah fikirkan sekarang setiap kali aku tidurkan Qhaliff ..

Aku pandang wajahnya dalam dalam .. Apakah nasibnya nanti bila ada adik ? Apakah dia masih menjadi keutamaan atau adiknya nanti mengambil alih ?

Hurm.. aku anak kedua .. Rasanya antara aku dan abang aku , abang aku masih menjadi keutamaan . Aku kena bersaing sungguh sungguh dengan dia . Apa yang aku mintak , mmg sukar nak dapat berbanding abang aku . Tapi aku tak la cemburu . Aku belajar berdikari.

Qhaliff , aku duga dia berkali kali dengan dukung anak kawan yang lebih kecil atau sebaya dia . Reaksi ? Dia terus bermain tanpa hiraukan aku cuma sesekali pandang aku dan wat dek ! Hahahaha… Banyak akal budak ni ..

Photo

Apa pun , aku akan berusaha bagi yang terbaik untuk anak anak aku . Elakkan mereka jadi cam aku .. Mereka perlu tahu mana yang patut diutamakan dan dikemudiankan ..

Belajar dari kehidupan ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Menjadi buah mulut pulak filem seram ni ! Disebabkan ianya diarahkan oleh James Wan , kelahiran Sarawak maka menjadi hot ?  Iskhh.. takkan kot ? Aku google .. dan baca review .. Ramai mengatakan filem seram ini sangat menarik untuk ditonton. Kiranya mmg menakutkan laa .. Waduhhhh .. Aku nak tengok ? Gulp.. Sejak tua menjengah aku , aku dah semakin tak berani .. Agaknya kuota keberanian aku dah semakin nak abis kot ?? Hurmm ..

Dalam akbar hari ni ada lagi artika mengenai James Wan.. Filem seramnya lagi meletop !

“ Filem seram terbitan FilmDistrict, Insidious: Chapter 2 mengungguli carta pecah panggung, menurut perangkaan kutipan tiket.

Filem sekuel arahan James Wan yang mengisahkan tentang rumah berhantu itu mencatat jualan kutipan tiket sebanyak AS$41 juta (RM134.8 juta), tiga kali ganda berbanding tayangan pertama filem tersebut pada 2010.

Penganalisis data pecah panggung Hollywood.com, Paul Dergarabedian berkata , filem tersebut mengumpul jumlah kutipan paling tinggi untuk tayangan pembukaan pada bulan ini.

"James Wan telah memecahkan kod dalam menghasilkan filem seram yang bagus," katanya.

Pengarah Australia itu juga mengarahkan satu lagi filem seram, The Conjuring yang berjaya mengungguli carta pecah panggung pada hari tayangan pembukaan.

Pengerusi pengedaran FilmDistrict, Jim Orr berkata, jualan tiket untuk filem tersebut hampir dua kali ganda melebihi jangkaan pihak studio.”.

Sayangnya .. dalam artikal tu menulis James Wan adalah pengarah Australia .. huhu .. Apakah benar James Wan dari Sarawak ? Dan The Conjuring itu bukanlah filem pertama arahan beliau. Banyak lagi ..

James Wan by Gage Skidmore.jpg

Menurut Wikipedia , James Wan yang berdarah cina ini dilahirkan pada tahun 1977 , di Kuching , Sarawak dan telah pun mendapat kewarganegaraan Australia ..

Hehehehe … Baguslah .. Kebanyakkan orang Malaysia yang berjaya telah pon berhijrah ke luar negara .. Ini adalah disebabkan saranan menteri menteri kita gak kan ?

“ Tak suka , sila ke luar negara ! “. Bila dah berjaya , sibuk suruh balik ! Huh …

Dan , aku baru je download The Conjuring. Saja nak tengok .. Nak beli original , tak mampu .. duit tak de .. Cukup cukup nak bayar petrol Ron95 .. Jangan tangkap aku yer.. Nanti delete balik ..

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Bangun awal pagi .. Dia akan ikut sama bangun bila mak dia bangun ! Aku ? Aku mesti la belum sbb tidur pon lambat ! Maklumlah , keje hingga lewat malam .. Ngantuk tapi apa boleh buat , dah kerja !

Bila dah bangun , dia akan gi tolong mak dia kat dapur .. Tolong ngacau jer .. Hehe.. Pastu akan masuk ke dalam bilik untuk kejut aku .. Huhu.. Nak marah , tak sampai hati .. Comel je tgk dia bila beria bercakap ngan aku .. Aku pun mengiyakan je ..

Kul 8 , mak dia gi kerja .. dan dia akan mai lepak ngan aku .. Nak buat apa ? Memula kasi makan .. Layan kartun skit .. Pastu mandikan dia .. Kasi susu dan ..

Part ni , kalau wife ada .. confirm dia tak mampu lakukan sebab Qhaliff nak susu original ! Dalam erti kata lain , kena tidur sekali baru dia akan tidur !

Tapi dengan aku …

Suara aku akan membuai dia .. Hehehehe.. Skang kul 10 .. rasanya kul 1 baru bangun .. hehehe.. Leh update entri banyak banyaaaakkk ..

Er , nak mandi dulu .. tapi mandi pon tak leh lama woooo .. Takut dia bangun dan keluar dari buaian tu ! Aku kena mandi seminit je ! Apa yg boleh dibuat dengan seminit ?????

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Serius ! Aku lapar giler malam ni .. Semalam , aku terlebih kenyang ! Makan nasi , 4 kali tambah wooo .. Ada budu + tempoyak , sambal lodeh , ulam , ikan baung masak asam tempoyak , ikan singgang , sambal ikan bilis .. Gulppp .. Pastu pulut durian ! Serius aku pengsan malam tadi atas tilam ! Syaitan sungguh laaa ..

Tapi malam ni ? Aku kelaparan .. Dalam kepala aku , nak masak maggie kari + asam laksa kemudian ditambah dengan jeruk petai ! Huk alohhhhhhhhhh .. wa cakap luuuu .. boleh gemuk wooo ari ari gini !

 

Namun .. aku kawal nafsu aku .. Kalau ikut nafsu , jadi lembu ! Maka , aku cari laaaa bekalan makanan yang adik aku belikan untuk aku yakni ..

Makan je biskut oats tuuuu kalau benar nak capai badan seperti usia 27 tahun dulu ! Hahahaha .. Adehhh … Tak tahannn weehhhhh …

Satu lagi cara .. Pasang je citer The Conjuring ! Confirm lari masuk bilik.. Tak berani nak ke dapur wehhhh !!

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Perghhh .. tamo berenggang dengan aku ,si Qhaliff ni ! Asyik suh dukung jer pastu kalau duduk diam takpe la … ni ajak orang main cak cak ! Adehhh … Nasib baik dah buat balik badan .. Kalau tak , mau berpeluh ketiak dok dukung dia ..

Kalau dah gini kan … Jangan mimpi la aku nak menikmati makanan dengan tenang .. Sian lak nak suruh wife dukung dia .. Hurmm … Nasib baik la dia dah tidur sejam dua tadi .. Kalau tak tidur langsung , perghhhhhhhhhhh … langsung tak nak turun ke darat ! Nak di udara jer .. huhu …

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Aduhhhh … sedapnya laaguuuu !! Lagu indonesia yang mmg aku gemar sedang berkumandang di radio Sinar FM .. Menyanyi nyanyi aku dibuatnya !

Sedang enak aku melayan lagu tiba-tiba sumbang terus suara aku disebabkan lagu di radio jadi pelik semacam ! Apakehenya jadi gitu ?? hurmmm …

Tetiba lagu indon tu jadi lagu klasik lama ! Huk alohhhh ..

Rupa-rupanya budak ni punya kerja ! Spoil betul laaa budak ni ! Mak dia lak lom keluar lagi dari pejabat .. Adehhhh .. Terus hilang mood nak menyanyi ! Baru plan nak asah bakat untuk join realiti show , Kilauan Emas.. tahun depan ! Huh , aku ? Kilauan Emas ? Tua sangat ke aku ???

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Semua dijemput hadir !!

Poster Rasmi

Ekspo Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (ConvEx'13 USM) kembali lagi! Kali ini, ekspo yang bakal berlangsung adalah lebih gempak.

Tarikh: 18 - 22 SEPTEMBER 2013

Masa: 9.00 AM - 9.00 PM

Tempat: Tapak Konvo, USM

Tema: Kesukarelawan Sebagai Gaya Hidup

Pelbagai aktiviti menarik yang akan berlangsung di ConvEx'13! Antaranya ialah Persembahan Projek Rabak, Forum Perdana, Cat's Runway, Bual Bicara bersama Mejar Dr Faiz Khaleed, Deejay Challenge, Persembahan daripada Forteen, Sesi bersama Anwar Hadi dan Persembahan istimewa daripada Johan Raja Lawak.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik sepanjang minggu ConvEx'13 berlangsung. Banyak gerai makanan, pakaian, cenderahati dan pelbagai barangan lain dibuka di sini.

Apa tunggu lagi? Jom datang USM ramai ramai :D

BANNER RASMI

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Aku teringin nak kata gitu bila selisih dengan penjual penjual filem cetak rompat ! Tapi … hurmm

Aku tak kata aku penyokong mereka tapi kehadiran mereka membuatkan orang orang yg tak mampu gi ke panggung membelinya untuk menonton ‘ apa yang best sangat’ filem tu kemudiannya buang atau memberikan pada orang lain ! Buat koleksi ? Aku tak rasa mereka akan buat koleksi kecuali jika filem tu bagus dan sesuai utk dijadikan koleksi , maka mereka atau aku sendiri akan beli yang original utk simpan ..

Jgn nak tangkap aku lak ! Salah sapa ? Nak beli original , tak semurah cetak rompak ! Kualiti dvd pon belum tentu leh tahan berpuluh tahun. Belum lagi filem tu punya kualiti ! Sekali bila tonton , tertipu !! Filem serupa sampahhh !! Jangan marah , itulah hakikatnya !!

Filem tempatan masa kini .. Berapa banyakkan yang benar benar layak ditayangkan di pawagam ? Teringat lagi kata kata , er .. sapa tah .. Masa aku gi ke forum perfileman tahun lepas .. katanya filem ni cumalah satu bisnis buat mereka .. Mereka jual , kita beli. Baik buruk , kita sebagai penonton kena tapis sendiri ! Terkedu aku dengar !!

Bagi aku mudah jer .. Kalau nak orang macam aku ni menyokong filem tempatan , pembikin filem masa kini perlu lebih bijak memilih karya karya untuk difilemkan ! Kalau mereka fikirkan keuntungan , maka kami ni pon nak fikirkan penjimatan ! Nak tengok perlu ada duit ! Bukan saja untuk bayar tiket , kena bayar cukai , parking kereta dan macam macam lagi !

Ingat lagi aku pada satu filem yg aku dijemput hadir untuk membuat review mengenainya. Aku sanggup pergi walaupun tak bayar hanya semata mata untuk menyokong filem tempatan ! Pengarahnya , perghhh … Bukan calang calang .. Pelakonnya , bukan main hebat !! Tapi hasilnya , sangatlah mengecewakan !!!

Disbbkan tu, aku nekad tak nak tonton dah filem tempatan di panggung mahupun cetak rompak punya ! Namun aku pujuk hati setelah aku terima satu lagi jemputan untuk menonton filem komedi arahan pelakon / pengarah tersohor yg aku minat sangat sangat !

Sekali lagi aku hampa dan malu pada rakan rakan yang mana aku ajak mereka join sama ! Haihhhh … Apa dah jadi dengan pasaran filem tempatan ? Mereka fikirkan keuntungan mudah dari orang Malaysia ke ????

Bagaimana orang macam aku ni nak tolak longgokan dvd cetak rompak atau download di internet kalau mereka sendiri tak bantu kami ?? Kena ada win win laa .. Terbitkan filem berkualiti dan jangan tipu kami dengan longgokan filem mencari keuntungan mudah !!

Katakan TIDAK PADA FILEM MURAHAN ! Apa itu filem murahan ? Anda sendiri mengetahuinya …

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

“ Abang … kenapa tak off tv semalam ? Ingatkan hujan lebat .. punya la lamaaa ! “

 

Aku terpinga pinga ! Sejak bila aku masuk tidur dengan tv terbiar pasang ? Mustahil … Aku tak la sepelupa gitu . Lagi pun bunyi ‘tebuan’ tu punya kuat , aku tak dengar ? Ini sudah mengarut !

Aku bertekak jap ngan wife . Takde la sampai tahap nak bersumpah laknat atau nak gi depan Kaabah untuk bersumpah .. Cuma aku beria mempertahankan apa yang aku tak buat.

Tapi aku percaya gak wife berkata benar . Dia takde masa nak membohong aku. Tak berbaloi katanya .. Hurmmm ..

Dalam fikiran aku .. apakah dia dah keluar ??

Jauh benar aku berimaginasi ! Cehhhhh ….

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (10)
    • ▼  April 2026 (2)
      • Hilangkan gerd dan anxiety !
      • Konsisten itu mahal harganya !
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes