Rezeki kami sekeluarga ..

by - Khamis, Januari 02, 2014

 

Tarik nafas lega.. Alhamdulillah… Kalau tak ? Tak tau laa apa nasib kami sekeluarga tadi. Kebetulan pulak aku memandu dengan rileks dan santai je tadi padahal aku dah penat badan sbb dok dukung Qhaliff di Alamanda tadi.

Apa ceritanya ? Hurmm … Tengahari tadi .. Dalam perjalanan pulang dari Putrajaya , melalui jalan biasa yakni Jenderam Hilir tu laa.. Kawasan kampung tapi kereta yang dipandu seolah olah berada di  dhighway ! Laju memanjang , tak kira masa ! Kalau tengahari tu , kena hati hati laaa.. Budak nak gi sekolah laa.. nak balik sekolah laaaa.. kan ?

Nak dijadikan cerita .. Aku terperasan ada sebuah kereta nak keluar dari satu lorong , dari jauh. Aku pun dah mula perlahankan kenderaan. Mana tau dia main terjah jer keluar nanti.. tak ke naya ? Aku pandang belakang.. Clear.. Takde kereta .

Tiba-tiba , ada sebuah kereta dari arah bertentangan memasuki lorong aku dan pantas memasuki lorong dia semula selepas memotong kereta di hadapannya yang nak masuk ke lorong di sebelah kiri !

Bayangkan aku berdepan dengan kereta tu dan nyaris bertembung ! Kalau aku laju skit , mmg kena laa tadi .. Aku hon panjang kat kereta tuuu..

Istighfar dan bersyukur sangat pada Allah. Rezeki kami , panjang umur dan sihat lagi hari ni .. Huhu…

You May Also Like

2 comments

  1. syukur alhamdulillah x jd ape2...
    mudah2an abg ben sefamily senantiasa dilindungi Allah swt...in shaa Allah..aamiin

    BalasPadam
  2. kt dah cukup berhati2 tp org lain tak pulak.. urmm syukur abg ben dan keluarga selamat

    BalasPadam