BEN ASHAARI



 

Wowww … Bayangkan jika pihak bertanggungjawab di Putrajaya , mewujudkan sebuah perpustakaan awam terbesar di Malaysia ! Perghhhh.. Confirm ianya menjadi satu lagi kebanggaan  negara terutamanya penduduk Putrajaya dan sekitarnya .. Aku pun bangga , ok !

Yelah , dari dok jadikan pusat pelancongan jer , kan bagus juga jadikan bandar Putrajaya ni lebih ‘berkat’ dengan mewujudkan pusat ilmiah terbesar di sini. Tak ke bagus ? Dari dok harap motor besar datang sini , baik dok suruh motor besar je datang .. kan bagus motor kecik jugak datang menimba ilmu sambil beriadah di sini .. kan kan ?

Kawan aku ada bagi tau kat Selangor ada dah satu . Aku tak tau la samada perpustakaan tu di bawah kerajaan negeri atau pusat tapi kalau di bawah kerajaan negeri , kerajaan pusat kena buat sesuatu laa.. hehehe ..

Ni sedikit gambar yang aku amik  FB dari rakan bloggper KBBA , Najeeb Abdullah..

 

 

 

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Tak bagi kat dia ? Merajukkk laaa diaaa .. Dah bagi ? Sampai ke malam aktifnya .. huhu..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Rasanya , ramai menentang  ‘kehadiran’ HARD ROCK CAFE di Putrajaya. Cukuplah ada satu di KL sana tuu .. Kekalkan saja Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Malaysia dan juga pelancongan bebas arak dan maksiat. Takkan tak nampak tiap hujung minggu , Putrajaya ni dipenuhi dengan rakyat yg beriadah menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarga tersayang mahupun bersama rakan rakan..

Bagi aku , Putrajaya dah ada macam macam tetapi boleh ditambah lagi dengan wujudkan satu perpustakaan awam yang besarnya macam Perpustakaan Negara di KL tu ! Apa salahnya ada banyak perpustakaan kan ? Lagi pun , di Putrajaya ni , banyak je sekolah ada .. Perpustakaan komuniti yang sedia ada , dengarnya tak lengkap..

Apa salahnya kan ? Jangan asyik dok pikir untung jer. Kalau boleh bawak segala harta masuk kubur , lain laa .. Ni tinggal gak atas dunia untuk direbutkan oleh orang orang yang sealiran..

Perpustakaan awam tu nanti , kalau boleh .. lengkapkan dengan dewan ceramah , kelas bahasa , pidato , cafe bebas wifi untuk ahli berdaftar dan cafe untuk sapa sapa jumpa , berkumpul dan menghabiskan masa di sana ..

Bayangkan , perpustakaan sebenar tu nanti ada banyak bahagian buku untuk bacaan santai , rujukan ilmiah dan sebagainya. Barulah seronok hujung minggu.

Kata nak bebaskan negara dari rakyat yang suka berdemo kan ? Sebelum ramai berdemo sbb nak wujudkan HRC , lebih baik bagi rakyat sesuatu yang boleh mereka kata ..

“ Bagus juga Kerajaan BN ni kan ? “…

Dalam buruk manusia , ada juga bahagian baiknya, kan ? Semoga Allah berkati kita semua ..

 

Terkini ..

Photo: Terima kasih ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Photo

Aku sokong kata saudari Zeeda ni .. Sebelum ni tersebar gambar perempuan mengandung di dalam komuter terpaksa duduk di lantai kerana tiada yang prihatin. Sayangnya , mereka yang komen tu kaitkan dengan bangsa ! Aparaaaa !! Komen guna akal skit !

Tak kira bangsa la menda ni , di Malaysia ! Nak salahkan sapa ? Kita tengok la apa dah jadi dengan negara kita ni .. Segalanya mula pentingkan diri sendiri. Kerana apa ? Kerana terpaksa !! Kalau lembut hati , kita dipijak .. Sapa yang ajar semua ni ? Haaa.. Jangan pandang aku .. Kita selak balik diari kehidupan kita.

Hurm.. saban hari , kita tengok di internet.. Apa yang kita baca ? Macam macam cerita dan karenah. Kalau ‘New Feed’ aku penuh dengan ayat ayat cinta budak sekolah , mmg aku hide laa.. Mual baca. Mak ayah bertungkus lumus cari duit .. antar anak gi sekolah.. anak ? Kononnya dah besar laa eh ?

Dunia kita semakin mementingkan perut sendiri . Tak caya ? Masih ada yang kata ‘ asal dia senang.. dapat makan .. ada keje .. keluarga dia ok , dah laa ‘ berbanding yang prihatin terhadap jiran tetangganya samada dia dah makan ke .. sihat ke.. Takde kan ?

Kita tak perlu menuding jari.. Keadaan memaksa kita begini. Cuma kita bernasib baik masih selamat kerana kita punya AGAMA ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Setiap kali aku bukak gambar ni di tab , atau Qhaliff sendiri yg bukak .. dia akan cium gambar aku yg tgh buat duck face tu .. huhu..

Lembut , penyayang tapi tegas budak ni .. Dah nampak kegarangannya skg ni ..hurmm..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

-iklan-

ESP MENJADI KEGILAAN UNTUK MEREKA YANG INGINKAN KULIT CANTIK DAN BADAN BERTENAGA..!!

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
ESP Soy Protein Shaklee
====================
ESP shaklee merupakan satu2nya produk dlm pasaran yg menjamin penyediaan 9 asid amino yg tdk dpt dihasilkan oleh tubuh manusia.

Ia turut diperkaya dgn 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

Sangat sesuai utk smua peringkat umur - tua dan muda.

Manakala, kandungan indeks Glisemik (G.I) yg rendah iaitu 39, menjadikan ia sgt sesuai juga kpd penghidap kencing manis.

Satu hidangan esp shaklee ini bersamaan dgn 2x ganda daging, 4x ganda telor, 12x ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sgt mudah diserap oleh tubuh manusia.

Manfaat utama ESP
================
1-Awet muda
Asid amino ptg utk membina otot, kuku, rambut, darah, org-an, kulit, gland dan lain2. Pengambilan yg kerap adalah kunci kpd awet muda.

2- Baik untuk hormon
Kacang soya adalah satu2nya tumbuhan yg kaya dgn isoflavones, fungsinya bersamaan dgn hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

3- Baik untuk prostat
Genistein yg terkandung dlm kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dlm sel bdn sblm ia menukarkan sel DNA kpd sel kanser. Ia juga sgt baik dlm pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

4- Kulit remaja
Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

5- Pembekal tenaga
Membekal tenaga dgn segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik utk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

6- Membaiki pigmentasi
Membaiki masalah rambut spt beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

7- Membaiki memori
Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan..

SEMPENA 'YEAR END SALE'. DAPATKAN TAWARAN MENARIK UNTUK PEMBELIAN ESP INI!!

ORDER SEKARANG : 019-3190733 (MURNI)

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Aku calitkan sedikit gel rambut aku ke tangan.. Gosok gosok dan kenakan pada rambut dia .. Hahahaha.. Mamat di dalam gambar ni perasan dahhh .. Bila aku amik gambar dan tunjuk kat dia .. Ditambah lagi dengan ibunya yang asyik dok kata ..

“ Hensemnyaaaa anak ibu niii .. “.

Terus tak kasi aku usik rambut dia .. Huhuhu

Photo

Tukar gaya skit pasni. Jadi mat pacak lak .. serupa daddy ! Haahaha… Bila teringat peristiwa gunting rambut tadi , aku mampu geleng kepala jer. Bayangkan aku kena kepit tangan dan kaki dia .. dia menjerit sampai bersembur air liur kena kat daddy dia .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Mak aihhh .. Terkejut gak memula aku baca post yg dikongsikan oleh rakan aku di FB tu .. Setahu aku laaaa , HRC ni ada jual minuman keras. Takkan nak tarik pelancong , kasi taruk menda menda gini ?? Ke HRD ni sekadar jual motorsikal je ?? Ke bengkel motor ? Ehhh..

Tolonglahhh .. Cukup cukuplah apa yang ada kat pusat bandaraya tu.. Tak payah la nak semakkan Putrajaya yang jadi tumpuan rakyat untuk berurusan dengan kerajaan ni dengan menda menda yang diharamkan dalam agama ! Kata Malaysia negara Islam .. kononnya laa kan ?

Hurmmm .. Apa dah jadi ni ? Dulu orang kata Putrajaya ni , aman damai jer. Tiap malam gi bersantai kat depan masjid Putra , Mahkamah Keadilan .. tenang jer … Kan ?

Dari nak pacak HARD ROCK CAFE tuuu , baik pacak pelbagai restoran makanan kegemaran rakyat kat situ ! Pelancong lagi sukaaaa .. Diorang pon tak tahu , kalau nak mabuk .. gi mana .. Ni nak mabuk .. Gi je KL tu.. bersepah dah laaaa .. Iskhhhh…

Kekadang aku terfikir .. akal diorang ni tak guna dah sangat ke ? Sampai berapa tingkat harta diorang ni nak diusung ke dalam kubur ?

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Dia eksen dengan rambut dia yang panjang itu sama daddy dia !

 

Dia ingat dia Bruce Lee ?? Hahahahaha ..

 

Akhirnya , meraung dalam salonn..  Dia punya meraungg serupa macam ada orang nak mai culik dia jerrr.. Malu awek awek dlm tu tgkkk.

Lepas gunting rambut , tunjuk rambut baru dia melalui cermin.. Teriak terus dia .. Hahahaha..

Yeayyy..daddy kacak lagi dari Qhaliff skg !!

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Tetiba kat tv ada ikan dalam lautan. Dia tengok jer… Aku tahu. Dia mesti teringat yang dia pernah gi Aqua ari tu..

“ Fishhhhh ..” . Aku cakap pandang tepat mata dia

Dia tengok aku , senyum…

“ Fisshhhh.. “. Aku ulang ..

Akhirnya dia sebut juga.. Alhamdulillah ..

 

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Bila sebut melaram ni , biasanya siapa ? Cikgu lelaki atau perempuan ? Hehehe… Kalau cikgu lelaki , dia melaram dengan gadgetnya atau kenderaannya .. Nak jumpa yang melaram dengan pakaian , susah gak .. Tinggi kos woo.. Yang simple , ramai la…

Tersebarnya sekeping gambar cikgu perempuan yang ayu berposing manja.. Er, manja ke ? Biasa je kot ? Ke manja ? Ke tak ? Manja ? Hahahaha.. Belasah laa.. Lelaki tengok , cam manja.. Perempuan tengok ? Ok.. sila isi tempat kosong .. 

Sambung.. Tersebarnya gambar tu membuatkan aku up entri ni. Bukan apa.. Teringat zaman aku sekolah rendah dulu. Ada la sorang cikgu perempuan Matematik cun baru pindah masuk sekolah aku tu. Pergh… Aku darjah 6 masa tu. Bayangkan , setiap kali dia lalu , pintu tepi tu penuh dengan budak laki dok tgk dan amik bau diaaa.. Haa.. Yelah , cikgu pakai baju kurung ikut body gitu haa.. Sekolah aku lak , semua jantan. Macam monyet nampak pisang la jawabnya.. Hahaha..

Persoalan aku mudah jer.. Memandangkan sesi persekolahan dah mula , dan ramai parents dok ulang alik ke sekolah atas urusan pendaftaran dan sebagainya .. Apakah wajar guru wanita bersolekan atau berhiasan berlebihan ? Eh , ada ke ??? Adaaa

aaa .. Adaaa koooo !!

Beberapa jawapan dari rakan rakan di FB yang aku lakukan survey di awal pagi ..

  • cukup sekadar kemas n xmengganggu tumpuan murid2
  • ibarat melaram ke pasar pagi.. lari dari tujuan asal.
  • Cantik n kemas perlu tu motivasi utk pelajar jgk tp jgn berlebihan
  • sekolah saya ade la bberapa org camtu..kalo tgok mmg cm xde rupa cikgu..
  • murid nak cikgu yg comel dan cantik.tp klu mekap tebal mcm nak p opera cina..oh my!! no no no..!
  • Cukup sekadar bersederhana. Tmbh cikgu ialah role model... Berhias tidak salah. Tp bersederhana. Patuhilah etika pakaian dan hemah serta etika sbg seorang guru..
  • Walaupun pekerja kantin lebih vogue penampilannya.. "nilai" vogue seorang cikgu patutnya ada pada hotak dia yg takkan pernah sama dgn pekerja kantin.... muahahahha
  • maksud berlawa tu mcm mane sampai yg jd isu sgt..bila pakai biasa2, dah org xbolehvbeza makcik kantin dgn cikgu..sbb skrg ni pekrja kantin lg vogue dr cikgu
  • Wpun sy bukan cikgu n x vouge pon.. Biar je la diorg nk vouge ke hape. Atas pilihan hati msg2. Malas ke rajin. Jgn suka buruk sangka. Dulu sy pernah ade ckgu english yg cool suka melawa n stylo hbs. Sbb dia bekas pramugari. So what? Murid lg minat nk blaja english ape.. Just my two cents. Xyah nk havoc benda yg x perlu.
  • Xpayh kot lg2 skola menengah. Pelajar pn dh matang baligh. Nafsu dh ada. Berhias xpa tp jgn seksi. Nk tumpu susah. Pkir bnda lain
  • Xperlu.....cukup sekadar sedap mata memandang....mengikut syariat tu lebih cantik...
  • Sederhana ckup..cntik tu perlu sbb blh buat bdk smgt blaja..sy pun bercantik2 bila gi ngaja sbb nmpk bdk akan teruja tgk kita...pkai bedak arab n lip gloss pun bdk dh ckp cikgu cntik la..tp xperlu la make up tebal kasut 5 inci..xsesuai..ada jg ckgu yg over ni..kt sek sy aritu ckgu praktikum..praktikum lg kot..tp dh xikut etika..sepatutnya cikgu gi sek kena pkai kasut itam..tp dia kasut belang2 kuning itam....haha
  • Berlebih yg mcm mane tu? Klu sy lah, xde masalah nak melawa g sekolah. Csntik utk dirinsendiri dan utk motivasi pelajar juga. Melawa dlm erti kata yg dibenarkan lah. Xkisahla nak mekap mcm mane, pki baju mcm mane, asalkan ikut ethics yg dibenarkan. Klu sekolah rendah bile xcantik hanya di kata xcsntik, tpi masih ikut kelas. Klu pelajar menengah, time2 tu jugak dikomen xmenarik. Xde semangat. Bosan. Xberi perhatian. Melawa dan cantik dgn karisma tersendiri...
  • tak perlu...pergi sekolah menengah utk daftar anak kakak kelmarin..Pergh! satu set cikgu pakai baju sedondon dengan beg merah meyala..Hurm...daya penarik sgtlah hebat SILALAH KENAKAN TINDAKKAN TEGAS. Wahai guru besar..
  • cikgu yg berhias berlebihan tp garang semcm...murid tk suka pn.. tp klau pndai amik hati..bdk2 suka..cam ckgu ank sya.. ank asik citer n puji2 ckgu dia..jeles kita tau..

Kalau sekolah menengah , mmg bisa memang undang malapetaka.. Tapi sekolah rendah ? Takut cikgu lelaki lak tergugat eh ? Apa pendapat korang ?

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Aku pandang Qhaliff ..Hela nafas panjang. Syukur aku jaga dia sendiri walaupun ada juga berlaku beberapa kemalangan yang tak diduga seperti jatuh katil , tangga dan beberapa lagi ..

Pasni kena jaga adik dia lak.. Dua sekali.. Perghh.. Kalau nak kata mampukah , ada ibu boleh siap jaga berbelas anak lagi ! Hurmm..

 

 

Kelebihan aku ialah , tindakan pantas selepas itu. Tak perlu tunggu ‘parents’ balik untuk bawa ke klinik atau sebagainya. Hurmm.. Tak mudah jaga budak ni. Tak leh nak ikut 24 jam. Kalau ikut , tak jadi kerja kita pulak.. hurm..

Aku memahami sangat perasaan parents yang terpaksa antar anak mereka ke pengasuh atau Taska. Awal pagi lagi , kena kejar masa.. Yelah , kalau kena Taska .. pastu nak gi kerja .. Hurmm… Bukan mudah woo terutama yang kerja swasta. Kena bos tegas , asal merah je kena marah. Silap silap leh kena buang kerja. Hurm..

Pagi ni , dikejutkan dengan dua berita menyayat hati. Apa yang berlaku sebenarnya , hanya Allah saja mengetahuinya. Kita , kena amik iktibar. Kena tau mana yang perlu didahulukan .. Kena fikir panjang setiap tindak tanduk.

Dan.. hati hati la yer. Mencegah lebih baik …

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

" Mak , tak nak gi sekolah laa.. ".


"Laaa.. kenapa pulakkk .. ".


" Makanan mahal la mak.. Nasi ayam jer , Rm4,50. Duit belanja baru kasi Rm2. Mana cukup.. ".

"Dah tau mahal , sapa suruh makan nasi ayam. Makan je la nasi tu.." .


" Amboi mak.. ckp macam menteri dah .. ".


" Dah dah.. gi sekolah.. bawak bekal ni.. ".


Anaknya gi sekolah juga .. Sampai sekolah , terus masukkan kepala di celah kerusi , tanda boikot harga makanan mahal !!

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

Berus dan ubat gigi Qhaliff , yg beli berpuluh ringgit tu dah dibuangnya dlm lubang saluran air. Huhu.. kena cari baru..

Gi MotherCare.. cari yg khas utk kanak2 2 tahun.. lebih kurang je la.. Harga berus gigi saja dah nak RM30.. Kensel laaa.. Bajet tahun ni.. Kena ubah gaya hidup. Reset minda abis abisan ni..

Gi Watson.. Jumpa yg ni.. Murah giler .. Jimat berpuluh ringgit.. Beli terus..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Kalau gi mana mana dan ada tv di situ , rasa macam ada je tak kena bila menontonnya. Lebih baik tak tengok langsung dari tengok   dah tanpaa  ada ‘feel’ ! Tengok berita tu , ok laa . Heee..

Segalanya kerana perkenalan aku dengan PIONEER ! Sejak berada kat rumah , tiap kali tonton tv , mesti kena pasang set home teater PIONEER ni. Tak lengkap tontonan tanpanya.

Wife aku sendiri pon mengakuinya. Kalau tengok tv kat rumah orang tua aku , mmg takde rasa apa. Rasa macam nak belikan set ni je utk diorang. Baru tahu camana rasa tengok tv sebenarnya.. heee..

Bising sangat ke kalau pasang set home teater ni ? Ada kawan nasihatkan suruh pasang pelan pelan.. Aku dah test .. Pasang kuat kuat.Bunyinya bukan nyaring hingga sakitkan telingat. Memang sedap je bunyinya. Kira orang kalau dengar pon rasa macam nak join tengok sama jeer.. Haa

Apakah hanya untuk tengok tv je ke ? Tak.. Kalau dengar muzik pon sedap. Bunyinya sebijik bijik keluar. Jelas dan nyata. AV Receiver 923 membuatkan segalanya impian kepuasan menonton tv dan mendengar muzik menjadi nyata ! Serius , tanpanya .. tak tengok tv pon tak pe laa ! Dan , nak gi panggung pon malas dah. Tunggu je keuar dvd atau blu ray , beli dan tengok kat rumah.. Sama je rasa ! Malah lebih puas !

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Hurmm.. lepas solat Isya' semalam.. tgk Qhalif dok baek punya layan menda ni ! Dia tolak abis jadi 90 darjah skrin laptop ni ! Arghhhhhhhhhhhh….

Aku ingatkan takde apa .. Pagi ni nak buat kerja , usik je laptop ni.. Terkulai layu … Haihhhh .. Baru nak menyimpan duit sikit ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Masih ada yang tanya .. Si Qhaliff minum apa sampai pipi dia melayut gitu ! Haaa .. Ok laaa .. aku bukak rahsia sebenarnya ..

Aku kasi susu ni haaa …

Hahahaha .. Tu susu aku .. Meraung mak dia kalau aku kasi susu tu kat dia .. Silap silap , aku yang didukung dek Qhaliff setiap hari haaa ..

Qhaliff , susu badan je dari dulu. Rasanya bila nak cecah setahun baru campur skit sbb stok berkurangan tapi masih lagi bagi susu badan hingga sekarang ni.

Cuma sekarang ni , susu badan dah macam nak kering je.. Rasanya dah mula nak produce untuk adik dia la kot .. heeee .. Jadi , setiap hari .. Qhaliff amik susu Anmum jer ..

Abis tu ? Pipi dia datang dari mana ? Pipi dia .. datang dari mak dia ! Tu mak dia punya pipi laaa .. Hahahha… Badan dia tu, baka keturunan aku. Semua jenis sedap dismackdownkan … hehehe .. Serius , sedap wooo.. Dia pon mmg dah lasak sangat dah..

Adik dia nanti.. tak tau la aku …

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Hahahaha.. aku tak tau la sapa punya kerja.. Abis tersebar kat whatsapp .. hahahaa.. Awal pagi , dgn murid tersepit. Pastu ada pulak pakcik , abg askar diikuti dek pelbagai lagi gambar..

Aku tak hairan sebenarnya bab tersepit ni di zaman sekolah.. Takat kepala tu ok lagi.. aku penah kena peha tersepit kt celah celah tempat duduk  gara gara kerusi dah 80%  bergoyang !! Tunggu nak patah jer !  Pedih siuttt..

Photo

Haih.. kata dah moden.. Ada lg sekolah guna kerusi kayu ??

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Tarik nafas lega.. Alhamdulillah… Kalau tak ? Tak tau laa apa nasib kami sekeluarga tadi. Kebetulan pulak aku memandu dengan rileks dan santai je tadi padahal aku dah penat badan sbb dok dukung Qhaliff di Alamanda tadi.

Apa ceritanya ? Hurmm … Tengahari tadi .. Dalam perjalanan pulang dari Putrajaya , melalui jalan biasa yakni Jenderam Hilir tu laa.. Kawasan kampung tapi kereta yang dipandu seolah olah berada di  dhighway ! Laju memanjang , tak kira masa ! Kalau tengahari tu , kena hati hati laaa.. Budak nak gi sekolah laa.. nak balik sekolah laaaa.. kan ?

Nak dijadikan cerita .. Aku terperasan ada sebuah kereta nak keluar dari satu lorong , dari jauh. Aku pun dah mula perlahankan kenderaan. Mana tau dia main terjah jer keluar nanti.. tak ke naya ? Aku pandang belakang.. Clear.. Takde kereta .

Tiba-tiba , ada sebuah kereta dari arah bertentangan memasuki lorong aku dan pantas memasuki lorong dia semula selepas memotong kereta di hadapannya yang nak masuk ke lorong di sebelah kiri !

Bayangkan aku berdepan dengan kereta tu dan nyaris bertembung ! Kalau aku laju skit , mmg kena laa tadi .. Aku hon panjang kat kereta tuuu..

Istighfar dan bersyukur sangat pada Allah. Rezeki kami , panjang umur dan sihat lagi hari ni .. Huhu…

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Sebelum ni Qhaliff guna drypants berjenama DRYPERS .. Kelmarin , tukar ke HUGGIES setelah stok di kedai abis .. Kata wife , HUGGIES lebih murah dari DRYPERS ..

Dari segi kebocoran camana pulak ? Ok… Sebelum ni , bila Qhaliff bangun tidur , kebocorannya .. ciput jer. Kalau sentuh bahagian bawah seluar , baru terasa basahnya.

HUGGIES lak camana ? Hurm…. Ok , ni aku bagitau awal awal yer .. DRYPERS tak sponsor aku yer .. Jadi ini bukan advertorial berbayar yer.. Haa.. Kang ingat aku berat sebelah lak.. huhu ..

Pagi tadi , aku tengok seluar Qhaliff.. kebocorannya amat ketara .. Hurmm.. Tu je la aku leh bagi kesimpulan. Untuk penjimatan , sebelah siang , aku akan guna HUGGIES dan malam , untuk pakai waktu tidur .. guna DRYPERS..

Tak pe.. nanti aku try sendiri ok ke tak .. Lebih adil utk buat perbandingan.. kan ? Heee..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
33 comments

 

Tiap kali bila kawan mesej aku di FB , yang mana jarang bagi mesej .. confirm hati aku berdebar debar.. Apa la pulak isunya ni ?

“ Ben .. cuba tengok ni .. “.

Ler .. Kalau tak gambar kat gym, gambar ni .. confirm kena guna punya tanpa kebenaran ! Ada kawan kata , biarkan je la.. Bukannya dia pos bukan bukan seperti ada akaun yang lain.. siap mengaku gay tuu .. Adehh ..

Bagi aku la kan.. kalau dia nak guna gambar aku dan pos yang baik baik tu .. ok la.. Tapi tengok la header dia tuuu .. Tak pasal pasal ada orang ingat aku nikah baru dengan guna nama baru ! Haaa.. Camana tuuu ?

Aku nak tarik balik gambar gambar ni , dah terbabas 5 tahun pon.. Tak berbaloi dah. abis bersepah dah gambar aku ni haa.. Pandai pulak pilih.. Gambar  tang masa kacak je amik ! Masa tak kacak , tak nak pulak ! Hahahaha …

Nasihat aku la.. Tak kira la apa niat sekali pun , kalau nak layan laman sosial ni , guna la gambar sendiri atau guna la avatar atau kartun mickey mouse ke… Gambar orang bernyawa ni , tak bagus .. Sbb bila kita tersebar atau termuat naik sesuatu yang mendatangkan keaiban , tak pasal pasal kawan empunya gambar kena .. Haaaa .. tak ke naya ?

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

Qhaliff dah sembuh.. Aku 90% tapi ibunya , belum donggg .. Kena gi klinik kerajaan utk amik mc ari ni..

Sementara tunggu , aku gi lepak minum milo ais .. Secawan RM2 koooo.. hahaha.. kurus daddy ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Wow ! Kalau bicara soal politik , dikatanya tidak matang ! Kalau bicara soal hiburan , baru matang ? Heeee … Eh ? Ni zaman bila punya pendapat ni ? Huhu.. Cuba cari berapa ramai budak boleh berbicara pasal politik tanpa kira dia pro mana sekali pon. Dengar apa yg cuba dia hujahkan ..

Itu lebih baik dari dok bersembang pasal artis Korea laaa.. artis Jepun laaa .. Atau pon artis Malaysia yang pakai mekap apa atau baju apa .. Eh , buang masa laaa.. Ops , sesekali .. ok laa.. Bukan tak leh .. Sebulan sekali , ok laa.. hahaha ..

Abis tu , bicara soal politik ni menjana minda la eh ? Gilo koo .. Nak bercerita pasal politik ni , kena ada fakta yang betul. Salah cerita , kena gelak atau kena maki kooo .. Jadi , kena la banyak membaca .. Secara tidak langsung , bila dia membaca , dia akan tahu banyak perkara terutamanya mengenai sejarah politik negara atau juga dunia ..

Tak kisah la dia nak sokong biru ke , hijau ke .. asalkan mampu berhujah dengan logik , sabar dan punya fakta , bagus.. Kalau tak , baik dia baca buku sekolah jer .. Jangan kacau orang aihh .. Hahahha ..

Sebab tu , jarang nak dengar budak sekolah sembang politik ni .. Tak ramai nak amik tau sbb mak ayah dok suap makan lagi. Tiap pagi , mintak duit gi sekolah .. Pastu belanja awek makan atau pakwe makan .. Haaa.. Dengar PAS nak perintah negara , takut abis sebab taknak Hudud ! Hahahahha .. Sbb tu kena amik tauuu … Jangan duk bawah tempurung ..

Jangan marah aa… Selamat bersekolah yer adik adik .. Belajar rajin rajin.  Mana tau boleh jadi menteri tapi jangan jadi menteri  berlagak dengan harta rakyat yer  !

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Maafkan daddy sayang .. Kena ikat perut kita tahun ni ..

Photo

Hahahah .. Takde laaa .. Dia kurus sbb dia aktif sangat dah skang ni.. Berkungfu dengan aku , setiap jam .. Melarikan diri setelah menjatuhkan barang lagi .. Haaa.. Maunya tak kurus ? Makan terlebih wokeh ! Camana pun , anak mesti mau kasi makan.. Bapak tak makan , tak peee .. Heee..

Tapi kalau bapak tak makan .. anak camana mau makan ? Bapak tak larat mau cari makan nanti .. Susah laaa .. Kalau gitu , biar bapak makan dulu .. Heeee..

Gurau laaa .. Aiseyman..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Tahun ni tahun ke 6 aku blogging.. Yeke ? Sat kira.. Mula hujung 2008 kan ? Skang dah 2014 .. haa.. Berapa ? Kira la sndiri.. Aku letih dah kira.. Tu belum masuk GST lagi tuuu .. Haaa..

Awal awal blogging .. aku fikir , best giler dapat job ni ! Free pon tak pe laaa .. Janji dapat macam macam terutama gi bercuti sana sini ! Tapi mustahil la sbb aku ni , bukan blogger retis atau popular pon ..

Tapi segalanya mula meleset bila aku dah masuk tahun 2 blogging. Pelbagai job aku terima .. Berbayar dan juga tidak. Awalnya  yang tidak berbayar tu , ok la.. Win win situation.. Tapi lama kelamaan, aku rasa macam tak berbaloi.. Takkan diorang ni tak mampu bayar walaupun untuk RM100 ??

Sesekali tu , ok la. Tapi kalau dah 2,3 kali menda yang sama suruh promote , tu melampau laaa .. Diorang dapat keuntungan. Atau agen tu dapat bayaran.. Tapi sampai kat blogger , tak payah bayar ! Dah kasi makan , tidur free .. dah laa  , kata mereka ! Amboiii .. Maaf laaa yer. Kalau nak gitu , maka aku pergi bercuti cuti Malaysia je la. Untuk update ? Maaf .. Adil la kan ?

Blogger bukan wartawan. Wartawan , mmg dah ada gaji. Blogger pula , income dari blognya. Kalau nak asyik free.. lama lama tutup blog weh ! Kalau bagi produk mcm gadget , berbaloi la gak. Boleh jual dan duit leh simpan ! Ni zaman duit mau pakai banyak woo !

Blogger pon.. Nak pasang network pun , jangan sampai merendahkan lagi maruah blog tu. Susah susah kasi naik .. Tau tau , free ! Perghhh ..

Bukan apa .. aku kesian je kat blogger yang dok kata , ‘ kenapa aku tak pernah merasa duit dari blog ? ‘. Camana nak merasa kalau ada blogger dok asik amik job free.. Bukankah itu akan matikan segala peluang pendapatan blogger ?

Air suam pon mau bayar tau .. Mana ada free skang ni ! Mau gerak , guna minyak .. Lrt mau naik ! Memadai dengan tidur makan je ? Atau seronok ? Sesekali , ok laa .. Selalu buat , makan pasir laa .. Jangan ternganga bila dengar ada blogger masyuk tapi kita tak.. Dah kita nak free jer ..

Ingat blogger .. korang ada blog , FB , Twitter , Instagram .. Korang update tu , guna internet .. Mau bayar internet maaa ..

Entri dari rakan sejawat .. Baca kat SINI ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Mencicit dia lari dari dapur selepas dia jatuhkan mangkuk berisi cili kicap . Menurut wife , dia letak atas dapur kabinet tu jer . Qhaliff main capai je setelah nampak dari jauh ada sesuatu yang boleh digapainya !

Bila dah tarik dan jatuh , wife terus jerit nama aku. Qhaliff , mencicit lari ke ruang tamu dan duduk atas sofa. Menanti hukuman dari bapak dia..

Aku tak salahkan dia pon. Aku pesan kat wife supaya  lebih berhati hati bila letak barang di atas kabinet dapur tu. Qhaliff dah boleh capai dah sekarang .. Semua benda adalah mainan baginya .. Hurmm ..

 

Tak perlu cari salah sapa. Yang patut diutamakan ialah hindarkan dari kemalangan .. Jadi , saling nasihat menasihati tu penting .. Jangan tunggu kena , baru nak bertekak.. Tak guna …

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Dulu , aku selalu attack filem dia yg .. hurm.. mmg tak beri apa apa kebaikan pada penonton . Aku mmg tak sokong langsung dia .. Tapi hari ini , ini segalanya berubah. Alhamdulillah , ada hikmah besar disebalik kejadian yg lepas..

Aku follow Twitter dia , mulai hari ni ...hee..Tahniah .. Alhamdulillah.. Semoga terbit filem filem yg memberi manfaat pada penonton terutama aku..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Pernah aku pergi satu forum intergriti ni. Pengerusi tanya pada semua ahli yg dijemput .. majoriti blogger . Dia tanya camana nak intergritikan pengguna internet ? Aku jawab mudah jer.. Kita mulakan dari atas . Kalau atas punya intergriti , yang bawah bawah ni ikut sama laa .. Kepimpinan melalui teladan la kan  ?

Aku biasa pergi event VVIP.. Atau pernah terlibat dengan pengurusan majlis yang mana VVIP terlibat. Haaaa.. Part makan ni selalu jadi pening kepala.. Abis cut sana sini untuk cukupkan bajet. Yang untuk hadirin , takde masalah.. Tapi VVIP ni haaa… Kang bagi makan biasa biasa ,jadi isu lak .. kan ? 

Ok.. Walaupun apa yang aku nak bagi cadangan ni dah ada dalam 11 Langkah Penjimatan tetapi ianya untuk sektor awam ! Sektor awam setahu aku dah lama berjimat ni.. Aku gi meeting ngan Jabatan pon dihidangkan karipap , bihun kosong dan kopi je tempoh ari .. Alhamdulillah.. kenyang .. Tu yang penting.

Apa kataaa .. Apa kataaa .. Menteri yang banyak bg pandangan ni mulakan , pastu rakyat ikut. Alang alang nak berkongsi beban bersama rakyat la kan ?

Menteri kalau boleh bawak makanan sendiri dari rumah bila gi mana mana majlis. Bukan apa , makan skit je pon..  Bayangkan.. bila menteri kena bawa makanan sendiri, hadirin pun akan bawa juga. Boleh tukar tukar makanan.. Kan best gitu ?  Ala ala potluck gituuu..

Kalau meeting bersama pegawai tu , hidangkan biskut kering dengan kopi o jer.. Kasi cicah ! Baru 1Malaysia .. kan ?  Barulah benar kita diambang penjimatan sebenar benarnya. Bukan dok suruh sektor awam dan rakyat jer .. Orang atasan ni pon kena jimat seabisanya. Kalau ikutkan , pemimpin lama dah kena sedekah hartanya untuk meringankan beban rakyat .. Bukan rakyat yg ‘sedekah’ harta .. Tak suka ? Letak jawatan. Ramai lagi nak jadi Menteri…

Antara cadangan cadangan rakyat yang lain ialah :

  • kerajaan kena kurangkan penggunaan lampu warna warni kat jalan tu..xpenting pun semua tuh..
  • Kurangkan melancong kalau xberkaitan urusan negara...kalau nak jugak kumpul duit sendiri....ni tidak melancong bukan main lg...tp pakai duit rakyat...kerajaan....jangan buat lampu banyak2 sangat....pembaziran tu...tolong berjimat cermat...kami kat umah pon rela tido bergelap xpasang aircond sbb nak jimat...
  • Penggunaan kereta n minyak kerajaan... xpyh lh ada kereta rasmi n rumh rasmi... duk n gune je keta srndiri
  • Pakaian istiadat... xpyh claim...
  • Event2 besar yg mengarut dan x dtg kan untung x yah buat. Kos khemah je dah bape kat situ blum kira mkn vip la bla bla
  • BRIM satu pembaziran krna bgi pendapat saya wang begitu lebih elok kerajaan gunakan utk subsidi makanan,minyak dll.lagipun dikalangan yg dpt brim,berapa rmai yg betul2 menggunakan wang tu dgn berhemah?ada yg tuko itu ini kat rumah,bayar hutang,bli benda yg lain.sekejap je dah habis brim tu.lebih elok gunakan wang brim yg sdikit melabur di tabung haji,asb atau tabung amanah
  • hentikan pembangunan beberapa tempat yang akhirnya menyebabkan kawasan tu seperti bangunan berhantu
  • kurangkn p mlwt ngara laen cna cni...wat prabeh duet ja...klaw p nek bas awam xpa..ni nek pswt khas....
  • tarik elaun2 khas..... suruh guna gaji sendiri utk bayar mcm rakyat biasa buat
  • pm and menteri menteri yg bersekutu dengannya kena keluarkan duit poket aka gaji sndiri utk buat apa2 event or ke luar ngara. tak pyh guna duit kerajaan. or nak bagi BR1M pun kena guna duit pm and mnteri2nya. kalau BR1M setiap tahun dpt RM650, diorang perlu keluarkan duit poket diorg sendiri utk rakyat. haha. biar diorang tahu susah ke tdk hidup rakyat ni yg bpendapatan bawah RM3k.. Gaji atas 5k pun bising hidup mcam ni. Ni kan pulak yg bawah RM3k. Huhu

Amacam ? Boleh tak buat gini ? Turut merasai beban rakyat .. Yelah , duduk atas kerusi empuk pastu cerita dok beban sana sini , tak guna gak kan ?

Sekian..Jangan nak maki aku .. Nak marah aku. Aku cintakan negara ni ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Awal pagi 2014 .. Aku belek ‘New Feed’ di Samsung Note 8.0 aku yang dah hampir jadi milik Qhaliff. Hurmm .. Nak tau apakah negara ini yang aku cintai ini telah digulingkan atau tidak , dengan cara perhimpunan ‘Guling’ malam tadi ..

Beberapa orang rakan aku di FB , ada pergi ke perhimpunan itu . Respek ! Mereka bukan sekadar gebang di FB saja malah berani memperjuangkannya di atas jalanan. Gambar diletakkan di FB mereka untuk menunjukkan bukti keadaaan. Semuanya ok !

Kemudian aku nampak ada rakan ‘LIKE’ page yang aku confirm geleng kepala kalau masuk. Aku masuk baca jap… Astagfirullah al a’zim… Pulakkk ! Fitnah benar ni ! Ternampak di page akhbar yang pernah jadi kesayangan aku .. Pun berita firnah ! Aku cuba check di page akhbar lain .. takde pulak pasal berita yang mereka sampaikan ! Apa laa nak jadi ni ??

Aku baca komen komen yang ada di situ.. Aku rasa mual giler ! Ada yang menuduh orang yang turu ke perhimpunan ni , tak bertamadun laa.. buang masa laaa dan macam macam lagi sumpah seranah kepada mereka. Kesian pada mereka tu.. Masih buta lagi..

Ramai masih lena . Kata mereka , kenaikan ni tak menjejaskan mereka pon .. Mudah je bagi aku .. Kalau korang gi makan kat luar , order je air suam. Tengok la berapa harga air suam tu yang mana satu tika dulu , ianya percuma jer !! Apakah ianya masih percuma ?

Jangan lupa , kita ada anak cucu satu hari nanti ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Hurmm.. Aku ingat nak letak kalendar yang ada macam macam kenaikan tu tapi .. hurm.. biarkan dulu jer ..

Buat rakan rakan , selamat menyambut tahun baru yg bakal mencabar ni . Aku pun nak kena belajar bangun seawal pagi untuk mencari lebih rezeki .. Er , sebelum ni pon mmg tidur kul 4 , bangun kul 6 pagi semata mata nk cari rezeki untuk keluarga.. Hurmm.. Reset minda je la jawapannya.

Apa pun , selamat menempuh segala ujian Allah. Banyakkan berdoa , ingat padaNya. InshaAllah , tahun ni  aku dan ramai lagi rakan blogger akan mendapat zuriat .. Pastinya entri di blog akan berubah wajah .. Huhuh.. Doakan kami yer ..

Dan buat isteriku yang tercinta ..

Selamat Hari Lahir !! Hadiah dapat double wooo .. Satu , baby.. satu lagi hp.. heeee.. Ok la kan ? Ada satu lagi !! Kasih sayang .. auch.. Hahahaa…

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

-iklan-

Harga Runtuh Buku “A Priceless Princess” Hanya untuk 1/1/2014!

BELI SATU DAPAT PERCUMA SATU!!!!!!

TAWARAN HANYA SAH UNTUK SEHARI – 1 JAN 2014!!!!!!!

Buku Islamik Santai sesuai untuk remaja dan dewasa.

Boleh dibeli secara pos daripada penulis – RM19.90 sebuah:

Sms 019-6745742 atau pm facebook “Nasiroh Omar” atau pm fanpage “A Priceless Princess”

clip_image001

clip_image003

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Apa saja aku makan , dia nak .. Bila dah dpt , jgn mimpi nak dpt balik ! Skg , kena makan sorok sorok dah nehh .. Hahahaha .. Tapi tak sampai hati laaa nk sorok makanan dari anak..Huhu...

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Gi klinik Presint 3 tadi .. Wife lak sakit mata.. Jalan tutup pulak utk sambutan Tahun Baru secara halal di depan Makamah Keadilan tu.. Byk duit nih .. ke sponsor ? Hee.. Lantak la kan.. akhirat jawab .. masing masing kena soal termasuk aku..

Parking sat tepi hentian bas sbb susah nak masuk parking.. Masa pon dah agak lewat.. Masa nak turun tu , nampak laaa kapas yg dah dihiasi dgn darah , dibuang merata begitu saja. Hurmm..

Tau tak bahayanya bila menda gini dibuang gitu je ? Satu .. mungkin ada virus.. Dua , jin suka woooo..  Haaaa.. kanggg.. kanggg.. haaaa... Yg ketiga , ingat la ada kawan cita.. darah tu , kalau dititis dengan limau purut.. siapp laaaa empunya darah.. Betul atau tidak , wallahualam ..

Kesimpulannya , tolonglah jaga kebersihan.. Dah tak cukup ' kotor ' ke negara kita ni sampaikan kita pon tumpang sama nak kotorkan lagi..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Giliran ibunya lak . Qhaliff ok dah .. Aku ? Lom  ok lagi ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Turun skit.. Last timbang , 14kg .. pastu bila kena cirit birit ari tu , berat dia jadi 13.5kg dan kekal hingga sekarang ..

Selera makan ? Sama jer .. Bagi apa pun , semua makan malah siap berebut dengan aku lagi .. huhuu ..

Makin tinggi dan makin mencabar bapak dia .. huhuh ..

# Hurm.. antara entri entri terakhir sebelum menjelang 2014.. Pasni entri pasti berbeza.. Apakah ?

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (10)
    • ▼  April 2026 (2)
      • Hilangkan gerd dan anxiety !
      • Konsisten itu mahal harganya !
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes