BEN ASHAARI



 

Kelmarin , aku dan rakan rakan blogger dijemput ke majlis Media Testing Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort. Tak susah nak cari tempat ni kalau guna Waze.

Photo

Hurm… Lokasi strategik. Ruang solat , selesa .. Dan dewan makan pon , santai .. Berbuka puasa sesekali di tempat gini , rasanya berbaloi terutama bersama rakan rakan mahupun ahli keluarga.

Harga ? RM50 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak kanak ! Berbaloi tak ??? Aku tau korang nak tanya gitu.. Heeee.. Terus terang la kan , selepas aku menikmati juadah yang dihidangkan .. aku rasa tak nak balik woo !!! Semua sedap sedap ! Ada lebih 100 hidangan gitu ! Berbaloi jika bayar RM50 !

Antara hidangannya ? Heee.. Sila sila tengok sendiri ..

Photo

 

Ok ok … ni part paling dinantikan ramai ! Sedap woooooo !! Lembut je daging kambing ni ! Huhuhuh..

Ada banyak lagi juadah yang tak sempat aku nak amik gambar sebab dah terlalu lapar.. Heeee..

Muka muka sebelum menikmati juadah dan bawah ni , selepas makan ! Tengok la perbezaan muka… dan juga perut ! Hahahha..

Heee.. Aku puas makan kat sini ! Huhuhu.. Untuk bulan Ramadhan nanti, sila pastikan dah booking awal awal sebelum ke sini ! Kalau tak , anda kerugian .. Memang takde tempat punya !

Untuk menempah , sila hubungi Luliy Shalwani ( 016 267 8284 ) atau Siti Zawiah ( 017 316 9316 ) , atau terus call 03 – 8925 3728

Alamat : Bangi Golf Resort  , No 1 . Persiaran Bandar. 43650 , Bandar Baru Bangi. Selangor Darul Ehsan.

Websites : www.bgrrest.com

Oh ya , mereka juga menerima tempahan untuk majlis majlis khas..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Sakit sangat kepala semalam. Nak tidur tak boleh ! Ubat makan dah..  Bila terdedah pada kepanasan seharian , aku pasti akan sakit kepala ! Hurmm.. Dah tua.. bukan manja ! Dulu , layan 7 sebelah seharian pon selamba jer.. Tapi tu zaman muda la.. Heee..

Teringatkan Soft Cooling Gel Pillow yang dipinjamkan kepada aku .. adik aku beli .. hee.. Masa tu Qhaliff demam. Suhu tinggi.. Suruh gunakan pada Qhaliff..

Aku pun try la pakai malam tadi.. Letakkan kat kepala sambil baring. Tak sampai 5 minit , terasa lega dah .. Dan , buat kali pertamanya sejak aku balik sini .. aku lena sangat tidur ! Huhuhu…

Camana nak pakai ? Beli kat farmasi berhampiran pastu masukkan ke dalam peti ais. Kasi sejuk gitu.. Jangan risau , dia takkan mengeras punya ! Tapi dia punya sejuk , mmg best ! Bila demam atau badan sengal sengal terutama selepas bersenam , boleh guna menda ni ..

Harga ? Tak la sampai seratus pon.. Tak cecah pon RM50. Murah jer.. Rasanya mmg patut ada satu di rumah ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Dua orang sahabat baik yang juga penulis blog di dunia maya ni .. heee.. Dua dua sahabat baik aku ! Alhamdulillah.. Kebetulan nikah pada minggu yang sama. Plannya nak gi dua dua tapi sayangnya .. kudrat tak mengizinkan.. Dah tua dah ..

Yang aku mampu pergi , dekat dengan aku jer.. Founder Fuh.My, MK Syahir selamat bernikah dengan pasangannya semalam di Negeri Seremban .. aku dan beberapa orang rakan sempat pergi semalam ..

Photo: Selamat Pengantin Baru MK SYAHIR @ founder fuh.my

Alhamdulillah .. sebuah majlis yang meriah sangat ! Makanan pon sodap wooo …

Photo

Sempat jugak dua blogger ni berkaraoke .. Fatin Funtabella dan Razi.. Heeee… Padan eh ? InshaAllah giliran mereka lak pasni .. Lalalalala…

 

Dan seorang lagi sahabat , selamat diijabkabulkan sebentar tadi di Kuala Terengganu..  MaT Yie .. Blognya ? Dia suruh rahsiakan.. Hahahhaha.. Tapi popular blognya..

Sayangnya aku tak dapat pergi.. aku dah tak larat sangat nak bergerak jauh .. Huhuh.. Nak kena simpan tenaga skit untuk uruskan kerja kerja mencari rezeki aku.. Hurmm..

 

Apa pun.. tahniah buat rakan rakan yang telah pun selamat mendirikan rumahtangga. Semoga berkekalan hingga ke syurga dan dimurahkan rezeki..

Best kan nikah.. Macam .. er.. macam nak je lagi eh ? Takde la.. Cukuplah apa yang Allah beri sekarang. Tapi kalau dah jodoh.. lalalala…

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Hurm… Nampak je aku macam gembira ke sana sini tapi sapa tau dalam hati camana .. Berjauhan dengan anak yang dah membesar di samping aku , dan anak yang baru lahir.. bukanlah mudah !

Ada nak memahami ? Hurm.. Yelah , aku ni lelaki.. Kalau perempuan tu mungkin la diorang kata diorang paham .. Hurmm..

Entah laa .. Penat nak lafazkan .. Nak tak nak , kena la berlakon seolah segalanya ok ..

Photo: Huhu..cepatnyaaa masa berlaluu..

Dalam hati … hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Hahahaha .. Aku kata dah ! Balik balik , muka aku jer gi amik ! Dulu dah kena sekali kat Langkawi.. Apa tah nama hotel top tu .. Breakfast , aku dok ulang gi amik brokoli dan telur jer.. Maunya dekat 10 bijik aku dok makan sorang sorang.. Last last , dia tak buat dah.. sehingga aku keluar dari situ ! hahahaha ..

Photo

Dan tadi.. aku buat lagi ! Sedap siut telur ni .. Aku lupa nama dia .. Hehehe.. Makan kat Bangi Golf Resort .. Review untuk Buffet Ramadhan..

Chef jeling manja je kat aku.. Hhaaha.. Tak marah pon.. Aku je segan.. hehehe … Sedap wooo..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Hahahaha .. Adeh.. Sian aku ! Dua movie yang best aku tonton sejak wife balik ke Kelantan.

Photo: Layan sowang jer.. Lagi 10 tahun baru leh ajak kawan baik ..

Yang pertama , EDGE OF TOMORROW ! Best giler citer ni ! Aku punya citarasa .. Hahahaha.. Walaupun ada persamaan dengan The Matrix dan satu cerita lama tu.. Aku tak ingat .. Tapi sama la cuma bukan aksi yang tu.. Love story gitu.. Hahaha .. 

Cerita yang best tapi dirosakkan oleh dua situasi ! Hurmmm .. Aku pelik gak camana si parents leh bawak anak kecilnya tonton filem gini ? Apakah dia harap anak dia akan tonton filem gini ? Kecil la tu tuuu.. Aku rasa dalam usia 4 tahun gitu.. Bapak dia pangku .. Dan kaki dia asik kena peha aku ! Haihh.. Sabar je la.. Tak marah tapi konsentrasi aku terganggu .. Bayar tu tiket ! Kang aku beli cetak rompak , kata tak support perfileman Hollywood ! Haaa !

Yang kedua punya situas. Ada satu ‘couple’ duduk sebelah kiri aku.. Masa masuk tu , si awek ni nak duduk sebelah aku .. Tapi bila nampak aku ni lelaki , dia tukar dengan pasangannya yang sejantina tapi gaya cam aku ! Haa.. Paham tak ? Haaa.. Pastu borak ‘ saya awak ‘ .. Lor , sejantina pon gitu ke ? Hahaha.. Lantak la.. Aku malas nak pk bukan bukan..

Filem belum start , dia dok galak layan hp sambil borak.. Ok , tu biasa la.. Tapi gaya dia macam .. kali pertama je masuk panggung ? huhuh..

Filem dah start ..  Dia dok sibuk bercakap ! Huk alohhhhhh ! Tenseh wehh .. tensen !! Cerita best tapi dia tukang alih bahasa !! ARghhhh..

10 minit kemudian , dia berdengkur ! Hahahahahha !! Adehhhh … Malu ‘awek’ dia.. Terus dia dikejutkan .. Lantak korang laa ..

Dan tadi , aku tengok MALEFICENT. Sebelah aku , pasangan ni bawak 3 orang anak dia .. Ok la.. Tak kisah gak laa..Anak perempuan yang aku rasa usia 7 tahun duduk sebelah aku.. Huhuh.. Nasib baik la tak buat perangai sangat ! Ok je la.. Dan sebelah aku , ada couple gak.. Nasib baik disiplin.. heeee…

Terpk gak camana la nanti aku bawak Qhaliff ke panggung ? Ke beli je tv 80 inci ! Heeee..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Dulu kaannn .. aku tak amik kisah langsung pasal kanser ni ! Aku ingat , kanser ni biasa biasa je la.. Sama cam penyakit penyakit lain .. Heee.. Merbahaya terutama dah sampai peringat tahap 4 gitu tapi cara perubatan dan cara nak cegah tu .. aku tak peduli .. Sebab ? Sebab ilmu cetek ! Hee.. Aku akui ni !

Tapi bila ayah aku dah kena .. Tu diaaa ..Baru aku tau ! Rupanya nak mengubat kanser ni , memang laaa sukar ! Dah kena tu , memang penat laaa jawabnya. Naik turun hospital , sebelum.. semasa dan selepas ! Tak kira kita yang sakit malah ahli keluarga pon kesian gak.. Hurmm ..

Baru baru ni , ayah aku dimasukkan ke hospital gara gara kanser lidah ! Sebulan dalam hospital gitu ! Aku pon dah hafal dah nama nurse kat hospital.. Eh , silap.. hafal kat mana nak parking .. Heee..

Dipendekan cerita .. cegah lebih baik dari mengubat ! Sebelum kena , kita cuba elakkan kanser ni dengan mengambil makanan atau minuman yang ada anti kanser ! Contohnya .. Durian Belanda !

Tadi , aku gi Pasar Tani Putrajaya .. Ternampak dua orang lelaki muda ni siapkan booth jualan dia .. Aku baca poster yang ada di kotak bekas air produk jualan mereka .. ‘ Durian Belanda – Anti Kanser’ .

Ok ok.. aku gi beli nasi ayam dulu.. cari bihun untuk ayah aku.. pastu sedikit kuih dan kembali beli air Durian Belanda yang sememangnya lama dah jadi pujaan aku .. Heee..

Dan , siapp shopping kat situ.. Giliran beli air Durian Belanda lak .. Aku malas nak beli air air manis yang lain.. Sememangnya aku nak jaga kesihatan sekarang ni.. Dah nak cecah 40 tahun wooo walaupun nampak muda 20an.. Aku redha..

  

Haaa.. Ada yang tanya , kat mana nak beli ? Situ ada no tel dan juga alamat.. Leh je tanya diorang.. Sedap tak ? Macam yang tertera kat situ , ‘ Less Sugar ‘ .. mmg kurang manis tapi aku sukaaa ! Heeee..

Aku beli dua botol.. Satu untuk aku dan satu lagi untuk ayah aku .. Hurmm.. Harga , RM4 seboto masa aku beli..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
 
Photo: Best tak ? Heee.. baca kutukan aku di www.benashaari.com
 
Huhu.. pasti ramai dah tengok movie ni kan ? Tarikan utama , Angelina Jolie.. Ok , lakonan dia dari dulu mmg buat aku duduk tenteram.
Awalnya aku malas nak tgk movie ni sbb dia pegang watak jahat. Tapi memandangkan aku dah tgk Edge of Tomorrow ari tu , maka ini film yg aku pilih utk relakskan otak aku yg semak ni.
Hurmm. Best ?? Ok laaaaa.. aku nyaris keluar setitis air mata tadi .. Part mana ? Errr... aku rasa mereka yg dah tgk pasti tahu part mana kan ?
Aku kasi 5 bintang utk Maleficent !! Patut tonton 3D !! Nak repeat sekali lagi  , sementara bujang .. heeee..
Owh.. aku tgk sorang je.. Layaannnn ... hahaha..
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Alhamdulillah .. Tak sangka sebenarnya aku.. Ingatkan aku dijemput hadir tu sebagai media untuk cover event tapi setelah ‘diceritakan’ hal sebenar , terkedu jap aku .. Hurmm .. Biar betul ? Layak kah ?

Rezeki jangan ditolak ..

Bertempat di Wisma Consplant , Subang Jaya majlis ni turut dihadiri oleh media dan rakan rakan blogger .. Nanti aku cerita lebih lanjut.

Jadi Duta ko !! Huhuhuh.. Tak sangka tawaran besar gini untuk aku .. Walhal ramai je lagi yang lebih layak .. Huhu.. Alhamdulillah .. Berkat rajin gi gym.. heee..

Hurmm..sayangnya hari ni , baru aku terasa penat akibat memandu pulang dari Kelantan disusuli dengan membersihkan rumah akibat habuk ditinggalkan lama .. Pastu awal pagi dah harungi kesesakkan lalu lintas .. Muka aku terpamer keletihan ! Hurmm

Bersama dua orang lagi dua .. Patutnya Heliza Helmi ada gak tapi dia tak dapat hadir atas sebab sebab tertentu .. Heeee.. Dua orang dua duta lagi tu ialah Fayse Goh dan Ke Qin.. Bangga aku terpilih sebenarnya.. Heee..

Photo

Ok.. nanti aku sambung.. Penat sangat sebenarnya.. Nak gi gym tapi mata tak mampu nak bukak dah ! Huhuhu.. Tidur sat nooo …

Share
Tweet
Pin
Share
29 comments

 

Hurmm.. Sampai dari Kelantan semalam , kul 1 lebih.. Lepas solat Zohor , terus tidur.. Nak kata penat tu tak tapi mata letih. Nak tak nak , kena tangkap tidur jap..

Perancangannya , malam nak tengok Edge Of Tomorrow setelah ramai kata best .. Heee.. Booking online melalui apps GSC , aku berjaya dapatkan tempat yang best ! Ok , part ni ada cerita.. nanti aku cerita eh..

Sebelum tu , nak kena isi perut.. Bagitau wife nak makan Kenny Rogers tapi bila sampai Alamanda pada jam 8 malam , tkde selera nak makan pulak ..

Gi tengok kat Fish Manhattan.. Hurmm .. Tak selera ! Gi ke Secret Recipe , ternampak sorang awek cun ni dok makan mee tom yam ! Terus terbuka selera .. Heee ..

Photo: Layan sorang sorang  jer .. 

Memula ingat nak makan kat KR .. Takde mood .. Gi Fish Manhattan , rass membazir..

Akhirnya SR jer..cari yg makan tak kenyang tp tidur pasti lena ..

Hurmmm.. Nak makan sesuatu yang tak mengemukkan.. Apa eh ? Japanese Soba antara pilihanku tapi… Hurm… Abis pulak .. Akhirnya , aku pilih sesuatu yang tak pernah aku makan lagi ..

Photo: Pilihan ku di SR ..

#SR #ALAMANDA

Vietnamese beef noodle .. Lama dah teringin .. Heeee .. Dan , akhirnya .. aku pilih ni .. Sedap ? Serius sedap ! Selesai dengan sup sup sekali ! Heee…

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Photo

Wife bagitau aku tadi…

“ Qhaliff sibuk nak naik tangga .. “

Hurm.. dia tau aku tidur kat atas .. Tu dia sibuk nak naik atas .. Nak cari aku walhal aku .. Hurmmm ..

Sedih tinggalkan anak .. Demi mencari rezeki.. Demi nak membayar hutang piutang .. Hidup , penuh dengan hutang.. Kerja , untuk bayar hutang ! Tu pon ada ura ura nak kasi tambah lagi hutang piutang dan ‘ mereka ‘ merelakannya..

Entah Qhaliff.. Kita atas dunia ni , sementara jer .. Biarlah mereka je kenyang dan kita kais pagi  , makan pagi.. huhu ..kan kan ? Akhirat je la kita tuntut hak kita .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Tetiba dapat email reminder mengenai satu event yang wajib aku kena hadir ! Adoiyai !! Patut la aku takde mood nak gi gym tadi walhal bersungguh dah aku nak lari dari Qhaliff..

Terus aku cari Qhaliff .. Ajak dia keluar jalan jalan .. Nak abiskan masa dengan dia .. Nak balik sini balik , tak tau bila.. Nak bawak dia sekali , hurmmm .. Wife tak kasi . Haih .. Keseorangan lagi aku ..

Photo: Sedih..esok berpisah lagi.. Huhu..

Nak tak nak , aku kena pujuk hati aku sendiri ! Demi mencari rezeki untuk keluarga , aku kena kembali ke KL walau camna pun …

InshaAllah .. Sabtu atau Jumaat jugak aku balik sini ! Penat ? Hurm.. Tengok la camana .. Kalau larat , aku terjah .. Tak larat .. aku tidur jer !

Doakan aku yer…

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Sebelum balik KL , kasi sunat dulu sama Zahra ..

Photo

Sunat bayi perempuan ni tak sama cam sunatnya budak lelaki.. Hee…

Zahra disunatkan kat sini … Kat Klinik  Dr.Alwani yang terletak di .. Hurmm.. Selising ? Ke Kadok ? Aku pon tak sure.. Aku tukang pandu kereta jer ..

Photo

Berapa lama nak sunatkan Zahra ? Hurm.. Tak sampai 5 minit pon jumpa doktor.. Tau tau settle.. Sakit ke ? Tah… Wife cakap dia tak nangis pon .. Hurmm..

Skang ni , budak lelaki sunat pon tak sakit dah .. Kalau dulu punya style , dengar tok mudim dengan batang pisang saja pon dah mengelabah.. heee..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Jam 6 petang.. aku plan nak gi gym. Tapi Qhaliff tetiba wat karenah ! Ajak keluar jalan.. Aku pun bawak la jalan sana sini dengan mendukung dia ..

Pastu bila aku patah balik ke rumah, dia meraung tak nak masuk Nak jalan lagi. Mesti otak dah tepu duduk rumah tu.. Hurmmmm… Nak balik KL , minggu depan. Dah sangap la tuu.. Siann..

Nak tak nak , aku hidupkan enjin kereta.. bawak dia jalan sana sini.. Suka la dia .. Tapi aku tak tau nak gi mana area ni.. Bukan kawasan permainan aku.. Huhuh..

Akhirnya bawak dia gi gym. Saja tengok tengok kat sana. Kat gym , aku pulak gian nak layan. Tapi bahaya kalau aku bersenam , dan dia terbiar gitu.. Aku bawak dia balik.. Tamo ! Meraung !

“ Nak tuuu .. nak tuuu .. “ . Dia tunjuk kedai makan yang pernah aku singgah dengan dia. Nak milo ais la tu. Hurmm.. Aku dukung dia ke situ dan order air ..

Air dah sampai tapi dia minum sikit jer. Selebihnya nak lari sana sini dalam kedai tu. Takkan aku nak biar kan ? Kang biar , jadi apa apa .. aku jugak dituduh cuai. Aku dukung dia meronta nak turun..

Aku bayar air minuman dan kembali ke dalam kereta. Sekali lagi dia meraung ! Aiyoookkk… Dahi mula bercucuran peluh.. Gigi dah mula bertemu gigi ! Sabar .. sabar .. sabar ..

“ Ok ok.. jommm .. “ . Ajak aku.

“ Yeaaayyyyyy .. “ . Terus ceria dia ..

Aku pandang EconJaya yang terletak 500 meter dari tempat aku parking kereta .. Dan kembali dukung Qhaliff menuju ke shopping mall tu dengan seluar track aku yang koyak sana sini dan lusuh tu ! Nampak cam ayah gelendangan je aku ni ..

Dalam EconJaya , destinasi aku ke tempat mainan budak yakni di tingkat 3 rasanya.. Dengan dukung dia , yang dah seberat 15kg tu .. aku cari sesuatu yang membolehkan dia tak nangis dah ..

ULTRAMAN ! Terbang RM20 !

Turun balik 3 tingkat .. kembali ke kereta dan dia senyap.. Sengih kat aku. Teringat nasib anak kecil yang dibunuh baru baru ni , aku bersyukur sangat.. Tak kisah la setakat kena dukung sana sini ..

Enjin kereta dihidupkan .. Balik ke rumah.. 5 minit kemudian , patung Ultraman tu , berada di lantai sudah dan dia , dok sibuk kejar kucing !

Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Wow ! Panjang tajuk ! Heeee.. Tajuk yang pastinya hangat ! Confirm hangat ! Dulu aku pernah persoalkan isu ni dan menjadi bualan di satu group FB .. Aku rasa mungkin mereka salah faham dengan niat aku mempersoalkan perbuatan tu ..

Isu yang aku bangkitkan adalah sangat simple.. Bergambar sambil menyusu anak kemudian upload ke media sosial atau masuk pertandingan ! Apakah ‘ok’ bagi anda atau sebaliknya ?

Aku up isu ni di FB .. Macam macam pendapat ada termasuklah rakan rakan lelaki memberi pandangan peribadi mereka ! Pandangan dari rakan lelaki ni sebenarnya penting.. Biar ibu ibu atau wanita wanita di luar sana tahu apa yang ada di kepala otak lelaki.. Bukan mudah nak ‘jinakkan’ lelaki terutama yang masih mentah ni.. Yang dah kawin dan punya anak , mungkin dah tak kisah.. tapi yang baru nak jadi dewasa ni .. Haaa ..

“ Lebih banyak buruk dari baik , kerana manusia mcm kita semua ni cepat sgt menghukum . Lagi satu takut punca rangsangan kepada kanak2 dan remaja lelaki . Memanglah menutup aurat . Tp lebih elok tidak melakukan “.

Kalau nak berselfie pastu simpan je dalam hp tu ( tapi kalau hilang hp tu ??? ) atau privatekan je gambar tu ,ok la kan . Tapi kalau nak masuk pertandingan tu… hurmm .. kena fikirkan semula laa.. Tapi kalau nak masuk gak , terpulang.. Aku tak paksa pon .. heee ..

Mungkin ada yang kata ini adalah tanda sokongan pada kempen menyusu ibu.. Erk , takkan takde cara lain kot ? Contoh ..

Haaa .. Aku support 200% wooo breastfeeding atau menyusu ibu sebab aku tau kelebihan dan kebaikannya ! Contoh Qhaliff tu dah la.. Dia demam , selsema masa kecil dulu .. doktor suruh kasi susu ibu jer !

Aku bukan anti perbuatan tu .. Dah tu apa masalahnya kan ? Aku tahu ada yg nak kata gitu.. Cuba dapatkan jawapannya di SINI .. Baca dan fahamkan maksud aku tu..

Ini je la aku mampu lakukan .. Kalau rasa pendapat aku ni salah atau aku mungkin kolot , tak pe la.. Teruskan saja usaha murni anda .. heee ..

Jangan marah atau melenting aaaa ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Sebelum aku balik Kelantan ari tu , aku ada masalah tang ketiak aku ! Rasanya deodrant yang aku pakai tak sesuai. Sebelum ni , ok jer.. Tapi bila tukar , jadi cam .. hurmm… pedih tiap kali sembur..

Kebetulan baru baru ni , aku dapat sponsor produk dari Cosmoderm. Serius aku tak pernah dengan mengenai produk ni tapi wife aku kata produk ni bagus. Aku , cerita banyak tarak.. terus setuju untuk mencubanya..

Ini produk kedua yang aku try.. Yang pertama ari tu, aku dah ceritakan kat korang yang mana aku bagi pakai kat Qhaliff.. Alhamdulillah , sampai sekarang .. nyamuk menjauhinya.. termasuk aku ! Hahaha.. maksud aku , nyamuk tak berani mai dekat laa..

Ok , yang Cosmoderm Magic ni .. Aku dah try 2 hari .. Setiap kali selepas aku mandi , aku sapukan ke seluruh badan aku.. Rasa dingin jer.. Er , termasuk di celah ketiak. Aku tamo pakai deodrant buat masa sekarang !

Terus terang , kalau aku tak pakai deodrant .. aku kurang selesa ! Rasa busuk satu badan ! Tapi selepas try Cosmoderm Magic ni , hurmm .. keyakinan aku kembali .. Heee.. Cam iklan Ronaldo lak ..

WAW_3068

Apakah kelebihan Cosmoderm Magic ni lagi ? Haaaa .. Banyaakkk !! Antaranya buat mereka yang ada masalah kulit seperti jerawat badan , ruam , jangkitan kulat, bakteria dan selar matahari ...

Kesimpulan , bagi aku .. Cosmoderm Magic ni sesuai untuk aku ! Buat mereka yang punya masalah kulit cam alergik tu .. cuba try sikit skit dulu.. tengokk kesannya dalam 2-3 hari.. Jangan kasi mandi terus dengan produk ni .. kang tak menjadi , marah aku pulak.. Yang penting cuba dari tak cuba langsung kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Aku nak gi gym tadi… Lama dah tak gi sejak dua menjak ni .. Satu faktor petrol dan dua , malas ! Nasib baik kat rumah dah ada set workout .

Aku tak pasti kul berapa pusat gym tu bukak.. Jadi aku redah je la.. Tak jauh mana pon.. Lebih kurang 2km dari rumah mak mertua aku.. Ok la tu kan ? Barangnya , aku rasa tak sebest tempat yang biasa aku gi walaupun bayarannya sama.. huhu.. Belasah je laa.. Asalkan berpeluh.

Sesampainya aku di situ , aku terpandang sorang budak perempuan ni..Dia menunggang motosikal lalu memberhentikan motornya tu di dpn klinik kerajaan yang berada di bawah pusat gym ni.

Lalu berjalanlah dia masuk ke dlm klinik ni .. Terkedu jap aku.. Biar betul dia gi klinik dengan berpakaian gini ? Pakaiannya.. bertudung tapi baju senteng.. Seluar ? Bahagian patut lindung , ketat sangat hingga menampakkan rupa bentuk terus ! Dah serupa pakai swimming suit ! Bawah longgar.. Kain jenis lembut tu ..

Menda menda ginilah jadi punca kepada kes rogol tanpa wanita berpakaian sendat sedari !! Kalau tak jadi pada dia , Boleh terjadi pada org lain ! Tak sedarkah wahai wanita berpakaian sendat .. Bila ada kes rogol ramai ramai seperti baru baru ni atau bila rumah dicerobohi ini antara punca ??

Mesti ada yg kata ..

“ Alaaaaa.. nenek tua pon kena rogol.. Perempuan bertutup litup pon kena rogol.. Bayi pon kena rogol !! Kalau jantan bertopengkan binantang tu , binatang jugak !  “.

Sebab tu aku kata .. Kalau tak dapat ikan paus , ikan masin atau ikan kering pon jadilah ! Asalkan nafsu terlunas !! Punca asalnya ? Geram tgk wanita berpakaian serupa tak pakai !!

Salah siapa bila kaum sendiri jadi mangsa ? Kemudian nak jadi keyboard warrior di FB ! Walhal bila ditegur cara pemakaian , mengamuk kata itu hak peribadi dia ..

Alooo .. Kalau rasa berpakaian gitu hak peribadi , sila tanya Allah .. Kalau ada jawapan , ok finee ! Aku pun nak pakai laaaa !!

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

-iklan-

Apakah anda mahu untuk memiliki kulit wajah yang gebu, cerah dan licin ?

Adakah anda telah mencuba pelbagai produk kecantikan namun hasilnya tidak seperti yang anda harapkan ?

Mahukah anda saya bantu agar imipian untuk memiliki kulit wajah yang cantik dan menawan menjadi kenyataan ?

Jika YA jawapan anda maka saya ingin beritahu yang anda berada di laman yang betul dan apa yang anda cari selama ini ada di dalam laman ini. Saya yakin dan optimis yang anda boleh memiliki kulit wajah yang anda idamkan selama ini

Jom baca di SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut ..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Hahahahah .. sekilas pandang , serupa dah muka Tok Ma dia ..

Photo

Tak tau dah apa lagi dia nak buat.. Abis satu rumah dia dah terokai.. Abis dah macam macam dia angkut makan ! Hahahaha.. Nanti daddy kena bayar semua tu.. huhuhu ..

Tudung ni leh ada atas kepala dia , 2 saat jer .. kena pantas amik gambar ! Hahahah .. Apakah muka Zahra nanti cam Qhaliff bertudung ni ?

Aku rasa tak.. Zahra ngan Qhaliff jauh beza rupa.. Qhaliff lebih pada wife dan Zahra ikut muka aku , garang ! Huhuhuh.. Tapi baik hati.. hee..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Hurm.. Wahai suami sekalian alam … Awas ! Awaslah ketika anda mendapat zuriat yang pertama !! Jangan laaa lebihkan anak berbanding isteri terutama awal awal lahir.. Haa.. Sian si isteri tuuu haa.. Terasa dipulaukan jap..

Bukan apa.. Bukannya isteri tu cemburu atau hilang keyakinan diri atau sebagainya .. tapi mereka terasa seolah ‘ kawin dengan dia semata mata nak anak je.. ‘ walhal masa bercinta dulu , rindu memanjang.. Dah dapat baby , rindu pon takde dah .. Asik asik anak jer..

Si isteri tu bukanlah tak memahami tapi dalam keadaan yang sedang berpantang terutamanya , inginkan perhatian si suami apatah lagi bentuk badan mereka dah berubah kejap .. Kang dah ok , pandai pulak si suami kata rindu ! Haaa.

Kena pandai pandai la sikit amik hati yer.. Jangan bila call isteri yg sedang berpantang di kampung , asik tanya anak jer.. Tak tanya pon keadaan isteri tu camana .. Iskhh… Tamo tamo gitu eh ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Teringat satu produk yg kebetulan aku bawak balik ke Kelantan ni yang sesuai digunakan pada Qhaliff ..  Aku dapat dari salah seorang rakan di Facebook..

image image

Aku try pakai.. Alhamdulillah.. Baru beberapa hari , ternyata ada perubahan.. Di lehernya ada naik ruam ruam  panas ( Kelantan skang musim panas ) dan aku cuba pakaikan pada dia ..

Aku pun cuba pakai gak kat leher aku .. Hehehe.. Saja nak rasa camana dan kesannya ..

Hurmm.. Nyaman gak pakai ni .. Dan yang penting , sejak Qhaliff pakai losyen ni , dia tak digigit nyamuk.. Alhamdulillah.. Bagus jugak produk ni ..

Mana nak beli ? Cuba tengok di laman web Cosmoderm dan juga farmasi berhampiran dengan anda ….

Oh ya .. ramai gak kawan kawan bagi feedback yang positif mengenai produk ni .. Leh baca di SINI

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Photo

Petang semalam gunting.. Nasib baik tak gi salon gunting ! Kenapa ? Semalam yang gunting rambut Qhaliff ni , Pak Su dia.. Dia punya teriak , abis segala air yg ada dalam badan keluar ! Haaa.. Punya laaa tak nak gunting ! Pelik aihhhh .. Sayang benarr budak budak ngan rambut diorang.. Takkan nak buat rambut style Hail Amir kot atau Beatles ??

Adeh.. letih gini .. Kita yang tengok rambut diorang , jadi pening .. huhu ..

Aku tauu soalan korang ! Zahra bila kan ? Heee…

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Secara tak sengaja ari tu , aku beli di RnR untuk hilangkan penat dan mengantuk jika datang menjengah ketika memandu jauh untuk ke Kelantan.

Aku beli 3 botol ketika tu.. Dan hasilnya , aku tak mengantuk langsung ! Maka aku boleh memandu tanpa tukar pemandu lain dah ! Kalau tak , wife pasti akan gantikan aku punya .. Tu pon aku minum 2 botol jer..

Aku tak percaya ! Aku cuba ketika pulang ke KL lak.. Keseorangan !! Pastinya memandu seorang diri akan jadi bosan kan ? Lama lak tu.. Aku beli 3 tin air Livita with Honey ni .. Minum 2 tin.. Tak sampai 5 jam , aku dah hampir ke KL !! Tak mengantuk pon..

Alhamdulillah .. Dengan Livita with Honey ni , inshaAllah kita kekal cergas ketika memandu jauh.. Tak caya ? Cubalah ! Tapi kalau mengantuk jugak , tu bukan salah aku laa.. Aku cuma leh cadang jer.. Heeee….

Tapikan .. banykkan juga minum air suam selepas tu.. Manis sangat ..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Yummy .. Huhu.. Terpandang gambar ni di FB sepupu aku , buatkan aku terliur mengingatkan keenakkan durian Balik Pulau yang dikatakan terbaik di Malaysia ! Perghh .. Kena seulas saja , dah boleh bikin ‘high’ ! High bukan sebab khayal tapi keenakkan dia terasa sampai ke medula oblogata ! Haaaa.. gitu laa .. Betul le aku eja ? Malas pulak nak google check.. Huhuh.. Kiranya sampai ke otak laaa ! Gitu laaa perumpamaan aku ..

Kali terakhir aku rasa durian Balik Pulau ni , sebelum Qhaliff lahir tapi dia punya keenakan , aku masih terasa hingga sekarang !  Ingat lagi waktu tu , mak sedara aku bawak balik ke rumah arwah tok aku beberapa biji durian ! Sebijik jer aku makan , terus tersandar ke kerusi ! Hahahahah .. Kalau tak , 2-3 bijik selamba je aku jalan ..

Dikatakan keenakkan durian ni sbb berada di puncak bukit dan terdedah dengan angin laut.. Haaaa.. Kawasan dusunnya pulak mmg subur !

Hurmm.. Aku sempat beberapa kali je masuk ke dusun durian di Balik Pulau ni.. Ada jugak maggis , rambutan dan beberapa jenis buah lagi.. Hurmm..

Sejak tua ni , dah jarang balik ke sana .. Hurm.. Entah bila nak berkesempatan ke sana lagi pun aku tak pasti walhal , ada je saudara mara kat sana ..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Bila aku baca artikal penuh di sebuah fan page FaceBook , aku terus terbayangkan anak anak aku .. Mangsa yang berusia lebih kurang Qhaliff .. Apa dah jadi dengan manusia di Malaysia ni ?? Kalau luar negara tu , aku tak hairan sangat laa.. Tapi dalam negara kita sendiri ????? Aku seolah macam bermimpi jer..

“ Siasatan polis telah berjaya mengesan ibu mangsa berusia 32 tahun, tidak mempunyai pekerjaan hidup secara gelandangan di Bandaraya Kuala Lumpur. Keterangan ibu mangsa menyatakan semasa melepak bersama rakannya di tgkt 4 Kotaraya pada jam 3 petang, ibu mangsa telah pergi ke tandas, sambil meminta kawannya yg sama2 melepak untuk mengawasi anaknya. Lebih kurang 5 minit, sebaik keluar dari tandas, ibu mangsa mendapati anaknya telah tiada bersama-sama rakanya yg sedang melepak. Ibu mangsa bersama-sama rakan cuba mencari anaknya di sekitar bangunan kota raya tetapi gagal menemui anak mangsa.

Hasil dari maklumat awam, seorang saksi ternampak seorang lelaki dipercayai berbangsa India, sedang mendukong seorang kanak-kanak menyusuri Sg. Klang. Orang awam berkenaan turut melihat lelaki berkenaan merebahkan kanak-kanak berkenaan, sambil menghempaskan sesuatu ke kepala kanak-kanak berkenaan dan melakukan sesuatu dileher kanak-kanak tersebut.

Melihat kejadian itu orang awam bersama beberapa orang awam bergegas untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan sebaliknya lelaki tersebut terus memukul kepala kanak2 berkenaan. Sewaktu saksi berkenaan menghampiri tempat kejadian lelaki berkenaan melarikan melarikan diri dan terjun ke dalam Sg. Kelang. Orang awam yg cuba menangkap lelaki berkenaan menyusuri Sg. Klang bagi mengekori lelaki yang berada di dalam Sungai Klang, dan nampak lelaki tersebut tengelam timbul, terus hilang dibawa arus dan mempercayai lelaki berkenaan lemas dibawa arus Sg. Kelang.

Pihak polis yg dimaklumkan mengenai maklumat ini telah menjalankan gerakan pencarian ke atas lelaki yang dimaksudkan. Gerakan pencarian dihentikan disebabkan keadaan cuaca semakin gelap. “.

Ada videonya… Budak tu dah berusaha nak lari tapi dia datang tarik balik budak tu.. Allah !! Manusia ni kalau laaa dapat ditangkap ketika tuu.. Haihhhh ..

Kes haru 38 orang tu dah cukup tragis.. Ditambah kes gini ? Buat aku senantiasa terfikir akan keselamatan aku sekeluarga di negara yang aman damai ini ..

Apakah perlu kita kembali ke zaman Melaka dulu ? Ke hulu ke hilir berkeris !

Semoga Allah lindungi anak cucu kita ..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Satu je nasihat aku bila dah beli telefon pintar , tak kira laaa apa jenama dia ..

Photo

Kalau dia dah kasi itu charger , guna itu charger jer .. Dok tukar tukar charger , boleh menyebabkan korang tensen ! Maksudnya , rosak la nanti .. Haaaa …

Masa aku gi antar repair tab ni .. Port charging tu rosak lagi untuk kali ke dua .. Aku malas nak tukar phone lain atas faktor faktor penjimatan memandangkan kos hidup semakin  tinggi walaupun Malaysia ni aman .. Haaa .. Kena banyak banyak jimat dan juga fikir panjang bila nak keluarkan duit melainkan ada pulangan dan berbaloi.

Orang yang repair tu , dia kata jangan tukar tukar charger .. Guna mana yang dah diorang bekalkan ..Diorang kata gitu laa.. Aku pon caya je la..

Kalau rasa sayangkan harta benda dan nak bawak masuk ke kubur , boleh la ikut pesanan aku.. Kalau rasa tak nak bawak masuk kubur dan wakafkan pada orang lain , sila jaga elok elok juga laa.. heee..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (11)
    • ▼  Mei 2026 (1)
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes